You are on page 1of 3

REFLEKSI.

Pada hari Isnin iaitu 8 Mac 2010, merupakan hari pertama saya melakukan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebagsaan Merbau Sempak. Saya melapor diri di bilik Guru Besar sebelum sesi perhimpunan pagi. Kedatangan saya dialu-alukan kerana Guru Besar telah pun sedia maklum akan kedatangan kami ke sekolah itu melalui surat yang dihantar oleh Unit Praktikum IPG saya. Saya memperkenalkan diri dengan memberitahu maklumat diri serta opsyen yang saya ambil di IPG Kampus Kota Bharu. Kemudian saya mendapat sedikit maklumat dan nasihat serta semangat berkenaan tugas yang akan saya jalankan di sekolah ini. Selepas itu, saya bergerak ke sesi perhimpunan pagi. Saya juga sempat berkenalan dengan beberapa orang guru yang ada semasa sesi perhimpunan pagi. Sekolah ini mempunyai sesi pagi dan petang. Selepas itu, saya mencari maklumat tentang persekitaran sekolah. Maklumat tersebut meminta saya mencari nama guru besar, PK 1 dan PK 2 serta PK HEM disamping Penyelia Petang. Selain itu, maklumat bilangan guru dan murid juga perlu. Selain itu saya juga perlu menyelidik maklumat lain yang menarik perhatian saya mengenai sekolah tersebut. Setelah selesai, saya mengambil kesempatan untuk meninjau sekitar kawasan sekolah dan mengambil gambar yang perlu di ambir sebagai bahan. Pada hari kedua iaitu 9 Mac 2010, saya tiba di sekolah seperti biasa dan ke sesi perhimpunan harian. Hari tersebut merupakan hari pertama ujian bulanan bulan 3. Saya mengambil peluang tersebut untuk meninjau murid-murid menduduki ujian tersebut. Di samping itu juga saya berkesempatan untuk mengambil gambar kemudahan di dalam kelas. Selain itu saya juga dapat melihat postur murid-murid semasa duduk. Kebanyakan duduk dengan postur yang betul dan minoriti murid duduk dalam keadaan postur yang salah.

Pada jam 10.30 pagi, saya bergerak ke kantin untuk berehat. Setelah selesai makan, saya ke bilik guru sekali lagi untuk berjumpa Ketua Panitia bagi Pendidikan Jasmani. Saya menemubual beliau berkenaan aktiviti guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani semasa mengajar sama ada menerapkan sedikit pengajaran Anatomi dan Fisiologi di samping mendapatkan segala maklumat yang perlu dan kolaborasi. Tugasan saya diteruskan pada hari ketiga iaitu 10 Mac 2010. Saya memulakan tugasan dengan berinteraksi dengan guru-guru lain. Banyak maklumat dan pengalaman yang saya perolehi. Selain itu saya juga mendapat nasihat dan semangat untuk menjadi seorang guru yang baik dari segi jasmani dan sahsiah. Setelah itu, saya ditugaskan untuk menjaga kelas yang sedang mengambil ujian. Saya ditugaskan untuk menggantikan guru yang mengambil cuti kecemasan. Pada sesi petang, saya hadir setelah mendapat maklumat bahawa terdapat latihan rumah sukan. Sebelum itu saya telah berjumpa dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani untuk mendapatkan kebenaran untuk mengendalikan sesi latihan tersebut. Ternyata kerjasama yang diberikan tidak mengecewakan. Saya dibenarkan untuk mengendalikan sesi tersebut. Semasa saya mengendalikan aktiviti tersebut, murid-murid bersungguh-sungguh mempamerkan kesungguhan dan bakat masing-masing untuk mewakili acara yang dipilih. Pada hari keempat bersamaan 11 Mac 2010, saya hanya berbincang dengan guru panitia Pendidikan Jasmani. Saya bertanyakan tentang P&P yang dijalankan di dalam kelas dan aktiviti yang dijalankan. Kerjasama guru pendidikan jasmani amat baik kerana mereka tidak kisah dan peramah.

Pada hari kelima iaitu hari terakhir saya menjalani PBS bersamaan 12 Mac 2010. pada hari ter sebut saya menyiapkan segala kerja yang tidak siap. Saya juga berbincang dengan guru pemulihan untuk kos major saya. Saya juga berkesempatan untuk berbual dengan pekerja sekolah tersebut. Setelah sampai masa untuk balik, saya ke pejabat selain berjumpa dengan guru besar untuk mengucapkan terima kasih. Guru besar dan warga sekolah memberi kata-kata semangat untuk menjadi guru kelak dan saya berasa bersemangat dan tidak sabar untuk mengajar nanti.

You might also like