You are on page 1of 3

LAPORAN MINGGU KEMERDEKAAN Sebelum Sebelum mengadakan minggu kemerdekaan, saya dan beberapa orang guru pelatih telah

berbincang mengenai aktiviti yang akan diadakan sepanjang minggu kemerdekaan. Hasil daripada perbincangan, beberapa aktiviti telah dipilih dan kami telah membuat kertas kerja untuk aktiviti tersebut. Selain itu, kami juga telah membuat soalan kuiz kenegaraan dan mencari lukisan yang sesuai untuk pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan tahap 2. Semasa Aktiviti minggu kemerdekaan telah berlangsung selama seminggu. Sepanjang minggu itu kami telah memainkan lagu patriotik semasa rehat bagi menyemai semangat cinta akan negara dalam diri murid. Pada hari Isnin iaitu waktu tengah hari, SK Kpg Rembus telah mengadakan perhimpunan khas sempena kemerdekaan. Pada sebelah petang pula, semua guru dan murid terlibat dengan aktiviti pertandingan mewarna. Pada hari seterusnya iaitu Selasa, kami telah menjalankan kuiz kenegaraan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran PSK dan KT. Selain itu, saya dan rakan guru pelatih lain juga telah membuat satu sudut info untuk kemerdekaan. Selepas Setelah semua aktiviti selesai dijalankan, kami memulakan kerja seterusnya iaitu membalut hadiah untuk pemenang. Hadiah tersebut pula akan disampaikan kepada pemenang pada perhimpunan yang seterusnya.

Minggu Kemerdekaan SK Kampung Rembus

Aktiviti Kokurikulum

Tunas Kadet Remaja Sekolah

Kelab Alam Sekitar

You might also like