You are on page 1of 4

Persembahan Dari kumpulan Samba Jazz 2011 Ahli kumpulan : Hudson David( Ketua) Pus Ranggun Voon Phui

Sia Cecelia Chin Fui Lee Lucy Patrick

Kon Ted Khim Lee Chai Fung Jinut Jimbang Mohd. Firdaus

B6D1E1 ( Mengenal pasti mud riang, sedih dan takut )

Arahan:
1. Murid-murid menyanyikan lagu mengikut mud.

Pemerhatian :
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut mud ( mud riang, sedih dan takut ) a. Mud riang Joget Riang Ria b. Mud sedih Ayam Didik c. Mud takut Gergasi 2. Murid membuat persembahan nyanyian mengikut mud dan aksi badan. 3. Guru menyoal murid tentang mud lagu yang telah dipersembahkan. 4. Contohnya: 1. Apakah mud lagu yang telah dipersembahkan? 5. Murid-murid menyatakan mud lagu tersebut.

B6D1E2 ( Mengenal pasti tekstur nipis dan tebal )

Arahan:
1. Murid menyanyi secara solo dan berkumpulan.

Pemerhatian :
- Seorang murid menyanyi sebuah lagu yang diminati dan diikuti dengan nyanyian secara kumpulan. - Guru menerangkan perbezaan tentang tekstur lagu solo dan berkumpulan. Contohnya : 1. Lagu solo tekstur nipis, Lagu berkumpulan tekstur tebal - Murid-murid membuat perbezaan tekstur dalam lagu solo dan berkumpulan.

B6D1E3 Mengenal pasti dinamik kuat dan lembut

Arahan
1. Murid murid dihendaki melakukan gerakan mengikut dinamik kuat dan lembut.

Pemerhatian
1. Guru memperdengarkan lagu Tidurlah Adik dan Mari Bergerak 2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan melakukan gerakan mengikut dinamik kuat dan lembut pada lagu yang diperdengarkan . a. Dinamik kuat: b. Dinamik lembut: kawad dengan gerakan tangan besar kayuh berjengket dengan gerakan tangan kecil

B6D1E4 Mengecam bunyi pic tinggi, rendah dan pic tengah

Arahan
1. Tunjukkan kad ikon untuk pic ketiga yang didengar samada pic itu tinggi, rendah atau tengah.

Pemerhatian
1. Guru memperdengarkan 3 pic yang berbeza menggunakan kibod atau alat perkusi. 2. Murid mengangkat kad ikon yang sesuai dengan pic ketiga yang didengar. Pic tinggi Pic pertengahan Pic rendah = = = burung itik katak

3. Murid boleh mengajuk bunyi pic pada kad ikon yang ditunjukkan oleh rakan.

B6D1E5 Mengenal pasti warna ton suara dan perkusi

Arahan
1. Murid yang terpilih membunyikan suara lelaki, perempuan, kayu tik-tok, dram bes, kerincing.

Pemerhatian
1. Murid - murid menamakan bunyi warna ton yang diperdengarkan. 2. Murid - murid membuat persembahan bunyi warna ton dalam kumpulan mengikut kreativiti masing-masing.

B6D1E6 ( Mengenal grafik menunjukkan tempo cepat dan lambat )

Arahan:
1. Murid-murid mendengar dua buah lagu. Tidurlah Adik Mari Bergerak

Contohnya : 1. 2.

Pemerhatian :
- Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. - Kumpulan 1 menyanyikan lagu `Tidurlah Adik dan kumpulan 2 menyanyikan lagu `Mari Bergerak. - Murid dikehendaki melakar grafik atas kertas untuk membezakan dua keadaan yang mewakili tempo cepat dan tempo lambat.

B6D1E7 Mengenal pasti bunyi detik panjang dan pendek.

Arahan:
1. Murid menepuk detik berdasarkan lagu yang didengar.

Pemerhatian:
1. Murid menepuk sambil membuat gerakan bagi detik lagu Mari Bergerak. (4/4) 2. Murid menepuk sambil membuat gerakan detik lagu Pantun Jenaka. (2/4)

B6D1E8 Membezakan ton suara Membandingkan tekstur vokal tebal dan nipis dengan betul dan tepat. Arahan: 1. Murid akan mendengar lagu duet yang mengandungi (suara lelaki dan suara perempuan) 2. Murid lelaki akan berdiri dan bergerak secara spontan mnengikut kreativiti tanpa mengeluarkan bunyi bising meja dan kerusi apabila mendengar suara lelaki dan duduk pelahan selepas itu. 3. Murid perempuan akan berdiri dan bergerak secara spontan mengikut kreativiti tanpa mengeluarkan bunyi kasut apabila mendengar suara perempuan.

Pemerhatian:
1. Murid lelaki berdiri dan bergerak secara spontan apabila mendengar suara lelaki. 2. Murid perempuan berdiri dan bergerak secara spontan apabila mendengar suara perempuan.

You might also like