You are on page 1of 12

LAPORAN DOKUMENTASI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-28 TAHUN 2013

TARIKH: 24 OGOS 2013 MASA: 7.30 PAGI 12.30 TENGAHARI TEMPAT: PADANG SMK PEKAN BARU MUAR. DISEDIAKAN OLEH: PN AZURA BINTI ABU BAKAR CIK. NURUL FARIDAH BINTI JAMAL CIK. RAS ADIBAH BINTI MUSTAPA

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

KALI KE-28 TAHUN 2013


LAPORAN LENGKAP
Pada hari Rabu ,24 Ogos 2013 yang lepas SMK. Pekan Baru Muar telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-28 di Padang sekolah SMK Pekan Baru Muar. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Rahmat bin Ngadiman, Yang Dipertua PIBG SMK Pekan Baru Muar. Sebanyak 17 jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan dan setiap acara dipecahkan kepada 4 kategori iaitu lelaki A, lelaki B, lelaki C, perempuan A, perempuan B, dan Perempuan C. Tidak ketinggalan acara untuk pelajar Pendidikan Khas iaitu dari kategori Lelaki Junior, Lelaki Senior, Perempuan dan Kategori Khas. Terdapat juga acara sukantara, tarik tali dan acara padang telah diadakan pada hari-hari sebelumnya di padang sekolah. Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan seawal jam 7.30 pagi di Padang SMK Pekan Baru Muar. Ketibaan tetamu khas disambut dengan sungguh meriah dan diiringi oleh paluan kompang dan bunga manggar pada jam 8.00 pagi. Acara perbarisan lintas hormat dimulakan pada jam 8.15 pagi. Pasukan-pasukan unit berunifom kelihatan segak. Manakala pasukan-pasukan rumah sukan sungguh bersemangat pada hari tersebut dengan hiasan serta maskot masing-masing. Semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut pasukan masing-masing untuk bacaan ikrar sukan. Seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhidir b. Tamjis dan ucapan aluan oleh Pn. Hajah Hanim Bt Abdullah, pengetua SMK Pekan Baru Muar. Selepas ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Rahmat bin Ngadiman , Yang Dipertua PIBG SMK Pekan Baru Muar, diadakan majlis penyampaian pingat untuk acara trek yang didahulukan. Para tetamu kehormat kemudiannya dihidangkan jamuan di tempat khas. Seterusnya acara diteruskan pada pukul 9.00 pagi dengan acara hari kejohanan olahraga yang terdiri daripada acara trek padang dan tarik tali. Acara 100 meter merupakan acara yang paling mendapat tumpuan dan pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan dinobatkan sebagai Raja Pecut. Acara pegawai juga diadakan bagi memeriahkan suasana sementara menunggu keputusan rasmi kejohanan. Acara yang terbuka kepada semua guru dan pelajar Pra-U, pelajar dan juga staf SMK Pekan Baru Muar mendapat perhatian daripada semua yang hadir.
.

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN PENCAPAIAN RUMAH SUKAN MARKAH KESELURUHAN


JOHAN BIRU NILAM (1757 MATA) NAIB JOHAN KUNING TOPAZ (1636 MATA) KE-3 HIJAUZAMRUD (1627 MATA) KE-4 MERAH DELIMA (1607 MATA)

OLAHRAGAWAN/OLAHRAGAWATI
Olahragawan Lelaki A Wahyu bin Alwi (KUNING TOPAZ) Olahragawati Perempuan A Wan Raihana Bt Mohd Rami (BIRU NILAM)

HIASAN RUMAH SUKAN


JOHAN- HIJAU ZAMRUD

PERBARISAN LINTAS HORMAT


JOHAN PERBARISAN-KADET PERTAHANAN AWAM (KAPA) MASKOT TERBAIK- BIRU NILAM

PENCAPAIAN RUMAH SUKAN & BADAN BERUNIFORM


JOHAN SATRIA KADET POLIS NAIB JOHAN PUTRA PKBM KETIGA WIRA PENGAWAS SEKOLAH

ACARA PEGAWAI (LARIAN 100 METER)


Johan En. Ridzwan B. Ali Naib Johan Tn. Hj. Muhidir B. Tamjis

LAPORAN BERGAMBAR Ucapan Perasmian KOT 27

Sukantara dan acara akhir padang. Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan paluan kompang

Raptai

Perbarisan lintas hormat dan bacaan ikrar sukan.

Bacaan doa dan ucapan aluan.

Bacaan Ikrar KOT

Penyampaian Pingat

800 Meter Lelaki B dan 200 Meter Lelaki A.

Acara Tarik Tali Antara Rumah Sukan

Tahniah!!! Kepada semua yang terlibat menjayakan KOT-27. Khemah Rumah, Sukan Yang Ceria, Berwarnawarni dan Semangat kesukanan yang tinggi... Sekian, terima kasih

LAMPIRAN

You might also like