Professional Documents
Culture Documents
: Kemahiran Menyatakan Tidak kepada Rokok, Alkohol dan Dadah Tarikh : 22 Julai 2008 / Selasa Masa : 09.15 pagi 09.45 pagi Tahun : 5 Harmoni Bilangan murid : 29 orang Pengalaman sedia ada : Murid telah mempelajari tajuk ini pada kelas yang lepas. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :. Kognitif : Menyatakan kesan buruk peyalahgunaan bahan. Afektif : Menginsafi tentang akibat kesan penyalahgunaan bahan.
Penerapan Nilai : Berfikiran Positif, Keyakinan Strategi : KBKK Penggabung Jalinan : Tunjang Kesukanan Etika(semangat kesukanan) Kesepaduan : Visual dan Auditori Alatan : Kertas Mahjong, Buku Teks
BAHAGIAN / MASA
AKTIVITI
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/ STRATEGI
CATATAN/
ALATAN Set Induksi ( 5 minit) Soal Jawab -Guru bertanyakan soalan kepada murid. Contoh : a) Pernahkah kamu melihat penagih dadah? b) Bagaimanakah kehidupan mereka? c) Apakah yang terjadi pada keluarga mereka? d) Adakah perkara ini baik atau tidak? -Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. -Setiap kumpulan diberikan tugasan mengikut arahan yang diberikan. Contoh : Keburukan Dadah, Rokok dan Alkohol. -Murid berada di tempat masingmasing. TKP : Interpersonal
Perbincangan Berkumpulan
Murid diberi kertas mahjong untuk melakar hasil perbincangan mereka. Hasil perbincangan hendaklah ditulis dalam bentuk peta minda. Murid berada dalam kumpulan masing-masing. Murid masih berada dalam kumpulan yang telah dibahagikan tadi.
-Murid diminta membentangkan hasil perbincangan dan pemahaman mereka dalam kumpulan tadi. -Guru bertindak sebagai fasilitator. -Guru mengaitkan perbentangan murid dengan tajuk pengajaran pada hari ini.
BAHAGIAN / MASA
AKTIVITI
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/ STRATEGI
CATATAN/
ALATAN Penutup (5 minit) Rumusan Guru bertanya perasaan murid-murid tentang apa yang dipelajari pada hari ini. Guru memberi nasihat agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Murid dibenarkan kembali dan duduk di tempat masing-masing. Menghubung kait Nilai murni: Bertanggung jawab
REFLEKSI :