You are on page 1of 3

Sukatan Pelajaran: 5.1.

1 Mengenalpasti jenis-jenis Haiwan Peliharaan Deskripsi Pelajaran Hari Ini: Mengenal Haiwan Peliharaan Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat a) Menyatakan Maksud Haiwan Peliharaan b) Menyebut nama haiwan peliharaan c) Mengenal tempat tinggal haiwan peliharaan Kemahiran Sedia Ada: Murid kenal Haiwan Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: Guru berbincang dengan murid, pernah lihat atau tidak haiwan peliharaan, dan adakah mereka memelihara di rumah mereka.murid diminta menyebut nama haiwan yang terdapat di rumah mereka. Bahan Bantu Mengajar: Kad Perkataan, Kad gambar

Set Induksi Deskripsi: -Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan -Guru membuat 4 teka-teki, siapa yang boleh menjawab dahulu dikira pemenang. Teka teki i) Haiwan makan ikan minum susu ada misai panjang JAWAPAN: KUCING ii) Haiwan Gigi 2 batang dihadapan yang besar makan lobak JAWAPAN: ARNAB iii) Haiwan kaki 2

Boleh terbang tinggi, bersayap JAWAPAN: BURUNG iv) Haiwan Tinggal di dalam air Badan bersisik JAWAPAN: IKAN -Tepukan kepada pemenang dan guru memuji semua murid berani mencuba Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada Guru membincangkan teka-teka teki dengan murid tentang haiwan peliharaan dan bersoal jawab dengan murid apa haiwan yang dterdapat di rumah mereka. guru juga mengimbas pengalaman pengajaran lepas iaitu haiwan di air. Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid -Guru bertanya murid, teka-teki tadi berkaitan apa? JAWAPAN: HAIWAN -Guru meminta semua murid menyebut kembali kesemua nama-nama binatang tadi - Guru bertanya lagi, ada sesiapa memelihara binatang ini di rumah? -Sambil guru menunjukkan contoh-contoh gambar haiwan peliharaan, guru menjelaskan isi pelajaran hari ini iaitu haiwan peliharaan.

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid MENERANGKAN MAKSUD HAIWAN PELIHARAAN -Guru meminta semua murid mendengar dengan teliti iaitu guru menerangkan maksud haiwan peliharaan iaitu haiwan yang dipelihara sebagai hobi -Guru menyatakan haiwan peliharaan ada 2 jenis iaitu haiwan di darat dan haiwan di air -Kemudian, guru menyatakan haiwan peliharaan dibahagikan kepada 2 jenis iaitu haiwan di darat dan air -Guru bertanya kembali maksud haiwan peliharaan dan jenis haiwan peliharaan -Guru bertanya lagi, haiwan apa yang mereka suka pelihara.

Latihan dengan Bimbingan Guru memberikan lembaran kerja kepada semua murid dan diminta menyiapkan latihan tersebut. murid diberi bimbingan, iaitu menjawab soalan berdasarkan gambar. murid berbincang dengan murid jawapan tersebut Latihan Kendiri Guru menguji ingatan murid dengan meminta murid menyimpan latihan kerja yang telah dibuat, manakala kad gambar dan perkataan yang terdapat di papan putih juga disimpan.

guru meminta murid seorang demi seorang cuba menjawab balik latihan tadi pujian diberikan kepada semua murid

PENEGUHAN Semua murid mendapat pujian daripada guru. guru mengambil gambar setiap murid dengan meminta murid main peranan masing-masing seperti aktiviti tadi, iaitu kucing buat gaya kucing, arnab buat gaya arnab , burung buat gaya burung dan ikan bergerakgerak seperti ikan.

You might also like