You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN (1) SIMPANG LIMA, PERSIARAN RAJA MUDA MUSA, 41200 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Kertas cadangan Kelas tambahan Tahun 6

TARIKH HARI TEMPAT

: : :

MAC SEPTEMBER 2013 SABTU BILIK DARJAH TAHUN 6

KERTAS CADANGAN KELAS TAMBAHAN TAHUN ENAM

1.0

PENDAHULUAN Program ini merupakan salah satu strategi yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan UPSR. Selain pembelajaran di dalam kelas,peranan kelas tambahan lebih efektif kerana menjurus ke arah teknik menjawab soalan UPSR.Di samping itu,latih tubi diberikan kepada murid-murid agar lebih memahami sesuatu topik.

2.0

RASIONAL 2.1 2.2 2.3 Program ini merupakan satu inisiatif sekolah untuk mengekalkan peratus kecemerlangan peperiksaan UPSR. Program ini dijalankan kerana menyedari masih ada sebilangan murid yang lemah dalam menguasai topik tertentu. Program ini memberi keyakinan kepada murid-murid tahun enam untuk menduduki peperiksaan.

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 Menimbulkan minat belajar dalam kalangan murid tahun 6. Membina keyakinan diri pelajar. Mengekalkan prestasi murid dan sekolah dalam pencapaian UPSR.

4.0

TARIKH PELAKSANAAN Bulan Mac hingga September pada hari Sabtu.Kelas tambahan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.20 tengah hari.

5.0

TEMPAT Bilik darjah tahun 6 .

6.0

PENGANJUR Unit Kurikulum.

7.0

KUMPULAN SASARAN Murid-murid tahun 6.

8.0

TENAGA PENGAJAR 8.1 8.2 8.3 8.4 Bahasa Malaysia (Pn. Zubaidah /Cik Azma /En. Mohd Yusri/Pn. Hazliyana) Bahasa Inggeris(Puan Vasanthi V/Pn.Kalaichelvi/Pn. Vasanthi N) Matematik (Puan Thiruchelvy / Pn.Hasniza/En.Fairuznizam) Sains(Pn Maslindah/Pn Zati/Cik Nur Ameema/Pn. Noorhafiza)

9.0

RESOS 9.1 Tenaga manusia Kerjasama guru-guru amat diperlukan bagi menjayakan program ini kerana program ini memerlukan tenaga pengajar yang komited dan berpengalaman. 9.2 Kewangan Menyediakan Modul Kelas Tambahan untuk murid.Justeru setiap murid perlu membayar RM50.00. Wang tersebut hanya dikutip sekali sahaja.

10.0

PENGISIAN PROGRAM Sepanjang kelas tambahan dijalankan,guru-guru akan memberikan penekanan kepada topik yang tidak dapat dikuasai murid.Pendekatan yang diajar oleh guru-guru adalah mengikut tahap kebolehan murid.Jadual Kelas Tambahan disertakan di bahagian lampiran. Sekian , terima kasih.

Disediakan oleh: __________________ (PUAN ZUBAIDAH BT BIDIN) Penyelaras Tahun Enam, SK(1)Simpang Lima.

Disemak oleh: ____________________ (PUAN NEOH BEE HA) Penolong Kanan Pentadbiran SK(1)Simpang Lima.

Disahkan oleh: __________________________________ (PUAN ESEWARY DEVI A/P NAGALINGAM) Guru Besar, SK(1)Simpang Lima.

You might also like