You are on page 1of 1

Tiga sahabat Oleh syarul syahrizan b isa

Amal, Kumar, dan Ah Keong tinggal di sebuah kampung di Temerloh, Pahang. Walaupun berlainan bangsa dan agama, ketiga ketiga mereka bersahabat baik sejak kecil lagi. Kumar pernah diselamatkan oleh Ah Keong dan Kamal daripada dipatuk ular semasa mereka bermain di hutan di hujung kampung. Mereka belajar di dalam kelas yang sama, belajar sama sama dan saling berlumba lumba untuk mendapatkan keputusan yang tebaik setiap kali peperiksaan. Semasa cuti sekolah, mereka telah menyertai perkhemahan pengakap. Mereka dan anggota kumpulan mereka telah tersesat ketika aktiviti jelajah hutan diadakan. Mereka berusaha untuk mencari jalan keluar berpandukanpengalaman dan pengetahuan mereka. Akhirnya mereka berjaya mencari jalan keluar dengan adanya semangat kerjasama antara mereka. Apabila keputusan SPM diumumkan, ketiga ketiganya berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang hingga menjadi kebanggaan keluarga dan sekolah mereka.

You might also like