You are on page 1of 3

TEKS KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t.

Yang Berhormat Dato Norhayati Bin Omar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Merangkap ADUN Kawasan Kuala Pilah. Yang Berbahagian Mej Sazali Bin Ismail, YDP PBTM Bahagian Negeri Sembilan merangkap Naib Presiden PBTM. Yang Berbahagia Lt. Kol Nasir Bin Hadi, Naib YDP PBTM Negeri Sembilan. Yang Berbahagia Lt. Kol Ahmad Najib Bin Othman, Pegawai Memerintah 15 RAMD. Yang Berusaha Mej Samsuri Bin Udin (B) Ketua Cawangan PBTM Kuala Pilah. Yang Dihormati Mej Nik Bin Nik Man Pengarah JHEN Negeri Sembilan/Melaka. Yang dikasihi Pengerusi Tetap, Barisan Ahli Jawatankuasa PBTM Kuala Pilah, Datuk-Datuk Adat, Datuk-Datuk Ketua Kampung, Tuan Imam, seterusnya tuan dan puan sekelian.

Alhamdulillah, dengan izin Allah pada petang ini dapat kita mengadakan Mesyuarat Agong PBTM Cawangan Kuala Pilah kali yang ke-46. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Zikir Munajat Pembersih jiwa Doa dipohon menjana taqwa bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya...., untuk itu, majlis mempersilakan Tuan Imam Basir untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Amin..amin..aminya rabbal alamin majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT. Tuan/puan yang dihormati.. kita teruskan majlis dengan menjemput Ketua Cawangan PBTM Kuala Pilah, Mej Samsuri Bin Udin untuk menyampaikan ucapan alu-aluan...dipersilakan --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Majlis merakamkan ribuan terima atas ucapan alu-aluan sebentar tadi. Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Mej Sazali Bin Ismail, YDP PBTM Bahagian Negeri Sembilan merangkap Naib Presiden PBTM. untuk menyampaikan ucapan.....majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Duduk segak wajah menawan, berbudi pekerti manis senyuman marilah mendengar penuh perhatian ucapan perasmian yang ingin disampaikan

sidang hadirin sekalian majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Norhayati Bin Omar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Merangkap ADUN Kawasan Kuala Pilah untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PBTM Cawangan Kuala Pilah kali yang ke-46....dipersilakan dato.... ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Demikianlah tadi ucapan perasmian Mesyuarat Agong PBTM Cawangan Kuala Pilah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Norhayati Bin Omar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Merangkap ADUN Kawasan Kuala Pilah.... bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

adat bertunang ada cincinnya adat mesyuarat ada pingat dan cenderamatanya

bagi menyempurnakan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM), dijemput Lt. Kol Najib Bin Othman, Pegawai Memerintah 15 RAMD...dipersilakan diminta..(senarai penerima pingat) ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Terima kasih diucapkan kepada Lt. Kol Najib Bin Othman atas kesudian menyampaikan pingat itu tadi. Seterusnya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Mej Samsuri Bin Udin untuk menyampaikan cenderamata kenangan kepada.. Yang Berhormat Dato Norhayati Bin Omar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Merangkap ADUN Kawasan Kuala Pilah. Yang Bahagian Mej Sazali Bin Ismail, YDP PBTM Bahagian Negeri Sembilan merangkap Naib Presiden PBTM. Yang Berbahagia Lt. Kol Nasir Bin Hadi, Naib YDP PBTM Negeri Sembilan. Yang Berbahagia Lt. Kol Ahmad Najib Bin Othman, Pegawai Memerintah 15 RAMD.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas penyampaian pingat dan cenderamata sebentar tadi.

sidang hadirin sekalian bagai tak terasa majlis kita telah sampai ke penghujungnya....izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.. Kalau tiada jarum yang patah harap simpan di dalam peti kalau benar madah dan tingkah harap sematkan di dalam hati

segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan yang benar itu datangnya daripada Allah SWT, silap dan salah adalah kelemahan diri saya sendiri Akhir kata ...dipersilakan Dato dan sidang hadirin sekelian untuk ke jamuan minum petang yang telah disediakan.. dengan itu sekian terima kasih...wabillahi taufiq wal hidayah.....assalamualaikum WBT...

You might also like