You are on page 1of 10

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 46 3.2 Reka Bentuk Kajian 46 3.3 Kerangka Konseptual Kajian 47 3.

4 Populasi Kajian 48 3.5 Tempat Kajian 48 3.6 Sampel Kajian 48 3.7 Instrumentasi 3.7.1 Bahagian A: Latar belakang Responden 49 3.7.2 Bahagian B: Tahap Tekanan Kerja 49 3.7.3 Bahagian C Faktor-faktor Tekanan Kerja Guru 50 3.8 Keesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 51 3.9 Kajian Rintis 51 3.10 Prosedur Pengumpulan Data 52 3.11 Penganalisisian Data 53 3.12 Penutup

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pendahuluan

Bab ini menerangkan tentang kaedah dan proses penyelidikan dijalankan. Metodologi Kajian adalah kaedah penyelidikan bagaimana maklumat didapati. Maklumat penyelidikan perancangan yang teliti. Proses ini meliputi

dikumpulkan,dianalisis dan dinilai dengan

penerangan tentang aktiviti awal sebelum menjalankan kerja lapangan dan seterusnya cara data kajian diperolehi. Dalam bab ini, perkara-perkara yang dibincangkan adalah pembolehubah kajian, rekabentuk kajian, sampel kajian kuantitatif, instrumen kajian, lokasi kajian, prosedur kajian, kajian rintis, teknik pengumpulan data, analisa data dan pengukuran kajian.

3.2

Pemboleh ubah

Kajian ini mengandungi dua jenis pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. 3.2.1 Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bebas yang terlibat dalam kajian ini adalah punca tekanan. 3.2.2 Pemboleh ubah bersandar Pemboleh ubah bersandar adalah guru sekolah rendah.

3.3 Rekabentuk Kajian Reka bentuk kajian merupakan kaedah atau teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Kajian yang dijalankan adalah kajian deskriptif dan berbentuk kuantitatif. Kajian kuantitatif merupakan suatu pertanyaan terhadap masalah yang telah dikenalpasti yang mana berdasarkan kepada pengujian suatu

teori yang digubah oleh pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor, dan dianalisa menggunakan teknik statistikal (Neuman, 2000). Kaedah yang digunakan adalah kaedah soal selidik.

3.4

Populasi Kajian

Menurut Kamus Pelajar terbitan Pusat Bahasa Dan Pendidikan Nasional tahun 2003, populasi adalah jumlah orang atau penduduk dalam suatu daerah; jumlah penghuni baik manusiaatau pun makhluk hidup lainnya pada suatu tempat atau ruang tertentu. Populasi menurut Gay(1987:102) merupakan kelompok tertentu dari sesuatu (orang, benda, peristiwa, dan sebagainya)yang dipilih oleh peneliti yang hasil kajiannya atau penelitiannya dapat digeneralisasikan terhadap kelompok tersebut. Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada 130 orang guru terlatih yang

mengajar di tiga buah sekolah Sekolah Kebangsaan di Taiping,Perak. Rajah 1 menunjukkan populasi yang terdiri daripada tiga buah sekolah yang dipilih.

Rajah 1 SEKOLAH Sek.Keb King Edward (1), Taiping Sek.Keb Convent Kota,Taiping Sek Keb Tebing Tinggi, Selama POPULASI 60 50 20

3.4.1 Sampel Kajian Dalam kajian ini, penyelidik menentukan saiz sampel berdasarkan Jadual Penentuan Sampel oleh Krejcie danMorgan (1970) (Lampiran B). Oleh itu, bilangan sampel adalah seramai 97 guru yang dipilih secara rawak kelompok. Sampel kajian adalah guru sekolah rendah Daerah Larut Matang Dan Selama. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan

King Edward (1), Taiping, Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu dan Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Penentuan saiz sampel brdasarkan Populasi Krejcie dan Morgan POPULASI 110 120 130 SAMPEL 86 92 97

3.5 Lokasi Kajian Kajian ini dijalankan di Daerah Larut Matang Dan Selama . Dua buah sekolah dari Zon

Taiping iaitu Sekolah Kebangsaan King Edwad (1),Taiping, Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu,Taiping dan sebuah sekolah Zon Selama iaitu Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi,Selama terpilih dalam kajian ini.

3.6 Instrumentasi Alat kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah dengan cara borang soal

selidik. Satu set borang soal selidik diberikan kepada responden untuk mendapatkan maklumat atau data yang diperlukan untuk menjawab persoalan kajian. Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian yang akan dijawab oleh respondenn iaitu Bahagian A, B dan C. 3.6.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden Bahagian A mengandungi soalan latar belakang responden iaitu factor demografi guru iaitu jantina, umur, status perkahwinan,kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Responden dikehendaki menanda ( / ) pada ruangan yang disediakan.

3.6.2 Bahagian B : Tahap Tekanan Kerja Bahagian B adalah soalan-soalan yang menentukan paras tekanan kerja yang dialami oleh responden. Terdapat 20 item soal selidik pada bahagian ini. Responden perlu menandakan dan membulatkan nombor yang mewakili maklumbalas bagi setiap pernyataan yang dikemukakan berdasarkan skala Likert.

Rajah 2 Kenyataan Tidak Pernah Jarang Kadangkala Agak Kerap Kerap Ringkasan TP J KK AK K Skor 1 2 3 4 5

3.6.3 Bah C: Faktor-faktor Tekanan Kerja Guru Bah C ialah soal selidik Teacher Stress Inventory yang digunakan oleh Boyle, Falzon & Bslgous(1995) yang diubahsuai oleh Mokhtar (1998). Ia digunakan untuk menentukan factorfaktor yang menyebabkan tekanan kerja dalam kalangan guru.

Jadual 1 Taburan Item Soal Selidik SUMBER TEKANAN KERJA Kerenah Pelajar Beban Tugas Kekangan Masa Penghargaan Jumlah NOMBOR ITEM 1,2,3,4,5 6,7,8,9,10 11,12,13,14,15 16,17,18,19,20 20

Jadual 2 Taburan Item Soal Selidik Kenyataan Tidak Ada Tekanan Tekanan Rendah Tekanan Sederhana Tekanan Tinggi Tekanan Sangat Tinggi Ringkasan T TR TS TT TST Skor 1 2 3 4 5

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kesahan merupakan kriteria yang penting dalam sesuatu ujian. Tujuan kesahan sesuatu ujian adalah untuk memastikan ujian yang dibina mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kebolehpercayaan pula adalah ciri penting yang perlu ada pada sesuatu ujian. keupayaan ujian tersebut mengukur apa yang

Kebolehpercayaan sesuatu ujian merupakan

hendak diukur dngan tekal (Bhasah Abu Bakar,2003)

Dalam kajian ini , pengelasan skor min dan peratusan akan digunakan untuk membuat anggaran ketekalan alat ukuran.

3.8 Kajian Rintis Kajian Rintis bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian dijalankan. Kajian Rintis berguna untuk mengkaji masalah yang akan timbul sewaktu proses soal selidik dijalankan. Kajian Rintis dijalankan keatas 20 orang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor, Selama yang bukan sampel kajian untuk menentukan ketekalan alat ukur yang digunakan. Soal selidik Kajian Rintis

diproses dengan menggunakan perisian komputer (Statical Package For Social Sciences) untuk menilai kebolehpercayaannya. Indeks Alpha 0.7 digunakan sebagai alat kajian kerana indeks kepercayaan dan kesahan melebihi 0.7 boleh digunakan sebagai alat ukur.

3.9 Prosedur Pengumpulan Data Pelaksanaan kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah kajian, membina objektif kajian dan soalan-soalan kajian serta mengenal pasti dan membentuk instrumen kajian bagi tujuan mengutip data.Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji akan mengikut prosedur-prosedur seprti berikut:

i.Mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian daripada pihak Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia. ii.Mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah rendah yang terlibat. iii.Berjumpa sendiri dengan guru-guru besar sekolah yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian di sekolah bekenaan. iv.Memberikan taklimat ringkas kepada pelajar yang terlibat sebagai responden supaya mereka jelas tentang tujuan kajian dijalankan dan cara menjawab soal selidik kajian.Sebelum soal selidik

ditadbir, penyelidik

akan

berjumpa dengan pihak pentadbir ketiga-tiga

sekolah bagi

mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian ke atas golongan sasaran kajian. Setelah diberikan keizinan, barulah instrumen ditadbirkan.Di sekolah yang pertama, penyelidik akan mentadbir sendiri instrument ini kepada responden, manakala bagi sekolah yang kedua dan ketiga instrumen (soal selidik) akan ditadbir oleh seorang wakil, iaitu pentadbir sekolah

bekenaan. Penyelidik akan menjelaskan prosedur pentadbiran soal selidik ini kepada wakil berkenaan serta lain-lain perkara yang bersangkutan yang perlu diberikan perhatian semasa mentadbir instrument. Selepas 4 hari, kesemua instrumen yang telah dilengkapi oleh responden akan diserahkanoleh wakil berkenaan kepada penyelidik.Semasa pentadbiran instrumen di sekolah yang pertama, penyelidik akan mengumpulkan semua responden di dalam sebuah bilik dan mereka diminta bersedia untuk menjawab soal selidik berkenaan.Sebelum mereka mula menjawab soal selidik, penerangan telah diberikan kepada mereka tentang tujuan soal selidik ini dijalankan ke atas mereka dan member jaminan akan berkaitan kerahsiaan kesemua maklumat yang mereka berikan dan kesemua maklumat ini hanya akan digunakan bagi tujuan kajian inisahaja. Responden diberikan masa antara 30 . 40 minit untuk menjawab soal selidik berkenaan.Responden tidak dibenarkan berbincang semasa menjawab soal selidik berkenaan.

3.10 Penganalisisan Data Data yang diperolehi dikumpulkan dengan menggunakan program SPSS (Statical Package for Social Science. Dua kaedah penganalisaan adalah seperti berikut: 3.10.1 Analisis Deskriptif

Analisis deskriptif dilakukan untuk melihat kekerapan dan peratusan data. Ia melibatkan penghuraian secara menyeluruh. Statistik taburan frekuensi kekerapan min dan peratusan digunakan dalam penganalisaan data yang diperoleh untuk Bahagian A. Ciri-ciri demografi guru dari segi jantina,umur,kebolehan akademik. Subjek kajian diperihal dengan menggunakan taburan frekuensi kekerapan, min dan peratusan.

Untuk bahagian B dan C statistic yang digunakan ialah frekuensi , peratusan dan min. Punca tekanan dalam kalangan guru dianalisis dengan menggunakan skor min dan peratusan. Tahap tekanan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah,sederhana dan tinggi. Penggunaan formula keadah peratusan dan pembahagian julat min bagi mengukur persepsi responden.

Adalah seperti ditunjukkan dalam rajah penentuan tahap tekanan kerja guru. Rajah 3

PERATUS SKOR MIN 1.00-2.33 2.34-3.07 3.68-5.00

TAHAP PENILAIAN Rendah Sederhana Tinggi

3.10.2 Analisis Inferensi Analisis infrensi digunakan untuk melihat perkaitan yang wujud diantara pemboleh ubah yang dikaji iaitu pemboleh ubah bebas iaitu punca tekanan dan pemboleh ubah bersandar ialah guru sekolah rendah.

i.

Ujian t digunakan bagi melihat perbezaan kelompok dua kategori seperti perkaitan punca tekanan dengan perbezaan gender .

ii.

Ujian Korelasi digunakan untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan antara tahap stres kerja dengan ciri-ciri demografi seperti umur, pengalaman mengajar dan pendapatan gaji sebulan.

3.10 Kesimpulan Bab ini telah membincangkan metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik bagi menjalankan kajian ini. Metodologi yang digunakan adalah bertujuan untuk menjawab segala persoalan-persoalan kajian seperti yang dinyatakan dalam Bab I. Dengan menggunakan instrumen soal selidik, penyelidik dapat membuat penganalisisan data yang diperolehi dengan lebih mudah kerana segala maklumat yang diperolehi boleh disemak semula dan jawapan yang telah diperolehi merupakan jawapan yang tepat kerana responden hanya perlu memilih satu jawapan sahaja daripada persoalan yang diberikan. Daripada nilai analisis data yang diperolehi, penyelidik dapat menghurai.

10

You might also like