You are on page 1of 2

Konsep dan Definisi Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal membawa maksud satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai

cukup tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya tanpa merasa letih dan masih bertenaga untuk kegiatan masa senggangnya. Di samping itu seseorang itu masih mempunyai tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan. Kecergasan fizikal pada seseorang individu merupakan hak individu itu sendiri dan tidak sama dengan individu yang lain. Kecergasan fizikal harus dimiliki oleh kita semua tanpa mengira jantina dan usia ke arah kehidupan yang berkualiti, iaitu dapat bekerja dengan efektif, menikmati masa kesenggangan, mempunyai masa rehat yang cukup, dapat menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan.

Kepentingan Kecergasan Fizikal Pencapaian kesihatan dan kecergasan yang optima merupakan sesuatu yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Masyarakat moden secara puratanya tidak dapat mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang optimum. Kebanyakan dari kita memadai memilih tahap pencapaian yang minimun terhadap kedua-dua komponen ini. Demi mencapai kecergasan fizikal yang melibatkan aspek fisiologi dan psikologi tertentu, kita perlu merangka gaya hidup ke arah yang lebih aktif dan cuba mengelakkan gejala-gejala yang memudaratkan seperti obesiti, masalah mentalemosi dan tingkah laku sosial yang tidak berfaedah. Kepentingan kecergasan fizikal dari aspek fisiologi termasuk: menguatkan otot dan ligamen mengurangkan risiko kecederaan meningkatkan daya tahan kardiovaskular merendahkan tekanan darah

sistem respiratori yang efisyen mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung dan paru-paru

Kepentingan kecergasan fizikal dari aspek psikologi ialah: meningkatkan imej kendiri mengurangkan tekanan menambahkan kegiatan sosial tidur, rehat dan rekreasi yang secukupnya

You might also like