You are on page 1of 4

1.0 Pendahuluan Bimbingan dan kaunseling merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan.

Bimbingan dan kaunseling digunakan bagi membantu mereka yang mempunyai masalah tidak kira peringkat umur. Dalam sesi bimbingan dan kaunseling, orang yang mempunyai masalah dikenali klien, manakala mereka yang mendengar masalah klien dikenali kaunselor. Jadi bagi untuk lebih memahami maksud bimbingan dan kaunseling, dilampirkan definisi bagi bimbingan dan kaunseling.

Kaunseling

didefinisikan

sebagai

suatu

proses

perhubungan

membantu dan menolong secara sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Jadi ini beerti kaunseling bukanlah satu proses dimana semua orang boleh melakukannya. Ia memerlukan seseorang yang profesional dan perlu mengkut etika yang telah ditetapkan. Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Manakala menurut Corey (1977) menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak boleh memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien. Jika kaunselor memberi nasihat dan diikut oleh klien, tetapi nasihat tersebut menyebabkan klien lebih tertekan dan seterusnya mengambil langkah untuk membunuh diri, kaunselor boleh didakwa di mahkamah. Keistimewaan khidmat kaunseling adalah dimana kaunselor itu cuba membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala.

Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan sendiri untuk menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Seterusnya bimbingan adalah satu proses yang dijalankan oleh mereka yang tidak profesional. Proses ini lebih dijalankan oleh mereka yang berpengalaman dalam kehidupan dan cuba membantu mereka yang mempunyai masalah jika si bermasalah mengadu kepadanya. Konsep bimbingan dalah sama seperti kaunseling, namun bimbingan adalah tidak terikat kepada Etika Kaunseling. Jadi nasihat dan bimbingan yang diberi adalah secara umum dan bimbingan ini dijalankan oleh mereka yang saling mengenali antara satu sama lain. Proses membimbing pula adalah tidak terhad dan boleh terjadi dan terhenti bila-bila masa selagi si pengadu mempunyai masalah dan si pembantu boleh memberi bimbingan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Bagi menjalankan sesuatu proses bimbingan, seorang pembimbing itu tidak memerlukan lulusan atau apa-apa kursus serta tidak perlu menikut kod Etika Kaunseling sepertimana yang dimiliki oleh seorang kaunselor. Bagi lebih memahami tentang bimbingan, contoh terbaik adalah bimbingan bagi seorang ayah terhadap anakya.

Bimbingan yang baik adalah bimbingan yang boleh membina keyakinan dan seterusnya dapat membantu mereka yang bermasalah menyelesiakan masalah menggunakan pendekatan yang terbaik. Fokus

utama bagi bimbingan adalah pencegahan awal terhadap sesuatu masalah dan cara untuk perkembangan awal mereka yang bermasalah.

1.1 Teori-teori yang terlibat Nasihat dan bimbingan yang hendak diberikan oleh seorang kaunselor ataupun seorang guru kepada muridnya memerlukan panduan supaya segala permasalahan yang dihadapai dapat diselesiakan degan cara tebaik dan tidak memudaratkan diri mereka yang bermasalah. Sebagai panduan, terdapat beberapa teori yang boleh digunakan bagi membantu guru dan kaunselor dalam proses bimbingan dan kaunseling. Dalam menyelesaikan sebarang masalah, terdapat beberapa teori yang digunakan. Antara teori tersebut adalah Teori Pemusatan Pemusatan Perorangan, Teori Behaviorisme dan Teori Emotif Terapi.

Dalam Teori Pemusatan Perorangan, teori ini dipelopori oleh Carl Rogers, Carl Ransom Rogers (Januari 8, 1902 - February 4, 1987) adalah seorang ahli psikologi Amerika yang berpengaruh dan antara pengasas pendekatan kemanusiaan (atau pelanggan berpusatkan pendekatan) kepada psikologi. Rogers secara meluas dianggap sebagai salah satu daripada pengasas penyelidikan psikoterapi dan telah diberi penghormatan untuk penyelidikan perintis dengan Anugerah Sumbangan Cemerlang Saintifik oleh Persatuan Psikologi Amerika pada tahun 1956. Pendekatan berpusatkan orang, pendekatan sendiri yang unik kepada personaliti persefahaman dan hubungan manusia, mendapati permohonan yang luas dalam pelbagai domain seperti psikoterapi dan kaunseling (pelanggan berpusatkan terapi), pendidikan (pembelajaran berpusatkan pelajar), organisasi, dan tetapan kumpulan lain. Untuk kerja profesional beliau telah dikurniakan Anugerah untuk Sumbangan Cemerlang Profesional Psikologi oleh APA pada tahun 1972. Menjelang akhir hidupnya Carl Rogers telah dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan untuk kerja-kerja dengan konflik antara negara di Afrika Selatan dan Ireland Utara. [1] Dalam kajian oleh Haggbloom et al. (2002) menggunakan enam kriteria seperti petikan dan pengiktirafan, Rogers telah ditemui untuk menjadi ahli psikologi keenam yang

paling terkenal abad ke-20 dan kedua, di kalangan doktor, hanya untuk Sigmund Freud. [2] 2.0 objektif

3.0 Perancangan 4.0 pelaksanaan 5.0 refleksi 6.0 Penutup lampiran rujukan

You might also like