You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal : Ke - 1 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh

Peristiwa / Kejadian : 21 Januari 2013 25 Januari 2013

Sebelum memulakan penulisan jurnal ini, saya ingin memberitahu bahawa ini merupakan praktikum kali ke-3 yang akan saya jalani. Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2. Kami tiba di sekolah seawal jam 7.10 pagi. Setibanya di sekolah, kami terus melapor diri di pejabat sekolah dan turut berjumpa dengan Guru Penolong Kanan 1 untuk memaklumkan tentang kehadiran kami. Menurut pengetahuan pihak tuan/puan, guru besar sekolah berkenaan mengalami sedikit masalah kesihatan dan terpaksa mengambil cuti sakit.. Dalam minggu pertama ini, kami telah diberikan taklimat oleh pihak sekolah mengenai latar belakang sekolah dan juga hal-hal lain berkaitan dengan sekolah. Kemudian kami menyerahkan surat pengenalan diri dan menerangkan serba sedikit berkaitan dengan opysen yang kami pelajari. Kami turut diberikan taklimat ringkas berkaitan matlamat, visi dan misi sekolah bagi tahun 2013. Seterusnya kami diperkenalkan dengan guru pembimbing kami iaitu Puan Hafizah Binti Muhad Jani. Beliau akan menyelia kami selama 3 bulan kami berada disini. Saya telah melawat ke sekitar kawasan sekolah dan juga cuba berkenalan dengan guru-guru di sekolah ini. Saya mendapati kesemua kakitangan yang berada di sekolah ini bagaikan sebuah keluarga. Mereka sangat rapat diantara satu sama lain. Selepas itu, kami menyertai perhimpunan mingguan dan ketika perhimpunan, kami diminta memperkenalkan diri. Setelah perhimpunan selesai majlis diteruskan dengan perlantikan pengawas murid dan pengawas pusat sumber sekolah. Majlis berlangsung

dengan lancar sehingga tamatnya proses perlantikan ini. Kemudian majlis diakhiri dengan persembahan daripada murid tahun 1 sekolah berkenaan. Kesemua warga sekolah kelihatan terhibur dengan gelagat comel daripada nyanyian murid-murid berkenaan. Seterusnya kami ke pejabat untuk mengambil jadual waktu serta berjumpa dengan Penolong Kanan Kokurikulum untuk mengisi maklumat berkaitan dengan gerko. Berikut merupakan maklumat yang telah saya isi.

Badan Berunifom Kelab Rumah Sukan Permainan

: Pengakap : Sains dan Matematik : Rumah Ungu : Bola Sepak

Dalam minggu pertama ini, kami telah terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum. Saya telah diberi tanggungjawab untuk menyertai guru lain menjadi guru jurulatih bagi rumah sukan. Untuk makluman, aktiviti ko-kurikulum dimulakan pada pukul 2.00 hingga 4.00 petang pada hari Rabu. Kemudian diteruskan dengan permainan bola sepak yang tamat pada pukul 6 petang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perubahan dalam jadual waktu saya yang menyebabkan saya tidak dapat menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Setelah menyelesaikan segala masalah berkaitan jadual peribadi, saya telah berjumpa dengan guru kelas bagi kelas yang saya ajar untuk mendapatkan Huraian Sukatan Pelajaran dan juga untuk mengetahui tajuk-tajuk yang saya perlu ambil alih.

Akhir sekali, kami juga terlibat dengan mesyuarat panatia yang dijalankan. Saya telah mendapat sedikit input yang berguna untuk diterapkan apabila berdepan dengan situasi sebenar kelak. Kami diberi tanggungjawab untuk menguruskan persiapan

dewan dan juga untuk mengemaskan dewan untuk Sambutan Maulidurrasul dan kami telah cuba memberikan komitmen yang terbaik serta telah melibatkan diri dengan baik untuk program tersebut.

Disemak oleh guru pembimbing

Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Tandatangan : Nama : Tarikh :

You might also like