You are on page 1of 12

Gambar alat muzik.

Rebana ibu dan anak:Tetawak/Gong dan Marakas:

Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang). (i) Tukang Karut Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair.Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya.Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali. (ii) Juara Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksamengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapiomasanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapiTukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri. (iii) Awak-awak Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat.Kebiasaannya awakawak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknyaorang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun kelaut dalam sebuah perahu di bawah jaggan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadikeaddda ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yangdi bawah jagaan ketua mereka, Juara. PERSEMBAHAN

Bermacam-macam persediaan dilakukan sebelum Dikir Barat dipersembahkan.(a) Menempah tukang karut dan juara. Jikalau satu-satu pertunjukkan dikir barat itudianjurkan oleh satu-satu badan,terpulanglah kepada penganjur itu menempah tukangkarut dan juara yang sesuai untuk persembahan dikir barat itu. Awak-awak tidak payahditempah kerana tiap-tiap juara sudah mempunyai awak-awaknya sendiri. Selalunya penganjur inginkan tukang karut dan juara yang popular. Penganjur akan menempahtukang karut dan juara sama ada di rumahnya sendiri,melalui orang tengah ,di tempatmereka sedang menunjukkan permainan ataupun dimana-mana mereka berjumpa.(b) Mendapat Kebenaran BermainSatu lagi tugas penganjur ialah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa sepertiPenghulu, penggawa, pegawai Polis dan Ketua jajahan Daerah.(c) Iklan-iklan ditampal, disebar dan didedahkan di sekitar kawasan kampung dalam bahasa atau loghat daerah. Walau bagaimanapun pengumunan melalui pembesar suarasangat popular. Pihak penganjur akan pergi ke kampung-kampung

yang berdekatan pada petang itu dan memberitahu yang permainan tersebut akan diadakan di kampung yangtertentu. Di antara pengumumannya berbunyi begini:"jange lupa adik kakok ini male Dikir Barat di pade Stadium Sultan Muhammad Ke IV,Kota Baru. Tok Jora dea Tukang karut tersohor seluruh Kelate, Jen Endoro, Megat Nordin, dan ghama lagi. Dikir Barat Rekod Dunia... jange lupa, datelah beghamaghama"(d) Tempat bermain. Permainan Dikir Barat di atas Pentas. Bentuk pentas mengikut corak permainannya itu.(i) Bangsal Atau pentas Untuk pertunjukan Percuma Jika permainan ini dipertunjukkan dihari-hari perayaan atau majlis-majlis perkhawinan maka bangsal atau pentasnyadiperbuat tinggi kira-kira 4 kaki. Pertunjukan ini percuma dana semua penonton dapatmelihat dari jauh. Bangsal ini biasanya dibuat daripada buluh berlantaikan papan dan beratapkan daun kelapa.(ii) Bangsal Atau Pentas Untuk Pertunjukan Yang Dikenakan BayaranKadangkala ada juga penganjur yang menganjurkan permainan ini dengan tujuanmengutip wang. penonton dikenakan bayaran masuk. Pentas dibuat sempurna supayasemuanya dapat menonton. ALAT-ALAT MUZIK

Pada peringkat awal perkembangan, persembahan dikir barat hanya menggunakan satualat adiofon sahaja iaitu kecerek iaitu keping-keping buluh yang diketuk bersama untuk menghasilkan rentak irama dikir barat. Mereka juga tidak perlu bertepuk tangan tetapidikehendaki meletakkan kedua belah tangan ke pipi masing-masing bagi menguatkansuara. Sekarang persembahan dikir barat menggunakan ensembel yang menggunakan alatterdiri daripada tetawak, dua biji rebana (ibu dan anak), sepasang rumbia (marakas),canang dan kerci. Alat-alat muzik dipilih oleh juara yang merekakan rentak untuk suatu persembahan dikir barat. 1. Tetawak Tetawak atau gong yang digunakan dalam dikir barat ialah metalofon yang diperbuatdaripada tembaga hitam dengan bingkai yang besar. Bila hendak digunakan , tetawak digantung pada stand atau pengangkut kayu atau bumbung pentas. Jong (juru) gongakan duduk bersila di sisi tetawak dan memukul busutnya untuk menghasilkan bunyi.Bunyi pukulan tetawak lebih tinggi daripada gong. Dalam persembahan, tetawak diletakkan di bahagian tepi barisan belakang satu-satu kumpulan dikir barat. 2. Rebana Rebana adalah alat membran semuka dan kulit mukanya diperbuat daripada kulitkambing. Apabila dimainkan, rebana itu diletakkan di atas tapak kaki pemainnya yangduduk bersila. Lutut kanan pemain dimasukkan ke dalam buluh rebana sehinggamencecah kulit muka untuk menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Untuk menegangkankulit rebana digunakan kayu baji yang diletakkan di bawah buluh rebana dan juga seutasrotan kecil sebagai penyedak. 3. Marakas

Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya dibuatdaripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik,dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil,untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemainmemainkannya. PAKAIAN Di dalam permainan Dikir Barat di kelantan yang berasal dari Selatan Siam ini, tidak ada pakaian tertentu atau yang menarik dipakai oleh juara, Tukang karut dan awak-awak. Ini

tidak dapat dinafikan kerana permainan ini adalah permainan rakyat biasa di kawasan-kawasan sawah padi dan kampung-kampung, tetapi kini lengkap berpakaian kemasdengan destanya sekali.

You might also like