You are on page 1of 1

Ujian Bulan Ogos Kebaikan dan Keburukan Permainan Video Game di Kalangan Murid Sekolah Pada masa kini,

permainan video game merupakan sesuatu yang sangat popular terutamanya di kalangan murid sekolah. Kemajuan teknologi pada masa kini telah menggalakkan murid-murid untuk bermain lebih banyak video game. Video game boleh dimain secara keseorangan atau dengan rakan-rakan. Video ada kebaikannya tetapi juga ada keburukannya. Kebaikan permainan video game adalah ia membantu mempercepatkan pengerakan dan minda murid. Dalam permainan video game, murid akan melakukan beberapa pengerakan pada masa yang sama dan mereka mesti berfikir dengan cepat untuk melakukan tindakan yang seterusnya. Ini menyebabkan pengerakan dan minda murid menjadi lebih cepat. Selain itu, permainan video game juga membantu membina ketabahan murid. Murid akan terus berusaha sehingga berjaya untuk ke peringkat yang seterusnya. Ini akan membentuk seorang murid yang tidak mudah berputus asa. Sekarang, keburukan permainan video adalah murid akan asyik bermain video game yang amat membazirkan masa mereka. Mereka akan selalu bermain video game dan tidak peduli akan kerja-kerja sekolah mereka. Ini akan menyebabkan gred mereka asyik menurun. Tambahan pula, permainan video game akan menyebabkan berlakunya gejala ponteng sekolah. Murid akan ketagih dengan permainan video game dan sanggup ponteng sekolah untuk melepak di pusat permainan video. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengawal dan menghadkan masa bermain permainan video agar murid tidak akan ketagih dengan permainan video game. Murid juga haruslah menyediakan sebuah jadual untuk membahagikan masa bermain dengan masa belajar.

Samantha Tan 2 Cengal

You might also like