You are on page 1of 1

11 FAKTA PENDERAAN KANAK-KANAK SELURUH DUNIA Semenjak kebelakangan ini, peratus terhadap penderaan kanak-kanak dilihat semakin meningkat.

Mungkin ramai yang tidak sedar kerana kurangnya pendedahan fakta mengenai masalah ini. Hasil daripada carian top5, kami telah mengumpulkan beberapa fakta menarik untuk dikongsikan bersama anda. (1) Pada tahun 2008, 1 daripada 601 kanak-kanak didunia ini dianggarkan menjadi mangsa dera samaada dari bentuk fizikal, emosi, seksual atau sebagainya. Ibubapa pula adalah pemangsa utama dimana mencakupi sebanyak 80%. (2) 3 daripada 100,00 orang kanak-kanak dilaporkan mati disebabkan oleh kes penderaan, dimana 80% diantara mereka adalah berusia di antara 4 tahun dan kebawah. (3) Untuk setiap kes penderaan kanak-kanak, dianggarkan bahawa 2 daripadanya tidak dilaporkan. (4) Pengabaian terhadap kanak-kanak juga dikategorikan sebagai kes penderaan, dimana ia merupakan kes penderaan yang terbesar iaitu sebanyak 78%. (5) Penderaan fizikal terhadap kanak-kanak dilaporkan sebanyak 17.8% setiap tahun. (6) 4 daripada semua kanak-kanak perempuan, dan enam daripada semua kanak-kanak lelaki dilaporkan menjadi mangsa dera seksual sebelum usia mereka mencecah 17 tahun. (7) 8 daripada 10 orang pemangsa seksual adalah dikalangan keluarga kanak-kanak itu sendiri. (8) Setiap sebulan, 100 bayi dilahirkan hanya semat-mata untuk dilatih menjadi pengedar dadah. (9) Ibubapa yang ketagihan dadah atau alkohol adalah merupakan pendera kanak-kanak yang paling utama. (10) Mangsa kanak-kanak yang didera kebiasaannya akan terjebak dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol, dan 1/3 daripada mereka dikatakan akan mendera anak-anak mereka pula. (11) Untuk keseluruhan tahanan penjara didunia, 84% daripada mereka ditahan atas sebab penderaan terhadap kanak-kanak.

You might also like