You are on page 1of 5

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO ( UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION )

No. Pendaftaran 676/88 ( Wilayah Persekutuan )

TATAETIKA

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

KANDUNGAN MUKA

Tataetika Ahli UMNO Perkara Perkara Perkara Perkara Perkara Perkara Perkara Perkara 1 2 3 4 5 6 Kesetiaan Penyalahgunaan Kuasa dan Wang Ringgit Penggunaan Kekerasan dan Ugutan Penggunaan Media/Ejen dan Lain-Lain Majlis Dan Pertemuan Derma / Bantuan

1 2 3 4 5 6 6 6 6

7 Hukuman 8 Pindaan

TATAETIKA AHLI UMNO Kesinambungan UMNO sebagai teras politik Malaysia terletak kepada keazamannya memperjuangkan martabat bangsa dan maruah negara. Keazaman ini bukan saja perlu dipertahankan, malah diperkukuhkan lagi bagi menghadapi dugaan dan cabaran era kemajuan yang semakin hebat. Kekuatan dan maruah UMNO akan terpelihara jika pemimpin dan ahlinya memiliki semangat perjuangan menentang kemungkaran politik. Iltizam dan keberanian ini akan lahir apabila pimpinan dan ahli UMNO benar-benar menghayati idealisme perjuangan UMNO yang bertunjangkan keluhuran akal budi, kesusilaan, keimanan, keikhlasan, keinsafan dan kesyukuran. Tradisi dan budaya politik UMNO sementara terus meniti arus perubahan perlu terus mempertahankan idealisme perjuangan. Justeru itu bagi mengawal dan mencegah berlakunya kemungkaran poliitik , ahli-ahli UMNO memerlukan tataetika bagi membenteras segala bentuk penyelewengan, salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penggunaan wang serta gejala negatif yang boleh melunturkan semangat perjuangan dan melemahkan UMNO. Maka dengan itu Majlis Tertinggi menetapkan tataetika ahli UMNO ini menurut kuasa yang diberikan kepadanya dibawah fasal 20.12 Perlembagaan UMNO. TATAETIKA PERKARA 1 1. KESETIAAN Fasal 20.8 (Perlembagaan UMNO) 1.1 Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:1.1.1 Patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli; 1.1.2 Mengikut perintah-perintah parti; 1.1.3 Menjalankan dasar-dasar parti; 1.1.4 Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti; 1.1.5 Menjaga rahsia-rahsia parti; 1.1.6 Memelihara nama baik dan maruah parti; 1.1.7 Sentiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.

PERKARA 2 2. PENYALAHGUNAAN KUASA DAN WANG RINGGIT 2.1 Ahli-ahli parti dilarang daripada menyalahgunakan apa jua kuasa yang ada pada mereka dengan tujuan mendapat undi atau sokongan atau mempengaruhi di dalam mana-mana pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain atau supaya jangan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti. Ahli-ahli parti dilarang daripada memberi atau menerima atau membenar isteri, anak-anak atau mana-mana orang untuk menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa hadiah atau wang daripada atau kepada manamana ahli UMNO:a) sama ada atau tidak pemberian hadiah itu ada dengan apa-apa cara kena mengena dengan pemilihan parti. b) Sama ada atau tidak ia berupa wang, barang-barang, bendabenda, tambang percuma, kemudahan perjalanan, perkhidmatan, hiburan atau apa-apa jua faedah lain sama ada zahir atau sebaliknya. 2.3 Majlis Tertinggi berkuasa menetapkan dari masa ke semasa bentuk dan jenis penyalahgunaan kuasa, wang ringgit dan sebagainya yang dimaksudkan di dalam perenggan 2.1 dan 2.2 di atas.

2.2

PERKARA 3 3. PENGGUNAAN KEKERASAN DAN UGUTAN Ahli-ahli parti dilarang daripada menggunakan apa-apa kekerasan atau paksaan atau halangan atau menggunakan atau mengancam apa-apa kecacatan, kerosakan atau kerugian atau mengugut dengan apa-apa cara ke atas mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa orang mengundi atau tidak mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti.

PERKARA 4 4. PENGGUNAAN MEDIA/EJEN DAN LAIN-LAIN 4.1 Ahli-ahli parti dilarang daripada menerbit, menyiar atau menulis apaapa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya yang ada unsur-unsur menyokong seseorang untuk berkempen:a) Ahli-ahli parti dilarang daripada menyebarkan apa-apa pernyataan secara lisan atau tulisan yang disiarkan melalui apa-apa kaedah ( media cetak, elektronik dan internet ) yang berunsur menyokong, fitnah memfitnah, penyataan palsu, mencela dan mengkeji manamana ahli. 4.2 Ahli-ahli parti dilarang daripada menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi pihak mana-mana calon bagi apa-apa pemilihan dalam apa-apa jawatan parti.

PERKARA 5 5. MAJLIS DAN PERTEMUAN Ahli-ahli parti dilarang daripada menganjurkan sebarang perhimpunan, pertemuan jamuan dan apa-apa majlis yang membabitkan ahli-ahli UMNO, bersabit dengan apa-apa pemilihan dalam apa-apa jawatan parti. PERKARA 6 6. DERMA/BANTUAN Ahli-ahli parti dilarang daripada mengeluarkan derma atau apa-apa bantuan kepada bahagian dan cawangan untuk tujuan mendapat sokongan atau mempengaruhi didalam mana-mana pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak orang lain. PERKARA 7 7. HUKUMAN Sesiapa yang didapati bersalah melanggar Tataetika ini boleh dihukum di bawah fasal 20.9 Perlembagaan UMNO. PERKARA 8 8. PINDAAN Majlis Tertinggi berkuasa meminda Tataetika ini dari semasa ke semasa.

You might also like