You are on page 1of 4

Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda

awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah
puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya,
laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme
merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati
terhadap kondisi mayarakat.

Isi kandungan [sorok]


1 Laku musnah sebagai Ritual
2 Laku musnah sebagai Jenayah
3 Laku musnah di Wikipedia
4 Pautan Luar

[sunting] Laku musnah sebagai Ritual

Gambar menunjukkan ahli komunis sedang membakar papan penghargaanSemasa suatu


masyarakat sedang mengalami revolusi, ataupun sedang mengalami transisi kuasa secara keras,
golongan yang mencabar autoriti lama mungkin akan membinasakan sebarang harta benda yang
dianggap sebagai simbol rejim lama, seperti tugu. Perbuatan mereka itu adalah untuk
menyampaikan suatu mesej "mencabar". Dalam keadaan pengalihan kuasa telah berjaya,
pemusnahan harta benda yang dianggap simbol rejim lama akan dilakukan untuk menandai
tamatnya rejim lama.

Vandalisme yang paling besar dalam sejarah dekat adalah vandalisme yang dilaksanakan dalam
kempen "memecahkan adat lama" (bahasa Cina: 破四旧) semasa revoulsi kebudayaan(1966-19
76) di negeri Cina. Dalam kempen ini, para pengganas telah memusnahkan bangunan bersej
arah, harta benda artifak dengan alasan benda-benda ini menandai feudalisme lama[1] .
Di negara Malaysia, vandalisme secara ritual juga pernah dilakukan oleh parti komunis
malaya. Dalam hal ini pihak komunis telah membinasakan tugu negara.

[sunting] Laku musnah sebagai Jenayah


Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan merosakan harta benda awam seper
ti papan tanda, kerusi awam, perhentian bus, telefon awam dan juga tandas awam. Kelaku
an ini biasanya diasiosiasikan remaja yang terlibat dalam budaya lepak.

Motif untuk vandalisime adalah terletak pada aspek emosi. Vandalisme biasanya dianggap
sebagai suatu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan
kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka adalah begitu ringan, tetapi masyarakat a
wam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina.

[sunting] Laku musnah di Wikipedia


Rencana utama: Wikipedia:Laku musnah
Vandalisme di wikipedia adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang tindakan me
ncoteng, mengubah, ataupun memadamkan isi kandungan dalam wikipedia, dengan niat membi
nasakan wikipedia dianggap sebagai vandalisme. Tindakan terkutuk ini adalah hinaan ter
hadap sahsiah diri pelakunya.
Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme
i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mu
dah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan
sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan mengha
dapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupak
an remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbulla
h pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika
memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di
samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak
dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengam
alkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan
oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kura
ngnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama m
endorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dew
asa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang
mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan
vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sek
eliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat

Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan
melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal
kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masala
h yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golong
an remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi
generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah pendud
uknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golo
ngan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa meng
hiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah
i. Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di
bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang dida
pati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara
tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pes
alah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga aka
n menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam
seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi
teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepent
ingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang penti
ngnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langs
ung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vand
alisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mere
ka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diter
apkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangka
h ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak m
ereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap
apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vanda
lisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan pe
ranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah pa
tut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Gene
rasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap hart
a benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mere
ka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu ak
an sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.
iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga
seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan d
an mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyam
pai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang te
rdapat dalam media massa.

Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar
masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya
iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberke
sanannya.

You might also like