You are on page 1of 14

Pembelajaran Autentik (hands on)

Pembelajaran yan berlaku secara langsung dengan murid. Kebanyakan tugas yang akan guru laksanakan di sekolah tidak terdapat dalam bulik kuliah di IPG. Guru akan menerima maklumat dan memahami tugas dengan lebih terperinci ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan. Pengetahuan dan pembelajaran autentik akan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepadda guru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit.

Murid lebih mudah untuk belajar sesuatu melalui pembelajaran secara hands on. Mengalami apa yang dipelajari belajar sesuatu dengan lebih bermakna Dapat meningkatkan daya mengingat murid dan membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar. Pembelajaran secara hands on memerlukan guru menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian indibidu, masyarakat dan alam pekerjaaan. Ia dapat menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on.

Aktiviti hands on melibatkan perkara berikut: Pengalaman harian individu Aktiviti persekolahan Alam pekerjaan Kehidupan masyarakat Pengetahuan sedia ada Pengetahuan baharu Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapt memproses maklumat Pengetahuan baharu dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitan yang bersesuaian dengan murid.

Pembelajaran hands on memerlukan murid bertindak seperi berikut: Menghubungkait (relating) Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baharu dengan pengalaman hidup Mengalami (experiencing) Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta Mengaplikasi (applying) Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain

Bekerjasama (cooperating) Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklmum balas dan berkomunikasi sesama rakan. Memindahkan (transfering) Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui. Kesimpulan: pembelajaran hands on konsep belajar yang dapat membantu guru mengaitkan antara kandungan mata pelajaran diajarkannya dengan situasi dunia nyata murid dan murid sendiri berpeluang untuk mengaplikasikannya dalam pembelajaran mereka.

Latihan Dalam Perkhidmatan


Pengenalan Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan satu latihan yang berorientasikan model defisit, di mana ianya merupkan program yang dirancang berasaskan andaian bahawa guru-guru serba kekurangan dalam pengetahuan dan kemahiran tertentu. Oleh itu adalah menjadi tanggujawab sekolah untuk merangka latihan yang bersesuaian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru di sekolah. Oleh itu, satu organisasi LDP telah ditubuhkan di sekolah untuk merangka aktiviti yang bersesuain bagi meningkatkan kemahiran guru di sekolah.

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah salah satu bahagian untuk melaksanakan program-program kemajuan staf bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan pendidikan keguruan secara profesional, cekap dan berkesan agar para pendidik sentiasa berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru (FPG), Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program-program LDP yang dilaksanakan adalah laluan dan usaha untuk mempertingkatkan profesionalisme dan martabat bidang perguruan sebagai satu profesion yang senantiasa dihormati dan disanjung tinggi selaras dengan tuntutan masa kini dan masa depan.

Fokus utama program latihan dalam perkhidmatan meliputi tiga komponen: Pengetahuan profesional 60% Kemahiran profesional 20% Nilai dan amalan profesional keguruan 20% Perkembangan profesional penting dan tidak boleh diabaikan. Guru diberi tanggungjawab oleh masyarakat untuk mendidik anak-anak ke arah kedewasaan.

Ia merupakan satu peluang kepada guru untuk: Memperbaiki prestasi kemahiran kerja secara kumpulan dan indibidu Memperbanyakkan pengalaman seseorang guru untuk perkembangan kerjaya dan juga untuk tujuan naik pangkat Membentuk pengetahuan profesional Meningkatkan pendidikan guru secara peribadi Menyediakan guru untuk menghadapi perubahan Menjelaskan dasar sekolah atau jabatan

Tiga dimensi yang mempengaruhi pelaksanaan LDP: Dimensi teknikal Antara perseorangan Budaya Matlamat utama dari dua perspektif: Perspektif organisai Perspektif individu

Faktor mempengaruhi keberkesanan program LDP Keperluan guru terhadap program Model latihan yang berkesan Tempoh dan masa latihan Fasilitator dan pendekatan pembelajaran Sokongan pihak pengurusan Melaksanakan penilaian program latihan

Akses Maklumat Pelbagai Sumber


Pengenalan Keberkesanan pengajaran guru amat mempengaruhi penerimaan ilmu oleh murid-muridnya Guru perlu mempelbagaikan sumber pembelajran supaya murid dapat melaksanakan setiap aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Antara sumber pembelajaran sesuai dan boleh diakses oleh murid ialah: Sumber berasaskan manusia Bahan bercetak Bahan pandang dengar Sumber berasaskan komputer

Kriteria memilih bahan atau sumber: Selaras dengan FPK Tidak bercanggah dengan nilai masyarakat Relevan dengan kurikulum Selaras dengan prinsip pedagogi Memberi maklumat terkini Cost effective Mudah idperoleh Mudah digunakan Mudah alih Mudah senggara Pelbagai rangsangan Dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan fleksibel

Strategi yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam memilih sumber P&P: Cantuman pelbagai jenis sumber Penggunaan serentak beberapa jenis sumber Perkongsian melalui internet Penyelidikan dan pembangunan

You might also like