You are on page 1of 7

Tujuan Perlembagaan 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat Sebagai alat untuk myelesaikan masalah Menjamin riwayat negara bangsa Menjamin keamanan dan kestabilan negara

Keamanan sejagat merupakan tanggungjawab global. Oleh itu, setiap negara wajar melaksanakan pelbagai cara untuk mengekalkan keamanan negara dan antarabangsa. Bincangkan. Pertelingkahan politik dalam negara seperti di Syria, konflik antara kaum yang masih melanda Sri Lanka dan pembunuhan etnik yang pernah terjadi di Bosnia Herzergovina serta Rwanda memberikan bayangan bahawa keamanan di dunia amat goyah ibarat buih-buih di lautan. Oleh yang demikian, usaha mewujudkan keamanan dunia menjadi agenda perdana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Walau bagaimanapun, setiap negara tidak boleh bergantung semata-mata kepada badan dunia itu, malah setiap negara perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan keamanan dalam negara mahupun antarabangsa. Tidak boleh dinafikan bahawa perpaduan antara rakyat merupakan kunci keamanan sesebuah negara terutamanya di negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Oleh itu, usaha mewujudkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat hendaklah dilaksanakan secara serius dan berterusan. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang pernah mencalar sejarah Malaysia membuktikan bahawa ikatan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum sangat rapuh. Mainan sentimen perkauman yang keterlaluan ibarat percikan api telah menyemarakan gelombang kebencian antara kaum. Impaknya, peristiwa berkenaan telah meninggalkan parut walaupun lukanya sudah sembuh kepada mangsanya. Atas dasar tidak mahu pisang berbuah dua kali kerajaan Barisan Nasional telah ditubuhkan bagi membentuk kerjasama pintar antara parti politik yang mewakili setiap kaum. Tegasnya, pertelingkahan dalam kalangan rakyat hanya akan merugikan negara kerana pihak yang kalah menjadi abu tetapi pihak yang menang menjadi arang. Pada masa yang sama keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara menjalin hubungan kerjasama antara negara serantau. Impak daripada kerjasama antara negara dapat memupuk persefahaman antara negara serantau ibarat aur dan tebing Sehubungan itu, Malaysia telah menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negaranegara Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) di samping menjalin hubungan diplomatik dengan setiap negara di dunia kecuali Israel. Penglibatan Malaysia dalam pertubuhanpertubuhan berkenaan adalah untuk menjalin kerjasama dari aspek politik, ekonomi, dan sosial serta membincangkan usaha untuk menyelesaikan konflik antara negara anggota. Intihanya, hubungan baik antara negara mampu menjadikan planet Bumi ini sebagai sebuah petempatan untuk manusia yang aman dan makmur. Marcapada, perbalahan antara negara seakan-akan sukar untuk dielakkan apabila masing-masing cuba mengeksploitasi sumber kekayaan yang terdapat di muka bumi ini demi kelangsungan ekonomi negara masing-masing. Apabila keadaan ini terjadi maka meja rundingan ialah platform yang paling ampuh untuk menyelesaikan konflik yang timbul dan bukannya dengan mengangkat senjata. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda telah banyak berjasa dalam menyelesaikan pertikaian antara negara seperti perebutan Pulau Ligitan dan Sipadan oleh Malaysia dan Indonesia serta Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Tuntasnya, setiap perumitan yang timbul hendaklah diselesaikan

dengan penuh berhemah ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, manakala tepung pula tidak berselerak. Akhir sekali, keamanan negara mahupun antarabangsa boleh dikekalkan jika layanan yang adil dan saksama diberikan kepada semua pihak. Tamsilannya, di Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk memastikan setiap kaum mendapat hak yang adil dan saksama untuk menikmati kemakmuran negara. Begitulah yang seharusnya berlaku di peringkat antarabangsa. Kuasakuasa besar dunia sewajarnya memberikan layanan yang adil kepada semua negara tanpa melabelkan negara-negara yang tertentu sebagai sekutu ataupun seteru. Buktinya, peristiwa 11 September 2001 dikatakan berpunca daripada kebencian puak militan terhadap Amerika Syarikat yang bersikap pilih kasih dalam isu-isu antarabangsa yang memberikan keuntungan kepada rakan sekutunya, khususnya Israel. Kempen memerangi keganasan tajaan Amerika Syarikat juga ternyata telah gagal untuk mengekalkan keamanan dunia malah negara Uncle Sam itu ibarat tikus membaiki labu apabila keamanan dunia bertambah buruk lantaran polisi pilih bulu pemimpin negara berkenaan. Rumusannya, keadilan dan kesaksamaan layanan antara semua pihak merupakan kunci keamanan sesebuah negara dan buana. Deduksinya, prakarsa untuk mewujudkan keamanan dalam negara dan antarabangsa tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Perpaduan dalam kalangan rakyat harus dipupuk sejak kecil, ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, hubungan kerjasama antara negara harus dipererat dan budaya bermusyawarah hendaklah diamalakan untuk menyelesaikan sesuatu perbalahan. Tambahan lagi, semua pihak harus dilayan secara adil dan saksama untuk mewujudkan keamanan sejagat. Sesungguhnya, umat manusia harus sedar bahawa planet ini adalah untuk semua makhluk ciptaan-Nya dan manusia sebagai khalifah-Nya harus memastikan dunia terus makmur dan aman.

Karangan SPM 2012...Usaha-usaha negara mengekalkan keamanan Malaysia? Semasa negara lain di dunia mengalami ketidaktenteraman berikutan masalah peperangan, Malaysia tetap berjaya mengekalkan keamanan sosial, ekonomi, dan politiknya. Keadaan itu banyak didorong oleh usaha pelbagai pihak dalam mengekalkan keamanan negara. Berdasarkan pernyataan tersebut, berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan negara kita. Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku di sini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu. Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatan ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah, negara menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan berteknologi tinggi. Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan keamanan pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi. Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hamper tamat. Pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang

mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini. Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan sebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang kerana tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum di sini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan. Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang melanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat negara ini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan satu suasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuah negara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipan mereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud. Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-lamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada semua pihak.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KBKK SEJARAH SPM 1. KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Menjamin kedaulatan sesebuah negara Menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah Menjaga hak asasi rakyat Melaksanakan hukuman yang adil Menjalankan pentadbiran mengikut protokol Membentuk sIstem pentadbiran kemas dan teratur Memastikan rakyat berdisplin Memastikan rakyat hidup bersatupadu Membentuk hidup bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum Memupuk sikap saling hormat menghormati Menjamin keamanan negara Menjamin kemakmuran negara Menjamin keselamatan negara Mana-mana yang munasabah kbkk PANDUAN MENJAWAB SOALAN KBKK SEJARAH SPM 1. KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Menjamin kedaulatan sesebuah negara Menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah Menjaga hak asasi rakyat Melaksanakan hukuman yang adil Menjalankan pentadbiran mengikut protokol Membentuk sIstem pentadbiran kemas dan teratur Memastikan rakyat berdisplin Memastikan rakyat hidup bersatupadu Membentuk hidup bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum Memupuk sikap saling hormat menghormati

Menjamin keamanan negara Menjamin kemakmuran negara Menjamin keselamatan negara Mana-mana yang munasabah

3 KEBAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI 4 5 6 Rakyat terlibat dalam memilih / membentuk kerajaan Rakyat boleh bersuara / kemukakan pandangan Pemimpin tidak berkuasa mutlak Menjamin hak asasi rakyat Tidak kejam Kedaulatan di tangan rakyat Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya Menjamin kerajaan yang adil / stabil Memastikan keamanan (Terima mana-mana jawapan munasabah) PERANAN ANDA UNTUK MEMASTIKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA TERUS BERKEKALAN Mengamalkan akhlak yang mulia Saling bertolak ansur Menunjukkan teladan yang baik Mengutamakan kesabaran Memiliki kebijaksanaan Mengutamakan perpaduan Mengadakan perundingan Mengadakan perjanjian damai Berbincang secara harmoni / lembut Menggunakan diplomasi Menunjukkan sikap persefahaman Tidak mudah menyerah kalah Menanam sikap perjuangan Cekal menempuh rintangan/ halangan Melantik orang tengah yang berkecuali Mengamalkan sikap berkecuali Mematuhi Piagam PBB Merealisasikan Gagasan Satu Malaysia Mana-mana jawapan munasabah LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJADI PUSAT KECEMERLANGAN ILMU DI PERSADA DUNIA Melahirkan ramai cendekiawan tempatan Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) Menaiktaraf universiti di negara ini Menyediakan pelbagai kursus yang relevan Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi Menggalakkan program pertukaran pelajar Memajukan program penterjemahan Memajukan program penulisan karya-karya / buku baru Menganjurkan program pendidikan antarabangsa Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju Menganjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara bangsa menuntut di IPT negara Melahirkan ramai tokoh pemikir/cendekiawan/intelektual dalam pelbagai bidang ilmu (Mana-mana jawapan munasabah) LANGKAH / USAHA / CARA PERPADUAN KAUM DAPAT DIPUPUK.

- Sukatan pelajaran sekolah yang sama - Penubuhan sekolah wawasan

Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan Pengamalan kebudayaan Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama One Malaysia Sukan untuk semua Program Latihan Khidmat Negara / PLKN Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Perkahwinan antara kaum digalakkan Menggunakan bahasa kebangsaan semasa komunikasai Mengamalkan budaya yang baik Menghormati kebudayaan kaum lain Mengadakan aktiviti perkhemahan yang melibatkan pelbagai kaum Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum Menyertai pelbagai aktiviti anjuran sekolah Menganjur aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum

7 8 9 -

KEPENTINGAN PERPADUAN Memastikan keamanan negara berkekalan Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara Mengelak daripada penjajahan kuasa asing Memastikan ekonomi negara terus berkembang Dapat menarik kedatangan pelabur asing Akan dihormati oleh negara luar Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara rundingan dan tolak ansur kaum (Mana-mana jawapan munasabah) KEPENTINGAN PENDIDIKAN. Meningkatkan ilmu pengetahuan Menaikkan imej negara Melahirkan masyarakat berilmu Memajukan negara Meningkatkan ekonomi negara Membina modal insan cemerlang Melatih pemimpin masa depan Membina ilmu daripada pelbagai sumber Mengadun budaya positif dari tamadun lain Menjana transformasi negara Melahirkan ilmuan / intelektual Mana-mana yang munasabah KEPENTINGAN HUBUNGAN BAIK DENGAN NEGARA LUAR Mengekalkan kestabilan politik / negara /serantau/dunia Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi Meningkatkan kemajuan sains / teknologi Memastikan kemajuan negara berterusan Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing Memajukan bidang perindustrian/peladangan negara Meluaskan pasaran eksport keluaran negara Mendapat pertukaran teknologi Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara negara-negara Mengekalkan persefahaman Meneruskan hubungan diplomatik Membina semangat setiakawan

Membuka peluang pekerjaan Membantu meningkatkan prasarana Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan (Mana-mana jawapan yang munasabah)

10 IKTIBAR DARIPADA PERJUANGAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA KITA. - Rela berkorban - Menggunakan pendekatan musyawarah/ mesyuarat/ perundingan/ kesepakatan - Mendukung konsep kerjasama antara kaum/ pemimpin - Menggunakan kebijaksanaan - Permuafakatan dalam membuat keputusan - Bertoleransi dalam kalangan masyarakat - Mengutamakan keamanan - Mengamalkan toleransi/ tolak ansur - Mengamalkan pendekatan diplomasi - Perpaduan kaum diutamakan - Mengutamakan kesejahteraan/ kesentosaan - Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara - (Mana-mana jawapan yang munasabah) 11 CARA MENANGANI SETIAP CABARAN YANG DIHADAPI Tidak berputus asa Berani menghadapi risiko Cekal/tabah Berfikiran positif Rasional Bijaksana Berilmu Bertoleransi Berdaya saing Menguasai pelbagai ilmu Mempunyai jati diri yang kukuh Berpegang teguh kepada ajaran agama Sentiasa bersatu padu Semangat patriotik /cinta akan negara Berinovasi / kreatif (Terima mana-mana jawapan munasabah)

12 KEPENTINGAN MENGEKALKAN BANGUNAN BERSEJARAH / WARISAN - Untuk dijadikan warisan generasi akan datang. - Memelihara monumen - Menubuhkan agensi yang mengurus monumen - Mewartakan sebagai khazanah negara - Mewartakan sebagai tapak warisan dunia - Menggubal undang-undang khazanah negara - Kempen melindungi monumen - Mana-mana yang munasabah 13 CARA MENGEKALKAN KEDAULATAN / KEMERDEKAAN NEGARA - Bertolak ansur dalam politik - Mewujudkan kerjasama - Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat - Sanggup berkorban demi kebaikan bersama - Menjaga kedaulatan negara - Merealisasikan dasar-dasar kerajaan - Menjaga nama baik negara - Menjayakan konsep 1Malaysia - Setia kepada pemimpin - Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara - Menjayakan setiap kempen - Bersatu padu - Patuh kepada undang-undang

- Menghormati lambang-lambang negara 14 AKTIVITI YANG BOLEH MENGUKUHKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar Menghormati lambang-lambang kebesaran Menghayati Rukun Negara Menganjurkan pertandingan bahas/pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan Yang di Pertuan Agong dan raja Lawatan ke muzium diraja Mencari maklumat berkaitan melalui internet Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu Meraikan hari keputeraan sultan Kembara Tengku Mahkota dibukukan (Mana-mana jawapan munasabah)

15 LANGKAH MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA MAJU. 16 17 Sentiasa bersikap inovatif Sentiasa berusaha membaiki / meningkatkan kehidupan Memelihara/ mengekalkan keamanan negara Mempunyai pemerintahan yang kuat / adil Pemerintahan yang berwibawa Meneliti / menghayati perubahan masyarakat lampau Pengetahuan agama yang baik/ falsafah / sains dan teknologi Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh Meningkatkan pemikiran/ kemahiran Meningkatkan ilmu Meneroka bidang baru Mana-mana jawapan munasabah CIRI-CIRI KEPIMPINAN Mentadbir berdasarkaan keadilan Bersifat amanah Berfikiran cerdas Bijak dalam pentadbiran Berakhlak mulia Sihat tubuh badan Patuh ajaran agama Mempraktikan undang-undang Menerapkan nilai-nilai murni Penyayang Adil Jujur/amanah Mementingkan rakyat / menjaga kebajikan rakyat Bertanggungjawab Berpandangan jauh / berwawasan BERKAITAN SEORANG PELAJAR Berilmu pengetahuan / menguasai ilmu / pelbagai bidang Menguasai ICT Menguasai bidang sains dan teknologi Mempunyai jati diri / patriotik Berpandangan jauh / berwawasan Inovatif / kreatif / reka cipta Menanam sifat ingin mencuba Berusaha bersungguh-sungguh Menghindarkan diri daripada unsur-unsur negati

You might also like