You are on page 1of 4

Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai


Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara,
adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan
satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk
berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan tahun 1957

Sejarah

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat


daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian
dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa
sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

Pindaan

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga


(2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan
persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di
parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad
Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali
semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005.
Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat
setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar
pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau
menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah
dicairkan".
Organisasi

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap


bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.

Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang


persekutuan
Bahagian 2 - Kebebasan asasi
Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bahagian 4 - Persekutuan
Bahagian 5 - Negeri-negeri
Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-
negeri
Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8 - Pilihanraya
Bahagian 9 - Kehakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa
subversif dan darurat
Bahagian 12 - Am dan pelbagai
Bahagian 13 - Peruntukan sementara
Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan
sebagainya
Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung
dan raja-raja
Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam
merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap
orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

Rencana utama: Artikel 152 Perlembagaan Malaysia


Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa
kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun,
perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan
bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-
tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada
negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan
awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan
dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti
dilakukan di dalam bahasa Melayu.Tulisan rasmi bagi bahasa
Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau
tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak
dilarang.

Artikel 153
Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-
Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan
keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini
secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan
mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan
mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa
dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian
daripada kontrak sosial.

Artikel 160
Rencana utama: Artikel 160 Perlembagaan Malaysia
Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang
digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting
pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi
seorang Melayu pada klausa 2.

You might also like