You are on page 1of 3

JAWATAN KOSONG Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang

ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan. Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

JAWATAN BUKAN AKADEMIK

BIL. 1. 2.

NAMA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR PEMBANTU MAKMAL

GRED

TARAF JAWATAN

N27 C17

SEMENTARA SEMENTARA

PENETAPAN GAJI PERMULAAN Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMK berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI) Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.

TARAF JAWATAN Semua jawatan akan dilantik secara SEMENTARA. Namun demikian, UMK berhak melantik warganegara Malaysia bagi lantikan secara Kontrak bagi mana-mana jawatan di atas.

SYARAT KEWARGENEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN) Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

KELAYAKAN SPM MENGIKUT PERKHIDMATAN AWAM

SISTEM

TERBUKA

UNTUK

LANTIKAN

KE

Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syaratsyarat berikut perlu dipenuhi : (a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau (b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan (c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan. Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

MAKLUMAT TERPERINCI DAN SYARAT- SYARAT KELAYAKAN Maklumat terperinci mengenai semua jawatan dan syarat-syarat kelayakan untuk memohon jawatan di atas boleh diperolehi melalui laman web http://www.umk.edu.my

CARA MEMOHON Borang permohonan boleh diisi secara online di http://jobs.umk.edu.my/. (Pemohon tidak perlu menghantar salinan hardcopy borang permohonan). TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 JULAI 2013

KETERANGAN AM (a) (b) Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan satu borang dan hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan. Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMK dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA. TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.

(c)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK

1.

JAWATAN GRED GAJI N27

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GAJI MINIMUM RM1,361.14 GAJI MAKSIMUM RM4,427.94 KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM145.00

SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : (a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14) (ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14) (iii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji Permulaan P1 : RM1,661.95) (iv) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan P1 : RM1,737.15) (v) kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

28.

JAWATAN GRED GAJI C17

PEMBANTU MAKMAL GAJI MINIMUM RM932.15 GAJI MAKSIMUM RM3094.80 KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM95.00

SYARAT LANTIKAN (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; (Gaji Permulaan P1 : RM932.15) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(ii)

You might also like