You are on page 1of 9

BINAAN AYAT

Dalam tatabahasa, ayat terletak pada peringkat susunan yang paling tinggi. Ayat mengandungi klausa Klausa terbentuk daripada unsur frasa Frasa terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan
AYAT Anak orang itu sedang tidur.

KLAUSA FRASA PERKATAAN

anak orang itu sedang tidur anak orang itu anak orang itu sedang tidur sedang tidur

Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam

susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap.

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan

beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan,serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad

bilangannya. Namun demikian,daripada bilangan yang tidak terhad itu, ayat-ayat tersebut sebenarnya hanya terbahagi kepada dua golongan :

i) ayat dasar ii) ayat terbitan

Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti.

Daripada ayat inti tersebut, terdapat berbagai-bagai ayat yang lain

yang dapat dibentuk.

Ayat yang terbentuk daripada ayat inti ini dikenali sebagai ayat

terbitan atau ayat transformasi.

Proses perubahan atau penerbitan ayat ini berlaku melalui proses :

peluasan, penggantian, pengguguran dan penyusunan semula unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu ayat dasar.

Setiap ayat, baik ayat dasar atau ayat terbitan, mengandungi

pelbagai jenis dan ragam ayat seperti :

ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat


gabungan, ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya.

Daripada jenis-jenis ayat yang dinyatakan, kesemuanya boleh

bersifat ayat terbitan, tetapi hanya ayat penyata dan ayat aktif sahaja yang boleh menjadi ayat dasar.

Unsur atau konstituen dalam ayat ialah klausa, dan bilangan klausa

yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa,contohnya seperti berikut:
1. 2.

3.
4. 5.

Iwan doktor. Bayi itu lapar. Tudung ini untuk kakak. Mereka berkumpul di dewan besar. Anak orang itu sedang tidur.

Ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa, contohnya seperti berikut:
1.
2. 3. 4. 5.

Iwan doktor tetapi adiknya penagih dadah. Bayi itu lapar kerana belum diberi susu. Tudung ini untuk kakak manakala baju melayu itu untuk abang dan selendang ini untuk ibu. Mereka berkumpul di dewan besar untuk mendengar taklimat. Anak orang itu sedang tidur ketika kami sampai sementara abangnya sedang bermain bola.

You might also like