You are on page 1of 15

FIQH MUNAKAHAT SFH 4043

HAK-HAK ISTERI DALAM UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Disediakan Oleh:
SYARIFAH NUR AZIRAH WAN ZAINAL ABIDIN NUR SYAIRAH AMRAN AYUNI AQILAH AZMI

HAK-HAK ISTERI DALAM UNDANG-UNDANG MALAYSIA

HAK MAS KAHWIN

HAK NAFKAH

HAK PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI

HAK PERLINDUNGAN DARI GANGGUAN DAN PENDERAAN

HAK ADIL

HAK MEMBUBARKAN PERKAHWINAN

HAK MEMILIKI HARTA

HAK MAS KAHWIN

TAKRIF Mas Kawin ialah harta yang wajib diberikah oleh suami

kepada isterinya disebabkan berlakunya akad nikah. Sebab dinamakan mas kahwin ialah sebagai lambang kebenaran keinginan untuk berkahwin. Semua ulama bersepakat bahawa mas kahwin adalah wajib dan tidak ada seorang pun yang mengingkari pendapat ini.
(#q?#uur u!$|iY9$# `kJs% | \'s#tU Maksudnya: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian Yang wajib (An-Nisa:4)

Undang-Undang
Seksyen 21 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau

wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan


orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya

dua orang saksi lain


Seksyen 57 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh apaapa hak yang mungkin ada pada seseorang isteri di bawah Hukum Syarak terhadap mas kahwinnya dan pemberian kepadanya atau apaapa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan.

HAK NAFKAH

TAKRIF

Nafkah dari segi bahasa bermaksud mengeluarkan atau menghabiskan sesuatu. Perkataan Nafkah digunakan kepada perkara yang baik-baik sahaja. Dari segi istilah bermaksud semua keperluan asas manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal

Maksudnya: hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. (At-Talaq:7)

Undang-Undang
Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas

isterinya.
Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan

atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain:


apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya; apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum

Syarak.

HAK PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI

TAKRIF

Hak dan kewajipan bersama ini dinamakan juga kewajipan bersekutu, di mana tiap-tiap orang suami dan isteri masing-masing berhak dan

berkewajipan.

Maksud: isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.

Undang-Undang
Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan-alasan yang berikut, iaitu: bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab munasabah, kewajipan

perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun; bahawa telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian
dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk; bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit; bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya.

HAK PERLINDUNGAN DARI GANGGUAN DAN PENDERAAN

Takrif
Sebagai ketua dalam keluarga dan pemimpin dalam rumahtangga, maka

kewajipan

suami

sangat

berat

kerana

si

suami

akan

dipertanggungjawabkan di dunia dan di akhirat. Antaranya adalah kewajipan bersifat akhlaki iaitu moral.
Diriwayatkan dari Siti Aisyah bahawa Rasulullah bersabda:


Maksudnya: Sesungguhnya dari orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan yang lebih berlemah-lembut dengan isterinya. (Hadis Riwayat At Tirmizi)

Undang-Undang Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan-alasan yang berikut, iaitu: a. bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain:

lazim menyakiti / menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya

berkawan dengan perempuan-perempuan jahat / hidup berperangai keji


mengikut pandangan Hukum Syarak cuba memaksa isteri hidup secara lucah

HAK ADIL

Kebiasaan org boleh berlaku adil terhadap isterinya yang

hanya seorang, tetapi apabila mempunyai lebih dari seorang isteri


mulalah ia berlaku tidak adil, Isteri muda dimanja-manja dan dilebihkan, tetapi isteri tua dianiaya dan disia-siakan.
Keadilan bukan dalam soal cinta dan kasih, tetapi keadilan dalam

soalan nafkah dan giliran. Cinta dan kasih memang tidak boleh dibagibagikan.
Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, ia condong kepada salah seorang dari keduanya atas yang lain, maka pada hari kiamat dia datang dengan sebelah bahunya senget. (Hadis Riwayat An Nasai)

Undang-Undang
Seksyen 128 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu

kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak


melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

HAK MEMBUBARKAN PERKAHWINAN

Seseorang isteri berhak memohon perceraian dalam

beberapa keadaan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak


dan diperuntukkan oleh Undang-Undang Keluarga Islam iaitu:

Seksyen 47: Perceraian dengan talak atau dengan perintah


Seksyen 49: Perceraian khuluk atau tebus talak

Seksyen 50: Perceraian secara taklik atau janji


Seksyen 52: Perceraian secara fasakh

HAK MEMILIKI HARTA

Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan-alasan yang berikut, iaitu bahawa suami menganiayainya,

melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan


hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu.

KESIMPULAN

Menegakkan hak-hak isteri bukan bererti melawan suami, bahkan memperbaiki kesalahan suami agar
kembali pada jalan yang benar. Setiap suami dan isteri mempunyai peranan dan hak masing-masing yang harus

dihormati antara satu sama lain. Konsep ini jika benar-benar dijalankan akan menjamin ketenangan dan kebahagiaan dalam keluarga.

You might also like