You are on page 1of 11

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA

TAJUK 7
7.0 SINOPSIS

PENGURUSAN PROGRAM DISLEKSIA

Topik ini membincangkan tentang Pengurusan Program Disleksia iaitu Langkah-Langkah Pengurusan dan Aspek Pengurusan Program. 7.1 HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat : 1. Mangaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran (2.4) 2. Menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil dalam mengurus program disleksia (2.4) 3. Merancang dan mengurus program disleksia dengan mengambil tindakan tertentu seperti proses mengesan, menyaring dan mendiagnosis, dan perancangan pengajaran dan pembelajaran (2.1) 4. Merancang dan mengurus program disleksia dengan mengambil tindakan tertentu seperti fleksibiliti, akomodasi dan advokasi (2.1) 5. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan (5.5) 6. Mempamerkan komitmen kepada kecemerlangan, akauntabiliti integreti, bertanggungjawab dan empati untuk melaksanakan tugas (4.2).

2012

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA 7.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Langkah-langkah Pengurusan

Proses Mengesan dan Menyaring

Diagnosis Kelemahan Murid

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

KERANGKA TAJUK ASPEK PENGURUSAN PROGRAM

ASPEK PENGURUSAN PROGRAM

FLEKSIBILITI/ LUWES

AKOMODASI

ADVOKASI

2012

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA 7.3 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN PROGRAM DISLEKSIA CARTA ALIRAN PROGRAM DISLEKSIA

Tidak sah sah

Kelas biasa/ kelas pemulihan

Pendidkan inklusif

Tidak Menguasai kemahiran

Menguasai kemahiran

TMMD- Tidak Mengalami Masalah Disleksia KMMD- Kebarangkalian Mengalami Masalah Disleksia

2012

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA Aspek pengurusan program:7.4 Fleksibiliti / Luwes Menurut kamus Dewan Bahasa edisi keempat : Boleh diubah atau disuaikan atau mudah berubah mengikut keadaan baru. kesesuaian. Tidak terhad pada satu masa sahaja. Bahan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan

Boleh diubahsuai mengikut keadaan Mengurangkan halangan Pelbagai khidmat sokongan Pengaturan jadual waktu Susun atur kelas Penyediaan rancangan pengajaran

Guru yang berkesan mencipta situasi kejayaan melalui amalan empati mempunyai sifat fleksibel dan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-murid-murid-murid. Guru seperti ini mempunyai ciri-ciri: Menimbulkan minat murid-murid Sentiasa mendedahkan murid-murid kepada ilmu pengetahuan yang berguna dan praktikal Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid bahawa pertambahan ilmu pengetahuan adalah penting Menarik dan menggembirakan Mempelbagaikan cara dan bentuk penyampaian dan sentiasa mengemas kini bahan-bahan pengajaran

2012

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA

Antara pendedahan kemahiran kepada murid-murid disleksia adalah dalam bidang seni dan ini adalah hasil kerja murid-murid disleksia yang ternyata berbakat

7.4.1 Antara aspek yang fleksibel adalah: 7.4.1.1 Masa Sesuatu pengajaran yang diajar akan memakan masa yang lama untuk murid disleksia memahaminya. Oleh itu , masa yang diperuntukkan bagi satu topik tidak terhad malah mengikut tahap pencapaian murid. Persoalannya di sini guru juga perlu melihat keinginan belajar murid dalam satu masa. Sekiranya murid kurang bersedia untuk belajar pada masa yang ditetapkan guru haruslah mengisi masa tersebut dengan aktiviti yang lebih berfaeah dan boleh dimanfaatkan kepada murid-murid. 7.4.2 Bahan pengajaran dan pembelajaran

Lego boleh merangsang murid-murid disleksia berfikir dan

2012

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA meningkatkan kemahiran psikomotor Bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian, boleh berubah mengikut minat dan kecenderungan murid, contohnya, jika murid berminat dengan permainan lego, guru boleh menyerapkan permainan lego dalam pengajaran. Bahan pengajaran tersebut hendaklah : Bahan maujud dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap pelajaran dan bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran juga boleh: Mematang dan meluaskan pemikiran Merangsang murid-murid untuk belajar Meningkatkan keyakinan diri Menambahkan kemahiran menggunakan alat dan kemahiran psikomotor murid-murid 7.4.3 Memaksimukan penggunaan deria.

Bahan peneguhan:

Sebagai seorang guru, pastinya anda telah menggunakan peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Apakah antaranya? Pernahkah anda memuji murid kerana tingkah lakunya yang baik? Atau pernahkah anda memberi hadiah kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul? Jika anda menjawab ya, bermakna anda pernah menggunakan peneguhan di dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan primer (makanan, minuman, keselamatan, kemesraan dll) dan peneguhan sekunder (sosial- pujian, senyuman, pelukan atau perhatian, token / simbolik wang, gred, bintang, aktiviti permainan / aktiviti yang meny perhatianeronokkan). Selain daripada itu terdapat juga peneguhan positif rangsangan yang menyeronokkan dan peneguhan negatif penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan. Sekiranya peneguhan yang dipilih tidak berkesan, guru boleh menggunakan peneguhan-peneguhan yang lain.

2012

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA

7.4.4 Tugasan

Semasa memberikan tugasan seharusnya guru melihat kepada konsep asas iaitu untuk membetulkan kesilapan dan kecelaruan murid dalam bacaan, ejaan, tulisan, lisan mahupun dalam matematik. Pada peringkat permulaan, latihan-latihan yang diberi lebih kepada tujuan untuk membetulkan kesilapan murid. Tugasan yang diberi sekadar memberikan kefahaman murid berhubung kesilapan yang biasa dibuat oleh murid seperti tulisan / ejaan huruf yang terbalik. Setelah murid menguasai kemahiran, tugasan bolehlah ditambah dan akhirnya bersamaan seperti mana yang dibuat oleh rakan mereka di kelas aliran perdana. Sekiranya guru terus memberikan tugasan yang banyak tanpa melihat daerah kelemahan dan masalah murid, aspreasi tingkah laku mula terbentuk dan akhirnya guru / rakan sebaya melabelkan bahawa muridmurid nakal, lambat, malas atau tidak minat belajar. 7.5 Akomodasi

Mengikut kamus Oxford Fajar (1989) menterjemahkan akomodasi ialah mengubah dan menyesuaikan sesuatu supaya padan atau selaras dengan sesuatu yang lain.. Sebagai contoh, penilaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ke atas murid-murid masalah pendengaran mengikut kajian Dr. Mohd Hanafi B. Yassin dalam Jurnal Akademik IPPM menyatakan, penggunaan kertas soalan peperiksaan yang sama untuk calon biasa adalah kurang sesuai memandangkan beberapa kajian yang dijalankan di dalam dan di luar negara telah mendapati bahawa kemahiran dan

2012

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA keupayaan bahasa di antara murid-murid pekak dan murid-murid biasa adalah berbeza kerana mereka menggunakan BMKT semasa berkomunikasi. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : Penyesuaian atau pengakomodasian yang bermaksud melakukan penyesuaian supaya sesuatu selaras.. Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Bahan asal diubah suai mengikut pengajaran guru. 7.5.1 Aspek-aspek pengakomodasian: - bahan bantu mengajar - bahan belajar - persekitaran pembelajaran - cara penilaian Antara akomodasi yang boleh dilaksanakan oleh guru semasa menyediakan bahan bantu mengajar dan penyediaan bahan belajar murid-murid disleksia: Menggunakan kertas soalan saiz A3 Besarkan saiz font-16 Besarkan soalan 130% Font comic sans (a) atau century gothic (a) Jarak perbezaan soalan Format UPS satu muka surat 5 soalan Double spacing Masukkan gambar untuk menyokong petikan Pembaca soalan-suara jelas,tumpuan mendengar, tidak pengaruh murid Memberi lebih masa-2 kali-di kelas perdana dan di kelas disleksia.

2012

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA

7.6

Advokasi

Sokongan atau untuk menyokong. Aspek-aspek advokasi: Contohnya : Sekiranya murid-murid tidak boleh memegang pensil dengan kuat, boleh mengadvokasikan dengan meletakkan grip plastik atau getah pada pensel untuk mengguatkan genggaman atau pensil tripod yang mudah pegang. Advokasi dari Aspek Khidmat Sokongan Sokongan fizikal dan pengajaran Ibu bapa,guru, kerajaan, badan bukan kerajaan, masyarakat Badan bukan kerajaan Pusat Disleksia Malaysia Sokongan bahan belajar Sokongan bahan mengajar Sokongan persekitaran Sokongan luar Sokongan bahan belajar

Kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian kesihatan Kementerian Pembangunan Keluarga ,Wanita dan Masyarakat

Kementerian Pembangunan Keluarga ,Wanita dan Masyarakat Pendaftaran orang keperluan khas Program pemulihan dalam komunit (PDK) Pemberian geran kepada pertubuhan sukarela

2012

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA Pemberian elaun, geran pelancaran, alat anggota palsu kepada orang berkeperluan khas Sukan bagi orang keperluan khas

TUTORIAL: Anda dikehendaki mencari maklumat tambahan untuk menjelaskan secara terperinci berkaitan akomodasi dan advokasi kepada kanak-kanak disleksia menerusi pelbagai sumber yang dirujuk dan bentangkan dalam kelas.

RUJUKAN Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan pengujian bahasa: perspektif untuk perguruan . Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan pembelajaran lisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Koh Boh Boon, (1990). Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia: prinsip dan teknik. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.

2012

10

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA

2012

11

You might also like