You are on page 1of 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

1.0

PENGENALAN Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa. Program pemulihan telah disediakan untuk membantu murid mengatasi masalah kelemahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Tanpa bantuan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari pengalaman yang menggembirakan di sekolah dan mereka juga mungkin tercicir dari sistem persekolahan lebih awal lagi. Melalui program pemuliham keperluan murid yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah memastikan mereka mendapat bantuan pemulihan untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Program pemulihan yang sedia ada memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran bahasa melayu. Program intervensi yang dilancarkan membantu murid-murid pemulihan menguasai kemahiran membaca dan menulis di dalam bahasa melayu. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran biasanya lemah dalam bahasa melayu mahupun bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu yang baik membantu murid-murid pemulihan ini mengikuti matapelajaran yang lain. Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah termasuklah pelajarpelajar berkeperluan khas. Fokus dalam Sistem Bahasa ialah pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

2.0

TATABAHASA Tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Salah satu bukti kemahiran berbahasa seseorang ialah kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat. Oleh sebab itu, kecekapan berbahasa perlu diajarkan secara terancang dan bersesuaian dengan kinteks pembelajaran sejak murid berada di sekolah rendah lagi. Lazimnya, pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah rendah menitikberatkan aspek penggunaan. Terdapat beberapa tujuan pengajaran tatabahasa iaitu; (a) mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan; (b) (c) (d) (e) menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks; menggunakan frasa yang betul; membina ayat yang betul, tepat dan gramatis, dan membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul. 2.1 GOLONGAN KATA Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar iaitu; (a) (b) kata nama (perkataan yang menggambarkan nama sesuatu); kata kerja (perkataan yang menggambarkan perbuatan); 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

(c) (d)

kata adjektif (perkataan yang menggambarkan sifat sesuatu); dan kata kata tugas (perkataan yang menggambarkan fungsi sesuatu).

(a) KATA NAMA Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah: Orang Haiwan Benda Tempat Kata : ayah, polis, perempuan : ayam, itik, buaya : televisyen, komputer, bank : stadium, jalan raya, pulau nama am boleh dibahagikan kepada dua

iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan. 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

Contoh: buai -> buaian Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah: Benda Orang : Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah : Cik Nazifah, Inspektor Fahim, Dr.Eng

Binatang : Comel, Pak Belang, Dody Tempat : Kampung Bahru, Johor Baru, Putrajaya Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. (b) KATA KERJA Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (Perbuatan Melampau) dan kata kerja tak transitif (Perbuatan tidak Melampau). Kata kerja terbahagi kepada : A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) A. Kata Kerja Transitif 1. Kata Kerja Transitif ialahsegala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). 2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio. mendengar ialah kata kerja transitif radio ialah objek (kata nama) Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: Contoh ayat : 1. Kucing itu menangkap seekor burung. 2. perempuan itu menjual sayur. 3. Bapa sedang menulis surat. Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut. 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

(a) Pak Abu menjala ikan. (b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. (c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. (d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh. (e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih. (f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat ) Dia suka Jamilah Abidin Ramli Kereta itu

Kata kerja transitif membaca memukul menjual berjalan melanggar

penyambut ( Objek ) buku seekor ular kuih-muih ke sekolah seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut. Contohnya :: 1. Mereka berjalan pada hari cuti. 2. Anjing itu sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya semalam. Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain. Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

Kami Dia Saya Hassan

mandi senyum menyanyi berjalan

di tasek itu. semasa berjalan dengan kuat ke sekolah

Kata Kerja Tak Transitif i. ii. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid-murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras. Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah kan atau I di hujungnya. Contoh ayat: 1. Mereka menjalankan jentera itu. 2. Emak sedang menidurkan adik. 3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori. 4. Halim mengikuti perbualan mereka. 5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

(c) KATA ADJEKTIF Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat sebagai unsur keterangan (frasa yang digaris) dalam binaan tersebut, contohnya : Pemikirannya masih mentah lagi Jalan raya itu sangat sibuk Suara biduanita itu merdu sekali

JENIS KATA ADJEKTIF Golongan kata adjektif sukar ditentukan secara tetap, tetapi berdasarkan aspek maknanya, kata ini dapat dibahagikan kepada 9 jenis iaitu : JENIS KATA ADJEKTIF 1. Adjektif Sifat Digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan 2. Adjektif Perasaan Digunakan bagi memberi pengertian ataupun konsep perasaan 3. Adjektif Cara Digunakan bagi memberi pengertian kelakuan ataupun keadaan 4. Adjektif Ukuran Digunakan bagi memberi pengertian ukuran 5. Adjektif Bentuk Digunakan bagi memberi pengertian rupa bentuk CONTOH PERKATAAN Lemah, pintar, cergas, kuat, keras, bijak, nakal, sihat dan jahat

Malu, geram, marah, rindu, takut, kasih, saying

Cepat, cermat, laju, lambat, gopoh, perlahan, pantas, ligat

Tinggi, rendah, kecik, pendek, kurus, nipis, tebal, gemuk

Bundar, bujur, lonjong, buncit, bengkok, lurus, leper, bulat

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

6. Adjektif Waktu Digunakan bagi memberikan pengertian konsep masa 7. Adjektif Warna Digunakan bagi memberikan pengertian warna 8. Adjektif Jarak Digunakan bagi memberikan pengertian konsep ruang antara dua benda atau keadaan 9. Adjektif Pancaindera Digunakan untuk memberikan pengertian konsep sentuh, dengar, pandang, baud an rasa

Silam, lampau, sering, dahulu, lewat, awal, baharu, kerap

Putih, merah, coklat, ungu

Dekat, jauh, hampir

Rasa lazat, payau, kelat Sentuh licin, kesat, halus Dengar sengau, merdu, serak Pandang segak, comel, buruk Bau tengik, harum, masam

(d) KATA TUGAS Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain. Berdasarkan kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, kata tugas terdiri dari 3 jenis utama seperti berikut : 1. Kata Penyambung Ayat Ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan 2 atau lebih binaan ayat. Berdasarkan kepada tugas tersebut, kata ini terbahagi pula kepada 2 iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. a) Kata Hubung Gabungan Ialah perkataan yang digunakan untuk menghasilkan ayat majmuk gabungan, iaitu perkataan yang menggabungkan 2 atau lebih klausa yang sama tara seperti lalu, dan, serta, tetapi, atau dan sambil. Contohnya : Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok. Kakak memandu kereta sambil mendengar radio.

b) Kata Hubungan Pancangan Ialah sejumlah perkataan yang digunakan bagi menghubungkan klausa yang tidak setara pada klausa utama pada ayat majmuk pancangan. Kata hubung ini terbahagi kepada 3 iaitu : i. Kata hubung pancangan relatif Terdiri daripada perkataan yang iaitu kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil, contohnya : Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.

1 0

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

ii.

Mereka suka melihat pemandangan yang cantik itu. Kata hubung pancangan komplemen Terdiri daripada perkataan bahawa dan untuk iaitu perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa pelengkap kepada klausa utama contohnya :

iii.

Kami percaya bahawa dia tidak bersalah. Fairuz datang untuk menziarahi kawan karibnya. Kata hubung pancangan keterangan Terdiri daripada perkataan yang menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan contohnya : semoga, ketika, sekiranya, sesungguhnya, tatkala, agar, kalau, setelah, walaupun, meskipun, kerana dan supaya. Contoh ayat adalah : Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya. Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya.

2. Kata Praklausa Ialah perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan atau penerang pangkal klausa. Berdasarkan tugas berikut, kata ini dapat dibahagikan kepada jenis berikut :

a) Kata Seru Perkataan yang digunakan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan dan menggunakan penanda seru pada akhir ayat. Contohnya : 1 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

Oh wah Aduh Nah eh Amboi syabas Cis b) Kata Tanya Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara atau seorang. Kata tanya ialah sebahagian prediket ayat dan jika diletakkan pada pangkal ayat, kata ini hendaklah disertai dengan partikel kah, contohnya : apa bagaimana Bila siapa Mengapa berapa c) Kata Pembenar Perkataan yang digunakan untuk membenarkan satu pertanyaan, contohnya : bena r d) Kata Perintah Perkataan yang digunakan untuk menyampaikan arahan, suruhan dan permintaan, contohnya : jemput sila Jangan tolon g Harap minta betul ya

e) Kata Pangkal Ayat Perkataan yang digunakan sebagai penanda kesinambungan ayat dalam wacana dan kedudukannya

1 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

adalah pada bahagian hadapan ayat. Kata ini banyak terdapat dalam teks klasik contohnya : adapu n alkisah sebermula Syahadan maka Hatta

3. Kata Prafrasa Ialah perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut : a) Kata Bantu Perkataan yang digunakan bagi menimbulkan makna-makna tambahan dalam frasa kerja. Kata ini terbahagi kepada 2 iaitu : i. Kata bantu aspek Bertugas menimbulkan suasana perbezaan masa, sama ada masa ini, masa akan datang atau masa lampau. Contohnya : pernah, sudah, telah, belum, sedang, masih, akan ii. Kata bantu ragam Bertugas perasaan menyatakan berkaitan atau menerangkan yang ragam perbuatan dilakukan,

contohnya: harus, mahu, hendak, mesti, boleh, dapat

b) Kata Penguat

1 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

Perkataan yang digunakan bagi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif dan ianya terbahagi kepada 3 iaitu : i. Kata penguat hadapan Kedudukan adalah di hadapan kata adjektif, contohnya : paling, terlalu, agak ii. Kata penguat belakang Kedudukannya adalah di belakang kata adjektif, contohnya : sekali, benar, nian iii. Kata penguat bebas Kedudukannya sama ada di hadapan atau di belakang adjektif, contohnya : sungguh, amat, sangat c) Kata Penegas Juga disebut sebagai partikel, iaitu perkataan yang digunakan bagi memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat dan ianya terbahagi kepada 2 iaitu : i. Kata yang menegaskan frasa predikat, iaitu apabila frasa predikat -lah ii. Kata yang bersifat bebas, iaitu perkataan yang boleh digunakan untuk menegaskan kedua-dua bahagian ayat, sama ada subjek atau predikat, contohnya : hanya, lagi, memang, juga, pun, jua d) Kata Nafi Perkataan yang digunakan bagi menafikan atau menidakkan seseorang ataupun sesuatu perkara, contohnya : bukan dan tidak. e) Kata Pemeri 1 4 ataupun bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, contohnya : -kah, -tah,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

Perkataan yang digunakan untuk memerikan sesuatu hal atau sebagai perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat ayat. Contohnya : ialah (digunakan secara persamaan atau ekuatif dan hadir di hadapan frasa nama) dan adalah (digunakan secara huraian atau kualitatif dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi utama) f) Kata Arah Perkataan yang digunakan bagi menunjukkan hala atau jurusan sesuatu perkara. Kata ini digunakan sebelum frasa nama dan biasanya disertai oleh kata sendi nama, contohnya : atas, bawah, tepi, tengah, hadapan, belakang, selatan, sisi, dalam, luar dan antara. g) Kata Bilangan Perkataan yang digunakan bagi menunjukkan jumlah atau bilangan sesuatu perkara, orang atau benda. Kata ini terbahagi kepada 5 iaitu : i. Bilangan tentu dua, tiga, sepuluh, lima ratus ii. Bilangan tak tentu beberapa, seluruh, sekalian, semua iii. Bilangan himpunan bertin-tin, berhari-hari, kedua-dua iv. Bilangan pisahan masing-masing, tiap-tiap, setiap v. Bilangan pecahan separuh, setengah, sepertiga h) Kata Sendi Nama Perkataan yang biasanya terdapat pada bahagian hadapan frasa nama. Setiap kata sendi nama mempunyai fungsi serta tugas yang tersendiri dan haruslah digunakan dengan betul. Terdapat juga sebilangan kata sendi nama yang juga merupakan golongan kata yang lain seperti antara (juga

1 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

sebagai kata arah), sampai (juga sebagai kata kerja), dalam (juga sebagai kata adjektif). Contohnya : di, ke, pada, kepada, daripada, dari, untuk, dengan, oleh, tentang, terhadap, demi, sejak, seperti, bagai, umpama, laksana, hingga dan sampai.

3.0

CADANGAN

MENINGKATKAN

PENGUASAAN

BAHASA

MURID

PENDIDIKAN KHAS Untuk pengajaran pemulihan yang berkesan, beberapa kaedah boleh digunakan. Antaranya adalah : 3.1 KAEDAH KUMPULAN

Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat.

Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.

Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.

3.2

KAEDAH INDIVIDU

Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih

1 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan banyak mulut daripada murid semasa mengajar.

Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

3.3

KAEDAH RAKAN SEBAYA

Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.

Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari berkenaan.

4.0

KESIMPULAN DAN PENUTUP Pendidikan yang semakin mencabar abad ini memaksa guru mencongak strategi berkesan bagi memastikan setiap murid mendapat taraf pendidikan yang seimbang dan sama rata. Tidak kira jawatan apa pun di sekolah, keutamaan guru adalah servis yang baik terhadap klien masing-masing. Sesetengah guru mata pelajaran di kelas biasa inginkan murid mendapat A dalam peperiksaan bagi mata pelajaran masing-masing. Tetapi mungkin sebaliknya bagi seorang guru pemulihan.

1 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ). Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka

1 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUANKU BAINUN PGSR PEMULIHAN KHAS PKP3116 SISTEM BAHASA MELAYU

SENARAI RUJUKAN Maniyamin bin Haji Ibrahim dan Ahmad Rasol bin Ariffin, 2007. Analisis Kesilapan Ejaan Bahasa Melayu: SSistem atu Kajian Kes. Bukit Mertajam: Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tuanku Bainun. Mari Belajar Bahasa ; Sistem Bahasa Kata Nama. Dari laman : http://maribelajarbahasasksg.blogspot.com/2008/11/sistem-bahasa-katanama.html Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995. Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tatabahasa. Dari laman : http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm

1 9

You might also like