You are on page 1of 3

Amali 1 Tajuk: Haba Peneutralan

Pengenalan/Teori Haba peneutralan ialah jumlah haba yang dibebaskan apabila satu mol ion H+ daripada asid meneutralkan 1 mol ion OH- daripada alkali untuk menghasilkan 1 mol air. . Ini kerana ion hydrogen , H+ daripada asid akan bergabung dengan ion hidroksida, OH daripada alkali untuk membentuk H2O. Ion-ion lain adalah tidak terganggu. Semua tindak balas haba peneutralan merupakan tindak balas eksotermik. Jumlah haba yang dibebaskan semasa tindak balas peneutralan bergantung kepada: a) kepekatan asid dan alkali b) kuantiti asid dan alkali yang digunakan c) kebesan asid

Objektif : Menentukan haba peneutralan bagi tindak balas (i) (ii) (iii) asid hidroklorik dengan natrium hidroksida asid sulfuric dengan natrium hidroksida asid nitric dengan kalium hidroksida

Prosedur: 1. 25.0 cm3 EC1 dimasukkan ke dalam plastic menggunakan pipet. Suhu EC1 direkodkan sebagai suhu awal campuran R dalam jadual yang diisediakan. 2. 60 cm3 larutan EC3 di tambah ke dalam cawan yang mengandungi EC1 dengan

Shella alicson edmeade/ppgsn2611/amali 1/sn 3109

Page 1

menggunakan silinder penyukat. 3. Campuran R dikacau dengan berhati-hati dan suhu tertinggi yang dicapai direkodkan. 4. Campuran dibuang R dibuang dan cawan dibilas menggunakan air suling. 5. Prosedur-prosedur di atas diulangi menggunakan (i) 25.0 cm3 EC2 menggantika EC1 untuk membentuk campuran S, dan (ii) 25.0 cm3 EC4 dan 60 cm3 EC5 menggantikan EC1 dan EC3 masing-masing, bagi membentuk campuran T. Keputusan :

Campuran R EC1 + EC3 Suhu tertinggi / oC Suhu awal / oC Peningkatan suhu / oC 35.0 31.0 4.0

Campuran S EC2 + EC3 36.0 31.5 4.5

Campuran T EC4 + EC5 35.0 31.0 4.0

Soalan

1. Tuliskan persamaan ion bagi tindakbalas yang berlaku dalam campuran-campuran R, S dan T (2m).

2. Bandingkan nilai-nilai haba peneutralan yang anda perolehi bagi


Shella alicson edmeade/ppgsn2611/amali 1/sn 3109 Page 2

(i) (ii) (iii)

campuran R dan S. campuran R dan T, dan campuran S dan T.

Terangkan mengapa wujudnya perbezaan atau kesamaan antara kedua-dua nilai yang anda telah bandingkan. (6m)

3. Haba peneutralan bagi asid kuat dengan asid lemah ialah -57.3 kJ mol-1. Cadangkan dua cara untuk menambahbaik prosedur-prosedur yang telah diberikan agar nilai anggaran -57.3 kJ mol-1 dapat diperolehi. (4m)

4. Adakah haba peneutralan antara asid kuat dengan alkali lemah menjadi lebih besar atau lebih kecil daripada -57.3 kJ mol-1 . Jelaskan. (3m)

Shella alicson edmeade/ppgsn2611/amali 1/sn 3109

Page 3

You might also like