You are on page 1of 25

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

MATA PELAJARAN TARIKH MASA TAHUN TEMA TAJUK BILANGAN MURID FOKUS UTAMA Standard Kandungan

: Bahasa Malaysia : 3 September 2012 : 8.15 9.15 pagi ( 60 minit ) : 2 TAMRIN : Keluarga : Keluarga Bahagia : 16 Orang

: 2.2

Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

2.2.1

Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata , diftong , vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Standard Sampingan

5.1 5.1.1

Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks.

OBJEKTIF

: Pada akhir pengajaran murid dapat : i. Membaca dan menyatakan perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.

ii. iii.

Menyatakan kata nama am yang terdapat dalam ayat dengan betul. Menulis kata nama am yang telah dipelajari dalam ayat dengan betul.

PENGISIAN KURIKULUM : Ilmu - Kajian Tempatan Nilai - Kasih sayang, mematuhi arahan, kerjasama KBT - Kemahiran berfikir KP SISTEM BAHASA MEDIA LANGKAH - Verbal Linguistik : TATABAHASA ( Kata Nama Am ) : Petikan , Kad perkataan dan Lembaran kerja. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Set Induksi ( 5 minit ) Murid dipamerkan dengan satu gambar tunggal sebuah keluarga bahagia. Murid di minta untuk menceritakan apa yang mereka lihat dalam gambar tersebut. Guru kaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Nilai kasih sayang, hormat menghormati Lampiran 1 CATATAN

Langkah 1 ( 15 minit )

Murid membaca seni kata lagu. Murid menyanyi mengikut rentak lagu Bangun Pagi Gosok Gigi dengan bimbingan guru.

Lampiran 2 Pengisian Kurikulum Nilai Pendidikan Moral Pendidikan Muzik

Murid menyanyikan lagu kebersihan secara individu. Murid diberi penerangan tentang kata nama am yang terdapat dalam lagu.

Nilai tikus bapa sekolah sabun bilik KBT Kemahiran Berfikir Lampiran 3 Murid menyebut semula kata nama am yang dipamerkan oleh guru. Kad perkataan dalam Langkah 2 ( 15 minit ) Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk permainan Peti Undi . Setiap kumpulan diberi sebuah kotak yang mengandungi pelbagai perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, di mana guru menekankan kepada perkataan kata nama am . Kotak tersebut akan diedarkan daripada seorang murid kepada murid yang lain sebaik sahaja wisel ditiupkan. Murid akan memilih satu kata nama am setelah guru berhenti meniup wisel. Kemudian murid tersebut akan memasukkan kad tersebut ke dalam kotak yang disediakan mengikut kategori . ( binatang , tempat , orang , benda ) Murid mengulangi aktiviti di atas sehingga semua ahli kumpulan selesai membuat aktiviti. Ketua kumpulan akan menampal kadkad tersebut mengikut kategori. Nilai KBT - Mengumpul dan mengelas Kerjasama Ilmu Pendidikan moral Kad perkataan Permainan Peti Undi Lampiran 4 kotak undi Kerjasama

Murid berbincang bersama-sama guru kategori yang betul.

Langkah 3 ( 15 minit )

Murid tampil ke hadapan untuk membetulkan kesilapan kad yang ditampal, kemudian membaca kata nama am dengan sebutan yang betul.

Kad kata nama am

Kumpulan yang betul dengan banyak akan mendapat ganjaran markah tambahan mengikut individu.

Ilmu Nilai Berdikari Pendidikan Moral

Langkah 4 ( 20 minit )

Murid akan berbincang dalam kumpulan untuk membina ayat menggunakan kata nama am yang diberi oleh guru.

Lampiran 5 Ilmu PSK Pendidikan Moral Nilai Bekerjasama

Ketua kumpulan akan menulis ayat yang telah dibina di papan hitam. Murid dibimbing oleh guru untuk membetulkan ayat yang telah dibina secara kelas,

Murid menulis ayat yang telah dibetulkan oleh guru di dalam buku latihan masing-masing.

Penutup ( 5 minit )

Guru membuat rumusan tentang tajuk yang dipelajari pada hari ini . Guru kaitkan semula kata nama am yang telah dipelajari .

Rumusan isi pelajaran. Penerapan nilai-nilai murni.

Pentaksiran

Murid menyenaraikan kata nama am mengikut katogori pada lembaran kerja yang diedarkan. Nilai : Berdikari KBT : Kemahiran berfikir( mengumpul dan mengelas )

Lembaran Kerja 1

Pemulihan

Murid memadankan gambar dengan perkataan. Nilai : Berdikari

Lembaran Kerja 2

Pengayaan

Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar. Nilai : Berdikari

Lembaran Kerja 3

Lampiran 1

Lampiran 2

Nyanyikan lagu ini.

KEBERSIHAN Bangun pagi gosok gigi, Cuci muka dan mandi, Guna sabun agar wangi, Ke sekolah senang hati. Kakak bangun kemas bilik, Agar bersih dan rapi, Ibu masak bapa makan, Pergi kerja suka hati. Kakak suka bela kucing, Semua tikus pun lari, Keluarga saya suka hati, Rumah bersih berseri.

Lampiran 3

Kad perkataan

gigi tikus rumah sekolah bilik

kucing

sabun muka kakak ibu bapa

Lampiran 4

Kad perkataan yang dimaksudkan ke dalam kotak undi.

sabun gigi sekolah bilik kakak tikus nenek ikan

rumah arnab kucing tuala kedai bapa kipas datuk

Lembaran Kerja 1 Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai. padang ibu bapa kucing kakak ikan

1. Saya ada ____________________________

2. _____________ saya cantik .

3. Bapa bela ___________ dalam kolam.

4. Saya bermain bola di _______________.

5. ___________________ saya jinak.

6. ___________ sedang masak.

Lampiran 5 GAMBAR-GAMBAR PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM )

1. Proses menaip kad perkataan untuk pengajaran dan aktiviti Kotak Undi.

2. Meliminet kad perkataan

3. Menggunting kad-kad perkataan

4. Proses menyediakan kotak undi.

2. Menjelaskan bagaimana kaedah dan teknik dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran .

Kaedah Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan . Ianya merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963). 2.2 Jenis kaedah Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia antaranya ialah : 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 Kaedah Tradisional Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah kumpulan Kaedah penyelesaian masalah

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas murid menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut. Menganalisis dan memahami masalah, menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah, guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat , membentuk jawapan yang mungkin, pilih dan uji penyelesaian alternatif, pilih penyelesaian yang sesuai, dan menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu. Kelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah selain daripada seronok secara tidak langsung ia dapat menggalakkan interaksi antara murid, memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi serta menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji. Setiap kelebihan pasti ada kelemahannya. Antara kelemahannya ialah lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru. Kadangkala

sukar untuk melibatkan setiap murid dengan berkesan. Murid yang lembab atau murid yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya pada hari tersebut. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah saya rancang , kaedah kolaboratif di terapkan. Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan. Selain daripada Kaedah Kolaboratif, Kaedah Koperatif juga diterapkan dalam pengajaran hari tersebut supaya murid-murid lebih bertanggungjawab dalam membuat sesuatu keputusan. Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif. Selain itu, murid belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. Murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran, memberi galakan, mendengar, memberi pertolongan, memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

2.3

Teknik

Teknik ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif dari segi umur , kebolehan , kecerdasan , dan minat . Terdapat beberapa teknik yang sering di gunakan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu Teknik Simulasi, Teknik Main Peranan, Teknik Latih Tubi, Teknik Demontrasi, dan Teknik Sumbangsaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan Teknik Latih Tubi dan Teknik Demontrasi telah saya terapkan agar hasil pembelajaran pada hari tersebut tercapai dengan sempurna. 2.3.1 Teknik latih tubi

Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar. Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan, amali dan bertulis. Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta, konsep dan kemahiran yang dipelajari. Secara tidak langsung saya dapati teknik ini sedikit sebanyak telah melatih murid lebih mudah menguasai pembelajaran pada hari tersebut. Ini jelas dapat dilihat dalam aktiviti menampal kad mengikut kategori dengan betul. 2.3.2 Teknik demonstrasi

Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara memainkan permainan kotak undi

mengikut teknik yang betul semasa pembelajaran dijalankan. Teknik ini boleh dilihat pada langkah 2 dan langkah 3 pembelajaran . 2.3.3 Teknik sumbangsaran

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. Kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan , ketua atau pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. Setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. Semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. Cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik. Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam permainan kotak undi. Kemahiran yang dipilih adalah mengelaskan kata nama am mengikut tempat, benda, orang, dan binatang. Bagaimanakah cara menjalankan permainan tersebut dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan permainan itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara dan teknik permainan dijalankan. Sepanjang pemerhatian saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang menggunakan teknik dan kaedah yang dipilih, saya dapati muridmurid lebih berminat untuk belajar. Selain itu, murid lebih mudah memahami kata nama am yang diajar pada hari ini memandangkan teknik latih tubiturut di gunakan masa pengajaran kali ini. Memandangkan murid ini dari kelas yang lemah ini secara tidak langsung menarik minat mereka untuk lebih fokus lagi untuk belajar. Walaupun begitu, pada awal aktiviti guru perlu lebih tenang dalam memberi penerangan proses perjalanan aktiviti tersebut agar murid mudah memahimi cara kotak undi di mainkan.

3. Menghubungkait kaedah dan teknik yang dipilih dengan perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi pengajaran dan pembelajaran. Semua kanak-kanak gemar bermain malah mereka bermain setiap masa tanpa mengira waktu. Ada ibu bapa bimbang sekiranya anak mereka bermain sehingga malas belajar. Namun kajian pakar kanak-kanak menunjukkan, selain boleh membuatkan kanak-kanak leka, bermain juga adalah proses pembelajaran paling berkesan serta memantapkan pemikiran mereka. Untuk melihat sama ada kanakkanak itu serius atau tidak, lihat ketika mereka bermain. Ini kerana kanak-kanak akan memberikan tumpuan seratus peratus ketika mereka bermain. Jika kanak-kanak tersebut boleh menumpukan perhatian dan leka terhadap permainan yang mereka sertai, mengapa tidak ia tidak dapat diaplikasikan dalam proses Pengajarandan Pembelajaran(P&P). Sehubungan dengan itu, perbezaan individu mungkin menjadi masalah kepada proses P&P tetapi jika ia diterapkan dengan gaya pembelajaran yang terancang dan bijak masalah ini dapat dikekang oleh guru dengan mudah di samping guru bertindak bijak bagaimana untuk mengetahui cara-cara mengesan dan menambah motivasi murid-murid agar dapat memberi tumpuan di dalam proses P&P. Dalam menjayakan sesuatu permainan di sekolah, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir murid-murid. Sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti menyedari bahawa guru akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak. Selain itu, guru juga perlu menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak, dalam membuat keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksibel kepada perubahan. Guru juga perlu memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat

memenuhi keperluan asas mereka. Mereka iaitu kanak-kanak mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan secara serentak. Sebagai contoh, murid di kawasan luar bandar dan kawasan bandar sudah tentu mempunyai latar belakang pendidikan dan keluarga yang berbeza. Justeru, guru perlu sentiasa prihatin terhadap kehendak murid dan cara untuk menambat hati mereka agar mereka sentiasa berminat untuk mengikuti proses P&P. Menerusi hal ini, memilih satu jenis permainan yang amat sesuai dengan golongan kanak-kanak amatlah penting. Sehubungan dengan itu, pemainan kotak undi ini telah dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran kali ini kerana ianya seronok dan mudah dimainkan serta tidak berbahaya. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Selain daripada itu , secara tidak langsung murid dilatih untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru. Iringan muzik sedikit sebanyak memberikan suasana yang ceria dan gembira. Ini secara tidak langsung murid tidak akan rasa tertekan ataupun tegang semasa aktiviti di jalankan. Permainan ini amat berkait rapat dengan perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi murid-murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan individu yang dimaksudkan ialah setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Oleh itu, kami sebagai guru kelak harus memahami perkara ini dalam kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Seterusnya permainan ini dapat melibatkan pembelajaran yang berterusan dalam kalangan murid.

Pembelajaran yang dimaksudkan ialah perkembangan yang melibatkan latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang diperolehi melalui pembelajaran permainan tersebut. Justeru itu, permainan ini amat sesuai diterapkan dalam kalangan murid-murid. Permainan ini juga dapat diterapkan dalam

gaya pembelajaran ketika mempelajari sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan guru perlu peka terhadap kebolehan pelajar yang berbeza. Melalui permainan kotak undi ini , kebanyakan individu mampu dan boleh belajar secara betul dan lebih berkesan. Melalui permainan ini, saya dapat mengenalpasti bahawa setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu terhadap sesuatu permainan. Contohnya bagaimana mereka berfikir dan bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit dalam permainan. Jika kita mempunyai pengalaman dalam permainan kotak undi , kita akan menyedari bahawa kemahiran dan ketangkasan akibat daripada latihan motor halus dan kasar yang betul dapat menentukan siapa yang boleh menguasai permainan ini. Jika kita hendak aplikasikan perkara ini di dalam proses P&P, murid yang menguasai dan berminat dalam proses P&P kebiasaannya murid yang telah mendapat latihan yang baik. Konsep menang atau kalah juga boleh diterapkan di dalam proses P&P di mana ia lebih menyeronokkan lagi perjalanan proses P&P, dimana murid akan bersungguhsungguh untuk menjawab soalan dan menyiapkan latihan jika mendapat peneguhan positif dari guru dan ia dapat meningkatkan motivasi diri murid tersebut di dalam segala latihan yang diberikan oleh guru . Melalui permainan ini juga gaya pembelajaran seseorang individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan Pembelajaran. Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang murid dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya dengan lebih lancar. Permainan kotak undi ini membolehkan berlakunya pembelajaran secara semula jadi. Malahan kecenderungan bermain seperti ini adalah satu gesaan yang semula jadi. Ia harus digunakan sebaik mungkin oleh guru, terutama yang sentiasa berusaha

mencari jalan merangsang keinginan pelajar untuk belajar. Pembelajaran melalui bermain berlaku dalam diri murid dan ia adalah satu proses yang perlahan. Banyak aspek yang berhubung dengan pembelajaran menerusi permainan boleh berlaku melalui proses yang semula jadi . Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahan permainan itu secara langsung. Motivasi pula adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Kanak-kanak biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai penonton sahaja. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan sekiranya mereka dapat melihat potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat di hubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Permainan memerlukan penyertaan individu. Sewaktu murid memainkan permainan, mereka akan melibatkan diri dalam semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan yang betul. Dalam hal ini, permainan kotak undi amat bertepatan untuk diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Motivasi murid-murid juga akan meningkat menerusi permainan ini. Hal ini demikian kerana, menerusi permainan, murid-murid dapat membina keyakinan diri dengan lebih kuat dan bersedia untuk menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi. Dalam hal ini, bermain dikatakan sebagai suatu pekerjaan kepada kanak-kanak . Kanak-kanak akan bekerja keras dan kelihatan bersungguh-sungguh semasa membuat pekerjaan bermain dan kanak-kanak sebenarnya sedang belajar banyak perkara melalui bermain. Sehubungan dengan itu pengetahuan tentang bagaimana mendidik kanak-kanak melalui pendekatan belajar melalui bermain . Teknik ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dan juga pendidik yang terlibat dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan belajar melalui bermain amat bertepatan dengan fitrah kanak-kanak iaitu mereka amat suka meneroka, aktif, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan amat suka berimaginasi. Melalui konteks ini, motivasi murid akan lebih meningkat dan berupaya untuk melakukan sesuatu tanpa rasa sangsi dan ragu-ragu. Oleh itu, amat sesuailah permainan kotak undi diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai contoh, melalui pengalaman diri kita sendiri dalam apa jua permainan yang kita sertai. Jika kita menang dalam permainan yang kita sertai, sudah pasti kita berasa gembira dan ingin meningkatkan lagi kemahiran kita di dalam permainan yang kita ceburi. Oleh itu, pengaplikasian permainan dalam proses P&P amat penting dan ianya dapat meningkatkan penglibatan murid yang mempunyai perbezaan individu, mempengaruhi gaya pembelajaran dan dapat meningkatkan lagi motivasi murid-murid dalam memberi sepenuhnya penglibatan yang tinggi kepada proses P&P.

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran Murid dan Alam Belajar ( EDU 3103 ) di bawah bimbingan pensyarah Pn. Siti Aishah binti Mokhtar. Pada mulanya, saya merasa kurang yakin samada mampu atau tidak menyiapkan tugasan ini di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Namun, dengan izin Allah segala urusan dipermudahkan. Sememangnya tugasan kali ini memerlukan masa yang khusus untuk menghasilkan satu tugasan yang sempurna. Ini berikutan dengan penyediaan Rancangan Pengajaran Hari ( RPH ) dan Bahan Bantu Mengajar ( BBM ). Oleh yang demikian saya perlu memahami dengan lebih mendalam tentang kaedah dan teknik yang bersesuaian untuk dilaksanakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran kali ini. Sehubungan dengan itu, saya perlu membuat rujukan dan bacaan yang khusus supaya saya lebih memahami dengan lebih jelas tentang kaedah dan teknik yang sesuai untuk aktiviti pengajaran yang dirancang. Memandangkan saya mengajar murid-murid sederhana dan lemah, maka saya perlu fikirkan tahap kebolehan murid sebelum merancang RPH yang sesuai. Berikutan tugasan yang diberi, sedikit sebanyak ia memberi lebih pengetahuan kepada saya tentang Murid dan Alam Belajar di samping pengetahui tentang konsep pengajaran dan pembelajaran dengan lebih jelas. Selain daripada itu, untuk menghasilkan BBM saya tidak mempunyai masalah kerana bahan mudah diperolehi. Apa yang menjadi kesulitan ianya perlu bersesuaian dengan tahap dan kebolehan murid. Melalui tugasan ini sedikit sebanyak telah memberi kesedaran kepada saya yang teknik dan kaedah yang betul dapat membantu murid yang sederhana dan lemah untuk belajar dengan lebih selesa dan berkesan. Pengalaman yang sangat berharga telah saya perolehi daripada tugasan kali ini , kerana telah membantu saya menjadi guru yang lebih peka dengan masalah pembelajaran murid dan kaedah dan teknik yang sesuai perlu di fikirkan sebelum memulakan satu-satu pengajaran. Berjayanya

Pengajaran dan Pembelajaran itu dapat di perolehi sekiranya aktiviti yang di rancang dapat dilaksana dengan jayanya. Untuk menjadi guru yang cemerlang dan gemiling saya perlu lebih kreatif dan kristis dalam penyediaan dan melaksanaan pengajaran.

NAMA NO K/ P UNIT

: NOR AZEAN IRDAWATI BINTI YAAKOB : 781006115488 : PENDIDIKAN KHAS

You might also like