You are on page 1of 2

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam

pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.

Menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.

Definisi Fonologi

Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad Buku bahasa Melayu STPM Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia ini menerangkan dalam Bab 11 bahawa, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut.

Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.

Menurut Dr. Lufti Abas (1985) fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik bermaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur

Definisi Fonetik

Nik Safiah Karim dan Wan Buku Fonetik dan Fonologi karangan Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Malini Ahmad Buku bahasa Melayu STPM Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyibunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.

Bagi fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut

You might also like