You are on page 1of 40

ANALISIS MASALAH-MASALAH YANG DIHIDAPI BURMA SELEPAS KEMERDEKAAN SEHINGGA PENTADBIRAN BERMULA PADA TAHUN 1962

1.0 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG BURMA Burma atau kini dikenali sebagai Myanmar merupakan salah sebuah negara yang terbesar yang mana ia terletak di Asia Tenggara dan turut dikenali sebagai Wilayah Emas. Ibu negara bagi Burma pula adalah Yangon dan Yangon merupakan sebuah bandaraya yang besar.1 Nama Burma ini diterbitkan daripada perkataan Burma iaitu Bamar yang mana ia merujuk kepada bahasa basahan bagi Myanmar. Bagi orang Burma lama pula, mereka menggelarnya sebagai Mranma. Kedua-dua perkataan ini merujuk kepada kelompok majoriti Burma. Sebutan bagi kedua-dua perkataan ini berbeza-beza iaitu ada yang menyebut sebagai Bama dan ada pula yang menyebutnya sebagai Myanmah. 2 Kewujudan kepelbagai etnik di Burma ini juga telah menimbulkan percanggahan di kalangan para sarjana dari segi klasifikasi dan asal-usul. Pada tahun 1989, Kerajaan junta tentera telah mengubah nama bahasa Inggeris dari Burma kepada Myanmar. Nama Myanmar berasal dari istilah 'Myanma Naingngandaw' yang digunakan sejak abad ke-12. Nama Myanmar ini juga mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kemudian, Burman pula bertukar kepada bama, sementara itu, Myanma pula merujuk kepada semua kelompok etnik yang terdapat di Burma.3 Walaubagaimanapun, beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar sekarang. Namun, sehingga hari ini, ramai orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju dengan pemerintahan junta di Myanmar. Sekali lagi secara rasminya, Myanmar digelarkan sebagai Kesatuan Burma selepas kemerdekaannya dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 . Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali lagi bertukar kepada nama asalnya pada tahun 1948 iaitu Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Kemudian, pada 18 Jun 1989 pula, sekali lagi negara ini bertukar nama yanag mana Majlis Perlembagaan telah menukarnya kepada Kesatuan Myanmar.4

Robert Reid and Micheal Grosberg, 2005. Myanmar( Burma).9th edition: October. First Published December 1979.hlm.2. 2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Yangon 3 Abu Talib Ahmad,2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.7. 4 http://ms.wikipedia.org/wiki/Myanmar

Myanmar boleh dibahagikan kepada empat kawasan utama iaitu Dataran Tinggi Shan, Kawasan pamah di bahagian tengah di sekitar sungai Irrawady dan tributarinya seperti Sungai Nu dan Sungai Chadwin di sebelah Utara dan juga sekitar sungai Sittang, banjaran Gunung Lipat yang bermula di sebelah Utara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti banjaran Patkai, dan kemudiannya mengunjur ke selatan Arakan dan sebagai Arakan Koma serta Kawasan pantai yang sempit di Arakan yang merupakan kawasan penting untuk pertanian, petempatan manusia, dan pusat kerajaan.5 Dengan keluasan 678 528 km persegi, Burma merupakan negeri yang paling luas di kalangan negeri-negeri di Semenanjung Indochina. Negara Burma ini terdiri daripada tujuh bahagian dan tujuh buah negeri nasional. Ia terletak di timur Kesatuan India dan Bangladesh, di selatan negeri China dan di barat negeri Laos dan Thailand. Panjang sempadan dengan negeri-negeri tersebut ialah 5000 kilometer. Panjangnya adalah 2100km dan mempunyai kelebaran 960km. 6 Selain itu, Burma juga merupakan sebuah negera yang multi-etnik yang mana dari segi pentadbirannya, ia dibahagikan kepada tujuh bahagian yang didiami hampir keseluruhannya oleh orang Burma dan tujuh buah negeri bagi Kachin, Shan, karen, Kayah, Mon, Arakan, dan Chin. Nama negeri ini adalah diambil daripada nama etnik utama yang mendiaminya. Kumpulan etnik minoriti yang terbesar adalah Shan, Kachin, Chin dan karen. 7 Sebelum tahun 1988, pihak berkuasa telah membuat kajian yang mana terdapat sebanyak 67 bangsa di Burma dan kajian lanjut telah dijalankan didapati ia telah bertambah kepada 135 bangsa.8 Peta Burma (Myanmar)

5 6

Abu Talib Ahmad,2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.2. P.B.Lafont, 1996. Semenanjung Indochina : Suatu Pengenalan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.11. 7 David I.Steinberg, 1990. The Future Of Burma: Crisis and Chice in Myanmar. Lanham: University Press Of America.hlm.66. 8 Ibid.hlm.14.

1.2 SEJARAH KEMERDEKAAN BURMA Dari segi sejarahnya, Burma merupakan sebuah negara demokratik antara tahun 1948 hingga 1962.9 Namun, Burma juga tidak terkecuali daripada penjajahan British dan Jepun. Bermula pada tahun 1824 hingga tahun 1886, dan selepas tiga kali berperang. Burma terpaksa akur kepada imperialisme British pada 1 Januari 1886 apabila secara rasminya seluruh Burma atau Myanmar diisytiharkan sebagai sebahagian empayar British-India. Kedudukan ini berterusan sehingga bulan April 1937 apabila Myanmar dipisahkan daripada India. Lima tahun kemudian iaitu pada awal tahun 1942, negeri itu ditakluk pula oleh Jepun dan berada di bawah cengkaman Tokyo sehinggalah bulan Mei 1945 apabila tentera Jepun berundur. Pada bulan Ogos 1943, sebuah negara Myanmar yang dikecilkan diisytiharkan merdeka kemudian Dr.Ba Maw iaitu seorang ahli politik pada tahun 1930-an yang terkenal telah dilantik sebagai ketua Negara dan Perdana Menteri. Namun, selepas perang dunia kedua, kemerdekaan ini ditamatkan pada bulan Oktober1945 apabila British kembali semula dan secara rasminya menguasai bekas tanah jajahannya. Daripada imperialisme Jepun ini, tidak dinafikan sumbangan imperialisme Jepun ini telah memperkembangkan lagi semangat nasionalisme di kalangan rakyat Burma. Walaupun pada asalnya menyokong Jepun namun pendirian ini berubah apabila mencurigai kesediaan Jepun untuk memberi kemerdekaan dan kebebasan sepenuhnya kepada rakyat. Semangat nasionalisme yang anti-Jepun ini telah membawa kepada penubuhan sebuah parti iaitu AntiFascist Organisation( AFO-organisasi Anti-Fasis) pada bulan Ogos 1944 oleh Aung San dan rakan-rakannya dalam tentera bagi mengekang pengaruh komunis ini. Kemudian, pada Mac 1945, AFO telah ditukarkan kepada Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis( AFPFL). 10
9 10

Peter Church, 2003. A Short History Of South East Asia. Singapore: Saik Wah Press Pte,Ltd.hlm.117. Abu Talib Ahmad,2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.223.

Semangat nasionalisme ini telah membawa kepada keinginan untuk menuntut kemerdekaan setelah Perang Dunia Kedua tamat.11 Aung San juga telah mengadakan hubungan baik dengan British di India. Kehadiran British juga tidak ditentang. Aung San berharap dengan kerjasama ini, ia akan mempercepatkan proses kemerdekaan Myanmar.12 Jeneral Aung San dikatakan menanam benih-benih subur kemerdekaan. Dalam sejarah Burma, Jeneral Aung San merupakan tokoh yang dihormati. Aung San dikatakan mempunyai daya kepimpinan yang berkaliber, berwawasan dan lebih gemar menggunakan kaedah diplomatik dalam perundingan dengan golongan minoriti Burma.13 Menurut Shelby Tucker: only true democracy can work for the real good of the people, real equality of status and opportunity for everyone, irrespective of class or race or religion or sex.....there must be provisions for the fundametal right or citizens irrespective or race, religion or sex.....therefore, we must concede to them the right of a national minority......now, when we build our new Burma shall we build it as Union, or a unitary state ? We must set up a union with pripery regulated provisions as should be made to safeguard the right of national minorities. We must take care that United we Stand not United we fall 14.15 Dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan ini, malang tidak berbau apabila berlaku satu peristiwa hitam yang mana pada jam 10.40 pagi iaitu bersamaan pada 19 Julai 1947, semasa kabinet-kabinet sedang mengadakan mesyuarat di Dewan Majlis, 4 orang pemuda yang berpakaian hitam telah merempuh masuk dan melepaskan tembakan kepada semua ahli kabinet yang menyebabkan Aung San, Thakin Mya, Ba Win, Mahn Ba Khing, Ba Choe, Sawbwa dan A.Razak telah terbunuh. 16 Namun demikian, usaha perjuangan tetap diteruskan dan pemimpin LPRAF di bawah U Nu. Pada 1 Ogos 1947, U Nu telah dilantik sebagai Perdana Menteri manakala Dewan Perhimpunan Perlembagaan pada September 1947 juga memutuskan untuk menyokong penuh kemerdekaan Burma. U Nu juga terus mengadakan rundingan dengan pemimpin British di London yang mana akhirnya perjanjian
11 12

Ibid.hlm. 199. Nota kuliah 1 Cik Dg. Norizah Binti AG Kiflee@Dzulkifli.hlm.1.

13

B. K. Drake,1957. Burma: Pergerakan-pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan , Longman Malaysia Sdn. Bhd.hlm.57. 14 Shelby Tucker, 2001. Burma: The Curse Of Independence, London: Pluto Press.hlm 152. 15 Ibid. 16 Nota kuliah 1 Cik Dg. Norizah Binti AG Kiflee@Dzulkifli.hlm.4.

Anglo-Myanmar ditandatangani dan British mengakui republik Myanmar yang merdeka pada 17 Oktober 1947. Pada 10 Desember 1947, Parlimen British telah meluluskan Rang Undangundang kemerdekaan Myanmar yang menyerahkan Kerajaan Myanmar kepada Presiden Kesatuan Myanmar iaitu U Nu. 17Setelah terbentuknya Perlembagaan 1947 dan kata sepakat yang dimeterai dengan golongan minoriti, maka, persediaan Burma ke arah kemerdekaan berjalan lancar. Tepat jam 4.20 pagi, 4 Januari 1948, Burma secara rasminya menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.18 Tiada pertumpahan darah berlaku.19 Sempena peristiwa itu, satu upacara kemerdekaan diadakan di seluruh negara. Di Yangon, upacara ini berlangsung di perkarangan Rumah Kerajaan pada pukul 4.20 pagi yang dimulakan dengan penurunan bendera Union Jack untuk digantikan dengan bendera persekutuan Myanmar yang dipadankan daripada bendera Dobama Ahsiahyone. Peristiwa penting ini turut disaksikan oleh Hubert Rance, Gabenor British terakhir yang mewakili British, Sao Shwe Thaike, Chaofa Shan yang terpilih menjadi presiden pertama, Perdana Menteri U Nu dan anggota kabinetnya, para pegawai tinggi kerajaan dan para jemputan lain. 20 Kemerdekaan Burma yang diberikan British ini sebenarnya dicapai selepas penyelesaian politik dan keamanan dicapai di antara Burma Hilir dengan kawasan-kawasan sempadan yang dipopulasikan oleh kumpulan minoriti. Seperti kata Donnison, seorang pegawai kolonial British yang berpengalaman iaitu: Hanya dengan adanya keamanan sahaja, baharulah kebebasan bersuara dan bergerak serta keselamatan rakyat dapat diwujudkan dengan terjamin Selepas kemerdekaan, tampuk pemerintahan terus berada di bawah pemerintahan U Nu. Dikatakan U Nu seorang penganut tulen kepada agama Buddha dan minat dalam kesusasteraan inggeris sehingga U Nu mendapat nama julukan iaitu George Bernard Shaw Myanmar.21 Semasa pemerintahan U Nu, Burma terpaksa menghadapi pelbagai masalah sehingga membawa kepada rampasan kuasa oleh Ne Win bagi menggulingkan U Nu. Dikatakan, Sebelum General Ne Win merampas kuasa pada 2 Mac 1962, Ne Win pernah mentadbir Burma pada tahun 1958 hingga 1960 apabila terdapatnya ketegangan politik
17 18

Ibid.hlm.5. Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.315. 19 Peter Calvocoressi,1993. Politik Dunia 1945. Terjemahan: Abdul Ghaffar Laili. Kementerian pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.469.
20 21

Mung Maung, 1969. Burma and General Ne Win. Bombay: Asia Publising House,hlm.194-195. Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm. 317 dan 327.

sehingga menyebabkan pilihan raya umum yang dicadang diadakan bagi menyelesaikan perebutan kuasa tidak dapat diadakan. Dengan itu, Pada bulan Oktober 1958, U Nu menyerahkan kuasa kepada General Ne Win dan meminta tentera memulihkan ketenteraman awam supaya pilihanraya umum boleh diadakan dalam suasana bebas tanpa kekacauan. Pada ketika ini, Ne Win telah diberi kuasa oleh Parlimen untuk menjalankan pembersihan dalam pentadbiran kerajaan dan politik negara berikutan perpecahan AFPFL. Pentadbiran Ne Win juga kerap disebut sebagai Kerajaan Sementara. Namun, tidak dinafikan bahawa pentadbiran Ne Win pertama dari tahun 1958 hingga 1960 berjaya membawa satu haluan baru dalam sosiopolitik Myanmar.22 Sebelum itu, Ne Win pernah memegang jawatan politik apabila dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Dalam Negeri selama enam bulan pada tahun 1950.23 Perlantikan ini dibuat mengikut perlembagaan yang sedia ada bagi menghadapai pemberontakan komunis dan etnik dengan lebih berkesan. Apabila keadaan kembali tenang, pilihan raya telah diadakan pada bulan Januari 1960. Dalam pilihan raya tersebut, U Nu kembali berkuasa apabila partinya iaitu AFPFL Bersih (kini diberikan nama Pyidaungsu) mendapat kemenangan.24 Sesetengah pemerhati mengatakan ini dikaitkan dengan penggunaan isu agama dan sokongan rahib yang begitu luas. Namun, U Nu menegaskan bahawa beliau menekankan demokrasi dan secara tersurat atau tersirat, meminta rakyat membuat keputusan memilih antara tentera atau demokrasi.25 Walaupun kerajaan pimpinan U Nu ini mendapat kemenangan dan membentuk kerajaan, namun, tidak dinafikan, Burma masih menghadapi masalah-masalah dalaman dan luaran samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan kerajaan U Nu sehingga satu rampasan kuasa dilakukan pada 2 Mac 1962 oleh General Ne Win.

22 23

Maung Maung, 1969. Burma and Gneral Ne Win, hlm. 252-264. Saw Myat Yin,1990. Cultures of The World Burma, Singapore & Kuala Lumpur.Times Book International. hlm. 38. 24 D. G. Hall, 1984. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 1112 25 Cha Tzang Yawnghwe, 1987. The Shan Of Burma: Memoirs Of a Shan Exile. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, hlm.108-109.

2.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI DARI ASPEK POLITIK 2.1 Perlaksanaan struktur politik berlandaskan kepada Buddhisme Agama Buddha sudah menjadi sebati dalam diri U Nu. Hal ini disebabkan semasa zaman remaja U Nu, beliau seorang yang mempunyai akhlak yang kurang baik yang mana U Nu menghadapi masalah mengawal naluri seksnya, dan seorang yang kaki botol. Namun, semasa di Tahun 3, U Nu telah mengalami kegagalan. Dengan kegagalan ini, beliau beranggapan bahawa kegagalan ini berpunca daripada kegiatannya yang tidak bermoral serta mengetepikan agama. Sejak dari hari itu, U Nu telah mengubah dirinya dengan mempelajari agama dengan lebih serius untuk menjadi penganut tulen agama Buddha. Dengan penganutan ini, maka, U Nu telah sembuh daripada Penyakit. 26 Semasa pentadbiran U Nu, beliau cuba menjalankan sistem pentadbiran yang berbeza dengan konsep yang cuba diperkenalkan oleh Aung San dahulu. Beliau cuba melaksanakan satu struktur politik yang berlandaskan kepada Buddhisme dan sosialisme, khususnya Buddhisme dalam pemerintahannya. Dalam perlaksanaan ini, U Nu amat menitik berat atau memberi perhatian terhadap soal kebajikan di Burma yang mana U Nu ingin menjadikan agama Buddha sebagai agama rasmi negara. Selain itu, U Nu juga telah membina sebuah keramat di Gunung Popa untuk nat dan juga telah membina sebuah rumah tumpangan untuk anjing-anjing yang berkeliaran di Yangon dan sebagainya.27 Dalam perlaksanaan struktur politik yang berlandaskan Buddhisme ini juga, Perdana Menteri U Nu juga sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan nyawa manusia terkorban walaupun kedudukan politiknya pernah diancam oleh pemberontak pada tahun 1948 hingga 1949.28 Dalam usaha perlaksanaan U Nu ini, beliau berharap ia mampu menarik minat penduduk Burma yang beragama Buddha. Namun, usaha U Nu ini telah mendapat reaksi yang
26 27

Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 327. Cha Tzang Yawnghwe, 1987. The Shan Of Burma: Memoirs Of a Shan Exile. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, hlm. 108-109. 28 Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.17.

berbeza daripada penduduk Burma. Perlaksanaan ini telah menanam perasaan takut di kalangan etnik minoriti yang mempercayai mereka akan didiskriminasikan jika bukan beragama Buddha seperti masyarakat yang beragama Islam dan Kristian. Sebagai contoh, Di Utara Burma juga, pemberontakan Kachin juga telah berlaku. Hal ini disebabkan pemimpin Kachin beragama Kristian dan beliau membantah polisi U Nu ini. Buddhisme ini juga diktakan turut mempengaruhi perang saudara yang meletus selepas tahun 1948.29

2.2 Perpecahan Anti-Fascist Peoples Freedom League ( AFPFL ) Di Burma, golongan nasionalis, golongan yang tertutup dengan dunia luar dan proJepun pada awal Perang Dunia Kedua telah berubah pendirian yang mana mereka telah berubah menjadi anti-Jepun. Hal ini disebabkan mereka mencurigai kesediaan Jepun untuk memberi kemerdekaan dan kebebasan sepenuhnya kepada rakyat.30 Semangat nasionalisme yang anti-Jepun ini telah membawa kepada penubuhan sebuah parti iaitu Anti-Fascist Organisation( AFO-organisasi Anti-Fasis) pada bulan Ogos 1944 oleh Aung San dan rakanrakannya dalam tentera bagi mengekang pengaruh komunis ini. Kemudian, pada Mac 1945, AFO telah ditukarkan kepada Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis( AFPFL) yang mana ia juga merangkumi juga kelompok nasionalis yang lain seperti pemimpin komunis, sosialis dan tentera.31 Parti ini berteraskan perjuangan anti-jepun dan anti-British di samping ingin menuntut kemerdekaan Burma. AFPFL juga merupakan gabungan/ perikatan daripada pertubuhan-pertubuhan besar seperti All-Burma Peasants Organisation, Federation Of Trade Organisation, kumpulan-kumpulan etnik ( Karen Youth League ), ahli-ahli individu, dan sebuah parti politik iaitu parti sosialis. Selepas Aung San meninggal dunia pada 19 Julai 1947 , AFPFL seteusnya telah dipimpin oleh Perdana Menteri U Nu. Pada tahun 1951, pilihan raya umum telah diadakan dan kemenangan telah dicapai oleh parti kerajaan iaitu Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis( AFPFL).32 Namun, pada pertengahan tahun 1958, perpecahan telah berlaku yang mana AFPFL telah berpecah di kalangan mereka sendiri dan mengadakan kempen pemisahan menentang kerajaan. Perpecahan ini jga boleh dikaitkan dengan sikap panas baran dan masalah kawalan diri U Nu yang berlanjutan Sejak menjadi pelajar di Universiti Rangoon lagi sehingga membawa kepada pertelingkahan antara U Nu dengan Kyaw Nyein. Hubungan ini seterusnya
29 30

Ibid. Peter Calvocoressi,1993. Politik Dunia 1945. Terjemahan: Abdul Ghaffar Laili. Kementerian pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.468. 31 Abu Talib Ahmad,2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.223. 32 Nota Kuliah

menimbulkan perasaan syak yang berlanjutan sehingga membawa kepada perpecahan Majlis Tertinggi Parti dan AFPFL. Semua perpecahan ini bermula apabila U Nu meluahkan rasa kekecewaannya atas tindakan Kyaw Nyein yang menjual stok beras kerajaan yang telah dijanjikan kepada Chou En Lai ketika U Nu melawat Beijing. Pada tahun 1956, U Nu telah membuat beberapa perlantikan penting dalam AFPFL yang melibatkan Ba Swee, Thakin Tin, dan Kyaw Nyein tanpa merujuk kepada Majlis Tertinggi Parti sehingga menimbulkan salah faham kepada Kyaw Nyein dan penyokongnya. Pada tahun 1954 pula, isu surat-menyurat menjadi peistiwa dramatik bagi hubungan U Nu dan Kyaw Nyein apabila Kyaw Nyein menuduh presiden parti sebagai seorang yang gila kuasa serta taksub kepada puji-pujian, gelaran dan penghormatan dalam surat kepada U Nu. Seterusnya, U Nu telah mengedarkan surat-surat ini kepada semua ahli Majlis Tertinggi. Tindakan ini seterusnya membawa kepada perpecahan pucuk kepimpinan AFPFL kepada dua iaitu kumpulan yang menyokong U Nu dan kumpulan yang menyokong Kyaw Nyein.33 Pada tahun 1956, U Nu berundur dari kerajaan untuk mencari jalan memulihkan AFPFL tetapi gagal malah hubungan U Nu dengan Kyaw Nyein semakin teruk apabila beliau dengan masalah kawalan dirinya mengesyaki Kyaw Nyein yang memang menyokong penglibatan tentera dalam politik, menggunakan pengaruhnya terhadap tentera untuk memaksa U Nu untuk bersara dari arena politik. Sehubungan dengan masalah ini maka pada tahun 1958, AFPFL ini telah berpecah kepada dua kumpulan iaitu AFPFL stabil pimpinan Ba Swee dan Kyaw Nyein dan AFPFL Bersih pimpinan Nu dan Tin. AFPFL semakin sukar dikawal terutamanya di peringkat daerah sementara itu, pemimpin lebih berminat mencari pengaruh dan mengumpul kekayaan walau dengan cara apa sekalipun. Dikatakan pemimpin-peminpin ini bertelagah sehingga bersetuju untuk membahagikan semua aset parti. Perpecahan yang berlaku pada tahun 1958 ini dicirikan sebagai Perang Terbuka kerana masing-masing melemparkan berbagai-bagai tuduhan seperti rasuah, nepotisme, gila seks, gila kuasa, menculik, dan membunuh. walaupun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan tidak semua betul namun kewibawaan AFPFL dan demokrasi itu sendiri turut terjejas.34 Di dalam AFPFL ini juga, wujud persaingan sesama sendiri antara pemimpin dalam parti untuk menguasai kesatuan politik, ahli-ahli politik tempatan mengidam-idamkan untuk menjadi perdana menteri. Selain itu, ia juga berpunca daripada sebab peribadi, cemburu kuasa, dan perasaan syak wasangka di kalangan pemimpin AFPFL dari peringkat pusat hingga ke peringkat daerah.35 Di daerah yang jauh dari Yangon,
33

Sein Wein, 1959. The Split Story: An Account Of The Recent Political Upheaval In Burma With emphasis on The AFPFL. Rangoon: The Guardian Ltd.,hlm.27-31. 34 Abu Talib Ahmad,2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.329.
35

keadaan tidak lagi dapat dikawal sehingga tercetusnya keganasan politik. Apabila perpecahan berlaku, kedua-dua pihak saling bersaing sengit untuk mendapatkan sokongan wakil-wakil rakyat AFPFL bagi menguasai kerajaan dengan menggunakan pelbagai cara seperti menawarkan jawatan kabinet, menggunakan politik wang dan penubuhan negeri berautonomi dalam persekutuan serta pasukan. Karenah pemimpin AFPFL ini hanya mengutamakan kepentingan peribadi. Perpecahan ini memberi kesan yang besar terhadap politik demokrasi dan penglibatan pihak tentera dalam kancah politik yang mana tentera marah apabila mereka dicemuh secara terbuka oleh penyokong AFPFL Bersih berikutan sokongan mereka terhadap Ba Swee dan Kyaw Nyein. Perpecahan ini kemudianya menimbulkan ketegangan politik sehingga pilihan raya yang dicadangkan untuk diadakan bagi menyelesaikan perebutan kuasa tidak dapat diadakan lalu menyerahkan kuasa kepada Ne Win dan meminta tentera memulihkan ketenteraman awam supaya pilihan raya umum boleh diadakan dalam suasana bebas.36 Namun, Kemenangan dengan majoriti besar iaitu 57.2 daripada undian yang diperolehi oleh AFPFL dalam pilihanraya nasional pada 1951-52 dan 1956 telah menyembunyikan kelemahan atau persengketaan dalam parti.37 2.3 Kehadiran orang China di Burma Pada tahun 1949, Burma atau Myanmar menjadi negara pertama yang mengiktiraf China. Kehadiran orang Cina di Burma sememangnya membawa masalah kepada Burma. Hal ini dapat dilihat dengan kehadiran lebih kurang antara 4000 hingga 16000 orang bekas tentera Kuomintang di Negeri Shan dari tahun 1949 hingga 1954 dan membantu dalam pemberontakan Shan terhadap Burma, tuntutan Peking ke atas wilayah Myanmar, masalah sempadan bersama dan perncerobohan 200 orang tentera China di Utara negeri Wa pada tahun 1953 dan kemudiannya 5000 orang lagi yang menyerang negeri Kachin pada bulan Julai 1956. kehadiran sekitar 350 000 orang cina seberang laut ini sentiasa sahaja mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara ini iaitu antara Burma dan China. Disebabkan masalah-masalah ini, U Nu mengharapkan hubungan baik dengan Peking dapat dijalinkan. Menurut seorang penulis India, Burma memang sentiasa gusar dengan tindak tanduk jirannya di sebelah Utara itu. Namun, masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan
Sein Wein, 1959. The Split Story: An Account Of the Recent Political Upheaval in Burma With emphasis on the AFPFL. Rangoon: The Guardian Ltd.,hlm.1-2.
36

Cha Tzang Yawnghwe, 1987. The Shan Of Burma: Memoirs Of a Shan Exile. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, hlm. 108-109.
37

R.H Taylor , 1996. The Politics Of Elections In Southeast Asia. Woodrow Wilson Center Press. Cambridge University Press. Hlm.174

10

baik oleh U Nu dan rakan sejawatnya iaitu Chou En Lai melalui hubungan peribadi yang baik serta pertukaran lawatan antara pemimpin kedua-dua buah negara. Pada tahun 1954, Chou En Lai tiba di Yangon untuk lawatan rasmi dan pada tahun yang sama, U Nu pula mengadakan lawatan ke China dengan mendapat layanan istimewa. Maka, dengan hubungan baik ini, masalah sempadan dapat diselesaikan pada bulan Oktober 1960 , Yangon juga menerima bantuan teknikal oleh China kepada sebuah negara bukan Komunis. Pada tahun 1961, Yangon-Peking berjaya menyelesaikan kehadiran hampir 4000 orang tentera KMT yang kemudiannya dipindahkan ke Taiwan.38

2.4 Kelemahan dalam pentadbiran sosialisme demokrasi di Burma Pada akhir tahun 1950-an, pentadbiran sosialisme demokrasi telah menghadapi beberapa masalah besar seperti pemusatan berlebihan dari segi fungsi dan tanggungjawab. Sebagai contoh, majlis daerah tidak lagi bertanggungjawab kepada pendidikan dan kesihatan dan telah diambil alih oleh kementerian. Selain itu, pertukaran pegawai yang terlalu kerap juga menyebabkan pentadbiran tidak cekap, contohnya, menurut Tinker dalam satu kes, seorang pegawai ditukarkan dua kali dalam tempoh setahun iaitu dari Tenasserim ke Hulu Chindwin dan kemudiannya ke Arakan. Menurut Tinker, pertukaran yang kerap ini seringkali dikaitkan dengan masalah disiplin atau tidak ada ciri-ciri profesionalisme yang tinggi di kalangan kakitangan pentadbiran yang amat ketara. Kelemahan dalam pentadbiran ini juga dapat dilihat dalam masalah hubungan dalam jabatan dan budaya kerja. 39 Dalam hal ini, ia dapat dibuktikan dengan petikan ulasan Tinker yang mana budak-budak pejabat merayaurayau sambail merokok di beranda Bangunan Sekeretariat. Mereka tidak menghiraukan kerja. Waktu pejabat yang telah ditetapkan iaitu dari jam 9.30 pagi sehingga 4.30petang tetapi tidak dipeduli, bahkan di kalangan pentadbir kanan juga sentiasa datang sekitar pukul 11 pagi.40 Selain itu, Masalah pejabatan merupakan satu penyakit yang diwarisi daripada pentadbiran penjajah dan turut menyebabkan kelemahan dalam pentadbiran Burma terutamanya di peringkat daerah. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan AFPFL telah mewujudkan jawatankuasa antara jabatan seperti di peringkat daerah. Namun, langkah ini masih tidak berupaya mengatasi masalah yang sedia ada tetapi menyebabkan pegawai daerah memegang terlalu banyak tanggungjawab sehingga perlu menyelaras perjalanan hampir 20
38 39

Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.410-411. Hugh Tinker, 1959. The Union Of Burma : study of the Firsts Years Of Independence. London: Oxford University Press, hlm.139. 40 Ibid.hlm.129-130.

11

jawatan kuasa setelah tugas asalnya iaitu menjaga ketenteraman awam kini diambil alih oleh tentera dan polis. Di setiap daerah terdapat 18 jabatan tetapi pegawai daerah kerap tidak diberitahu tentang kegiatan jabatn-jabatan ini kecuali apabila berhubung dengan kementerian di pusat yang perlu dibuat melalui beliau. Kesan daripada keadaan ini maka pengaruh pegawai daerah terhadap kehidupan rakyat desa pun semakin berkurangan dan jawatan ini telah dihapuskan selepas tahun 1962.41 Di sini jelas, kelemahan pentadbiran sosialisme demokratik Burma ini membawa kepada permasalahan kepada Burma dan mengakibatkan keputusan dan pelaksanaan dasar tidak dibuat dengan cekap. U Nu sedar akan kewujudan masalah-masalah ini namun gagal menyelesaikannya lalu sehingga membawa kepada rampasan kuasa pada 2 Mac 1962 oleh General Ne Win dan tentera. 2.5 Hubungan Burma dengan Soviet Union Hubungan antara Burma dengan Soviet Union bermula pada tahun 1951 walaupun persetujuan pertukaran duta di antara kedua-dua negara dipersetujui pada bulan Februari 1948. Moscow yang mengiktiraf Yangon sentiasa mencurigai negara yang baru merdeka ini sebagai boneka british sehingga U Nu dan para pemimpin yang lain pada awalnya mendapat layanan yang dingin. Pada bulan Julai 1955, Yangon menandatangani perjanjian perdagangan dengan Moscow untuk tempoh tiga tahun. Melalui perjanjian ini, Soviet Union akan membeli sehingga 200 000 tan padi Myanmar dalam setahun, sementara itu, Myanmar pula akan membeli jentera, barangan industri dan mendapatkan kepakaran teknikal dari Soviet Union. Pada tahun 1956, perjanjian ini disambung lima tahun lagi walaupun masih terdapat masalah dari segi harga yang terlalu tinggi atau kegagalan pihak Soviet Union menyediakan bekalan mengikut jadual.42 Dalam perhubungan ini, Burma sentiasa memastikan bantuan dari Soviet Union itu tidak mencemarkan dasar berkecuali yang mula diamalkan oleh U Nu dan AFPFL pada awal tahun 195043 serta tidak mengugat hubungan nya dengan China. 2.6 Pemberontakan Komunis Pada Bulan Ogos 1944, pertubuhan Anti-Fasis (AFO) yang menggabungkan pemimpin komunis, sosialis dan tentera berjaya ditubuhkan dan pada bulan Mac 1945, barisan bersatu ini dikembangkan menjadi AFPFL yang berteraskan perjuangan anti-jepun dan antibritish. Walaupun keanggotaannya dibuka kepada kumpulan lain, AFPFL terus didominasikan
41 42

Ibid. hlm.133. Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.412-413. 43 Ibid.hlm.407.

12

komunis dan sosialis. Masing-masing bersaing untuk menyebarkan pengaruh di kalangan tentera, buruh dan petani. kedua-dua kelompok sosialis dan komunis ini mempunyai idea yang bertentangan berhubung dengan organisasi kerajaan, pembangunan ekonomi dan dasar luar. Berikutan perbezaan ideologi dan peribadi, kelompok komunis telah disingkirkan dari AFPFL pada tahun 1946. Kemudian, parti Komunis Burma( CPB) ini telah melancarkan perjuangan bersenjata menentang British melalui kumpulannya yang dinamakan Bendera merah pada bulan Mac 1948 sehingga terus menguasai persatuan petani di bahagian tengah Myanmar dengan cara merampas tanah untuk diagihkan kepada petani yang tidak mempunyai tanah serta golongan pekerja. Pemberontakan komunis pada tahun 1948 ini juga boleh dikatakan sebagai manifestasi daripada ketiadaan perpaduan ideologi. Bibit pemberontakan komunis ini dikatakan sudah disemai sejak zaman jepun lagi kesan daripada perbezaan ideologi dengan kelompok sosialis. Dalam pemberontakan parti komunis Burma (Burma Communist Party) yang kemudiannya dikenali juga sebagai White Flag juga telah disertai oleh pertubuhan paramilitari iaitu Peoples Volunteer Organisation yang merupakan pasukan penggempur AFPFL. Ekoran pemberontakan komunis ini, PVO turut berpecah dengan hampir 65 peratus daripada mereka yang dikenali sebagai PVO putih menyokong CPB, sementara PVO merah menyokong AFPFL dan kerajaan U Nu.44 2.8 Perang Saudara meletus Selepas tahun 1948, berlaku perang saudara di antara golongan komunis dengan kerajaan AFPFL dan terus sengit sehingga tahun 1950-an. Namun, pada tahun 1948, Perang saudara antara golongan komunis dengan kerajaan AFPFL telah berlaku apabila puak komunis dan PAF berpecah dua yang mana kumpulan Thakin So mahukan peperangan rakyat untuk merampas Myanmar daripada British. Puak Komunis di bawah Thakin Than Tun juga mahu menjalankan usaha untuk mempengaruhi LPRAF bagi mencapai matlamat komunis. Hal ini juga telah menyebabkan keruntuhan pentadbiran pusat. 45 Seterusnya membawa masalah kepada Burma sendiri.

44 45

Ibid.hlm.388-390. Nota Kuliah bab 1 Cik Dg.Norizah Binti Ag. Kiflee @Dzulkifli.hlm.2.

13

3.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI BURMA DARI ASPEK EKONOMI 3.1 Ekonomi Sosialis Demokratik Perlembagaan tahun 1947 telah menetapkan garis panduan penting tentang ekonomi sosialis demokratik. Ekonomi sosialis demokratik yang diwujudkan ini sudah dipersetujui oleh parti-parti politik yang mementingkan diri sendiri yang mana ia diperbaharui mengikut sedikit kepercayaan agama Buddha, dan usaha memiliknegarakan semua kemudahan pengangkutan air telah dilakukan sejak tahun 1949 lagi. Dalam perlaksanaan Ekonomi sosialis demokratik ini, dikatakan ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang dapat menjamin kebajikan ekonomi dan sosial kepada anggotanya serta mengecilkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Antara garis panduan yang dinyatakan adalah kebajikan sosial untuk rakyat, hak pemerintah memiliknegarakan semua sektor ekonomi, hak negara terhadap semua tanah, kebajikan pekerja dari segi keahlian dalam kesatuan skerja, perumahan dan insuran serta hak rakyat mendapatkan pekerjaan, pendapatan minimum dan penjagaan atau rawatan semasa sakit, hak rehat serta riadah dan hak mendapatkan pendidikan.46 Sejajar dengan hasrat ini, proses nasionalisasi dimulakan dengan giatnya pada bulan Jun 1948 yang mana ia melibatkan kepentingan ekonomi British seperti Syarikat pengangkutan Irrawady Flotilla, semua konsesi balak milik syarikat asing seperti BBTC, Foucar dan Macgregor dan hampir tiga juta ekar tanah pertanian yang terlepas kepada peminjam khususnya ceti India. Langkah menghakmilikkan semua sumber ekonomi bertujuan membasmi sama sekali pengaruh kapitalisme yang terbukti memeras. Namun, langkah ini mewujudkan monopoli yang mana kemudianya membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Seterusnya, ia membawa kepada kelembapan pertumbuhan ekonomi negara.47
46 47

Hugh Tinker, The Union Of Burma, Bab 4. Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.349.

14

3.2 Gejala rasuah yang berleluasa Gejala rasuah yang dihadapi Burma memang menjadi sejarah yang wujud di Myanmar namun keadaan ini berlaku selepas tahun 1948 dan barangkali melewati batasan yang sedia ada. Gejala ini dikatakan berpunca daripada banyak sebab seperti gaji yang rendah dalam keadaan inflasi selepas perang, kekurangan pendapatan negara dan penglibatan ahli politik dan pentadbiran negara serta ekonomi. Burma merupakan negara pengeluar kedua utama di dunia48 Namun selepas tahun 1955, harga beras merosot dan ini menyebabkan sesetengah dari projek-projek ditinggalkan, malahan projek-projek yang telah lengkap juga mengalami kesukaran. Dengan itu, syarikat-syarikat perbadanan yang dihaknegarakan hanya memberi peluang kepada rasuah dan penipuan. Selain itu, Kekurangan hasil dan pendapatan negara juga menyumbang kepada gejala rasuah berleluasa. Selain itu juga, perpecahan yang berlaku dalam AFPFL juga turut memberi kesan apabila program ekonomi yang sedia ada menjadi mangsa manipulasi pihak yang bertelagah.49 3.3 Kesan Perang Dunia, perang Saudara dan pemberontakan komunis dan etnik Pada awal tahun 1948, ekonomi negara masih lagi dalam keadaan yang belum pulih kesan buruk daripada Perang Dunia Kedua, dan pemberontakan komunis dan etnik. Sehubungan dengan perang-perang dan pemberontakan yang berlaku, ia telah memusnahkan sistem pengangkutan ( sungai dan jalan raya ), empangan hidro seperti Balu Chaung, dan hampir 70 peratus banguanan sekolah di seluruh negara Burma mengalami kerosakan. Masalah pengangkutan yang dihidapi Burma seterusnya memberi kesan kepada perdagangan dan eksport hasil utama negara seperti padi, galian dan balak. 3.4 Percukaian negara yang tidak kukuh Disebabkan oleh percukaian negara yang tidak kukuh yang mana sebilangan besar petani, sektor pertanian dan buruh swasta tidak dikenakan cukai. kerajaan U Nu menghadapi masalah dalam membiayai program pembangunan negara yang telah dirancang. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bergantung pada bayaran pampasan Jepun, pendapatan badan-badan kerajaan, cukai kastam dan cukai pendapatan pekerja sektor awam.50 3.5 Program ekonomi (Pydawtha) gagal mencapai matlamat
48 49

Nota kuliah cik Dg. Norizah Binti Ag Kifle@Dzulkifli. bab 7.hlm.1. Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.350. 50 Ibid.

15

Pada bulan Ogos 1952, U Nu cuba mewujudkan sebuah negara kebajikan melalui satu program ekonomi yang dinamai Pydawtha ( Negara Makmur atau Land Of Happiness). Matlamat Pydawtha ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran pertanian, mempelbagaikan pertanian, meningkatkan eksport hasil pertanian, meningkatkan pendapatan petani serta menjamin pendapatan yang lebih adil dan stabil kepada petani. Pydawtha juga mengenal pasti langkah-langkah kebajikan yang dijangka boleh membantu mencapai matlamat ini seperti reformasi sistem hak milik tanah, meningkatkan produktiviti pertanian melalui teknologi baru, memastikan semua tanah pertanian diusahakan, memperbaiki sistem pendidikan, kesihatan awam, subsidi, perumahan, sistem saliran dan pengairan, mengadakan ladang, contohnya, penyelidikan dan pembangunan, khidmat nasihat pertanian, pinjaman kredit yang rendah faedahnya dan pemasaran. U Nu melancarkan program Pydawtha dengan menggunakan wang pampasan yang diberikan oleh Jepun. Namun, ia gagal dan terbengkalai begitu sahaja kerana kejatuhan harga padi di pasaran antarabangsa. Hal ini disebabkan State Agricultural Marketing Board ( SAMB) atas sebab-sebab politik gagal melaksanakan dasar pembelian padi yang lebih berteraskan kepentingan ekonomi dengan membayar harga yang seragam kepada semua jenis padi.51 Kegagalan program ini juga disebabkan Kerajaan menanggung kos untuk menentang pemberontakan dan gaji pekerja lau menambahkan beban kewangan kerajaan, malahan ketiadaan ceti India yang dahulunya tidak diperlukan telah menyebabkan kerajaan U Nu langsung tidak mempunyai tenaga dari segi teknikal untuk mengimplementasikan program-program pentadbiran dan ekonomi Pyidawtha. Selain itu, program ini terbengkalai juga disebabkan oleh masalah rasuah. Hal ini dapat dilihat apabila dua empangan yang baru dibina telah roboh kerana tiada kawalan mutu. Selain itu, kegagalan ini juga boleh dikaitkan dengan pinjaman pertanian dengan kepentingan politik tanpa mengambil kira keupayaan membayar balik dan kegagalan sistem perkhidmatan bantuan pertanian kerana masalah pengangkutan, serta masalah keselamatan dalam negeri dan ketiadaan perancangan yang teliti.52 Secara umumnya, program ini gagal mencapai matlamat untuk membawa sebarang manfaat kepada rakyat terutamanya petani yang masih kekal dalam keadaan seperti sebelum merdeka. 3.6 Pembentukan Modal Masalah lain yang dihidapi oleh Burma dari aspek ekonomi adalah pembentukan modal. Dari tahun 1952-1954, mereka turut membawa keluar harta dan wang sebanyak Kyat
51

Pradhan , M.V., Burma Dharma and Democracy : Being Historical and cultural survey of Burma and An Account of the pro-democracy Struggle.hlm.141-144. 52 Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.352.

16

42.9 juta. Hanya pada tahun 1955-1959, keadaan ini dapat dibaiki tetapi kadar pembentukan modal masih pada tahap yang rendah dan gagal menepati sasaran kerajaan.53 3.7 Dasar nasionalisasi dalam bidang ekonomi Melalui nasionalisasi tanah, peranan ceti di dalam sektor pertanian juga terhapus. Dasar ini merupakan langkah untuk memerdekakan ekonomi yang mana ia sebagai langkah kerajaan untuk menghapuskan peranan ceti India dalam bidang perdagangan, pertanian, buruh, pentadbiran dan tentera.54 Pada akhir tahun 1950-an, semua badan-badan penting yang diwujudkan untuk mengendalikan dasar nasionalisasi ini seperti State Inland Water Transport Board dan SAMB. Namun, badan-badan ini telah mengalami kerugian besar apabila badanbadan yang diamanahkan untuk mengendalikan sektor ini gagal dan terpaksa bergantung pada bantuan kerajaan. Masalah utama badan-badan ini ialah prinsip ekonomi ini diketepikan, malah pengurus yang dilantik ataupun dasar yang dilaksanakan lebih berdasarkan kepada kepentingan politik tertentu. Hanya Defence Services Institue ( DSI) yang ditubuhkan oleh pihak tentera pada tahun 1951 bergerak di atas landasan ekonomi yang betul sehingga pada tahun 1958, badan ini menjadi badan ekonomi yang terbesar serta paling menguntungkan. 55 Pada tahun 1960, DSI telah ditukar nama kepada Burma Economic Development Corporation dan diletakkan di bawah tanggungjawab seorang menteri kabinet tetapi perjalanan harianya masih dikuasai tentera. Malah, DSI akhirnya digunakan bagi mengukuhkan kedudukan tentera dari segi ekonomi.56 3.8 Kelemahan manusia Masalah-masalah ekonomi yang dihidapi Burma sedikit sebanyak juga boleh dikaitkan dengan kelemahan manusia sendiri seperti dari peringkat perancangan ekonomi yang tidak begitu realistik, pengurus yang tidak cekap, terlibat pula dengan rasuah dan penyalahgunaan mengurus, campurtangan ahli-ahli politik di peringkat bawahan dan bagi pemimpin di peringkat kebangsaan pula, mereka tidak berupaya mengurus ekonomi negara dengan baik. Sebagai contoh, ahli-ahli politik AFPFL daerah lebih berminat menggunakan pinjaman kredit untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk memantapkan pertumbuhan ekonomi. Mereka juga menuntut habuan dalam bentuk lesen import yang kemudiannya dialibabakan kepada peniaga Cina dan India yang berjaya mengaut keuntungan besar. Pada akhir tahun 1950-an,
53 54

Taylor, The State in Burma. Hlm. 253-260. Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.349. 55 Ibid.hlm.352. 56 Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.352.

17

tahap profesionalisme dalam perkhidmatan awam juga merosot apabila semakin banyak perlantikan politik dibuat. Keadaan ini menyebabkan perkhidmnatan awam terus lesu dan gejala rasuah gagal dibendung. Kerajaan juga harus dipertanggungjawabkan kerana tiada perancangan yang teliti berkaitan dengan penubuhan kilang ubat, besi,jut,guni, bata dan genting, sutera, teh, dan gula yang menyebabkan semua kilang ini mengalami kerugian yang besaratau tidak beroperasi sepenuhnya. Orang yang mendapat keuntungan pula adalah pembekal dan kontraktor luar seperti beberapa buah syarikat Jepun.57 3.9 Kekurangan hasil atau pendapatan negara Di bawah pemerintahan U Nu, masalah ekonomi masih jelas yang mana ia disebabkan oleh kekurangan hasil atau pendapatan negara dan ini memberi kesan kepada perbelanjaan pembangunan, masalah meningkatkan modal, rasuah dan pentadbiran yang lemah dalam hampir semua industri yang dihakmilikan. Seterusnya membawa kepada kelembapan ekonomi.58 3.10 Dasar kerajaan sendiri yang kerap berubah Dasar kerajaan yang kerap berubah juga meberi kesan buruk kepada sektor swasta yang menyebabkan berlaku kekurangan dan lebihan barangan tertentu. Harga barangan juga tidak stabil, maka, hal ini hanya menguntungkan segelintir rakyat sahaja. Pembinaan jalan raya yang berjalan dengan perlahan dan jalan raya yang sedia ada jga tidak diselia dengan baik disebabkan masalah kewangan dan keselamatan. Hal ini tentunya membawa kepada satu kerugian dalam jangka masa yang panjang.59 3.11 Masalah penyewaan Burma sebagai sebuah negeri pertanian tidak sepi daripada menghadapi masalah tani seperti sewa. Sebab utama yang menyebabkan bermulanya penyewaan ini bermula adalah keadaan tani Burma yang tidak sofistikat mengikut pertambahan permintaan beras dunia dan juga disebabkan oleh hutang untuk membuka kawasan baru untuk tujuan penanaman padi. Pada masa itu, harga beras adalah tinggi di pasaran dunia, malahan dikatakan Burma adalah negara pengeluar kedua utama di Dunia. Oleh itu, pembukaan kawasan-kawasan padi yang baru dijangkakan membawa keuntungan. Dalam proses pembukaan tanah ini, ia
57

Pradhan , M.V, Burma Dharma and Democracy : Being Historical and cultural survey of Burma and An Account of the pro-democracy Struggle.hlm.141-144.
58 59

Taylor, The State In Burma,hlm.253-260. Abu Talib Ahmad, 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.353

18

sememangnya memerlukan duit yang banyak maka ceti-ceti peminjam wang telah menawarkan wang ke atas tanah-tanah sawah yang disandarkan. Apabila harga beras turunnaik maka ia menyebabkan ramai petani terjerumus dalam kesusahan. Dengan ini, hutang juga semakin bertambah, dikatakan harga pasaran bagi sesuatu keping tanah yang dijaminkan menjadi lebih rendah dari hutang yang belum selesai dijelaskan, jadi petani tidak berdaya atau mempunyai sedikit sahaja upaya untuk membayar balik. Oleh itu, rampasan tanah telah dilakukan oleh ceti peminjam namun ia bukan berhasrat untuk cucuk tanam sendiri tapi untuk mencari penyewa yang sesuai yang mana ia lebih menguntungkan daripada kerja memberi pinjaman. Selepas kemerdekaan, tanah kepunyaan orang-orang ceti tidak berharga lagi dan mereka akan menjual tanah itu mengikut harga yang boleh dibayar oleh kaum-kaum bumiputera negeri itu. Namun begitu, masalah petani yang tidak memlik tanah atau mereka yang mempunyai tanah yang kecil sahaja yang masih wujud. Pada tahun 1948 juga, beberapa siri akta telah dibuat bersabit dengan soal-soal tanah dan penyewaan. Namun, akta ini tidak lebih dari keping-keping kertas kecil sahaja. Dalam Akta Menghaknegarakan Tanah yang digubal pada tahun 1953, tujuan utama akta ini digubal adalah membolehkan tanah dimiliki secara kekal oleh para petani selain menamatkan bayaran sewa tanah oleh petani. Semua tanah yang melebihi 50 ekar akan dihaknegarakan oleh kerajaan kecuali dusun buah-buahan,ladang getah dan tanah untuk tujuan keagamaan. Dengan cara ini juga, Kerajaan dapat meningkatkan kawalan terhadap tanah pertanian. Masalahnya tarikh tukar kuasa bagi tanah tidak pernah ditentukan. Dengan ini, ia gagal dilaksankan. Dalam Akta penyewaan tahun 1950 ( Tenancy Act) pula, ia menentukan harga sewa yang maksimum dan dalam Akta Tanah tahun 1953. Akta ini telah menetapkan petani tidak boleh memiliki tanah kerana tanah adalah hak kerajaan tetapi petani boleh mengusahakannya. Mengikut akta Tanah 1953 ini juga, bayaran saguhati akan diberikan kepada bekas-bekas pemiik tanah, namun, kerajaan India sentiasa sahaja menekan untuk dibayar ganti rugi. Hal ini seterusnya membawa permasalahan kepada Burma dari aspek ekonomi.60 3.12 Rancangan kemajuan negeri Burma gagal mencapai matlamat Pada tahun 1952, Rancangan Kemajuan Negeri Burma telah dilancarkan untuk membentuk sebuah negara sosialis menjelang tahun 1960. Dalam rancangan ini, ia meramalkan kenaikan hasil pengeluaran pertanian sebanyak 80 peratus pada tahun 1960. Bagi mencapai matlamat ini, ia melibatkan penambahan keluasan kawasan padi seluas 3 juta ekar,
60

Donald W. Fryer ph.D, 1986. Asia Tenggara Yang Sedang Membangun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm513-514.

19

kacang tanah sebanyak 700,000, kapas seluas 200,000ekar dan jut sebanyak 150,000 ekar. Bagi melaksanakan penambahan kawasan ini maka ia dilakukan dengan menebusguna tanahtanah yang ditinggal, memperluaskan kawasan-kawasan yang diairi, melaksanakan pari passu dengan menambahkan lagi kemudahan-kemudahan kredit serta syarikat-syarikat kerjasama pengguna dan pasaran. Walaubagaimanapun, matlamat ini gagal. Pelaksanaan Rancangan kemajuan terhalang disebabkan kesukaran untuk memasarkan beras-beras yang lebih selepas tahun 1954. Berikutan pemulihan semula pertanian di Asia selepas perang dan kemudahan untuk mendapat bijirin makanan yang murah di bawah rancangan bantuan 480 Undangundang Awam Amerika(America Public Law) maka harga beras mengalami kejatuhan. Namun, Negara Burma tidak mengikuti jejak Negeri Thai yang mengembalikan perdagangan beras kepada pihak swasta sebaliknya melakukan perdagangan tukar menukar guna beras yang telah bertambah dengan cara mengikat janji antara kerajaan dengan negeri-negeri blok Timur, namun, perjanjian yang dibuat tidak membawa faedah kepada Burma langsung. Sebagai barang tukaran, Burma menerima barang-barang kilang yang rendah mutunya dari Rusia dan Negeri Eropah Timur yanag mana ia berbeza dengan apa yang dijanjikan, contohnya, Simen Czechoslovakia. Oleh kerana, ia dikirim dengan banyak maka tiada tempat untuk menyimpan simen-simen ini maka ia terpaksa bertimbun di pengkalan. Hal ini memalukan Negera Burma sendiri. Selain itu, beras-beras yang dikirim oleh Negara Burma ke negaranegara blok Timur dengan jumlah yang terlalu banyak menyebabkan beras dihantar ke pasaran dunia dan perlu bertanding dengan beras dari Burma sendiri.61 3.13 Perusahaan melombong logam Perusahaan melombong logam ini pada suatu ketika penting namun ia tidak begitu bernasib baik. Pada tahun 1952, lombong plumbum-zink-perak di Bawdwin telah memulakan semula usaha melombong sebagai Perbadanan Burma yang juga dimiliki bersama oleh Burma Mines dan kerajaan tetapi disebabkan sistem pengangkutan Burma yang kucar-kacir dan kesukaran untuk mendapatkan alat-alat lombong dan kakitangan telah menghadkan hasil pengeluaran plumbum dan zink padu ke atas jumlah yang tidak lebih dari 50,000 tan untuk kebanyakan tahun.62

61

Donald W. Fryer ph.D, 1986. Asia Tenggara Yang Sedang Membangun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.515-518.
62

Ibid.hlm.528.

20

4.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI BURMA DARI ASPEK SOSIAL 4.1 Sikap pemerintah yang lemah Pada 1 Ogos 1947, U Nu telah dilantik sebagai Perdana Menteri Burma. Selepas Aung San meninggal dunia dalam satu kejadian pembunuhan pada 19 Julai 1947, U Nu kemudianya telah meneruskan usaha Aung San dalam menuntut kemerdekaan Burma. selepas kemerdekaan, U Nu telah memegang tampuk sebagai presiden AFPFL dan juga sehingga tahun 1962. Sepanjang pentadbiran U Nu ini, negara Burma banyak menghadapi masalah-masalah. Antaranya adalah pemberontakan Komunis, angkatan bersenjata termasuk pasukan elit negara Burma Rifles( Batalion pertama, kedua dan ketiga), anggota polis, Peoples Volunteer Organisation ( PVO) dan juga bangsa minoriti seperti Karen dan Mujahid yang mana ia mempunyai kaitan dengan bangsa Rohingya, perpecahan AFPFL akibat politik wang, rasuah dan kepentingan peribadi pemimpinnya, masalah hubungan pusat-pinggir, dan pembangunan ekonomi yang pincang.63 Jika ditinjau secara teliti, masalah-masalah yang dihadapi ini sedikit sebanyak disebabkan oleh kelemahan sikap pemerintah iaitu sikap U Nu sendiri. Pada Zaman remaja, U Nu menghadapi masalah mengawal naluri seksnya malah beliau juga seorang yang kaki botol dan tidak bermora. U Nu mengenepikan juga soal agama namun semua ini berubah apabila beliau mempelajari agama. Kemudian, U Nu menjadi seorang penganut tulen kepada agama Buddha.64 Dengan anutan agama ini, dapat dilihat beliau banyak terpengaruh dengan agama ini apabila beliau enggan membunuh pemberontak walaupun mereka memberi tekanan hebat kepada kerajaannya dari tahun 1948 hingga awal
63 64

Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 318-319. Ibid.hlm.327.

21

tahun 1950-an. Sikap U Nu ini yang terpengaruh dengan agama Buddha ini juga telah menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan angkatan tentera apabila U Nu lebih berminat kepada perkara sampingan seperti ingin menjadikan agama Budha sebagai agama rasmi negara, membina sebuah keramat di Gunung Popa untuk nat dan membina sebuah rumah tumpangan untuk anjing yang berkaliaran di Yangon.65 Selain itu, U Nu juga seorang yang memandang tinggi kepada orang Inggeris. Beliau amat senang dengan sifat-sifat mereka serta kagum dengan sikap orang Inggeris yang menghormati undang-undang ketika mereka menjajah Myanmar. U Nu minat dalam kesusasteraan Inggeris seperti karya-karya sasterawan terkenal seperti Shakespeare. Dengan minat terhadap kesusasteraan ini, maka beliau cuba untuk meniru gaya penulis-penulis tertentu dari Britain sehingga U Nu pernah dikenali dengan nama julukan George Bernard Shaw Myanmar. Pada tahun 1948-1949, U Nu cenderung menjalinkan hubungan erat dengan Barat termasuk Britain tetapi hasratnya itu kemudiannya ditentang oleh pemimpin AFPFL yang lain.66 Selain itu, U Nu juga mempamerkan kelemahan dalam dirinya yang mana U Nu mempunyai masalah kawalan diri dan panas baran. Sebagai contoh, sikap panas baran ini dapat dilihat sejak U Nu menjadi pelajar di Universiti Rangoon, pada masa itu, U Nu telah membuat tuduhan melulu terhadap U Oktama sebagai pengkhianat dan menerima rasuah. Walaupun mempunyai prinsip agama yang kukuh namun prinsip ini gagal memberi kesan malah sikap panas barannya tidak berkurang. Kelemahan ini juga membawa kepada kesan buruk terhadap hubunganya dengan rakan-rakan kabinet sehingga Perdana Menteri ini kerap memperbesarkan hal kecil. Masalah kawalan diri ini juga telah membawa kepada permasalahan yang mana berlaku pertelingkahan antara U Nu dan Kyaw Nyein kemudian membawa kepada perpecahan AFPFL. Dalam hal kepimpinan politik dan pengawalan tentera pula, U Nu juga gagal membawa satu haluan baru yang mana Burma menghadapi masalah dalam perebutan jawatan menteri kabinet dan setausaha parlimen di kalangan para pemimpinnya manakala ahi-ahli politik juga masih meneruskan amalan politik berpecah yang hanya menjatuhkan martabat mereka di mata rakyat dan tentera.67 Selain itu, U Nu juga dikatakan tiada pengalaman dalam pemerintahan dan gagal dalam memberi kepimpinan yang berkesan. Menurut seorang pengkaji, rakyat amat
65

Cha Tzang Yawnghwe, 1987. The Shan Of Burma: Memoirs Of a Shan Exile. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, hlm. 108-109 66 Chi-Shad Liang, 1990. Burmas Foreign Relations: Neutralism in Theory and Practice . New York: Praeger. Hlm.60. 67 Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 331.

22

mengharapkan beliau mampu bertindak seperti seorang raja tradisional, contohnya, U Nu harus lebih bersikap tegas dan setegas yang dilakukan oleh raja-raja tradisional. Namun Perdana Menteri ini enggan berbuat demikian.68 Lantaran ini, isu hubungan pusat negeri yang membimbangkan tentera maka satu rampasan kuasa telah dilakukan oleh Jeneral Ne Win dan mewujudkan sebuah kerajaan demokrasi sosialis kuku besi( autoritarian). Dalam rampasan kuasa ini jelas ia tidak mendapat bantahan yang ketara dari rakyat.

4.2 Seruan Agama Buddha sebagai agama rasmi U Nu merupakan Perdana Menteri pertama selepas Burma merdeka pada tahun 1948. Sejak berumur 5 tahun, U Nu sudah pandai minum alkohol dan semasa remajanya, U Nu mempunyai masalah ketagihan alkohol dan gila seks. Namun, selepas beliau menghayati Buddhisme, penyakit U Nu ini dapat dibendung. Maka, bermula dari hari itu, U Nu menjadi penganut tulen agama Buddha. U Nu juga amat memberi perhatian untuk menjadikan agama Buddha ini sebagai agama rasmi negara.69 Seiring dengan seruan untuk menjadikan agama Buddha ini sebagai agama rasmi, U Nu telah membentuk satu agensi biayaan kerajaan untuk mempromosikan dan mempropagandakan Buddhisme pada tahun 1950 iaitu 2 tahun selepas kemerdekaan Burma apabila Buddha Sasana Council telah digubal. Pada tahun 1954, berikutan tekanan daripada pihak biara, ajaran Buddhisme juga telah dimulakan di sekolah-sekolah kerajaan. Kemudian, pada tahun 1961, beliau berjanji untuk mengisytiharkan Buddha sebagai agama rasmi.70 Tindakan U Nu ini jelas menimbulkan masalah kepada Burma apabila mendapat tindakan ini mendapat tentangan dan tidak disetujui oleh golongan bukan Buddha iaitu golongan Kristian dan Islam. Sebagai contoh, Di Utara Burma, pemberontakan Kachin juga telah berlaku. Hal ini disebabkan pemimpin Kachin beragama Kristian dan beliau membantah polisi U Nu ini. Selain itu juga, tindakan U Nu ini juga mendapat tentangan daripada tentera di Burma yang mana mereka hanya mahu agama Buddha ini terhad di Burma Hilir sahaja.71 4.3 Pelancaran Mogok oleh pelajar-pelajar kolej dan Universiti
68

Hugh Tinker, 1959. The Union Of Burma : Study of the First Years of Independence . London: Oxford University Press.hlm.133. 69 Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 18. 70 Nota kuliah 71 Ibid.

23

Pada tahun 1949 dan 1953, mogok telah dilancarkan oleh pelajar-pelajar kolej dan universiti. Pelancaran mogok ini juga pernah berlaku sebelumnya iaitu pada tahun 1946 dan 1947. Namun, pelancaran mogok selepas 1945 iaitu pada tahun 1949 dan 1953 ini tidak mempunyai sebab-sebab yang munasabah berbanding dengan mogok pelajar yang berlaku pada tahun 1930-an yang mana ia berpunca daripada keengganan penuntut Universiti dan kolej belajar bersungguh-sunggiuh serta bencikan sebarang peraturan yang boleh menyekat kebebasan yang diperkenalkan oleh pihak atasan termasuk pentadbir Universiti. 72 Manakala, tunjuk perasaan atau mogok pelajar pada tahun 1930-an adalah dipengaruhi oleh sikap bencikan ahli politik lama yang terlalu bergantung kepada sokongan India dan Eropah khususnya dari segi kewangan parti para belia melalui Burma Book Club dan Nagani Club lebih terdedah kepada ideologi Marx dan sosialisme yang menawarkan satu kerangka baharu untuk memahami serta mengkriktik imperialisme dan kolonialisme British di negara mereka. Selain itu, penglibatan pelajar dalam mogok pada tahun 1930-an juga dipengaruhi oleh sikap mereka terhadap peluang pekerjaan yang semakin berkurangan akibat kemelesetan ekonomi dan menentang peningkatan syarat kemasukan ke Universiti Rangoon.73 Masalah ini juga bertambah buruk apabila pelajar-pelajar ini telah berpecah kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan yang terbesar yang menyokong AFPFL dan satu lagi kumpulan yang menyokong parti komunis yang diharamkan.74 Namun begitu, demokrasi pelajar gagal berjalan seperti semasa pemilihan wakil pelajar pada tahun 1952 hingga 1954. sebagai canselor Universiti Rangoon, U Nu juga mengambil berat akan politik pelajar ini dan eminta mereka untuk meninggalkan pilitik pelajar untuk memberi perhatian dalam bidang akademik bagi meningkatkan disiplin dan ilmu demi pembangunan negara namaun teguran ini gagala memberi kesan untuk mengubah sikap pelajar. Hal ini disebabkan pelajar di kampus tidak terkecuali dengan pengauh dari kemelut politik yang berlaku di sekeliling mereka.75 4.4 Masalah etnik Masalah etnik di Burma begitu ketara selepas Burma mencapai kemerdekaan daripada Britain pada bulan Januari 1948. Namun, tidak bererti masalah etnik ini tidak pernah berlaku, Cuma bentuk dan punca yang berbeza.76 Dikatakan masalah etnik di Burma ini telah bermula
72

Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 324.

73 74

Taylor, The State in Burma.hlm.202-204. Hugh Tinker, 1959. The Union Of Burma : A study of the Firsts Years Of Independence . London: Oxford University Press, hlm.207-208. 75 Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pusaka. Hlm.324. 76 Victor Lieberman, 1978. Ethnic relations in 18th century Burma dlm. Modern Asian Studies, Jil.2, Bhg.3: 1978.

24

pada tahun 1920-an dan 1930-an lagi iaitu pada zaman kemelestan ekonomi yang melanda Burma. Masalah etnik ini melibatkan hampir semua kelompoik minoriti yang mana ia meliputi etnik-etnik seperti Karen, Shan, Kayah, Chin, Mon, Arakan dan Mujahid ( bangsa Rohingya). Pada asasnya, masalah etnik ini berpunca daripada faktor nasionalisme iaitu satu fenomena moden yang dikatakan bermula di Eropah pada abad ke-18. 77Selepas kemerdekaan juga melalui banyak kegiatan yang dilakukan, ia menunjukkan masalah integrasi di Burma serta perang etnik yang beterusan di pinggir menyatakan bahawa nasionalisme-etnik merupakan punca utamanya.78 Terdapat beberapa etnik yang jelas menimbulkan masalah terhadap Burma iaitu: Karen

Bangsa karen merupakan etnik yang pertama yang bertindak menentang kerajaan pusat yang didominasikan bangsa burman. Etnik karen ini bangkit untuk memperjuangkan hak untuk menubuhkan sebuah negara berasingan yang didominasikan bangsa karen. Sebelum itu, mereka enggan mengambil bahagian dalam persidangan Panglong yang mana persidangan ini berlaku antara orang Burma dengan minoriti-minoriti etnik bagi menetapkan prinsip pembentukan kesatuan Burma. Pada tahun 1947, etnik karen telah menubuhkan kesatuan kebangsaan karen( KNU) dan pada bulan Julai pada tahun yang sama, sekali lagi etnik karen menubuhkan satu pasukan bersenjata iaitu Karen National Defence Organization (KNDO) yang dianggotai oleh bekas tentera Brtish dan pasukan 136. Namun, KNDO hanya mula bertindak pada tahun 1950 di Insein dan pemberontakan itu turut mendapat sokongan unitunit tentera Karen yang berpaling tadah. 79 Dalam pemberontakan ini, pasukan burman seperti 4 Burma Riffles juga mengambil tindakan keras terhadap bangsa Karen yang memberontak sehingga menyebabkan angka kematian yang tinggi.80 Tujuan utama pembentukan Karen National Defence Organization (KNDO) ini adalah untuk menubuhkan sebuah negara Karen yang berasingan di samping ingin mempertahankan budaya etnik mereka. Maka, pada tahun 1949, pemberontakan etnik telah berlaku bagi mendapatkan hak negeri mereka dan mempertahankan budaya mereka. 81 Bangsa Karen juga beranggapan bahawa mereka layak untuk mendapatkan sokongan daripada anggota tentera
77

Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman, 2000. Konflik Dunia Abad ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 100. 78 Ibid.hlm.108. 79 Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm. 391. 80 Ibid.hlm.17. 81 C.A. Fisher, 1973. The Far East& Australasia, South East Asia: An Introduction .England.hlm.23.

25

kerajaan pusat yang sebangsa. Namun, penentang yang dilakukan oleh bangsa karen ini dapat dikawal setelah mereka berpecah kerana masalah peribadi dan ideologi. Kini, bangsa karen hidup terasing di sempadan Myanmar-Thai.82 Mon dan Arakan Pada tahun 1960, U Nu telah mencadangkan pembentukan satu negeri berasingan bagi Orang Mon dan Arakan sebagi janji kemerdekaan. Di samping itu, ia juga merupakan usaha dan persetujuan kerajaan Burma untuk menubuhkan dua buah negeri ini adalah untuk memberi kepuasan kepada minoriti-minoriti etnik.83 Pada 13 Januari 1947, satu rundingan telah berlangsung di antara Atlee dan Aung San. Hasil daripada rundingan mereka maka pada 27 Januari 1947, mereka bersetuju mengenai penubuhan kerajaan peralihan dan satu pilihan raya harus dibuat untuk Dewan Perlembagaan dalam tempoh 4 bulan. Selepas menunaikan janji dalam rundingan tersebut maka pilihan raya telah diadakan pada April 1947. sebanyak 255 kerusi dipertandingkan manakala 24 kerusi dikhaskan kepada puak Karendan 4 untuk orang Anglo-Mayanmar. Dalam keputusan pilihan raya, ia memberi kemenangan yang besar kepada LPRAF. Sebanyak 248 kerusi telah dimenangi oleh mereka dan 7 lagi dimenangi oleh komunis.84 Namun, setelah menang dalam pilihan raya ini dan Burma mencapai kemenangan, U Nu pula telah melengahkan dan tidak mengendahkan puak Arakan dan Mon. Hal ini menimbulkan ketidakpuashatian puak Mon Arakan. Maka, pada tahun 1961, berlaku juga pemberontakan minoriti dan U Nu terpaksa menerima bahawa pemberontakan minoriti ini menguasai satu persepuluh daripada negeri tersebut.85 Shan dan Kayah Bagi para pemimpin minoriti seperti pemimpin Shan, persekutuan yang diwujudkan selepas tahun 1948 bukan merupakan persekutuan yang sebenar seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. Namun begitu, pada tahun 1947, mereka menerima perlembagaan ini adalah kerana menghormati wawasan serta perjuangan Aung San, mereka juga percaya perlembagaan ini dapat diperbetulkan kemudian.86 Pemimpin Shan ingin persekutuan ini dikaji semula kerana pemimpin beranggapan bahawa hanya dengan penyemakan semula
82 83

Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 392-393. Nota kuliah 84 Nota Kuliah bab 1 Cik Dg. Norizah Binti AG Kiflee@Dzulkifli.hlm.3. 85 Nota kuliah 86 Chao Tzang Yawnghwe. The Shan of Burma.hlm.118.

26

perlembagaan merdeka pentadbiran negeri berupaya memberi kuasa lebih dalam bidang pertahanan serta mewujudkan keseimbangan kuasa di antara bangsa Burman dengan bukan Burman, di samping, memberi perlindungan kepada setiap rakyat seterusnya dapat mengelakkan lebih banyak pemberontakan. Usaha penyemakan perlembagaan ini dikenali sebagai seminar federal yang berlangsung di Yangon pada bulan Februari. Seminar Federal ini merupakan isu sensitif dalam hubungan antara kelompok majoriti dengan kelompok minoriti yang telah diberi berbagai-bagai interpretasi. Bagi tentera, wartawan di Yangon dan juga barangkali juga majoriti kelompok Burman, seminar ini mirip kepada satu gerakan menarik keluar negeri-negeri di pinggir khususnya negeri Shan dan Kayah daripada persekutuan yang dipelopori para pemimpin politik dan tradisional kelompok minoriti. Namun, interpretasi ini telah ditolak oleh pemimpin Shan. Sebenarnya mereka memperjuangkan agar sistem persekutuan yang berasaskan perlembagaan pada tahun 1947 itu dikaji semula bagi mengimbangi kuasa politik bangsa minoriti Burman.87 Perdana menteri U Nu amat peka terhadap masalah ini tetapi selepas tahun 1960, beliau tidak lagi berupaya mengawal keadaan politik di Yangon, termasuk parti Pyidaungsu yang diketuainya sehingga seminar federal ini dianggap oleh pihak media sebagai satu konspirasi yang diketuai oleh Chaofa-chaofa Shan yang malas, menindas, dan feudal yang bersekongkol dengan musuh negara untuk menghancurkan persekutuan. Angkatan tentera khususnya tentera darat melihat isu ini dari sudut keselamatan dan bagi ramai pegawai kanannya, kewujudan sebuah negara Shan yang bebas hanya akan memberi peluang kepada kuasa-kuasa luar serta musuh negara bertapak di pinggir Burma.88 Mujahid/bangsa Rohingya

Masalah Rohingya sudah mula timbul semasa pendudukan Jepun lagi. Selepas tahun 1948, isu ini masih belum dapat diselesaikan dengan baik. 89 Satu lagi kelompok yang turut menentang kerajaan pusat iaitu Mujahid dari kelompok Rohingya. Rohingya atau juga dipanggil sebagai Rohinga/Rowengyah ini bermaksud yang dikasihi atau yang penyayang. Seperti bangsa Karen, perjuangan mereka juga berteraskan etnosentrisisme dan autonomi yang terhad.90 Bagi pemimpin Rohingya, aspirasi mereka diperjuangkan melalui berbagai-bagai persatuan atau pertubuhan yang bergerak secara bersendirian atau bergabung secara tidak
87 88

Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm. 394. Ibid.hlm.395. 89 Ibid.hlm.400. 90 Moshe Yegar, 1972. Muslim of Burma.hlm 25.

27

formal antara mereka. Ada yang telah muncul pada tahun 1930-an tetapi kebanyakannya muncul selepas kemerdekaan iaitu pada tahun 1950-an seperti Barisan Islam Rohingya Arakan yang sederhana, pertubuhan perpaduan Rohingya yang lebih militan dan beberapa kecil seperti Barisan Patriotik Rohingya, tentera pembebasan Rohingya, Parti Kebebasan Rakyat Arakan dan Harkate Jihadul Islam. Matlamat utama pertubuhan ini adalah untuk memperjuangkan kebajikan dalam usaha memperbaiki keadaan sosial, politik dan ekonomi orang Rohingya khususnya mereka yang menetap di kawasan Mayu menerusi pelbagai cara termasuklah perjuangan bersenjata.91 Perjuangan bersenjata ini meletus pada tahun 1948 apabila Yangon gagal menyelesaikan beberapa masalah yang dibangkitkan oleh pemimpn radikal Rohingya. Antara masalah yang dikemukakan oleh Moshe Yegar adalah peluang Orang Rohingya untuk memasuki pasukan tentera, pegawai Arakan yang tidak prihatin, contohnya dalam memperkecil-kecilkan pemimpin dan masyarakat Rohingya, menyifatkan Orang Rohingya sebagai orang asing, pemerasan, rasuah, ketiadaan usaha untuk menambah dan memperbaiki peluang pendidikan dan ekonomi, kesangsian terhadap kesetiaan Rohingya dan Orang Rohingya dihalang pergi ke Akyab dari Utara Arakan khususnya Buthidaung, Maungdaw dan Rathedaung.92 Sebagai sebuah negara yang merdeka, kerajaan pusat pada tahun 1948 telah memperkenalkan kad pendaftaran negara unuk semua warga asing. Namun, beribu-ribu orang Rohingya bersifat dingin dan enggan mendaftar kerana mereka berangapan mereka merupakan warganegara Myanmar dan kesan daripada ini, ramai antara mereka gagal menikmati hak sebagai warganegara.93 Malahan, pejabat pendaftaran setempat juga gagal menyimpan rekod dengan sempurna sejak tahun 1948. Bagi mereka yang sudah mempunyai kad pendaftaran pula, kemudianya menyerahkan kad-kad ini kepada tentera tetapi tidak dipulangkan semula dan akibatnya dianggap sebagai bukan lagi warganegara. Sehinggakan ramai bangsa Rohingya ini dianggap sebagai pelarian.94 Di kalangan pelarian ini juga, mereka mengalami masalah keganasan dan penindasan yang mana ia dilakukan oleh tentera Burma terhadap masyarakat bangsa Mujahid ini apabila mereka dijadikan buruh paksa untuk membina jalan raya serta kem tentera di tempat yang strategik, menerima layanan buruk yang daripada kelompok majoriti seperti Orang Burman dan bangsa Arakan yang merupakan bangsa terbesar di Arakan yang mendapat sokongan dari
91 92

Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.399. Ibid.hlm.400. 93 Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman, 2000. Konflik Dunia Abad ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 117.
94

Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.401.

28

tentera, merampas harta, disyaki terlibat dalam pembunuhan mahupun menyokong kelompok Rohingya yang memberontak, kes rogol, pencabulan kesucian masjid dan penahanan yang dilakukan dengan berleluasa. Rekod buruk tentera kerajaan sejak tahun 1948 ini terhadap kelompok minoriti yang lain dan juga orang sebangsa yang berlainan ideologi maka dakwaan ini memang tidak boleh disangkal. Malahan, ia dibiarkan berleluasa dan ini memburukkan lagi konflik etnik di Burma. Kerajaan pusat pula sentiasa memberi tumpuan kepada bangsa Arakan. Hal ini dapat dilihat apabila ramai pegawai tentera dan kerajaan dalam kalangan mereka telah digantikan dengan bangsa Arakan yang kemudiannya memulakan dasar diskriminasi terhadap Orang Rohingya, masalah-masalah berkaitan dengan orang Rohingya pula dipinggirkan maka ini menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan orang Rohingya seterusnya membawa kepada penentangan terbuka tercetus pada tahun 1948. Pada peringkat awal, para pejuang Mujahid berjaya menguasai sebahagian besar kawasan utara Arakan walaupun mereka tidak mendapat sokongan padu daripada para pemimpin Rohingya. Dengan kerjasama atau bantuan daripada pihak pemberontak yang lain seperti pihak komunis, kumpulan Mujahid berjaya memberi tekanan hebat kepada kerajaan pusat pimpinan U Nu. Apabila perjuangan bersenjata menemui kegagalan,masa depan Mujahid kini dipikul oleh pemimpin masyarakat yang lebih konservatif. Lewat tahun 1950-an, kecenderungan dalam kalangan mereka ialah penubuhan sebuah daerah yang berasingan yang merangkumi sebahagian Buthidaung, Maungdaw, dan Rathedaung tetapi diletakkan di bawah pengawasan kerajaan pusat. Pada tahun 1960, berikutan dengan ketidakpuashatian kelompok minoriti terhadap persekutuan Burma maka kerajaan telah menubuhkan negeri-negeri berasingan termasuk Arakan namun tidak mendapat kata sepakat dalam kalangan pemimpin Rohingya. Contohnya, Kumpulan Rohingya Jami iyyad al-ulama yang mana ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Rohingya di Arakan, mereka tidak menolak penubuhan sebuah negeri Rohingya di Arakan tetapi lebih menekankan penubuhan sebuah daerah khas yang merangkumi Buthidaung, Maungdaw, dan Rathedaung yang diletakkan di bawah pemantauan kerajaan Pusat.95 Selain itu, penubuhan sebuah negeri yang berasingan di Arakan ini juga mendapat tentangan daripada kelompok masyarakat yang lebih muda seperti persatuan Belia Rohingya serta Persatuan pelajar yang mana mereka berpendapat tuntutan ini hanya akan menambahkan ketegangan kaum, namun, mereka ingin jaminan kerajaan untuk melindungi Orang-orang Rohingya dari segi agama, budaya, politik, ekonomi, pentadbiran,
95

Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman, 2000. Konflik Dunia Abad ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 117-118.

29

dan pendidikan.96 Mereka juga inginkan ketua negeri Arakan dilantik secara bergilir-gilir antara bangsa Rohingya dan bangsa Arakan. Apabila bangsa Rohingya menjadi ketua negeri maka bangsa Arakan menjadi speaker parlimen, begitu juga sebaliknya. Golongan intelek juga menekankan pengagihan yang seimbang dalam jawatan pentadbiran kerajaan dengan orang Rohingya, pelantikan seorang pegawai khas berhubung hal ehwal orang Islam yang akan memberi nasihat kepada ketua negeri Arakan, dan hak keluar dari negeri Arakan dalam tempoh 10 tahun selepas 1961 serta pilihan untuk diletakkan semula di bawah kawalan kerajaan pusat secara langsung. Pada bulan Mei 1961, kerajaan Nu telah menubuhkan kawasan pentadbiran khas di daerah Mayu yang dinamakan pentadbiran Perbatasan Mayu tetapi dikelolakan oleh tentera.97 4.5 Pencerobohan tentera KMT Pencerobohan tentera Kuomintang (KMT) di negeri Shan pada akhir tahun 1949 dan awal tahun 1950 mengubah perjalanan pemberontakan komunis dan etnik. Pertama, kehadiran KMT menjadikan masalah dalam negeri kepada masalah antarabangsa yang membabitkan pihak luar yang anti-komunis seperti tentera Thai, kerajaan Taiwan( KMT) dan juga Amerika Syarikat melalui CIA. Kerjasama ini dilihat sebagai satu rancangan sulit Chaofa untuk menghancurkan persekutuan. Kedua, dengan kemasukan KMT, masalah candu dan heroin menjadi lebih besar kerana pengeluarannya meningkat begitu mendadak. Selepas itu juga, perdagangan candu juga turut membabitkan kelompok-kelompok yang menentang kerajaan pusat seperti bangsa Shan ataupun CPB. Lebih penting lagi, kehadiran KMT ini juga memberi alasan kukuh kepada tentera pusat untuk memasuki negeri-negeri Shan. Selepas pencerobohan tentera KMT ini juga timbul banyak sungutan tentang bidang kuasa pentadbiran negeri terutamanya tentera pusat yang bertindak sewenang-wenangnya terhadap penduduk tempatan atas alasan keselamatan negara sehingga memburukkan hubungan ShanBurman. Sementara itu, pentadbiran negeri di Taungyi gagal menangani masalah ini khususnya yang berkaitan dengan nasib malang pemimpin desa yang dikasari tentera pusat kerana pertahanan dan keselamatan dalam negeri merupakan bidang kuasa pusat. Dalam suasana buruk ini, meletus pemberontakan di Tangyan dan beberapa bandar kecil yang lain pada tahun 1959 yang melibatkan pelajar Universiti Rangoon dan bekas anggota pasukan keselamatan setelah pemimpin tradisional lebih berminat mencari penyelesaian melalui perlembagaan.98
96 97

Abu Talib Ahmad, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm.401. Aung Thaw, 1978. Historical Sites In Burma. Yangon. 98 Chao Tzang Yawnghwe, The Shan Of Burma.hlm.117-119.

30

Dalam isu pencerobohan tentera KMT ini, ternyata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bertindak sambil lewa dalam menyelesaikan isu ini. Sikap lewa ini juga boleh dilihat semasa perang korea pada bulan Jun 1950 yang mana Yangon mendapati tindakan PBB di Korea umpamanya tidak lebih daripada pengaplikasian dasar Amerika Syarikat untuk membendung pengaruh Soviet Union dann China. Malahan, dalam isu pencerobohan tentera KMT ini juga, ia mendapat sokongan daripada Washington melalui CIA. Semua ini meyakinkan pemimpin AFPFL bahawa Myanmar perlu mengekalkan dasar berkecuali dalam arena politik antarabangsa.99

5.0 ANALISIS Selepas Burma mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948 daripada British. Ternyata Burma menghadapi pelbagai masalah sama ada dari aspek politik, ekonomi ataupun sosial di bawah pemerintahan U Nu sehingga membawa kepada rampasan kuasa pada 2 Mac 1962 oleh General Ne Win dan tenteranya dan pentadbiran baru pun bermula. Dari aspek politik, masalah-masalah yang dihadapi oleh Burma adalah perlaksanaan struktur politik berlandaskan Buddhisme, perpecahan AFPFL, pemberontakan komunis, perang saudara yang meletus, kehadiran orang China di Burma, kelemahan dalam pentadbiran sosialisme demokrasi dan perhubungan Burma dengan Soviet Union. Dalam permasalahan ini, U Nu seorang penganut tulen dan taksub kepada agama Buddha telah mengaplikasikan agama ini ke dalam pentadbirannya seperti mana U Nu membina rumah tumpangan untuk anjing-anjing yang berkeliaran di Yangon. Selain itu, U Nu juga berhasrat untuk menjadikan agama Buddha sebagi agama rasmi negara sehingga menimbulkan ketidakpuashatian rakyat yang bukan beragama Buddha yang khuatir mereka akan didiskriminasikan. Di sini, jika ditinjau dengan permasalahan yang berlaku, lima jari menuding pada U Nu, U Nu mungkin boleh menjadi seorang penganut tulen kepada agama Buddhanya namun U Nu harus juga memikirkan tentang agama bukan Buddha. Pembinaan rumah tumpangan anjing itu juga merupakan suatu pembaziran wang negara dan tidak penting, lebih baik jika duit tersebut digunakan untuk disedekahkan kepada golongan miskin di Burma atau menjayakan program kebajikan U Nu ( Pydawtha). Dalam tindakan U Nu yang enggan membunuh manusia walaupun kedudukan politiknya terancam juga menjadi masalah kepada Burma. Terdapat
99

Taylor, The State in Burma.hlm.261-263.

31

pernyataan yang mana Menurut seorang pengkaji, rakyat amat mengharapkan beliau mampu bertindak seperti seorang raja tradisional, contohnya, U Nu harus lebih bersikap tegas dan setegas yang dilakukan oleh raja-raja tradisional. Namun Perdana Menteri ini enggan berbuat demikian. Dalam perpecahan kerajaan AFPFL juga pada pertengahan tahun 1958, ia juga diakui sendiri oleh U Nu akan kesilapannya yang panas baran dan mempunyai masalah dalam kawalan diri sehingga menyebabkan pertelingkahan yang berlaku antara beliau dengan Kyaw Nyein. Beliau sering memperbesarkan perkara yang kecil yang sepatutnya dapat diselesaikan secara musyawarah. Prinsip agama yang ada dalam diri U Nu juga gagal memberi kesan kepadanya. Sepatutnya, U Nu lebih bersikap positif dan bukannya bertindak mengikut perasaan. Perpecahan ini kemudianya menimbulkan ketegangan politik sehingga pilihan raya yang dicadangkan untuk diadakan bagi menyelesaikan perebutan kuasa tidak dapat diadakan lalu menyerahkan kuasa kepada Ne Win pada tahun 1958 dan meminta tentera memulihkan ketenteraman awam supaya pilihan raya umum boleh diadakan dalam suasana bebas. Pentadbiran sementara Ne Win yang ditamatkan pada tahun 1960 ini juga kerap disebut sebagai Kerajaan Sementara dan tidak dinafikan ia berjaya membawa haluan baru dalam sosiopolitik Myanmar. Menurut Sein Lwin, beliau mendakwa penyerahan kuasa kepada Ne Win adalah kerana situasi yang mendesak dan beliau memuji keputusan U Nu ini demi kepentingan negara bagi melindungi demokrasi di samping menyekat kebangkitan semula komunis. Namun, menurut U Nu, beliau sebenarnya dipaksa berbuat sedemikian bagi mengelakkan tentera yang dipimpin Aung Gyi dan Maung Maung merampas kuasa. Oleh itu, dalam autobiografinya yang ditulis pada tahun 1970-an semasa berada di India, U Nu menyifatkan peristiwa ini sebagai rampasan kuasa pertama. Dari aspek ekonomi, masalah-masalah yang dapat dilihat adalah ekonomi Sosialis Demokratik, gejala rasuah yang berleluasa, Kesan daripada perang dunia, perang saudara dan pemberontakan komunis dan etnik, percukaian Negara yang tidak kukuh, Program ekonomi ( Pydawtha) gagal mencapai matlamat, pembentukan Modal, Dasar nasionalisasi dalam bidang ekonomi, kelemahan manusia, Kekurangan hasil dan pendapatan negara, Dasar kerajaan sendiri yang kerap berubah , masalah penyewaan , Rancangan Kemajuan Burma gagal mencapai matlamat dan Perusahaan perlombongan logam. Secara umumnya, masalahmasalah ekonomi yang dihadapi Burma melihatkan prestasi Kerajaan U Nu yang amat mengecewakan. Hal ini dapat dilihat pada awal tahun 1948, ekonomi negara masih lagi belum pulih daripada kesan buruk akibat Perang Dunia kedua sehingga memberi kesan kepada perdagangan dan eksport hasil utama negara seperti padi dan balak. Kejatuhan harga padi dunia juga salah satu penyumbang kepada permasalahan ekonomi Burma. Selain itu, masalah32

masalah yang timbul dalam ekonomi juga boleh dikaitkan dengan ketidakstabilan politik akibat pemberontakan dan perpecahan AFPFL. Kelemahan U Nu juga mungkin disebabkan beliau tidak mendapat sokongan yang kukuh dalam AFPFL. Malah, ia juga berkaitan dengan keenggannya untuk bertindak lebih tegas dalam pemerintahan dan terlalu taksub kepada agama Buddha. Dari aspek sosial, masalah-masalah yang dihadapi Burma pula adalah sikap pemerintah yang lemah yang mana ia memperlihatkan kelemahan pentadbiran U Nu sendiri, seruan agama Buddha sebagai agama negara, pelancaran mogok oleh pelajar-pelajar Kolej dan Universiti, masalah etnik, dan pencerobohan tentera Kuomintang. Permasalahan yang paling ketara adalah masalah etnik yang mana ia melibatkan etnik Karen, Mujahid, Shan dan Mon. Mereka tidak suka diperintah oleh pemerintah Myanmar dan menuntut negara berasingan untuk mereka. Pemberontakan demi pemberontakan dilakukan oleh etnik-etnik ini terhadap Burma. Dengan kerjasama atau bantuan daripada pihak pemberontak yang lain seperti pihak komunis. Contohnya, kumpulan Mujahid ini berjaya memberi tekanan hebat kepada kerajaan pusat pimpinan U Nu. Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh Burma selepas kemerdekaan ini jelas selain kaitannya dengan demokrasi, tidak ada sesuatu yang membanggakan tentang kerajaan awam yang dipimpin oleh U Nu dan AFPFL. Kemerdekaan yang dicapai juga tidak menampakkan perubahan yang besar kepada corak atau falsafah pentadbiran awam. U Nu sendiri menyedari masalah-masalah yang wujud dalam politik, ekonomi dan sosial ini namun beliau gagal menyelesaikannya dengan berkesan. Walaupun U Nu adalah seorang ketua parti ataupun ketua kerajaan namun ternyata kepimpinannya tidak berkesan walaupun U Nu mempunyai idealisme yang tinggi dan mempunyai banyak idea tentang perubahan dan pemodenan. Dalam hal ini, U Nu dikatakan tiada pengalaman dalam pemerintahan dan gagal dalam memberi kepimpinan yang berkesan. Ketaksuban U Nu terhadap agama Buddha dan kurang pengalaman dalam pentadbiran juga salah satu penyumbang kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh Burma selepas kemerdekaan. Kelemahan pentadbiran U Nu ini boleh diumpamakan sebagai kereta buruk yang telah rosak teruk, tayar hadapan dan belakang yang tidak boleh dipakai dan sebagai pemandu, beliau tidak pula mempunyai pengalaman memandu sedangkan kereta ini perlu dipandu dengan selamat melalui jalan yang berlubanglubang dan penuh ranjau. Selain itu, permasalahan yang berlaku di Burma juga boleh dikaitkan dengan warisan penjajah yang masih tebal yang mana kerangka pentadbiran kerajaan penjajah masih kukuh, undang-undang pentadbiran dan peraturan masih diguna malahan bekas pegawai penjajah masih lagi menjadi tulang belakang pentadbiran negara. 33

Dalam hal ini, mungkin ia juga boleh dikaitkan lagi dengan sikap U Nu yang memandang tinggi kepada orang Inggeris.

6.0 KESIMPULAN Seiring daripada masalah-masalah yang berlaku dari aspek politik, ekonomi dan sosial selepas kemerdekaan pada tahun 1948 di bawah kerajaan U Nu ini maka satu rampasan kuasa tentera telah berlaku pada 2 Mac 1962 yang mana ia dilakukan oleh General Ne win dengan alasan untuk menamatkan demokrasi bagi mempertahankan persekutuan burma sejak tahun 1961, dasar kerajaan yang taksub kepada agama Buddha sehingga memecahbelahkan rakyat, masalah etnik serta pihak korporat yang mahukan kelonggaran dri segi import. Selain itu, Ne Win juga menggunakan alasan rampasan kuasa dengan sikap U Nu yang lembut hati kepada suku kaum. Semua permasalahan ini seterusnya membawa kepada satu rampasan kuasa bagi menggulingkan Kerajaan U Nu pada 2 Mac 1962 oleh Ne Win yang mana dalam rampasan kuasa ini satu nyawa telah diragut sekaligus pentadbiran baru pun bermula yang mana zamana kerajaan demokrasi liberal telah digantikan dengan sebuah kerajaan demokrasi sosialis kuku besi (autoritarian). Semasa berlaku rampasan kuasa, tidak terdapat sebarang sentimen anti tentera yang ketara mahupun penentangan terbuka terhadap rampasan kuasa. Tidak dinafikan juga terdapat sokongan terbuka daripada pelbagai lapisan rakyat serta pelabur asing kerana tentera menjanjikan kestabilan politik. Selepas rampasan kuasa ini berjaya, tampuk pemeritahan seterusnya dipegang oleh General Ne Win. Namun, tidak dinafikan, beliau masih berhadapan dengan beberapa masalah yang berat seperti masalah etnik yang mana ia masih berlaku sehingga kini, dasar berkecuali yang diteruskan sejak pemerintahan kerajaan U Nu, menyelesaikan masalah pemberontakan komunis, dasar nasionalisasi tanah yang diteruskan 34

dan penerimaan Sosialisme Cara Myanmar di kalangan rakyat yang mana mereka beranggapan bahawa sosialisme sudah tidak relevan dalam kehidupan mereka.

7.0 SUMBER RUJUKAN Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman, 2000. Konflik Dunia Abad ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. C.A. Fisher, 1973. The Far East& Australasia, South East Asia: An Introduction. England. David Brown, 1994. The State and ethnic politics in Souteast Asia . Edited by Micheal Leifer. First published: London and New York. Donald W. Fryer. 1979. Asia Tenggara yang Sedang Membangun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Norman G.Owen. 2005. The Emergence Of Modern Southeast Asia. A New History. Published in Southeast Asia. Singapore: University Press

35

P. B. Lafont. (ed). 1996. Semenanjung Indochina: Suatu Pengenalan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peter Church, 2003. A Short history of South East Asia . Singapore: Saik Wah Press Pte,Ltd.

Peter Calvocoressi,1993. Politik Dunia 1945. Terjemahan: Abdul Ghaffar Laili. Kementerian pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

R.H.Taylor, 1996.The Politics Of Elections In Southeast Asia. Woodrow Wilson Center Press. Cambridge University Press

Robert Reid and Micheal Grosberg, 2005. Myanmar( Burma ). 9th Edition. First Published December 1979. Published October 2005.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Myanmar

36

37

38

39

40

You might also like