You are on page 1of 15

Proses Kaunseling.

Pada pendapat saya, proses kaunseling ini adalah proses yang perlu diambil oleh kaunselor sebelum menjalankan kaunseling sebagai persiapan untuk membolehkan aktiviti kaunseling berjalan dengan lancar dan selamat. Sesi kaunseling merupakan satu proses atau dengan kata lain fenomena atau kejadian yang berlaku secara berterusan mengikut urutan tertentu atau mempunyai tahap tertentu yang boleh dikenalpasti. Terdapat beberapa tahap yang perlu dilaksanakan dalam satu proses kaunseling iaitu membina hubungan, penerokaan, mengenalpasti masalah, memilih alternatif, mengambil tindakan, susulan dan penamatan. Tanpa persiapan yang tepat sebelum memulakan aktiviti kaunseling, besar kemungkinan aktiviti kaunseling yang bakal diadakan gagal ataupun mengambil masa yang lebih daripada sepatutnya. Oleh itu, proses kaunseling haruslah difahami dengan jelas dan setiap langkah haruslah diikuti supaya aktiviti kaunseling yang dijalankan berjaya dan bermakna.

Kaunselor boleh membahagikan proses kaunseling kepada beberapa fasa sewaktu melaksanakan kaunseling (Brammer, 1973). dilalui tersebut adalah seperti berikut; Fasa Satu Sebelum proses kaunseling (Peringkat pra-persediaan) Setiap fasa ini pula mengandungi beberapa peringkat serta langkah tertentu. Fasa-fasa yang perlu

Fasa Dua

Semasa proses kaunseling (Peringkat kemasukan, penetapan/penjelasan,menstruktur perhubungan,penerokaan, pengukuhan dan perancangan) penyediaan,

Fasa Tiga

Selepas proses kaunseling (Peringkat penamatan)

Fasa Satu: Sebelum proses membantu/kaunseling Pra-persediaan Dalam peringkat ini perkara-perkara mengkaji latar belakang klien. persoalan sebenar kliennya. yang perlu dilihat oleh kaunselor ialah

Segala maklumat peribadi klien perlu dikumpul Di tahap ini, kaunselor tersebut perlu membentuk

secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memahami hubungan dan seterusnya memberikan pertolongan. Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah menjadikan klien lebih selesa. Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan pertemuan dengan jelas dan tekankan bahawa dirinya (kaunselor) sentiasa prihatin dan bersedia membantu setakat yang terdaya. Dua komponen penting yang perlu diambilkira di tahap ini ialah; Tempat sesi kaunseling Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan klien

tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebut dapat diadakan dengan jayanya. Tahap kemampuan kaunselor dengan klien Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil kira tahap

kemampuan sama ada dirinya sendiri mahupun klien. Kaunselor yang kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang yakin di kalangan klien terhadap kaunselor. Selain dari itu, kaunselor harus peka akan tahap kemampuan klien. Klien juga mungkin kelihatan letih, lemah dan malas untuk bekerjasama. Dengan itu akan terdapat juga keadaan di mana tahap kemampuan kedua-dua pihak ini harus dititikberatkan sebelum memulakan sesuatu sesi kaunseling agar proses kaunseling dapat dijalankan dengan lancar. Apabila kaunselor dan klien masing-masing bersedia untuk memulakan proses kaunseling, persetujuan antara kedua-dua pihak bagi memulakan proses kaunseling mestilah dipersetujui. Brammer (1973) menganggap persetujuan ini sebagai satu kontrak antara kaunselor dan kliennya serta sebagai tanda persetujuan tanda permulaan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini akan berubah pada bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri. Fasa dua. Semasa proses kaunseling Setelah memastikan peringkat pra-persediaan berjalan dengan lancar, perkhidmatan kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu fasa semasa proses kaunseling. Dalam fasa ini, beberapa peringkat terlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan, perancangan. (i) Peringkat penyediaan dan kemasukan Di tahap ini, temu bual secara minima antara kaunselor dan klien akan berlaku. Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan yang tidak menakutkan serta mempamerkan perlakuan yang membantu. Umpamanya perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselor tersebut hendaklah disesuaikan. penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan

Jarak kedudukan antara kaunselor dan klien juga perlu diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Selain dari itu, keadaan tempat juga merupakan satu perkara yang penting dalam permulaan hubungan antara klien-kaunselor. Ini amat penting kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangkan serta menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya. (ii) Peringkat penetapan/penjelasan Pada peringkat ini, kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh dilakukan iaitu; -Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan segala isi hatinya, kaunselor akan terus mendorong klien tersebut untuk terus bercerita. -Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk bercerita. Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan soal-selidik digunakan kepada

klien kerana ini akan menyebabkan klien tersebut merasa terancam atau takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, sayang, hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat sebagai pendengar yang baik dan kritikal serta membantu klien jika menghadapi keadaan tersekat-tersekat sewaktu meluahkan pengalaman dan perasaanya. Kaunselor haruslah dapat juga menggalakkan klien menghurai dan menentukan pernyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongan yang dikehendaki. Di tahap ini, kaunselor juga harus mengamati dan menentukan siapa sebenarnya sedang menghadapi permasalahan tersebut iaitu sama ada diri beliau sendiri atau pun melibatkan orang lain. Pengetahuan dan kemahiran ini amat penting bagi membantu merangka alternatif ke arah penyelesaian. Pada peringkat ini, kaunselor sepatutnya sudah dapat

merangkakan ketetapan untuk melihat matlamat klien. Kaunselor juga sudah boleh mencungkil kehendak sebenar klien. (iii) Peringkat Penstrukturan Di peringkat ini, kaunselor dan klien akan menetapkan sama ada perhubungan mereka itu boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran membantu klien, memenuhi harapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan selanjutnya perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. Bagi pihak klien juga sudah dapat menentukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersediakah ia melibatkan diri serta menerima syaratsyarat yang dikenakan oleh kaunselor nanti. Tahap penstrukturan ini akan menentukan sifat, batasan dan matlamat perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah yang diambil bagi menyediakannya arah yang sedang dituju. Kontrak kaunseling akan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara kaunselor dan klien bagi berusaha mencapai matlamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya. Dengan adanya kontrak ini klien akan merasa lebih komited menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamatmatlamat yang ditetapkan. (iv) Peringkat Perhubungan Di peringkat ini, matlamat utama kaunseling ialah untuk mengeratkan perhubungan antara kaunselor dengan klien. Perhubungan akan terbina dengan baik melalui keyakinan dan rasa selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling. Pada peringkat ini, kaunselor hendaklah mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan serta sentiasa menunjukkan kemesraan. Kaunselor hendaklah membina tanggapan pertama yang positif dan untuk tujuan ini, kaunselor perlu mengambil kira beberapa perkara yang dapat membina perhubungan yang baik dan selesa. Membina suasana alam sekeliling yang kondusif

Tempat yang sesuai amat diperlukan semasa pengendalian sesi kaunseling. Kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi yang tidak meyakitkan pinggang, bergoyang-goyang sehingga menggangu tumpuan atau pemikiran. Keadaan bilik tidak terlalu panas, terlalu sempit atau terlalu bising. Elakkan tempat lalu-lalang yang boleh mengganggu tumpuan klien atau kaunselor. Pastikan juga tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau tandas yang berhampiran atau fail dan buku-buku yang bertimbun atau berselerak sehingga menyusahkan penglihatan klien atau kaunselor. Jarak antara kaunselor dengan klien Dalam melaksanakan sesi kaunseling, jarak atau ruang antara klien dengan kaunselor harus diambilkira bagi mempastikan agar tidak terlalu dekat sehingga menyukarkan kedua-dua pihak untuk berkomunikasi. yang baik. Jarak antara 1 hingga 1.5 meter dapat menimbulkan rasa selesa dan klien akan berasa mendapat perhatian

Penampilan diri Pandangan pertama amat penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan penampilan kaunselor, ia merupakan ciri pertama yang akan menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor atau klien hendaklah berpakaian mengikut normanorma tempatan, tidak keterlaluan sehingga klien memerlukan masa untuk menerima kaunselor atau sebaliknya. Ekspresi muka/wajah Ekspresi wajah yang timbul dari penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan diri individu juga perlu diambil kira. Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, amat penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien.

Cara duduk dalam sesi kaunseling Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang yang bersifat terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. Senyuman Senyuman merupakan unsur penting dalam sesi kaunseling terutama sekali di peringkat awal sesi tersebut. Ini adalah kerana senyuman bertindak sebagai penjalin hubungan yang baik antara kaunselor dengan klien. Lazimnya, senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak bersesuaian, ia akan mengakibatkan kesilapan interpretasi di kalangan pihak klien. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin tersenyum Kepekaan

untuk menutup rasa takut, risau, keliru atau keadaan serba salah. Terdapat juga klien yang senyum kerana ingin mengejek, sedih atau gembira. yang dijalankan itu sesuai dan menepati matlamatnya. Nada suara Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung dalam sesuatu perkataan atau ayat. Sesuatu perkataan yang disebut dengan nada yang berbeza akan membawa erti yang berbeza. Oleh itu, adalah penting bagi kaunselor mendengar dan memahami nada suara tersebut kerana ia akan memberi peluang kepadanya untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram, pemarah, sedih, tidak bermaya, merungut dan sebagainya. (v) Peringkat Penerokaan Pada peringkat ini, kaunselor akan semakin mengenali klien terutamanya dari segi pendirian, matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu kliennya. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh kaunselor di peringkat ini ialah; kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling

Terus mewujud dan mengeratkan hubungan agar perasaan yakin, percaya dan selamat timbul di pihak klien terhadap kaunselor. Klien di waktu ini digalakkan untuk meneroka masalah dan perasaannya bagi mencapai kesedaran kendiri. Kaunselor boleh memutuskan sama ada akan meneruskan hubungan sesi kaunseling ini atau menghentikannya atas sebab-sebab tertentu. Kaunselor boleh memberi panduan kepada klien tentang kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapai matlamatnya. Kaunselor boleh memberikan aktiviti kerja rumah untuk klien bagi

membolehkannya mencapai matlamat. Pada tahap ini, kaunselor harus lebih bersifat aktif, tegas dan cergas dalam

tindakannya. Kaunselor seharusnya semakin jelas tentang apa yang diperlukan oleh kliennya. Kaunselor juga perlu menggunakan segala kemahirannya untuk meneroka persoalan klien. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat ini merupakan proses berlakunya komunikasi yang didorong oleh keikhlasan dan kejujuran serta berterus-terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara keduadua pihak. Segala perasaan tidak logik, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien mestilah dikikis dan dihindari segera supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenarnya. Perhubungan yang erat sangat penting untuk menimbulkan keyakinan sehingga klien dapat berasa bebas, selamat dan selesa serta terbuka dan sedia berkongsi perasaan dan masalah dengan kaunselor. (vi) Peringkat Pengukuhan Pada peringkat pengukuhan ini, klien akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perasaannya serta menentukan pilihan-pilihan yang boleh diambil olehnya. Kemahiran-kemahiran baru juga perlu diamalkan. Klien seharusnya telah benarbenar melibatkan dirinya secara langsung dan secara aktif di peringkat ini. Seboleh-

bolehnya, sesuatu pilihan telah dibuat, diterima dan diyakinkan serta disepadukan mengikut proses-proses yang telah dipersetujui bersama. (vii) Peringkat Perancangan Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad kepada rancangan tindakan yang khusus. Kaunselor seboleh-bolehnya menolong kliennya merancang strategi-strategi yang hendak diambil termasuk langkah-langkah perlaksanaan strategi tersebut. Peringkat ini lebih merupakan peringkat memperjelaskan matlamat yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikannya dengan tindakan yang bakal diambil. Di tahap ini, proses perancangan sudah hampir kepada tahap penyelesaian.

Fasa tiga: Selepas proses kaunseling Berada di fasa ini bererti, kaunselor yang telah berjaya melaksanakan peringkatperingkat dalam fasa kedua perlu melakukan peringkat penamatan.

Peringkat penamatan Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Lazimnya satu penamatan sesi dicapai melalui persetujuan pihak kaunselor dengan klien. Di peringkat ini hasil atau pencapaian klien akan dirumuskan. Jika masih terdapat matlamat-matlamat yang tidak tercapai, maka sebab-sebabnya haruslah dikenal pasti. Di peringkat ini pihak klien seharusnya sudah berpuas hati dengan proses kaunseling. Sebaliknya jika klien tidak mahu lagi meneruskan sesi, maka klien tersebut bolehlah merujuk kepada kaunselor atau pakar-pakar lain. Penamatan juga boleh berlaku jika kaunselor mendapati klien tidak mahu bekerjasama, tidak mahu berubah atau pun atas permintaan klien sendiri. Dapatlah dirumuskan bahawa peringkat penamatan ini merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap keberkesanan strategi atau teknik yang telah diaplikasikan terhadap kliennya. Sebaliknya, jika tidak berkesan, mungkin sesi dan tindakan susulan akan diteruskan.

Walaupun proses kaunseling sudah ditamatkan, ini tidak bererti hubungan antara kedua-duanya akan terputus langsung. Sebaik-baiknya adalah digalakkan supaya kaunselor mengikuti perkembangan klien yang pernah dibantunya. Penamatan dalam konteks ini hanya merupakan pemberhentian proses kaunseling sahaja. Fungsi Penamatan Terdapat beberapa fungsi penting penamatan, Pertama, penamatan menunjukkan sesuatu ingin ditamatkan. Penamatan adalah peluang untuk mengakhiri pembelajaran pengalaman dengan baik sama ada di peringkat peribadi atau peringkat profesional. Dalam kaunseling, penamatan lebih kepada tindakan yang menandakan berakhirnya terapi, sebagai penggerak motivasi. Kesedaran bahawa sesi kaunseling mempunyai limitasi seperti masa untuk bekerja keras. Masa Penamatan Menurut Gladding (2000), tidak ada satu jawapan jelas bila perhubungan itu ingin ditamatkan. Jika penamatan ditamatkan dengan lebih awal, klien mungkin akan hilang asas yang telah mereka temui dalam sesi kaunseling dan mengundur diri sebagai tingkah laku awal. Dengan kata lain, jika penamatan tidak dinyatakan, proses kebergantungan klien kepada kaunselor akan berlaku dan klien akan gagal menyelesaikan segala kesukaran yang dialami sebagai perkembangan manusia. Terdapat beberapa pertimbangan yang pragmatik untuk penamatan sesi (Gladding, 2000) iaitu; Adakah klien telah mencapai matlamat tingkah laku, kognitif atau matlamat kontrak afektif? Bila klien dan kaunselor mempunyai idea yang jelas sama ada matlamat yang khusus telah bertemu, masa penamatan menjadi mudah untuk dinyatakan. Kunci pertimbangan ini adalah membentuk kontrak yang saling dipersetujui di antara kaunselor dan klien sebelum kaunseling dimulakan. Adakah klien secara konkrit menunjukkan bahawa dirinya telah menunjukkan perkembangan. Dalam situasi ini, kemajuan yang spesifik mungkin menjadi asas kepada klien dalam membuat keputusan tentang penamatan. membawa klien

Adakah kaunseling satu perhubungan yang membantu? Jika klien atau kaunselor merasai apa yang berlaku dalam sesi kaunseling tidak membantu, penamatan adalah sesuai. Adakah konteks pengaturan permulaan kaunseling telah berubah? Dalam kes di mana mereka mengalami kesakitan jangka panjang, penamatan (termasuk rujukan) akan dipertimbangkan. Keseluruhannya, tidak ada masa yang tepat untuk menamatkan perhubungan kaunseling. Bila penamatan perlu adalah berdasarkan menurut keunikan situasi dan menurut garis panduan etika dan profesional. Isu-Isu Penamatan Penamatan Sesi Individu Penamatan diutarakan ketika sesi kaunseling. Sesi permulaan telah jelas mendefinisikan limitasi masa. Kaunselor mungkin mengambil masa di antara 5-10 minit untuk menyesuaikan klien dan kerisauan klien. Sesi kaunseling yang tamat awal mungkin kurang produktif. Benjamin (1987) menyatakan terdapat dua faktor penting dalam mengakhiri sesi iaitu; (1)Kaunselor dan klien sedar bahawa sesi sudah berakhir dan (2)Tiada isu-isu baru, yang diperkenalkan atau dibincangkan ketika berakhirnya sesi. Jika klien mengutarakan isu baru, kaunselor perlu memfokuskan pada sesi akan datang. Kaunselor boleh menamatkan sesi secara berkesan dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah membuat pernyataan ringkas bahawa sesi telah tamat. Contohnya, nampaknya masa telah tamat untuk hari ini. Jika klien membincangkan perkara tertutup-terbuka berdekatan dengan pengakhiran sesi, kaunselor akan mengingatkan klien bahawa terdapat hanya 5 hingga 10 minit lagi masa yang tinggal. Selepas itu, klien boleh berfokus kepada perkara-perkara yang penting. Sebagai alternatif pernyataan secara langsung, kaunselor boleh menggunakan gerak badan bukan lisan untuk menunjukkan sesi tamat. Contohnya melihat jam

atau berdiri (Gladding, 2000). Gerak badan adalah baik digunakan dengan indikator lisan untuk tujuan peneguhan klien. Ketika kaunselor ingin menamatkan sesi, rumusan boleh membantu kaunselor ataupun klien untuk meringkaskan apa yang berlaku dalam sesi. Kaunselor atau klien boleh merumuskan apa yang berlaku iaitu ciri utama sesi dan akan diringkaskan kepada butir-butir tanpa interpretasi. Ringkasan juga membolehkan kaunselor dan klien sedar apa yang akan mereka perolehi dari luar sesi dan membekalkan maksud menyelesaikan apa-apa salah faham. Satu lagi yang penting dalam melakukan proses penamatan ialah merangka sesi yang akan datang. Umpamanya,
Kaunselor : Kita ada lima minit saja lagi, jadi saya rasa elok saya rumuskan apa yang telah kita rundingkan dalam sesi ini. Pada peringkat awal kedatangan tuan ialah untuk membincangkan masalah tuan dengan anak remaja tuan. Tuan rasa tidak dapat mengawal anak ini, begitu juga isteri tuan. Jadi, dalam perbincangan kita, tuan bersetuju untuk bekerja sama dengan isteri tuan. Tuan mengambil keputusan untuk membincangkan masalah ini dengan isteri tuan. Ini adalah beberapa langkah yang akan tuan ambil dalam masa dua minggu ini. Sekiranya tuan rasa perlu berbincang lagi setelah dua minggu lagi dengan saya, tuan dipersilakan.

Penamatan Perhubungan Kaunseling Penamatan perhubungan kaunseling adalah berbeza dari satu klien kepada klien yang lain. Kaunselor dan klien perlu bersetuju bila perhubungan perlu ditamatkan. Umumnya, mesej lisan tentang kesediaan untuk penamatan. Klien berkata Saya berfikir, saya telah banyak membuat kemajuan beberapa bulan yang lepas . Atau kaunselor menyatakan, Anda kelihatan amat baik dan saya rasa anda tidak perlu lagi menggunakan perkhidmatan saya. Pernyataan ini mencadangkan akan berakhirnya sesi kaunseling. Di antara contoh lain iaitu;
Kaunselor : Kita telah bertemu sebanyak lima sesi, saya lihat tuan bertambah gembira sekarang. Tuan juga menyatakan yang tuan telah berjaya berbaik-baik dengan anak tuan. Jadi, saya rasa bolehlah kita memberhentikan hubungan kaunseling ini. Saya harap tuan berjaya di dalam kehidupan tuan.

Penamatan juga melibatkan perubahan dalam diri klien ataupun mencapai resolusi. Beberapa tingkah laku lain juga menandakan berakhirnya sesi kaunseling termasuklah ketidaksungguhan klien ketika sesi dijalankan, menarik diri, marah, bersedih atau bergantung. Shulman (dlm Gladding, 2000) mencadangkan beberapa perkara perlu diberi perhatian apabila sesi ingin ditamatkan seperti; 1. Memeriksa sama ada masalah atau simptom awal klien telah dikurangkan atau dihapuskan. 2. Menentukan sama ada tekanan perasaan yang telah dihasilkan membawa kepada penamatan kaunseling. 3. Menilai kebolehan untuk menangani persoalan klien dan tahap pemahaman diri dan orang lain. 4. Penentuan sama ada klien boleh dihubungkan lebih baik dengan orang lain dan boleh untuk mencintai dan dicintai. 5. Memeriksa sama ada klien dapat mencapai kebolehan untuk merancang dan bekerja dengan produktif Sekurang-kurangnya terdapat dua cara bagi memudahkan berakhirnya perhubungan kaunselor-klien. Satu darinya menggunakan fading. Dixon dan Glover (1984) mendefinisikan fading sebagai penurunan yang beransur-ansur dalam struktur yang bukan semulajadi dikembangkan dengan keinginan untuk berubah. Dengan lain perkataan, klien secara beransur-ansur berhenti menerima peneguhan tingkah laku dalam beberapa cara. Matlamat yang diingini dalam setiap kaunseling membantu klien menjadi kurang bergantung pada kaunselor dan sesi kaunseling lebih bergantung pada diri mereka sendiri dan saling kebergantungan dengan orang lain. Cara lain untuk melakukan penamatan ialah dengan membantu klien

mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah.

Jika kaunselor dapat

membantu klien mempelajari cara yang berkesan untuk menangani kesukaran, klien tidak memerlukan masa yang lama untuk menamatkan perhubungan kaunseling. Ini adalah proses generalisasi pengalaman kaunseling untuk digunakan. Proses ini

termasuklah menekankan pendidikan, pencegahan dan kemahiran membuat keputusan pada setiap keputusan dan situasi krisis.

You might also like