You are on page 1of 2

Definisi Tamadun mengikut tokoh-tokoh a)Arnold Toynbee Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota.

Beliau menambah lagi tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. (Mustafa Haji Daud: Tamadun Islam) atau dengan kata lain tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. b)A.S. Hornby dan E.C. Parnwell Menyatakan dalam bukunya The Progressive English Dictionary tamadun bermaksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya. c)J. R. Strayer Menerangkan dalam bukunya The Mainstream of civilization menjelaskan perkataan tamadun amat ramat hubungan dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun Itu lahir di bandar. (Mustafa Haji Daud: Pengantar tamadun Islam d)J.K. Fiebleman Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan. e)E.B. Taylor: Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat. f)Oswarld Spengler Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan. g)Will Durat : Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi,sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

1.3.2- Tamadun Menurut Sarjana Islam a)Ibnu Khaldun menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang. b)Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi mengatakan tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna. c)Muhammad Rasyid Redha Agama adalah asas tamadun, Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya. d)Sayyid Qutb : Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat. e)Said Hawa Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. f)Umar Audah al-Khatib Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan. g)Muhammad al-Bahiy Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik,kesusasteraan dan lain-lain http://zh.scribd.com/doc/59291294/Waj3101-Tamadun-Islam-amp-Tamadun-Asia

You might also like