You are on page 1of 3

CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN DAN PENENTUAN KEDUDUKAN.

# Pembahagian mata bagi acara individu dan berpasukan adalah seperti berikut: Pertama : 5 Mata Kedua : 3 mata Ketiga : 2 mata Keempat : 1 mata # Jika berlaku kedudukan yang sama (seri) dalam sesuatu acara,maka pemberian mata akan dibuat seperti berikut: Dua peserta atau pasukan yang mendapat kedudukan yang sama,iaitu kedudukan yang kedua,jumlah mata bagi kedudukan kedua dan ketiga akan dicampurkan dan kemudian dibahagikan. Contohnya: 3 + 2 = 2.5 bagi setiap peserta. 2 Peserta atau pasukan yang berikutnya akan diberi kedudukan keempat dan mendapat 1 mata. # Tiga peserta atau pasukan yang mendapat kedudukan yang sama,iaitu kedudukan yang kedua, ketiga-tiga peserta atau pasukan akan diberi 2 mata.Peserta atau pasukan yang berikutnya diberi kedudukan kelima iaitu tanpa sebarang mata.
NOMBOR PENGENALAN RUMAH

# Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam mana-mana acara yang dipertandingkan akan diperuntukkan satu nombor,Nombor itu mestilah dipakai oleh peserta yang bertanding sepanjang acara yang dipertandingkan. LAKSAMANA(MERAH) SYAHBANDAR ( BIRU ) TEMENGGUNG (HIJAU ) BENDAHARA ( KUNING)
BANTAHAN

101 199 201 299 301 399 401 499

# Peraturan-peraturan berkenaan dengan bantahan yang dijelaskan dengan peraturan KOAM 147 akan diikuti,kecuali perkara-perkara berikut: Bantahan-bantahan berhubung dengan perkara-perkara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada 30 minit setelah keputusan bagi peringkat akhir diumumkan secara rasmi atau 15 minit setelah keputusan tidak rasmi diumumkan oleh juru acara. Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 50.00.

HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

# Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan.tetapi jawatankuasa pengelola dengan persetujuan pengurus Teknik berhak meminta susunan acara jika difikirkan perlu.Jika berlaku pindaan,pengurus pasukan akan diberitahu kelak.
PERTANDINGAN RUMAH SUKAN

# Mata akan dicampurkan dengan mata setiap rumah # Matanya: PERTAMA : 50 mata KEDUA : 45 mata KETIGA : 40 mata KEEMPAT : 35 mata # Selain mata untuk rumah, hadiah juga disediakan.
PERTANDINGAN PERBARISAN

# Mata akan dicampurkan dengan mata setiap rumah # Matanya: PERTAMA 50 MATA KEDUA 45 MATA KETIGA 40 MATA KEEMPAT 30 MATA # Setiap rumah perlu meliputi 33 orang. Pengadilan berasaskan kepada kreativiti contohnya cara berpakaian .Selain mata untuk rumah hadiah juga disediakan.
PENYERTAAN PELAJAR

# Setiap pelajar hanya boleh menyertai 2 acara individu dan 1 berpasukan sahaja. # Bagi acara balapan setiap rumah hanya boleh menghantar seorang atau satu kuartet sahaja. Bagi acara padang iaitu Lontar Peluru , Lontar Cakra dan Lompat jauh setiap rumah 2 peserta bagi semua kategori. # Mana-mana rumah sukan yang melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya. Sekiranya ia hanya dapat dikesan setelah acara dilangsungkan dan peserta tersebut memenangi mana-mana pingat, kemenanganya akan ditarik balik dan pingatnya akan diberikan kepada peserta yang diseterusnya.

SUKAN TARA

# Akan diadakan bagi acara-acara tertentu sahaja iaitu : 1. Lompat Jauh 2. Lontar Peluru 3. 100 Meter # Setiap pelajar yang dapat menamatkan larian, membuat lompatan dan lontaran yang mencapai tahap yang ditetapkan akan menyumbangkan 1 mata kepada rumah masing-masing. 1. Lompat Jauh Lelaki 2. Lompat jauh Perempuan 3. Lontar Peluru Lelaki 4. Lontar Peluru Perempuan 5 100 meter Lelaki 6. 100 Meter Perempuan
PERBARISAN BADAN BERUNIFORM

- 5 meter - 3 meter - 10 meter - 6 meter - 12 saat - 14 saat

Wajib kepada semua badan beruniform. Setiap badan mewakili 33 orang. Pengadilan berasaskan kepada keseragaman kaki semasa berbaris masuk.Hadiah disediakan .

You might also like