You are on page 1of 21

TRANSAKSI DALAM INSTITUSI PASAR DI TANAH MELAYU PADA KURUN KE19: SATU ULASAN TERHADAP CATATAN J.M.

GULLICK (INSTITUTIONS OF MARKET TRANSACTION IN MALAYA IN 19TH CENTURY: J.M. GULLICKS VIEW) MAT NOOR MAT ZAIN AZLIN ALISA AHMAD

ABSTRAK Transaksi antara dua pihak telah dikenali semenjak manusia mula bertamadun. Kegiatan perdagangan di Malaysia juga telah berjalan dari awal penubuhan kerajaan Melaka lagi. Seterusnya ia semakin berkembang, terutamanya setelah kedatangan penjajah Inggeris yang bermula 1874. Tidak terdapat banyak catatan mengenai perdagangan di Malaysia sebelum penjajahan. Sebaliknya, selepas penjajahan, terdapat banyak catatan telah dibuat oleh penulis-penulis Inggeris sama ada sebagai penjawat kepada kerajaan Inggeris atau pedangang/pelayar. Catatan tersebut telah dikumpul dan diulas dengan begitu rapi oleh J.M. Gullick, salah seorang penjawat awam di Malaysia di antara 1945-1957. Beliau mengumpul bahan-bahan dan menulis selama beberapa tahun dan telah siap sepenuhnya pada 1986. Berdasarkan penulisan J.M. Gullick, kertas kerja ini akan mengupas dan menganalisis salah satu aspek sahaja daripada buku beliau, iaitu mengenai transaksi dan perdagangan. Analisis akan dibuat dengan melihat kepada golongan yang melakukan perdagangan, komoditi dagangan, bentuk transaksi yang dijalankan dan beberapa perkara lain yang berkaitan. Kajian mendapati bahawa ekonomi Tanah Melayu adalah berbentuk sara diri, separa sara diri dan komersial. Ekonomi sara diri dan separa sara diri kebiasanya diamalkan oleh orang Melayu. Sementara ekonomi komersial diterajui oleh golongan Cina dan kaum bangsawan Melayu. Gullick tidak menjelaskan kedudukan British atau saudagarnya yang menjalankan kegiatan perdagangan. Kedudukan perdaganagan antarabangsa tidak banyak disentuh oleh Gullick. Komoditi dagangan pada awalnya terdiri daripada hasil tempatan dan barangan keperluan asas. Namun pada akhir abad ke 19, bijih timah dan komoditi pertanian komersial menjadi asas perdagangan antarabangsa. Getah dan kelapa sawit tidak dinyatakan oleh Gullick sebagai barangan komoditi dagangan. Kajian juga mendapati sistem pasar di abad ke 19 masih tidak teratur. Kedai-kedai masih tidak banyak didirikan. Pasar sementara seperti pasar pagi atau petang juga telah berjalan, terutama di Kelantan dan Terengganu. Kata kunci: transaksi, perdagangan, J.M. Gullick, institusi pasar, Tanah Melayu

ABSTRACT

Transactions between the two parties have been known since the beginning of human civilization. Commercial activity has been traced since the establishment of Malacca. Then, the activity expanded from one stage to the other stage, especially after the arrival of English colonists which began in 1874. There were little writing about trading in Malaysia before the colonization. Nonetheless, there were many writing have been done by English writers, whether British officials or trader / navigator after the colonization. All the literatures were collected and reviewed thoroughly by J.M. Gullick, who is one of the colonial officials in Malaysia between 1945-1957. He had finished collecting materials and researching for several years and was completed his writing in 1986. This paper will discuss on one aspect of his book, which is the transaction and commerce. The analysis will be made on the trader, commodity trading, transaction and some other related matters. The study found that the economic aspect of Malay was self-sustenance, semi-sustenance and commercial. The economic aspect of self-sustenance and semi-self sustenance partially adopted by Malays. While the commercial economy were led by the Chinese and Malay nobility. Nevertheless, Gullick did not explain the position of the British or the merchant who carries on commercial activities. Trade and transactions were done locally, interstate and internationally. Gullick also did not discused the position of the international trade. Commodities trading are initially comprised of local products and basic necessities. However, in the late 19th century, tin and commercial agricultural commodities become the international trade basis, but rubber and palm oil is not specified by Gullick as commodities trading. The study also found that the market system in the 19th century were not organized. There were only some shops and markets built. While the brief market has existed in Peninsula Malaysia such as Kelantan and Terengganu. Keywords: transaction, commerce, J.M. Gullick, institutions of market, Tanah Melayu

PENDAHULUAN

Bangsa

Melayu

pada

zaman

kegemilangannya

merupakan

bangsa

pedagang

antarabangsa, bukan bangsa tani. Bangsa Melayu telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi semenjak 1500 tahun dulu lagi serta merupakan bangsa pertama mencipta teknologi melebur bijih besi, pengeluaran barangan kayu yang termasuk pembinaan kapal dan sebagainya. Manakala pertanian hanya merupakan bidang pengeluaran untuk penggunaan domestik sahaja.1

Tidak ramai sejarawan Melayu yang mencatat peristiwa dan mengkritik apa yang berlaku pada zaman mereka. Namun, catatan mengenai sejarah Melayu telah dibuat oleh orang asing, terutamanya penjajah Inggeris. Walaupun pada asalnya mereka memberi perhatian kepada bidang politik ekonomi dan pentadbiran tetapi mereka juga menghalusi adat resam dan budaya masyarakat Melayu.2 Pegawai-pegawai Inggeris seperti J.M Gullick, Frank Swettenham, R.J. Wilkinson, R.O Winstedt dan M. Sheppard yang banyak menulis tentang sejarah dan dan agama sastera Melayu juga Melayu turut secara

mengkaji bahasa, adat,

kepercayaan

orang-orang

mendalam. Hasil penyelidikan tersebut diguna pakai bagi mempermudahkan hegemoni Inggeris di Tanah Melayu. Selain itu, J.M. Gullick(1989) juga turut mengkaji ekonomi pertanian orang Melayu sama ada yang berbentuk sara diri dan komersil melalui beberapa tulisannya dan antaranya adalah melalui bukunya Malay Society In The Late Nineteenth Century.

Kajian mengenai perdagangan di Tanah Melayu juga telah dilakukan oleh ramai pengkaji sama ada daripada anak tempatan atau pengkaji luar. Antaranya ialah Ahmad Jelani Halimi (2006) telah menulis mengenai perdagangan dan perkapalan secara khusus di Selat Melaka melalui bukunya, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka Abad Ke-15 Hingga Ke-18. Beliau menganalisis tentang sejarah perdagangan dan perkapalan orang Melayu khususnya di Selat Melaka dari abad ke-15 hingga abad ke-18. Beliau memberikan perspektif menyeluruh tentang aspek bagaimana kegiatan
1

Affifudin bin Haji Omar (Dato Dr), Sejarah Perkembangan Dan Masa Depan Ekonomi Melayu, www.freewebs.com/dpmk96/Affi2.doc. 2 Khoo Kay Kim, Prakata kepada Sejarah Malaysia, dlm Andaya, Sejarah Malaysia. 1983.

perdagangan dijalankan, jenis barang yang didagangkan serta pelaksanaan undangundang perdagangan dan perkapalan. Selain itu, penulis turut menyentuh tentang pedagang dan perdagangan Melayu serta kegiatan perlanunan di Selat Melaka yang berleluasa pada masa itu. Selain yang dinyatakan, terdapat banyak lagi kajian yang dilakukan oleh penyelidik, pelajar kursus Sejarah di institusi pengajian tinggi awam, serta individu yang telah membuat kajian tentang kegiatan perdagangan Kesultanan Melayu.

J.M

GULLICK

DAN

BUKUNYA

MALAY

SOCIETY

IN

THE

LATE

NINETEENTH CENTURY: THE BEGINNINGS OF CHANGE

J.M Gullick mendapat pendidikan di Sekolah Taunton dan Cambridge serta telah memperolehi tempat pertama dalam bidang klasik. Beliau menghabiskan masa selama setahun dalam Perkhidmatan Kolonial sebelum menganggotai angkatan tentera untuk berkhidmat sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua.3 Pada tahun 1946, beliau berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Malaya (Malayan Civil Servise). Sepanjang sebelas tahun perkhidmatan, beliau pernah memegang beberapa jawatan di dalam salah sebuah Negeri Melayu di samping melibatkan diri di dalam kempen anti-komunis, pentadbiran perdagangan, pembangunan luar bandar dan pentadbiran kakitangan. Beliau menyertai kumpulan pertanian yang pada ketika itu merupakan sebuah industri terpenting di Malaysia.4 Beliau pernah bekerja dengan Kumpulan perladangan Guthrie yang mempunyai kepentingan yang luas di dalam ekonomi Malaya termasuk industri bijih timah. Disebabkan oleh kepentingan perniagaan tersebut, beliau berulang alik ke Malaya dari masa ke semasa.

J.M. Gullick juga merupakan penulis buku Sistem Politik Asli Malaya Barat (Indigenous Political Systems of Western Malaya, 1958) serta buku Malaysia dan Jirannya (Malaysia and its Neighbours, 1967). Beliau turut menyumbangkan pelbagai artikel di dalam Jurnal Persatuan Diraja Asiatik (cawangan Malaya) dan akhbar Straits

Sejarawan Negara, http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?ttl_id=342&spesifik_id=342& section=sm07. 4 http://samsuadabi.blogspot.com/2007/01/pengarang-pengarang-mengenai-islam-di.html.

Times. Selain itu, beliau juga mengajar tentang subjeksubjek yang berkaitan dengan Malaysia.5 Selain daripada itu, beberapa penulisan J.M.Gullick adalah seperti berikut :6
i. ii.

1995. Old Kuala Lumpur (Images of Asia). 1982 - Malaysia: Economic Expansion and National Unity (Nations of Mod. Wld. S)

iii. iv. v. vi. vii.

1960- A History of Selangor 1742-1957, Singapore. 1958- Indigenous Political Systems of Western Malaya, London. Malaysia, (Nations of the modern world) They Came to Malaya: A Travellers' Anthology (Oxford in Asia Paperbacks) Understanding Duplicate: With a Hilarious Look at Bridge Clubs and Players (WBE bridge series) (Paperback)

viii.

Malaysia and Its Neighbors (Hardcover) Ranking and Spicer: Company Law (Paperback).

ix.

Gullick, J.M. (1951), The Negri Sembilan Economy of the 1890's, JMBRAS, Vol. 24, Pt. I, pp. 38-55.

x. xi. xii.

1953a- A Careless, Heathen Philosopher?', JMBRAS, Vol. 26, Pt. I, hal.86-103. 1953b- Captain Speedy of Larut', JMBRAS, Vol. 26, Pt. 3, hal. 3-103. A history of Kuala Lumpur, 1857-1939 (JMBRAS monograph) (Unknown Binding)

xiii. xiv.

1955- Kuala Lumpur; 1880-1895', JMBRAS, Vol. 28, pt. 4, hal. 7-172. 1959- Kuala Lumpur in 1884?', JMBRAS, Vol. 32, Pt. I, hal. 198-202.

Mengenai perekonomian orang Melayu pada kurun ke 19, menurut Gullick, ia secara umumnya adalah berbentuk ekonomi separa sara diri. Menurut A. Azmi Khalid, Gullick dalam penulisannya yang mutakhir telah menonjolkan bagaimana beberapa orang Melayu pada kurun ke 19 telah berkecimpung dalam perniagaan.7 Tafsiran beliau ini berlawanan dengan pendapat dan teori sebelumnya yang menyatakan bahawa ekonomi
5

Sejarawan Negara, http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?ttl_id=342&spesifik_id=342& section=sm07. 6 http://www.paperbackswap.com/J-M-Gullick/author/. 7 A. Azmi Khalid, Ekonomi Melayu Kurun ke 19 : Sara diri atau Komersil?, dlm Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee, Alam Pensejarahan : Dari Pelbagai Perspektif, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka) 1997, 232. Lihat misalnya, J. M. Gullick 1985. The Enterpreneur in Late 19th Century Malay Peasant Society, JMBRAS, Jil. LVIII, Bhg. 1.

orang Melayu adalah sara diri seperti yang diungkapkan oleh Winstedt pada tahun 1947. 8 Kemudiannya hampir kesemua tulisan yang mentakrifkan ekonomi pertanian orang Melayu sebagai sara diri.

Kenyataan Gullick kemudiannya dikuatkan oleh A. Azmi Khalid dengan beberapa bukti. Beliau kemudiannya menyatakan bahawa peranan orang Melayu dalam perdagangan sama ada luaran ataupun dalaman menjelang akhir kurun ke 19 telah wujud maka sistem perekonomian orang Melayu tidak terikat sepenuhnya pada pertanian sara diri. Tambahan pula, adalah mustahil bagi masyarakat Melayu di kawasan perkampungan tidak memberi reaksi kepada dunia luar yang mula berkembang pada abad tersebut. 9

Dalam penulisan mengenai ekonomi di Tanah Melayu ini, Gullick telah merujuk kepada banyak buku, jurnal dan artikel yang ditulis oleh pengkaji terdahulu. Beliau juga banyak merujuk kepada rekod dan laporan rasmi yang dilakukan oleh pegawai-pegawai Inggeris di Tanah Melayu dalam abad berkenaan. Antara rujukan utama beliau adalah seperti : i- Low, J. (1850) , 'Observations on Perak', The Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, Vol. 4, pp. 497-503. ii- J. Anderson, Political and Commercial Considerations Relative to the Malayan Peninsula. Journal of Southeast Asian History (1967), 8: 186-186 Cambridge University Press. iii- R. D. Hill. Rice in Malaya: A Study in Historical Geography. By Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1977. iv- Abdullah Abdul Kadir, and Coope, A. E. The voyage of Abdullah / a translation from the Malay by A.E. Coope Malaya Pub. House, Singapore : 1949 v- J. C. Jackson, "Rice Cultivation in West Malaysia,". Ibid., 45: 2 (1972 vi- Clifford, H. (1895), 'Expedition to Trengganu and Kelantan', reprinted in JMBRAS(1961), Vol. 34, Pt. I, pp. 1-122. vii- Clifford, H. (1897), In Court and Kampong, Being Tales and Sketches of Native Life in the Malay Peninsula, London.

Richard Winstedt. The Malays A Cultural History. (Singapore. Revised and updated by Tham Seong Chee), 1981, 121. 9 A. Azmi Khalid, Ekonomi Melayu Kurun ke 19 : Sara diri atau Komersil?, 232.

viii- McNair, F. (1878), Perak and the Malays: 'Sarong' and 'Kris', London.

Namun demikian, buku Gullick ini gagal untuk memperlihatkan adanya proses terus menerus dalam perkembangan masyarakat pribumi dari zaman Kesultanan Melaka hingga zaman moden.10 Ini sudah tentu memberi kesan kepada kandungan dan kesinambungan perkembangan transaksi dan ekonomi di Tanah Melayu secara keseluruhan.

TRANSAKSI DAN KEGIATAN MUAMALAH DALAM CATATAN GULLICK

Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 dan sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersial. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan telah menerima pengaruh daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Gullick telah membentangkan kedua-dua bentuk kegiatan ini dalam dua bab iaitu bab ke 6, The Village Economy dan bab ke 7, The Malay Village And The External Economy.

Sistem ekonomi Melayu tradisi amat berlainan daripada sistem yang dibawa oleh British. Dalam sistem ekonomi Melayu, masyarakat Melayu berteraskan sistem ekonomi sara diri. Cuma setelah kehadiran dan penaklukannya terhadap negeri-negeri Melayu sistem tradisi ini telah bertukar kepada sistem ekonomi komersial. Walaupun begitu, sifat-sifat ekonomi komersial pernah juga dijalankan oleh masyarakat sebelum kedatangan penjajah barat, cuma ia dijalankan secara kecil-kecilan sahaja. Oleh itu, Gullick telah membayangkan bahawa ekonomi masyarakat Tanah Melayu adalah separa sara diri. Ini telah dihuraikan secara terperinci di bawah tajuk The Village Economy. Selain itu beliau juga banyak menyatakan kedudukan beberapa komoditi asas tanah Melayu dari segi perkembangan dan sosio politik seperti berkaitan perusahaan bijih timah, getah dan kelapa sawit. Selain itu, beliau juga banyak menyentuh mengenai kedudukan orang Melayu berbanding dua bangsa pendatang iaitu orang Cina dan India.

Menjelang Perang Dunia Kedua, kegiatan ekonomi eksport memainkan peranan yang penting dalm membentuk satu suasana yang sesuai bagi merangka struktur ekonomi
10

Andaya, Sejarah Malaysia, 373.

Tanah Melayu. Tumpuan pengeluaran eksport ditumpukan kepada komoditi utama iaitu getah dan bijih timah. Ini telah dihuraikan oleh Gullick dalam bab yang bertajuk The Malay Village And The External Economy. Gullick juga telah membuat analisis secara terperinci dalam mengenal pasti perkembangan serta sumbangan Inggeris kepada ekonomi dengan mengadakan beberapa pembaharuan dari segi sistem jalanraya dan keretapi bagi pantai barat Semenanjung, pembukaan ladang-ladang dan estet pertanian dan bawaan masuk imigran untuk bekerja.

Kertas kerja ini hanya akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek yang melibatkan transaksi atau muamalah iaitu bentuk transaksi yang dijalankan, golongan yang melakukan perdagangan, komoditi dagangan dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

Bentuk Transaksi Yang Berlaku Di Tanah Melayu a) Transaksi Jual Beli Dalam Pasar Tempatan

Menurut Gullick, pada asasnya ekonomi orang Melayu adalah ekonomi sara diri. Beliau menyatakan bahawa orang kampung mengeluarkan banyak komoditi seperti beras, terutamanya untuk kegunaan mereka atau dijual bagi kegunaan setempat. Ekonomi sara diri adalah kegiatan ekonomi yang bertujuan untuk menampung keperluan harian keluarga seperti bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.

Gullick juga menyatakan bahawa walaupun penanaman padi mencukupi untuk keperluan sendiri, tetapi masih terdapat banyak tempat yang mengalami ketidakcukupan hasil pertanian. Oleh itu, beras akan diimport sekiranya bekalan tempatan tidak mencukupi atau penanaman mereka tidak menjadi.11 Selain daripada beras, makanan sampingan lain yang merupakan makananan asasi juga akan diperolehi daripada mereka yang mempunyainya atau menghasilkannya. Bagi melengkapi makanan asas beras,

penduduk desa menanam jagung, ubi kayu, sagu, labu, pisang, tebu dan sebagainya juga menjadi tanaman tambahan kepada masyarakat desa.

11

Gullick, Malay Society, 124.

Dengan ini, Gullick berpendapat bahawa pertanian adalah operasi komersial, jadi ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi mendapat hidup lebih baik dengan menanam tanaman lain dan menggunakan hasil jualan untuk membeli beras. Dengan ini, masyarakat kampung mengeluarkan banyak bahan yang diperlukan sesama mereka dan dalam masa yang sama mereka juga mempunyai semi-subsisten ekonomi.

b) Transaksi Perdagangan Luar

Sistem ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti mengeksport barangan lebihan kepada pedagang luar. Perdagangan dan transaksi dengan pihak luar mesti dilakukan sama menjual sesuatu komoditi lebihan sekiranya ada atau untuk mendapat kewangan dan mengimport barangan yang mereka tidak miliki.12

Kegiatan perdagangan di Tanah Melayu secara meluas pada abad ke 19 adalah lanjutan daripada kegiatan perlombongan memandangkan bahan-bahan perdagangan itu sendiri lebih berasaskan kepada bahan-bahan mentah. Walau bagaimanapun, terdapat juga bahan-bahan dagangan yang berorientasikan kepada hasil-hasil pertanian. Selain itu, perdagangan dalam konteks masyarakat Melayu pada abad ke 19 boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu perdagangan dalam negeri dan perdagangan dengan luar negeri.

i) Pasaran Antara Negeri

Perdagangan antara negeri berlaku antara daerah dan negeri-negeri yang berdekatan. Ini kerana penduduk Melayu tidak menghasilkan semua komoditi asas yang diperlukan.13 Sebagai contoh, Kedah yang terkenal dengan pengeluar dan pengeksport padi itu juga terpaksa mengimport beras daripada negara jiran ketika padi tidak menjadi.14 Selain itu, buah-buahan juga dieksport keluar tetapi jumlahnya tidak banyak kerana kesukaran untuk dibawa keluar dan upah untuk membawanya keluar tidak setimpal dengan kos pegangkutannya. Namun demikian, pada penghujung abad ke 19, setelah banyak jalan

12 13

Gullick, Malay Society, 124. Gullick, Malay Society, 124. 14 Ibid, 125-126.

telah dibina, terutamanya di kawasan perlombongan telah memudahkan pemasaran hasil pertanian seperti buah-buah dan seumpamanya. 15

Bahan-bahan yang diperolehi daripada hutan juga banyak dijual ke luar kawasan seperti kayu balak, damar, rotan, getah taban, minyak keruing.
16

Sementara, itu hasil

pertukangan dan kraf tangan juga menjadi sumber pendapatan kepada masyarakat di sebelah Pantai Timur. Terdapat di Pahang perusahaan tembikai tetapi terhad seperti dinukilkan oleh Gullick daripada Swettenham.17 Di Terengganu terkenal dengan perusahan kain yang juga dipasarkan ke luar daerah. Begitu juga dengan perusahaan kapal dan sampan.

Berdasarkan catatan Gullick, komoditi dagangan yang paling banyak berlaku dalam pasaran ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori berikut : i- Hasil Pertanian. Ia terdiri daripada padi, terutamanya padi sawah. Tanaman lain yang turut diusahakan ialah pisang, jagung, ubi kayu dan buah-buahan tetapi tanaman ini tidak dinyatakan oleh Gullick sebagai tanaman dagangan secara khusus tetapi ia tergolong dalam kategori buah-buahan. ii- Hasil Buruan dan Penternakan binatang. Ini kerana masyarakat Melayu juga memburu binatang seperti rusa, ayam hutan, pelanduk. Selain itu mereka juga menternak binatang seperti ayam, lembu, kerbau dan sebaginya. iii- Hasil Punggutan Daripada Hutan. Ia seperti buluh, rotan, damar, gaharu, cendana, sarang burung, getah percha, jelutung dan pelbagai jenis herba dan akar kayu. iv- Hasil Laut. Penangkapan ikan merupakan kegiatan utama penduduk persisir sungai dan pantai. v- Hasil Pertukangan dan kraftangan. Pada kebiasaan ia melibatkan hasil hutan terutamanya buluh, rotan dan kayu-kayan untuk menghasilkan pelbagai barangan keperluan harian ii) Pasaran Antarabangsa

Tidak dapat dinafikan masyarakat Melayu menjalankan aktiviti perdagangan komersial sebagai kegiatan kedua selain daripada pertanian pada kurun ke 19. Namun seperti yang
15 16

Ibid., 157. Ibid, 152. 17 Ibid. 165.

10

dinyatakan di awal perbincangan bahawa kegiatan perdagangan antarabangsa adalah aktiviti utama di Tanah Melayu semenjak dari awal lagi. Pada kurun ke-9, pedagang Arab telah membeli bijih timah dari Kedah. Malah ia disebut sebagai barang dagangan pada pertengahan kurun ke-13 oleh pedagang Cina dan ia dihasilkan di Pahang dan Kelantan. Pada abad ke-15 pula, bijih timah menjadi bahan eksport penting bagi negeri Melaka,18 bagi memenuhi permintaan yang sering beruah dari India, benua China dan Eropah.19

Mengikut sejarah juga, pedagang- pedagang Inggeris telah sampai ke Asia Tenggara sejak abad ke- 16 lagi.20 Oleh itu, pedagang- pedagang Inggeris ini telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1600 di Tanah Melayu untuk menguruskan perdagangan mereka di Asia Tenggara. Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengekploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19.21

Menurut Gullick, komoditi eksport utama pada awal abad ke 19 adalah bijih timah, emas, hasilan kutipan hutang, balak dan pertanian komersial.22 Perlombongan bijih timah merupakan sumber hasil utama terutama di negeri-negeri pantai barat, iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.23 Peluang-peluang yang ada dalam sektor perlombongan dan pertanian telah menarik minat pelabur-pelabur, pedagang-pedagang dan buruh imigran ke Negeri-Negeri Selat. Menurut Gullick, semasa Perang Saudara (1867-1873), ekonomi tergugat dan sebahagian besar penduduk Melayu berhijrah. Lembah Klang didatangi ramai pendatang dari Kedah, Pahang, Sumatera dan Negerinegeri Selat untuk sama ada berdagang atau melombong.24

Bijih timah diusahakan oleh orang Melayu pada peringkat awalnya secara mendulang tetapi ia hanyalah satu kerja sambilan untuk mengisi masa lapang. Cara
18

Lihat Lim, Chong-Yah, Economic Development of Modern Malaya, (Kuala Lumpur, London, New York : Oxford U.P.,1967). 19 Andaya, Sejarah Malaysia, 243. 20 Mardiana & Hasnah, Pengajian Malaysia, (Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2000), 16. 21 Kassim Thukiman, Malaysia : Persperktif, Sejarah dan Politik, (Johor Darul Tazim : Universiti Teknologi Malaysia Skudai, 2002), 73. 22 Gullick, Malay Society, 152. 23 Gullick, Malay Society, 151. 24 Gullick, Malay Society, 128.

11

begini hanya dapat mengeluarkan hasil yang sedikit dan tidak sesuai apabila permintaan terhadap bijih timah meningkat. Oleh sebab itu kemudiannya pembesar-pembesar Melayu mula mengupah buruh Cina untuk mengusahakan lombong bijih timah mereka. 25 Namun demikian, beliau tidak menyatakan mengenai penglibatan saudagar Inggeris dan kerajaan British yang juga terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam dalam industri ini. Saudagar British juga yang membawa masuk kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah dengan banyak pada tahun 1912.26

Selain itu, rotan juga menjadi sumber ekspot utama yang boleh mendatangkan punca pendapatan. Menurut Gullick, ia dieksport melalui Singapura ke Negara-negara industry untuk digunakan bagi membuat perabut dan sebagainya.27 Namun demikian, permintaan terhadap rotan tidak menentu, berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi. Kayu balak juga banyak mendapat permintaan bagi dijadikan bahan-bahan binaan dan seliannya. Ia juga dijual ke luar Negara. Sebelumnya, ia dijual kepada saudagar Cina yang bertindak menjadi pengantara. Permintaan terhadap kayu balak meningkat lantaran ia kemudiannya digunakan untuk membuat landasan keretapi dan juga sebagai bahan bakar.28

Selain daripada itu, atap nipah juga menjadi eksport utama kerana ia adalah bahan binaan utama kebanyakan rumah pada zaman ini sama ada di kampong atau Bandar. Pokok nipah ini boleh diperolehi dengan banyak di tepi sungai. Ada juga orang Melayu yang menanamnya bagi menampung keperluan. Hlm 155 dan akhirnya ia dijadikan bahan eksport sebagai contohnya untuk kegunaan penanaman tembakau oleh orang-orang Belanda di Sumatera bagi mengeringkan daun. Penjualan atas biasanya melalui perantara orang Cina yang kebiasaanya akan dengan harga murah dan secara hutang (not in cash bun in kind). Tanjong Karang di Selangor dan Kota Setia dikatakan pengeluar atas untuk eksport ini.29

25 26

Lihat Gullick, Malay Society, 150-152. Andaya, Sejarah Malaysia, 244. 27 Gullick, Malay Society, 151. 28 Ibid, 153. 29 Lihat Gullick, Malay Society, 161.

12

Selain daripada padi, terdapat dua jenis tanaman yang telah ditanam secara meluas dan untuk tujuan perdagangan, iaitu lada hitam dan kopi.30 Penanaman lada hitam di Tanah Melayu adalah berikutan daripada keadaan tanah dan muka bumi Tanah Melayu yang subur. Manakala penanaman kopi pula telah membawa satu lagi cara pertanian perladangan secara besar-besaran ke kawasan baru. Kopi telah ditanam di kawasan tanah yang telah diperun dan dibersihkan. Peningkatan tanaman kopi di Tanah Melayu telah menarik masuk ramai pengusaha Eropah. Mengenai penanaman kopi, Gullick ada menyatakan usaha yang dilakukan oleh Haji Tahir, seorang petani Melayu di Selangor yang gigih dan telah berjaya melakukannya. Namun demikian, tanaman ini tidak begitu mengalakkan kerana tiada sambutan yang ketara.31

Dengan ini, boleh disimpulkan bahawa komoditi eksport utama Tanah Melayu pada abad ke 19 seperti yang digambarkan oleh Gullick adalah terdiri daripada pertanian dagangan, hasil perlombongan, pembalakan, hasilan hutan dan perikanan.

Pedagang-Pedagang Di Tanah Melayu Abad ke 19

Transaksi yang berlaku pada abad ke 19 ini seperti dinyatakan oleh Gullick kebanyakannya melibatkan masyarakat bawahan (orang Melayu) dengan saudagarsaudagar barangan (golongan pemerintah, kerabat diraja dan para pembesar). Sultan akan memberi kuasa kepada para autoriti-autoriti tempatan untuk menjana ekonomi, antaranya sebagai perantara perdagangan. Ini kerana rakyat tidak dapat memperoleh bekalan keperluan secara terus daripada sudagar utama melainkan hanya melalui para golongan pemerintah. Oleh itu, sosio-ekonomi pada kurun ke-19 memperlihatkan pengaruh fedualisme, iaitu sistem ekonomi yang berkait rapat dengan perbezaan darjat manusia yang melahirkan dua kelas manusia, iaitu kelas Raja dan Bangsawan dengan golongan rakyat biasa.

Dengan ini, boleh dirumuskan bahawa transaksi dagangan pada abad ini berlaku di antara masyarakat dengan pedagang kecilan, orang tengah, bangsawan, pemerintah dan saudagar luar yang sama ada terdiri daripada orang Cina atau bangsa lain. Namun
30 31

Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Hlm 229. Lihat Gullick, Malay Society, 155-156.

13

demikian, Gullick banyak menyetuh perhubungan di antara masyarakat dan golongan pemerintah serta saudagar Cina,32 tetapi tidak dinyatakan mengenai sudagar Eropah, terutama British.

Keperluan masyarakat kepada barangan keperluan asas dan barangan sampingan menyebabkan mereka melakukan transaksi di antara satu sama lain. Transaksi antara masyarakat setempat atau dengan kata lain barang keperluan hasilan kawasan mereka tinggal tidak menimbulkan masalah kepada mereka. Namun jika barangan yang diperlukan bukan barangan tempatan dan perlu didapati dari tempat lain sama ada melalui perantaraan orang tempatan atau membelinya daripada orang luar akan menimbulkan masalah dari segi harga atau tukaran kepada barangan yang diperlukan. Ini kerana barangan tersebut dikuasai oleh golongan atasan seperti pemerintah (Raja) atau kaum bangsawan. Disebabkan perdagangan dimonopoli oleh pemerintah, maka masyarakat kampung terpaksa membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan keperluan mereka. 33

Selain menguasai politik sesebuah negeri, sultan juga menguasai ekonomi negeri pada waktu itu. Bagi setiap negeri, sultan adalah 'saudagar' tertinggi yang menguasai perdagangan sama ada eksport atau import. Sultan bertindak sebagai pengurus besar dan pengantara yang menjalinkan hubungan dagang dengan pedagang-pedagang luar. Di bawah sultan, terdapat sekumpulan pedagang Melayu yang menjalankan urusniaga dengan nama sultan dan berdagang ke merata.34 Justeru, kapal-kapal dagang saudagar Melayu belayar menggunakan nama sultan masing-masing untuk berdagang dari sebuah pelabuhan ke pelabuhan yang lain.

Gullick juga berpandangan bahawa masalah perdagangan di Pantai Timur yang tidak boleh aktif dalam memasarkan barangan mereka.35 Malah, jalan perhubungan untuk tujuan memindahkan barangan yang kebiasaannya melaui sungai juga menyukarkan
32

Orang-orang cina pula mula menguasai perusahaan bijih timah hingga akhir kurun ke 19 dimana kapitankapitan cina menjadi pengusaha yang kaya. Pengenalan kepada kaedah melombong yang efektif telah menarik minat pelabur-pelabur Barat dan menjelang tahun 1940, 50 % hasil timah dihasilkan melalui cara kapal korek yang dimonopoli oleh firma firma Eropah. - Hamdan Dato Mohd. Salleh, Perkembangan Ekonomi Kolonial Di Tanah Melayu 1800 1941, http://bexico.cwahi.net/unit_pm_dan_bk/en_hamdan/Artikel/ekomal.htm 33 Gullick, Malay Society, 138. 34 Dianne Lewis, The Growth of the Country Trade to the Straits of Malacca 1760-1777, Jmbras.43(2),: 114-129, 1970), 120. 35 Gullick, Malay Society, 137.

14

urusan perdagangan dilakukan. Ini kerana pihak pemerintah akan mengenakan cukai ke atas pedagang yang melaluinya. Ekoran cukai yang dikenakan ke atas pedengan, maka harga barangan terpaksa dinaikkan dan ini meningkatkan kos yang perlu dibayar oleh masyarakat kampung. 36 Gullick kemudiannya menyimpulkan sifat instrumen asas bagi transaksi dalam masyarakat Melayu khusunya dan di Tanah Melayu umunya adalah berasaskan wang. Penduduk kampong membeli dan menjual barangan untuk mendapatkan wang kerana mereka tinggal di dalam sistem ekonomi yang berasaskan pertukaran di mana wang dan harga digambarkan dalam bentuk wang dan ia telah menjadi sebahagian daripada budaya hidupnya. Mengenai instrument transaksi Gullick telah menyatakan bahawa dilakukan dengan menggunakan wang tetapi dengan matawang yang berbeza-beza.
37

Walaupun

pada asasnya dan berlaku di kebanyakan tempat bahawa harga ditentukan berasaskan matawang tertentu dan berubah berdasarkan pengaruh pasaran dan polisi percukaian, di samping pengaruh monopoli tetapi terdapat di beberapa perkampungan atau daerah yang harga barangan keperluan asasnya adalah tetap. Dengan ini, jelas bahawa pada zaman ini, kegiatan perdagangan juga tidak banyak menggunakan sistem tukaran barang dagangan atau barter trade, tetapi telah menggunakan sistem pertukaran mata wang.

Perjalanan Pasar di Tanah Melayu

Transaksi yang berlaku di antara masyarakat Tanah Melayu terjadi dalam banyak bentuk. Banyak transaksi yang berlaku di antara mereka secara perhubungan terus antara individu yang ingin berurusan dalam sesuatu jual beli. Ini yang biasa berlaku apabila seseorang memerlukan sesuatu barang daripada penduduk setempat. Gullick menyatakan bahawa barang dagangan dibawa ke kampung melalui pedagang melalui sungai dalam kargo untuk dijual kepada mereka yang berada sepanjangnya. Ini adalah antara yang digambarkan oleh Gullick dalam bab lima mengenai ekpidisi perniagaan Mat Yasin daripada Batak Rabit. Begitu juga yang dilakukan oleh kebanyakan penjaja di Perak. 38 Sementara itu, transaksi juga dilakukan di kedai-kedai. Di Ulu Kelantan, terdapat lebih kurang sepuluh buah kedai rakit yang dibuat sepanjang tebing sungai. Sebulan
36 37

Ibid., 137. Ibid., 140. 38 Ibid., 138.

15

sekali, pemiliknya akan mudik ke ibu negeri untuk mendapatkan stok. Antara barang stok kebiasaan adalah seperti beras, gula, pulut (beras ketan), obor, kain belacu Jepun (Japanese calico), garam, mancis, tikar dan perahu-awning. Sementara kedai lain pula menjual kelapa, ikan pekasam, ikan kering, minyak dan kelapa di samping barangan lain.39

Banyak juga rumah kedai juga ada yang didirikan secara kekal di kampungkampung. Namun demikian, bilangan kedai yang beroperasi hanyalah sedikit sahaja di perkampungan.40 Selain itu, terdapat juga pasar segera (brief market) diadakan di negerinegeri Pantai Timur. Pasar harian atau pasar pendek ini berkemungkinan berlaku disebabkan sesuatu munasabah seperti kepulangan kapal nelayan yang akan menjual hasil tangkapan sejurus sahaja tiba di daratan. 41 Secara umunmya pasar di Pantai Timur ini menyediakan barang-barang yang tidak diperolehi daripada petani, nelayan dan pertukangan, iaitu barangan susah diperolehi di tempat selainnya. Selain daripada itu, kebanyakan peniaga yang menjalankan aktiviti ini adalah terdiri daripada kaum wanita.

Ulasan Umum Terhadap Catatan Gullick

Dalam sistem ekonomi Melayu, masyarakat Melayu berteraskan sistem ekonomi sara diri. Namun, setelah kehadiran dan penaklukannya terhadap negeri-negeri Melayu sistem tradisi ini telah bertukar kepada sistem ekonomi komersial. Walaupun begitu, sifat-sifat ekonomi komersial pernah juga dijalankan oleh masyarakat sebelum kedatangan penjajah barat, cuma ia dijalankan secara kecil-kecilan sahaja.

Gullick berpendapat bahawa pertanian adalah operasi komersial ; mana-mana individu boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan bagi mendapat hidup lebih baik dengan menanam tanaman lain dan menggunakan hasil jualan untuk membeli beras. Dengan ini, masyarakat kampung mengeluarkan banyak bahan yang diperlukan sesama mereka dan dalam masa yang sama mereka juga mempunyai semi-subsisten ekonomi. Menurut Gullick, perdagangan dalam konteks masyarakat Melayu pada abad ke 19 boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu Transaksi perdagangan dalam pasar
39 40

Ibid., 138. Ibid., 139. 41 Ibid., 139.

16

tempatan (sama ada perdagangan lokal dan antara daerah dan negeri) dan transaksi perdagangan luar (antarabangsa). Komoditi dagangan tempatan yang paling kerap

berlaku adalah hasil pertanian, hasil buruan, binatang ternakan, hasil hutan, hasil laut dan pertukangan. Sementara komoditi eksport utama Tanah Melayu pada abad ke 19 seperti yang digambarkan oleh Gullick adalah terdiri daripada pertanian dagangan, hasil perlombongan, pembalakan, hasilan hutan dan perikanan. Kedudukan getah dan kelapa sawit tidak dikupas beliau. Ini mungkin kerana kedua-dua bidang itu lebih menyerlah pada akhir abad ke 19.42

Industri penanaman getah wujud di negara ini pada tahun-tahun 1890an kesan dari kenaikan harga getah yang melambung di pasaran dunia. Getah juga didapati sesuai ditanam di negara ini dan berikutan dengan revolusi getah, penduduk-penduduk berlumba-lumba untuk menanam getah. Menjelang tahun 1910, terdapat 200,000 hektar ladang getah dan pada tahun 1914 ia meningkat dua kali ganda. 43 Kelapa sawit juga merupakan asas eksport Tanah Melayu, tetapi tidak juga disentuh oleh Gullick. Ini kerana kelapa sawit ini mula ditanam sebagai satu percubaan pada akhir abad ke 19. Penanaman bentuk komersil pula dimulakan pada tahun 1917 dengan mnggunakan benih kelapa sawit dari Deli di Sumatra.44

Perdagangan antarabangsa yang berlaku di dalam Negeri-negeri Melayu kebanyakannya tidak melibatkan orang-orang Melayu, cuma golongan atasan dan saudagar tertentu sahaja. Oleh itu berlaku monopoli oleh pembesar Melayu dan pemodal Cina dalam kegiatan perdagangan sama ada pada peringkat lokal atau antarabangsa. Kekayaan sumber alam telah menarik saudaganr Cina dan Eropah untuk melabur modal dalam bidang-bidang berkenaan. Namun demikan, Gullick tidak dapat atau sengaja tidak menonjolkan kedudukan tersebut secara menyeluruh, cuma menyatakan monopoli oleh pihak-pihak atasan Melayu sahaja. Dalam masa yang sama, barangan transaksi yang dibawa oleh pedangang juga dikenakan cukai oleh pemerintah atau pembesar yang menguasai kawasan tertentu. Ini
42

Getah dan bijih timah adalah sumber utama bagi ekonomi Persekutuan. Rupert Emerson, Malaysia, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1979), 228 43 Lim, Chong-Yah, Economic Development of Modern Malaya , (Kuala Lumpur, London, New York : Oxford U.P.,1967),74. 44 Indonesia dan Malaya berkongsi jenis pokok kelapa sawit yang sama: Deli ; Lim Chong-Yah, Economic Development of Modern Malaya, 128.

17

juga telah dieritakan oleh Gullick. Namun demikian, setelah pengambilaihan kuasa oleh British, cukai dibayar kepada pegawai kerajaan. Senario ini jelas dibuktikan, seperti yang berlaku di Negeri Perak, semasa pentadbiran Birch. Beliau mengkehendaki semua cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri.45 Birch mahu kuasa mengutip cukai yang selama ini dikendalikan oleh pembesar dihapuskan.46 Birch melakukan demikian adalah untuk memperbaiki keadaan kewangan, menjelaskan hutang negeri dan membayar gaji pegawai- pegawai serta Residen. Namun, sebenarnya tindakan Birch itu adalah kerana ingin mengambil alih hak atau kuasa memungut cukai pembesar- pembesar Melayu.

Kegiatan transaksi dilakukan secara tradisional pada awalnya, iaitu secara jualan dari rumah ke rumah atau jualan melalui tepian sungai. Setelah beberapa lama kedatangan British, banyak perniagaan dan perdagangan dilakukan melalui jalan darat dan secara berpusat di kedai-kedai. Walaupun ada transaksi dilakukan secara pertukaran tetapi pada kebiasaanya dan kebanyakan tempat, ia dilakukan dengan menggunakan matawang yang berbeza-beza.

Gullick telah berjaya mengupas perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Ia telah memulakan dengan membentangkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan transaksi yang berlaku daripada ekonomi yang serba mundur dan telah menjadi begitu pesat. Sebenarnya, ini berlaku berikutan revolusi perindustrian yang berkembang di Eropah. Britain berusaha sedaya mungkin menyaingi negara jiran di Eropah untuk menghasilkan barangan industri. Situasi ini menyebabkan berlaku pengeluaran sumber yang pesat di tanah jajahan seperti Tanah Melayu. Kegiatan perlombongan bijih timah dan pengeluaran susu getah telah dipertingkatkan. Impak pembangunan ekonomi negara banyak disumbangkan hasil daripada penggunaan sistem ekonomi kapitalis yang dibawa bersama oleh pihak penjajah. Di Tanah Melayu, hasil komoditi seperti bijih timah, getah, emas dan arang batu banyak dikeluarkan. Gullick telah berjaya mengenegahkan bahawa kegiatan perlombongan emas dan bijih timah dan penanaman padi telah merancakkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu. Namun demikian, sama ada sedar atau tidak beliau tidak banyak menyentuh tentang pulangan kegiatan
45

Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996),125. 46 Mohd. Isa Othman, Gerakan Protes : Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke- 19 dan Pada Awal Abad Ke-20, (Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 1999), 27.

18

ekonomi itu kembali kepada kerajaan British walaupun telah menyatakan tidak ia banyak memberikan keuntungan kepada masyarakat tempatan. Kedudukan ini tidak dirasai

wujud dalam penulisan Gullick ini, sedangkan faktor ekonomi merupakan faktor terpenting British campurtangan di Tanah Melayu iaitu keperluan bahan mentah dan pasaran baru serta kepentingan pelaburan British. Jadi, faktor ekonomi dan komersil merupakan sebab terpenting imperialisma British dan kuasa-kuasa Barat lain47.

Secara umumnya, Gullick juga telah berjaya menonjolkan perbezaan kedudukan perdagangan di Tanah Melayu antara zaman awal pendudukan penjajah dengan selepasnya. Banyak pembaharuan telah dibawa oleh kerajaan British terutama dari segi bentuk kemudahan perdagangan, pertanian komersial, kaedah perlombongan yang baru48 dan penyediaan buruh dan pekerja yang cukup.

Gullick juga telah berjaya membuktikan perkembangan ekonomi orang Melayu dalam melihat penglibatan mereka dalam ekonomi sara diri dan komersial abad ke-19. Namun demikian, beliau tidak banyak mencatat mengenai pengekploitasian pihak kolonial dalam akhir abad ini telah banyak merugikan masyarakat tempatan.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa Tanah Melayu yang sememangnya kaya dengan sumber bumi. Ia diusahakan dan dikutip oleh masyarakat setempat untuk tujuan keperluan harian sahaja, bukan untuk didagangkan. Hanya komoditi tertentu sahaja yang diperdagangkan seperti timah dan hasil kreativiti seperti pertukangan dan kraftangan. Namun demikian, semasa pentadbiran British, komoditi diperdagangkan di peringkat antarabangsa sehinggalah kegiatan ekonomi bertukar dan lebih bercorak komersial.
47

Hamdan Dato Mohd. Salleh, Perkembangan Ekonomi Kolonial Di Tanah Melayu 1800 1941, http://bexico.cwahi.net/unit_pm_dan_bk/en_hamdan/Artikel/ekomal.htm 48 Sebelum Perang Dunia Kedua, antara 30- 40 peratus jumlah pengeluaran bijih timah dunia telah dibekalkan oleh Tanah Melayu. Kekayaan dan kemajuan ekonomi di tanah Melayu pada ketika itu adalah disebabkan oleh jumlah keuntungan yang diperolehi hasil pengeksportan bijih timah ke pasaran dunia. Akhir kurun ke-19, Tanah Melayu telah menjadi pengeluar bijih timah yg terbesar di dunia iaitu dengan pengeluaran kira-kira 38 000 tan setahun. - Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, 225.

19

Pembaharuan yang dilaksanakan oleh British terhadap dasar ekonomi di Tanah Melayu, melalui pengenalan sistem ekonomi kapitalis telah mengubah segala sistem di Tanah Melayu. Ini bermakna, sistem ekonomi kapitalis telah wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan pihak British mempunyai teknologi yang lebih maju dan canggih. Pengeksploitasian ekonomi akibat pengenalan ekonomi kapitalis hanya menguntungkan pihak kolonial British sahaja, manakala bagi masyarakat setempat pula kekuasaan mereka semakin kurang dan seterusnya akan terhapus. Meskipun begitu, ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat dan maju pada suku akhir kurun ke-19, namun ekonomi Kapitalis ini ternyata telah merubah lanskap politik dan sosio ekonomi negerinegeri di Malaysia.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga banyak perubahan positif yang turut dijelmakan melalui sistem ekonomi kapitalis oleh Inggeris di negeri-negeri di Malaysia terutama dari aspek sosio ekonomi. Secara amnya perkembangan ekonomi sepanjang zaman Kolonial telah banyak membantu negara khususnya dalam pembentukkan struktur ekonomi yang ada pada hari ini. Inilah yang mungkin ingin disampaikan oleh Gullick melalui sebahagian daripada bukunya ini. Berkemungkinan asas ini yang menjadikan pemerintah Melaysia setelah kemerdekaan bertungkus lumus untuk menaikan kedudukan ekonomi orang Melayu, terutamanya dalam bidang perniagaan dan perdagangan serta industri. Namun, kedudukan orang Melayu pada masa sekarang telah berubah dengan kemajuan yang telah dicapai atau masih sama seperti yang tercatat dalam sejarah; mereka berada di bawah dalam penguasaan perdagangan dan ekonomi.

BIBLIOGRAFI Affifudin bin Haji Omar (Dato Dr). Sejarah Perkembangan Dan Masa Depan Ekonomi Melayu. www.freewebs.com/dpmk96/Affi2.doc. Ahmad Jelani Halimi. Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka Abad Ke-15 Hingga Ke-18. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2006. Azmi Khalid, Ekonomi Melayu Kurun ke 19 : Sara diri atau Komersil?, dlm Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee, Alam Pensejarahan : Dari Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1997.
20

Dianne Lewis, The Growth of the Country Trade to the Straits of Malacca 1760-1777. JMBRAS.43(2) : 114-129. 1970. Emerson, Rupert. Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1979. http://en.wikisource.org/wiki/Anderson,_John_(1795-1845)_(DNB00) http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia. http://samsuadabi.blogspot.com/2007/01/pengarang-pengarang-mengenai-islam-di.html. http://www.paperbackswap.com/J-M-Gullick/author/. Gullick, J. M.. The Enterpreneur in Late 19th Century Malay Peasant Society. JMBRAS, Jil. LVIII, Bhg. 1. 1985. Gullick, J.M.. Malay Society In The Late Nineteenth Century: The Beginnings Of Change. New York : Oxford University Press, 1989. Kassim Thukiman. Malaysia : Persperktif, Sejarah dan Politik. Johor Darul Tazim : Universiti Teknologi Malaysia Skudai. 2002. Khoo Kay Kim. Prakata kepada Sejarah Malaysia, dlm Andaya. Sejarah Malaysia. 1983. Lim, Chong-Yah. Economic Development of Modern Malaya. Kuala Lumpur, London, New York : Oxford U.P..1967. Mardiana & Hasnah. Pengajian Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd.. 2000. Mohd. Isa Othman. Gerakan Protes : Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke19 dan Pada Awal Abad Ke-20. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.. 1999. Muhammad Hanafis (Dr.). Perjalanan Ibn Battuta (Rihlah Ibnu Battuta). Penerbit Seribu Dinar Sdn Bhd.. 2010. Muhammad Ibrahim Munsyi. Kisah pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia. 1980. Richard Winstedt. The Malays A Cultural History. Singapore. Revised and updated by Tham Seong Chee. 1981. Sejarawan Negara. http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?ttl_id=342& spesifik_id=342& section=sm07. Slatseas, Sieveking. A History of Malaysia, Singapore ; Longman Singapore Pte Ltd.. 1990. Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996.

21

You might also like