You are on page 1of 11

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011

LAPORAN AKTIVITI BINA INSAN GURU SIRI 1 PISMP JANUARI 2011

Tarikh Tempat Masa

: 21-24 Februari 2011 : Kem Alapong, Pantai Pandan, Lundu : 8.00 pagi 10.30 malam

ISNIN, 21 Februari 2011 Pada hari pertama seawalm jam 7.00 pagi, kami berkumpul di gimnasium dengan membekalkan segala keperluan yang perlu dibawa ke Kem Alapong. Kami semua diarahkan untuk berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan saya ialah Chameleon manakala kumpulan-kumpulan yang lain ialah Shark, Serigala, Lebah, Cenderawasih, Harimau, King Kong, Kuda, Semut dan Scorpion. Kemudian kami diteruskan dengan aktiviti senaman yang dikendalikan oleh Muhammad Tajuddin bin Jaafar Ali daripada PISMP 1111 Pengajian Melayu. Selesai sudah senaman pagi, kami berkumpul untuk mendengar sedikit taklimat yang disampaikan oleh Encik Nasir dan Encik Syukor. Terdapat banyak amanat yang disampai oleh mereka diantaranya hendaklah kita menjaga perilaku dan percakapan di sana. Hal ini adalah bertujuan untuk menghindari daripada perkara yang tidak diingini berlaku seperti yang telah terjadi pada tahun-tahun sebelum ini terutamanya aktiviti darat dimana kita akan laksanakannya di hutan. Mereka juga menasihati agar menjaga keselamatan masingmasing sekiranya jika ada sesiapa yang tidak sihat atau sakit, maklumkanlah kepada pihak berkuasa. Ucapan terakhir mereka ialah mengucapkan selamat menjalani latihan BIG serta mengutip segala pengalaman yang ada di sana. Mereka berharap agar kami pergi dengan kuantiti yang sama dan pulang juga dengan kuantiti yang sama serta mengahrumkan nama IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011 Selepas satu jam berlalu, akhirnya bas pengangkutan kami telah pun tiba. Bas yang disediakan oleh institut ini ialah sebanyak tiga buah bas kerana kami mempunyai peserta seramai 95 orang. Tanpa melengahkan masa kami terus memasukkan barangbarang kami dan barang-barang keperluan untuk kegunaan di kem ke dalam bas. Jam telah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Kami terus memulakan perjalanan meninggalkan institute menuju ke kem Alapong. Setelah mengambil masa lebih kurang selama 1 jam 30 minit, iaitu tepat pukul 10 pagi, rombongan kami telah singgah di Pekan Lundu untuk membeli barang-barang keperluan serta mengisi perut masing-masing. Masa diberi ialah selama 30 minit sebelum perjalanan diteruskan semula ke Alapong. Setelah 1 jam 30 minit berlalu, akhirnya rombongan kami telah selamat sampai ke destinasi yang dituju iaitu Kem Alapong. Sebaik sahaja kami tiba di sana,kami disambut baik oleh pemilik Kem Alapong, Haji Ridhwan dan rakan-rakan tugas sejawatnya. Kemudian kami terus membuat barisan panjang untuk memudahkan kerja mengangkut barang-barang. Setelah itu, kami berkumpul di dataran mengikut kumpulan masing-masing untuk menyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri Sarawak Ibu Pertiwiku. Kemudian, kami semua terus bergerak ke dewan untuk mendengar taklimat dari Haji Ridhwan tentang insfrastruktur kem, kemudahan-kemudahan yang disediakan serta kawasan-kawasan larangan bagi kami. Selepas teklimat, kami diarahkan untuk membina khemah dan gajet untuk kemudahan semua ahli. Menu yang disediakan pada hari tersebut ialah ikan dan sayur. Setelah bertungkus-lumus memasak, kami menikmati makan tengah hari bersama-sama di dalam kumpulan. Aktiviti pertama bermula pada pukul 2 petang iaitu panduan ketika kecemasan dan asas bantu mula yang disampaikan oleh Tuan Haji Khambali bin Rukini. Beliau telah menerangkan dengan jelas serta demonstrasi juga dibuat untuk memudahkan kefahaman para peserta. Pada pukul 5.30 petang, bagi pelajar muslim, kami telah menunaikan solat jamak takhir dan kami meneruskan kerja untuk memasak. Menu untuk makan malam ialah ayam dan sayur bendi. Kami bekerjasama dalam melaksanakan tugas agar kerja memasak dapat disiapkan dengan masa yang pantas. Selesai sudah makan malam, tepat jam 7.00 malam, pelajar muslim telah menunaikan solat jamak taqdim secara berjemaah Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011 diikuti kuliah maghrib yang disampai oleh Hipni bin Ahmad dan ustaz Nik yang bertajuk rukhsah solat iaitu jamak dan qasar. Kami meneruskan aktivti seterusnya pada pukul 8.30 malam dengan aktivti ke- 2 iaitu sesi ice-breaking yang dikendalikan oleh Puan Roha. Dalam aktiviti tersebut, kami telah dikehendaki menulis tandatangan, kelas, negeri dan bangsa. Setelah itu, kami dikehendaki mencari tuan empunya tandatangan tersebut dan berkenalan dengan mereka. Bagi aktiviti 2 pula, kami diminta untuk mencari rakan yang mana memiliki saiz kasut yang sama. Aktiviti ke- 3 ialah, kami dikehendaki berkumpul mengikut bilangan adik beradik masing-masing. Para peserta yang memiliki bilangan adik beradik yang ramai dan anak tunggal telah ditemubual mengenai apakah perasaan mereka. Aktiviti yang terakhir pada malam itu ialah mengenalpasti bunyi bunyi binatang yang telah dibunyikan oleh ketua kumpulan masing-masing. Kami diarahkan untuk menutup mata dan mencari bunyi tersebut dari ketua kumpulan. Sebelum aktiviti berakhir, kami diagihkan sebuah buku log dan ditugaskan untuk menjaga barang amanah masingmasing iaitu seekor ikan. Kemudian, kami menerima sedikit taklimat ringkas oleh Encik Sam berkaitan persediaan pada keesokan hari iaitu para peserta perlu memasak nasi di kem dan peserta mestilah menyediakan makanan kepada fasilitator masing-masing jika keesokan harinya hujan. Sebelum bersurai, semua peserta lelaki dipanggil oleh penghulu untuk memaklumkan jadual tugas menjaga kem pada malam tersebut mengikut giliran setiap 2 jam. Para petugas terakhir iaitu pada pukul 3.30 pagi hingga 5.30 pagi perlu mengejut awal peserta muslim untuk menunaikan qiamullail.

Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011

SELASA, 22 FEBRUARI 2011 Pada awal pagi hari kedua,iaitu pukul 4.30 pagi, saya telah dibangunkan dari tidur oleh petugas menjaga malam. Lebih kurang pukul 5 pagi, kami mendirikan qiamullail secara berjemaah yang telah diimami oleh saya sendiri. Setelah itu, kami telah mendengar sedikit tazkirah ringkas daripada ustaz Nik tentang solat-solat sunat iaitu solat tahajud, hajat, witir dan taubat. Selepas itu, kami menunaikan solat subuh secara berjemaah diikuti dengan kuliah subuh yang telah disampaikan oleh ustaz Syawari bin Saufi yang bertajuk Kepentingan Ilmu. Selepas itu, pada pukul 6.30 pagi, kami telah diminta berkumpul di dataran mengikut kumpulan masing-masing untuk perhimpunan pagi. Kami telah menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku. Ketua kumpulan dikehendaki melaporkan kehadiran ahli masing-masing kepada penghulu. Atirah, seorang peserta daripada kumpulan 2, sakit tonsil berdarah masih meneruskan program ini kerana semangatnya yang padu dan jitu. Kemudian, aktiviti riadhah diteruskan yang dikendalikan oleh kumpulan 3 dengan tarian 1 Malaysia. Selepas itu kami meneruskan sarapan bersama-sama. Kami hanya makan cucur kerana untuk mengelakkan daripada muntah di laut kerana aktivti kami pada pagi ini ialah aktiviti air. Sebelum aktiviti air bermula, kami semua berkumpul di dewan untuk LDK 1 yang dikendalikan oleh Puan Roha. Ketika LDK ini kami diuji dengan soalansoalan yang berkaitan psikologi (SDS/KONFLIK) supaya dapat mengenalpasti personaliti diri masing-masing. Ketika LDK, kami diminta untuk menyatakan kegemaran dan hobi masing-masing kerana dengan semua itu kita juga akan tahu personaliti seseorang. Sekarang ialah masa yang dinanti-nantikan oleh semua peserta iaitu aktiviti darat dan air. Kami diagihkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Kumpulan A ialah kumpulan 1,3,5,7,dan 9 manakala kumpulan B ialah 2,4,6,8 dan 10. Saya dan kumpulan saya mengikuti aktiviti air pada pagi tersebut. Sebelum memulakan aktiviti, kami perlu mengangkat semua kayak yang ada sejauh lebih kurang 50 meter kerana Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011 pada ketika itu air laut surut. Kami semua bertungkus lumus untuk mengangkut segala peralatan kayak dan bot besar untuk kegunaan urusetia dalam operasi penyelamat. Walaupon ianya berat, tapi kami bekerjasama untuk mengangkat ramai-ramai dan akhirnya semua kayak sudah pun bersedia untuk digunakan. Barang-barang masakan dan keperluan juga dibawa untuk persediaan di pulau. Kemudian, kami semua dipecahkan kepada dua kumpulan untuk mengikut pembimbing aktiviti kayak kami yang teridiri daripada Encik Ahmadi, Encik Abu Seni dan Encik Nasir dimana mereka berpengalam dalam aktiviti laut ini. Sebelum memulakan aktiviti, kami semua menyarungkan jaket keselamatan supaya ianya akan memastikan kita terapung di dalam air. Untuk menguji keyakinan para peserta di dalam air, kami diarahkan untuk berjalan ke dalam laut bagi menjalani water confident. Ketika berada dalam laut, kami dipukul ombak dengan kuat sekali. Situasi ketika itu menggambarkan ombak kuat melanda pantai. Setelah itu, kami naik ke pantai semula bagi mendengar keterangan berkenaan pengenalan, fugsi, dan cara mendayuh kayak. Setelah mendengar taklimat, Encik Nasir telah memulakan perjalanan kayak mengaharungi ombak dan menunggu jauh lebih kurang 100 meter di sana. Kemudian diteruskan Encik Sam tetapi beliau gagal kerana kayaknya terbalik dilambung ombak. Walaubagaimanapun beliau berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan dari ususetia kem kerana beliau terjatuh dari kayak berhampiran dengan kawasan batu. Encik Nasir dirahkan untuk pulang ke pantai dengan simbol pendayuh kayak ditegakkan ke atas dan selamat sampai. Memandangkan ombak terlalu kuat, kami semua terpaksa menangguhkan aktiviti kayak dan disambung semula pada pukul 1.00 tengah hari. Pada waktu itu, tanpa melengahkan masa, kami meneruskan dengan aktiviti memasak di pantai kerana masa sudah terlewat. Kami menikmati makan tengah hari bersamasama fasilitator kami Encik Mazlan di bawah pohon kayu yang redup beserta tiupan angin yang mendayu. Tepat jam pukul 1.00 tengah terdapat banyak kayak hari kami meneruskan aktiviti kayak kami. Aktiviti diikuti kayak penumpang. Malangnya, air dan karam ketika berkayak. dipenuhi

dimulakan dengan kayak perseorangan peserta

Walaubagaimanapun, semua peserta berjaya diselamatkan dan tidak ada seorang pun Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011 yang cedera. Apabila aktiviti air tamat, kami semua bekerjasama semula untuk mengangkat kayak-kayak bagi kerja pembersihan. Setelah semuanya selesai, Encik Ahmadi memanggil semula untuk berhimpun bagi sesi refleksi. Aktiviti air keseluruhan berakhir kira-kira pukul 5.15 petang. Pelajar muslim telah menunaikan solat jamak takhir seterusnya diteruskan dengan aktiviti memasak untuk makan malam. Kemudian, kami membuat pengurusan diri untuk sembahyang maghrib secara berjemaah. Tazkirah telah disampaikan oleh saudara Khalid Khamsaini yang bertajuk Cinta Hakiki. Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti mengenali potensi diri pada pukul 8.30 malam. Kemudian, kami dikehendaki mengkaji hasil ujian psikologi yang telah dijalankan pada sebelah pagi pada hari tersebut. Kami dikehendaki berkumpul mengikut kumpulan potensi diri masing-masing dan di dalam kumpulan besar, akhirnya saya dan beberapa rakan saya tergolong dalam kerjaya profesion perguruan. Tepat jam 10.30 malam, aktiviti tamat. Sebelum bersurai penghulu meminta para petugas menjaga malam untuk tunggu sebentar bagi memberitahu kata kunci( password ) seterusnya aktiviti khidmat diri dan tidur.

Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011

RABU, 23 FEBRUARI 2011 Pada hari ketiga, saya telah bangun seawal pukul 5.30 pagi dan mempersiapkan diri untuk solat subuh secara berjemaah. Kemudian, kami semua mendengar sedikit tazkirah subuh oleh Ustaz Fazrul bin Zulkifli yang bertajuk Hidayah. Pada pukul 6.30 pagi, kami diarahkan berkumpul di dewan untuk perhimpunan pagi kerana pada hari tersebut hujan. Jadi, kami tidak dapat berkumpul di dataran seperti biasa. Seperti biasa, kami menyanyikan lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Iptarku Gemilang. Kemudian, ketua kumpulan melaporkan kehadiran ahli masing-masing. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan sesi riadah yang penuh aksi dan tenaga dimana ianya dikendalikan oleh kumpulan 2. Kami berkumpul untuk sarapan pagi dan diikuti LDK 2 iaitu aktiviti motivasi kepuasan kerja. Setelah selesai aktiviti LDK, kami daripada kumpulan B meneruskan dengan aktiviti darat. Sebelum memulakan aktiviti, kami berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat oleh Encik Abu Bakar mengenai cara penggunaan kompas dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika di hutan nanti. Tepat jam 11.00 pagi, kami bersedia dengan barang-barang keperluan untuk memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan, kami menjumpai sebuah kampung dan sebuah sekolah sebelum masuk ke hutan. Kami tiba di sebuah padang Kampung Bajo dimana di situ kami diberi taklimat untuk mengikut arah pandu yang ditetapkan. Kemudian, kami telah diberi soalan tugasan beserta bearing masing-masing dan menggunakan kompas untuk menuju ke destinasi. Setelah meredah jalan yang berliku-liku dan berbukit, akhirnya kami tiba di suatu tempat berkumpul semua kumpulan. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti di air terjun untuk aktiviti memasak. Memandangkan ketiaka itu hujan, kami terpaksa memasang ponco untuk mengelakkan kebasahan air hujan. Kerja untuk menyalakan api amat sukar kerana semua kayu yang telah kami cari basah dan lembab. Setelah bertungkus lumus dan hasil kerjasama sepasukan, kami hanya sempat memasak ikan Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011 bakar dan ubi. Kami juga sempat menikmati makanan tengah hari itu bersama fasilitator kumpulan. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, kami diarahkan membina stretcher untuk mengangkat rakan yang cedera. Kami membeina stretcher tersebut menggunakan ponco dan dua batang kayu. Kami telah memastikan ianya diikat ketat untuk mengelakkan daripada terjatuh. Setelah berjalan, akhirnya kami telah selamat tiba di destinasi permulaan kami kira-kira pukul 5.30 petang. Setelah sampai ke kem, kami bergotong royong membuat persiapan untuk pertandingan memasak. Keadaan menjadi sibuk ketika itu. Tetapi dengan peluang yang ada, kami mempersiapkan diri untuk menunaikan solat jamak taqdim secara berjemaah dan mendengar kuliah maghrib daripada ustaz Afiq Naqiudin yang bertajuk Isu-isu Remaja. Kemudian, kami menyambung persiapan untuk pertandingan memasak. Setiap kumpulan menyediakan pelbagai juadah masing-masing. Pada waktu inilah kita dapat melihat bakat-bakat guru yang terpendam selama ini dikeluarkan dalam bidang masakan. Apabila siap, kami menghiasi juadah kami yang bertemakan Forest. Sebelum penilaian dibuat, kami telah mempersembahkan sorakan kumpulan untuk mendapat hasil yang terbaik dari pihak penilaian iaitu Puan Roha, Encik Nasir, dan Ustaz Nik. Setelah tamatnya penilaian, kami diberi masa untuk menikmati juadah hasil daripada titik peluh kami sendiri. Ternyata ia memang melazatkan dan menimbulkan rasa puas hati dengan apa yang telah kami usahakan. Saat yang ditunggu-tunggu semua peserta, iaitu persembahan malam bakat yang dihakimi oleh Puan Roha, Puan Zulelawati dan Encik John. Setiap kumpulan begitu bersemangat mempersembahkan persembahan masing-masing mengikut tema yang telah ditetapkan. Pada malam tersebut, kami semua berasa terhibur dengan persembahan yang dipenuhi lawak jenaka dari rakan-rakan. Aktiviti berakhir pada pukul 1.00 pagi dan kami mula khidmat diri serta tidur. .

Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011

KHAMIS, 24 FEBRUARI 2011 Memandangkan hari ini adalah hari terakhir, saya telah bangun seawal pukul 5.00 pagi dan mempersiapkan diri untuk solat subuh secara berjemaah dan mendengar sedikit tazkirah subuh yang disampaikan oleh ustaz Abidin bin Sipek yang bertajuk Methodologi Dakwah.Kami berkumpul di dataran untuk perhimpunan pada jam 6.30 pagi. Kami telah menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Iptarku Gemilang. Kemudian ketua kumpulan melaporkan kehadiran ahli masingmasing. Aktiviti riadhah diteruskan dengan aktiviti sukaneka yang dikendalikan oleh kumpulan 10 iaitu passing getah menggunakan straw. Pada waktiu itu, semua peserta menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti dijalankan. Selepas itu, kami menikmati sarapan dan tepat jam 8 pagi, kami mengikuti aktiviti LDK 3 iaitu aktiviti penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Untuk aktiviti tersebut, kami dikehendaki memilih bentuk pilihan masing-masing dan melukis muka kami di dalam bentuk tersebut. Disamping itu juga, kami perlu menceritakan mengapa bentuk itu dipilih dan bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik. Pada pukul 10 pagi, kami berhenti seketika untuk minum pagi dan diteruskan dengan aktiviti pertukaran hadiah dengan adik angkat masing-masing. Kamudian, bersempena hari kelahiran dua orang peserta iaitu Audrey dan Sabri, kem komandan telah membuat kejutan sambutan hari dengan dua biji kek. Setelah itu, kami mengemaskan mengemas barang-barang sebelum majlis perasmian penutup bermula. Akhirnya, pada pukul 12.00 tengah hari, kami telah mengadakan majlis penutup bagi program BIG siri 1 untuk PISMP 1111. Ianya telah Berjaya dirasmikan oleh Pengarah IPGKTAR sendiri iaitu Encik Rijeng Ak Jahet. Beliau telah meninggalkan amanat dimana kita mestilah mengutip segala pengalaman, pengajaran dan pengetahuan semasa menjalani program selama 4 hari 3 malam ini. Beliau telah Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011 mengingatkan kami bahawa menjadi guru adalah satu kerjaya yang begitu menyeronokkan. Beliau juga sempat bertanyakan beberapa orang peserta tentang apa yang telah peserta dapat dan pelajari semasa program BIG berlangsung. Majlis perasmian penutup diakhiri dengan pemberian hadiah kepada para pemenang. Bagi pertandingan memasak, tempat pertama dimenangi oleh kumpulan 3, diikuti dengan kumpulan 7 dan kumpulan kami. Bagi persembahan malam bakat pula, tempat pertama dimenangi oleh kumpulan 6, diikuti oleh kumpulan 2 dan kumpulan 5. Sebelum majlis berakhir, kami semua telah ditayangkan dengan selayang pandang untuk melihat semula apakah reaksi-reaksi para peserta sepanjang program BIG dijalankan. Selepas itu, kami mengisi perut dengan makan tengah hari sebelum memulakan kerja-kerja seterusnya. Selepas makan, kami menurunkan khemah, melakukan kerja-kerja pembersihan, mengemaskan barang-barang. Sementara menunggu bas sampai, kami menunaikan solat jamak taqdim. Kamudian, kami membuat barisan panjang untuk memasukkan barang-barang ke dalam bas. Tepat jam 4 petang, kami meninggalkan kem dan bertolak balik ke IPGKTAR. Akhirnya, setelah mengambil masa selama 2 jam, kami selamat tiba di gimnasium IPGKTAR iaitu pada pukul 6.30 petang. Kami menyusun semula barang-barang yang telah kami bawa ke dalam gimnasium dan setelah kerja selesai, kami bersurai untuk pulang ke asrama masing-masing.

Laporan disediakan oleh,

. (SOLAHUDDIN BIN MUSA) PISMP 1111 PENGAJIAN AGAMA

Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011

Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

You might also like