You are on page 1of 2

Pertama sekali, saya ingin meluahkan rasa syukur kepada Tuhan kerana saya dan ahli kumpulan saya

telah dapat menyempurnakan kerja kursus Matematik Moden ini. Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang banyak membantu dan memberi kerjasama kepada saya semasa menyiapkan kerja kursus ini.

Semasa menjalankan kerja kursus ini, kami menghadapi beberapa masalah. Masalah pertama yang dihadapi ialah menetapkan tajuk soalan soal selidik. Pensyarah tidak menetapkan tajuk soalan soal selidik kepada kami, jadi kita perlu fikir satu tajuk soalan soal selidik yang berkaitan dengan kehidupan seharian di kalangan pelajar guru. Pusat sumber merupakan suatu tempat dimana pelajar guru kerap mengunjungi untuk mengulangkaji dan mencari bahan rujukan. Kumpulan kami mengambil keputusan untuk membuat soalan soal selidik berdasarkan pusat sumber. Selepas tajuk soalan soal selidik telah ditetapkan, maka soalan-soalan soal selidik perlu disediakan. Semasa menyediakan soalan-soalan soal selidik, kami mendapati bahawa bukannya senang untuk menyediakan soalan-soalan kerana soalan-soalan tersebut perlu berkaitan dengan tajuk soalan soal selidik kumpulan kami. Akan tetapi kami telah menyelesaikan masalah ini selepas beberapa kali perbincangan. Melalui masalah ini, saya telah pelajari bagaimana hendak menghasilkan soalan soal selidik dengan lebih berkesan.

Selepas menyediakan soalan soal selidik, maka kertas soalan soal selidik ini perlu diedarkan kepada para pelajar guru PPISMP SEM 3 untuk mengisi. Selepas itu, kertas soalan perlu dianalisis dan dipindahkan kepada carta. Bahagian analisis merupakan bahagian yang paling rumit kerana jika tersilap pindaan data ke dalam jadual maka maklumat yang didapati akan menjadi tidak tepat. Saya telah mempelajari cara pindaan data ke dalam jadual dengan tepat dan kemudian pindakan maklumat dalam jadual kepada carta.

Sesungguhnya kerja kursus ini mendatangkan banyak manfaat kepada semua pelajar. Selain memperolehi ilmu yang banyak, saya juga dapat mengaplikasikan ilmu

yang saya ada pada sebelum ini untuk menyelesaikan tugasan ini. Saya berharap agar ilmu yang saya perolehi dapat saya gunakan dan praktikkan pada masa akan datang.

Akhir kata dari saya, saya ingin meminta maaf jika tugasan ini tidak mencapai tahap yang diingini kerana ini adalah pertama kali saya melaksanakan tugasan kerja kursus dalam IPG. Saya akan cuba sedaya upaya membuat pembetulan dan belajar dari kesilapan untuk meningkatkan pencapaian saya. Itu saja daripada saya, sekian terima kasih.

You might also like