You are on page 1of 2

alam memilih pakaian juga terdapat faktor-faktor yang perlu di ambil kira.

Antara faktor-faktor ialah : KEPERLUAN FISIOLOGI Pakaian diperlukan sebagai pelindung tubuh dalam semua keadaan iklim panas dan sejuk. Pakaian adalah keperluan fisiologi kerana pakaian dapat melindungikulit daripada menjadi kering dan mengawal suhu tubuh. Umur dan bentuk tubuh seseorang dapat mempengaruhi pemilihan pakaian. Contohnya pakaian wanita yang sedang mengandung perlulah longgar dan mempunyai stail yang ringkas agar mereka selesa memakainya. Pemlihan pakaian yang sesuai dapat membuat bentuk tubuh seseorang kelihatan lebih menarik. Contohnya jika seseorang bertubuh kurus dan langsing corak febrik yang sesuai ialah jalur melintang atau kosong serta warna yang terang atau garang dan mengikut stail pakaian yang kenbang sesuai untuknya begitu juga sebaliknya untuk seseorang yang bertubuh gempal. PENDIDIKAN Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga menjadikan individu mempunyai pandangan yang luas terhadap fesyen. Dengan pengetahuan ini individu dapat meningkatkan minat dan kehendak kepada fesyen yang baru dan dapat membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemilihan pakaian. Pengetahuan ini juga dapat mempelbagaikan fesyen pakaian mengikut peredaran zaman. GIOGRAFI Iklim mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Di negara panas, febrik yang sesuai untuk dijadikan pakaian ialah febrik yang dapat menyerap lembapandan stail yang sesuai ialah stail longgar untuk memudahkan peredaran udara. Pakaian tebal daripada febrik buli biri-biri atau kulit diperlukandi negara sejuk. Biasanya pakaian ketat dan menutup keseluruhan tubuh dipakai untuk mengurangkan peredaran udaradan mengekalkan haba tubuh. PENDAPATAN KELUARGA Febrik yang eksklusif yang diperbuat daripada febrik yang mahal atau berjenama yang terkenal akan menggambarkanstatus atau pendapatan seseorang. BUDAYA DAN AGAMA Pakaian tradisional melambangkan budaya sesuatu kaum. Pakaian tradisional ini digenerasikan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya tetapi diubahsuai mengikut peredaran zaman. Contohnya, kebaya ialah pakaian tradisi orang Melayu, ceongsam adalah pakaian tradisi orang Cina dan sari adalah pakaian orang India. Bagi orang Islam, pakaian mereka perlu menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Bagi agama lain mereka memiliki ketetapan pakaian masing-masing. Selain itu, warna seperti putih, hitam, merah, kuning, dan hijau pada pakaian member pengertian member pengertian mengikut keadaan dan situasi tertentu. KEMAJUAN TEKNOLOGI Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siapdikeluarkan denagn mudah, cepat dan banyak. Hasil ciptaan gentian sentitik, membolehkan kita mempunyai febrik dan kemasan yang baru seperti menjadikan pakaian tidak mudah renyuk dan mudah dijaga. Perkembangan media massa seperti filem dan video turut mempengaruhi stail dan pemilihan pakaian individu.

KEPERLUAN SOSIAL Seseorang individu memainkan berbagai-bagai peranan dalam masyarakat. Mereka perlu menyesuaikan pakaian dengan peranan mereka pada msa atau keadaan tertentu. Contohnya, pakaian kasual dipakai pada situasi yang informal, pakaian formal untuk rasmi dan pakaian seragam unutk menjalankan tugas tertentu.

You might also like