You are on page 1of 2

Bunga raya bunga kebangsaan di petik oleh si cucu opah Selamat datang kami ucapkan ke majlis sambutan hari

jadi dan gawai dayak peringkat prasekolah Marilah kita memperdengarkan lagu 1Malaysia sebagai persembahan pembukaan kita oleh murid-murid prasekolah SK ST Lawrence Sekapur sirih........ Melihat kepada pendidikan di Malaysia pada masa ini, peringkat pembelajaran asas terutamanya di prasekolah telah menjadi salah satu agenda utama dalam proses Transformasi Negara. Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian,sikap dan Nilai, Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika dan Tunjang Ketrampilan Diri merupakan 6 tunjang yang terdapat dalam kurikulum baru prasekolah iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Apa yang berlaku hari ini adalah berkisar dengan elemen-elemen pembelajaran tersebut. Menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak khususnya di prasekolah adalah menjadi agenda utama di sesebuah sekolah. Saranan pihak kementerian plajaran agar konsep 1 malaysia dijalankan di peringkat paling asas mampu dipupuk seperti yang berlaku pada hari ini. Tuan-tuan dan Puan-puan, Marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SK ST Lawrence Sabu Encik Inau anak Garie dan seterusnya merasmikan majlis sambutan hari jadi dan gawai dayak peringkat prasekolah bagi tahun 2012. Majlis mempersilakan............................. burung merpati terbang berkawan hinggap sekejap di pohon rambutan Jasa tuan di dalam ingatan akan di kenang sepanjang zaman. Aktiviti kita yang seterusnya ialah.................. Majlis menjemput semua ibubapa/penjaga prasekolah ke depan untuk sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi . Aktiviti untuk murid Prasekolah ( Chicken Dance ) Tarian Poco-poco @ bebas ( murid-murid prasekolah akan menari bersama ibubapa/penjaga mereka) Pertandingan Putera dan Puteri Selamat Menjamu selera (Ruang Karaoke disediakan ) Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. majlis bersurai .

You might also like