Professional Documents
Culture Documents
Ujian saringan adalah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahirankemahiran asas oleh murid secara individu untuk mengikuti program pemulihan khas. Ianya dapat mengenalpasti murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan.
Ujian ini dijalankan sebaik saja pencalonan diterima. Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan kecil bergantung kepada bentuk item dan keputusan direkodkan sebagai rujukan. Tempoh masa ditentukan mengikut kesesuaian.
UJIAN DIAGNOSTIK
DEFINISI
ADALAH SATU INSTRUMEN PENGUKURAN YANG MEMBOLEHKAN GURU PEMULIHAN KHAS MENGESAN PUNCA DAN KAWASAN KELEMAHAN SECARA SPESIFIK YANG DIHADAPI OLEH SESEORANG MURID PEMULIHAN KHAS.
Ujian Lisan
Ujian Bertulis Ujian Pengamatan
TUJUAN
MENGENALPASTI SECARA KHUSUS KESULITAN-KESULITAN YANG DIHADAPI OLEH MURID.
MENGENAL PASTI KUMPULAN TERTENTU MENGIKUT KEBOLEHAN DAN KAWASAN-KAWASAN KESUKARAN YANG DIHADAPI OLEH MURID.
MEMBANTU GURU MERANCANG SATU PROGRAM PENGAJARAN YANG KHUSUS - INDIVIDU ATAU KUMPULAN DENGAN LEBIH TEPAT DAN SISTEMATIK
MEMBOLEHKAN GURU MERANCANG DAN MEMBINA BAHAN BANTU MENGAJAR YANG BERSESUAIAN MENGIKUT TAHAP MURID.
UJIANPENCAPAIAN
UJIAN SUMATIF Merupakan ujian untuk menilai kemahiran murid secara keseluruhan. Instrumen pengujian untuk menentukan status murid sama ada kekal di kelas Pemulihan Khas atau sebaliknya. Ujian ini boleh dilaksanakan secara arahan berpusat atau berdasarkan kepada keperluan semasa.
UJIAN FORMATIF
Dijalankan secara individu atau kumpulan selepas satu-satu kemahiran diajar. Untuk menilai penguasaan murid dalam satusatu kemahiran yang diajar. Dijadikan asas kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi. Satu bentuk pembuktian / kesahan kemahiran murid. Keputusan ujian direkod dan bahan ujian difailkan.
UJIAN PENCAPAIAN
MURID YANG BERJAYA MENCAPAI TAHAP YANG DITENTUKAN - LAYAK BALIK KE KELAS BIASA.
GURU PEMULIHAN KHAS PERLU MEMBERI KHIDMAT BANTU KEPADA GURU B.MELAYU MELAKSANAKAN PROGRAM PEMULIHAN DALAM KELAS KBSR
SEKIAN