You are on page 1of 13

Kod Kertas

EEN 202

Page 1 of 13

KOLEJ VOKASIONAL ARAU PERLIS


KERTAS PENERANGAN

KURSUS / TRADE TAHAP / LEVEL MODUL CONTENT STANDARD CODE CREDIT UNIT CONTACT HOUR LEARNING STANDARD

TEKNOLOGI ELEKTRONIK TAHUN 1 SEMESTER 2 AUDIO AND VIDEO SYSTEM INSTALLATION PELAN AND PREPARE HI-FI INSTALLATION EEN 202 3.0 5.0 HOUR/WEEK 1.1 Pelan and prepare for instllation Hi-Fi system 1.2 Carry out HI-FI system installation 1.3 Test of serviceability

NAMA PELAJAR

TUJUAN :

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN : 1. 2. 3. 4. Sistem HI FI Analisa Sistem HIFI Peranti HI FI Gambarajah Blok Sistem HIFI dan fungsi Cara pemasangan Sistem HIFI

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 2 of 13

PENGENALAN Hari ini ramai pengemar muzik samada di rumah atau di dalam kenderaan ingin mendapatkan mutu bunyi yang menarik dan baik, oleh itu perancangan yang baik telah di buat untuk mendapatkan suara high fidelity atau hi-fi. Mutu suara terbaik seperti itulah yang dicari pengemar audio. Kita telah diperkenalkan pada produk pemain stereo yang unggul seperti walkman yang sangat kecil dan ringan hingga dapat dibawa kemana-mana serta dilengkapi pula dengan head phone yang ringan. Hingga sekarang walkman masih lagi popular biarpun di pasaran ia sudah banyak berkurangan. Agar dapat didengar sambil belajar, walkman kini telah dilengkapi dengan sepasang pembesar suara mini tanpa mengurangi mutu suaranya. Memang kebelakangan ini terdapat kurang permintaan terhadap peralatan hi-fi. Ini bukan lagi zaman untuk berdisko dengan muzik yang berdentam bunyinya. Tetapi sekarang ini ramai pengguna mula menyukai muzik yang berbentuk ringan, sedap didengar atau berat tetapi enak buat dijadikan halwa telinga. Sekarang ini nampaknya pengeluarpengeluar sistem stereo hi-fi sedang giat merancang produk hi-fi yang canggih, mudah dibawa dan mudah di tempatkan di mana pun di segenap penjuru ruang. Contohnya hi-fi jenis compo adalah salah satu produk yang amat popular di saat ini dan banyak penggemarnya dan sangat sesuai untuk seseorang seperti karyawan, mahasiswa dan orang perseorangan. Mutu suara serta bunyi yang dihasilkannya amat hebat jika dibandingkan dengan peringkat hi-fi besar. Dimana hi-fi compo terdiri dari komponenkomponen hi-fi yang lengkap sehingga kita dapat menikmati sajian hi-fi yang benar-benar memuaskan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 3 of 13

APA ITU SISTEM HI-FI? Rajah 1.0 dibawah menunjukkan bahagian rangkaian hi-fi stereo mudah. Sistem ini terdiri dari pra penguat yang dipasang sebagai penguat penyama tape head, penguat pickup, penguat mikrofon ataupun hanya sebagai pra penguat linear. Kemudian peringkat selanjutnya adalah terdiri daripada alat-alat kawalan paras isyarat atau volume, kawalan suara bass dan treble, dan kawalan keseimbangan stereo atau balance. Pada peringkat terakhir pula merupakan penguat kuasa yang akan menggerakkan serta memacu speaker agar dapat mengeluarkan isyarat suara. Rangkaian pra penguat ini dapat diubahsuaikan supaya sesuai dengan sumber isyarat yang akan kita masukkan.

Isyarat

Sumber Masukan

Kuasa

Rajah 1.0. Rangkaian sistem hi-fi stereo mudah. PRA PENGUAT Bila kita ingin menggunakan isyarat-isyarat dari tape head, jarum magnetik, atau mikrofon sebagai isyarat masukan, maka ia mesti melalui rangkaian penguat isyarat kecil yang dikenali sebagai pra penguat. Pada peringkat ini semua frekuensi isyarat masukan akan diperkuat dengan gandaan yang sama besar. Sebagai contoh, IC uPC1032H buatan NEC digunakan untuk keperluan ini. Sebagai penguat awal, uPC1032H memenuhi standard low noise dan sesuai bila digunakan untuk menguatkan isyarat daripada tape head atau isyarat jarum magnetik yang mana nilainya adalah amat kecil. Pada rajah 2.0 di bawah menunjukkan rangkaian pra penguat yang sederhana. Rangkaian penyama ditentukan oleh nilai-nilai R 1, R2, R3, C2, C3, dan C4, pemilihan nilai komponen-komponen ini dapat ditentukan dengan merujuk pada jadual 2.1.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 4 of 13

Rajah 2.0 Rangkaian pra penguat menggunakan IC uPC1032H

X R1 R2 R3 C2 C3 C4

Pra penguat Head Tape C:500 pF 810 12 k 330 k 22 uF 10 nF

Pick Up R:47 k 1k 560 k 56 k 47 uF 6,8 nF 1,5 nF

Mic R:47 k 1k Hub. Singkat 100 k 47 k 100 pF

Aux1 R:47 k 1k Hub. Singkat 10 k 47 uF -

Jadual 2.1 Jadual nilai-nilai komponen pada pra penguat

RANGKAIAN KAWALAN NADA

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 5 of 13

Rangkaian kawalan nada pada sistem hi-fi digunakan untuk mengawal gandaan isyarat dari rangkaian pra penguat. Biasanya isyarat yang dapat dikawal pada peringkat ini adalah seperti kawalan volume (bahana), kawalan treble, kawalan mid, suis pemilih loudness dan juga kawalan bass. Pada amnya rangkaian kawalan nada terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis pasif dan juga jenis aktif. Rangkaian kawalan nada jenis aktif terdiri daripada penapis band-pass yang dibina bersama penguat manakala jenis pasif hanyalah terdiri daipada penapis-penapis band-pass pada julat frekuensi tertentu. Rajah 3.0 di bawah menunjukkan rangkaian kawalan nada jenis Baxandall. Rangkaian ini cukup memadai untuk sistem menerangkan suati sistem hi-fi yang mudah. Input rangkaian kawalan nada ini adalah melalui suis pemilih yang dapat dipilih daripada samada dari pra penguat atau sumber lain. Kemudian pada meterupaya ' volume' dipasangkan suatu rangkaian 'loudness' yang digunakan untuk menonjolkan suara-suara bass. Untuk potensiometer volume boleh digunakan samada jenis logaritmik (A) ataupun jenis linear (B). Bila meterupaya linear digunakan maka R 6 harus disambungkan supaya meterupaya tetap bekerja secara logaritmik. Sebelum masukan litar kawalan nada, terdapat satu penguat transistor yang

disusun dengan konfigurasi colector-base feedback . Pengawal keseimbangan diletakkan pada masukan transistor tersebut, iaitu dengan P 2 linear. Suara bass dikawal oleh P3, sedangkan suara treble dikendalikan oleh P4. Keluaran dari rangkaian kawalan nada diberi tambahan untuk kemudahan saluran keluar ( line out) bagi membolehkan ia dihubungkan dengan penguat kuasa di luar yang lebih besar.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 6 of 13

Rajah 3.0 Rangkaian kawalan nada PENGUAT KUASA STEREO Penguat kuasa stereo berfungsi untuk menguatkan isyarat yang diambil daripada rangkaian kawalan nada kepada suatu nilai yang lebih besar supaya isyarat tersebut dapat menggerakan atau memacu speaker. Sebagai contoh, IC penguat stereo jenis TA7230P dibincangkan dalam topik ini. IC ini mengandungi penguat kuasa stereo terbina dalam dan ianya dikeluarkan oleh syarikat Toshiba dari negara Jepun. Rangkaian luarnya sangat sederhana seperti yang ditunjukkan pada rajah 4.0. R14, R15, C24, dan C25 pada inputnya merupakan rangkaian low pass filter. C15 dan C18 digunakan untuk menjodohkan isyarat input dan menghalang voltan a.t. pada pin 3 dan 8, C16 dan C17 merupakan penjodoh kepada pada isyarat a.u. agar suara-suara frekuensi rendah tidak diredam. C19 adalah bypass filter untuk voltan riak untuk penguat AF-nya. Keluaran penguat ini diambil dari pin 2 dan 10 melalui kapasitor C 22 dan C23, Manakala bekalan kuasanya dibekalkan pada pin1 dan 8.

Rajah 4.0 Rangkaian penguat kuasa stereo. BEKALAN KUASA Bahagian ini tidak boleh tertinggal pada sistem audio mana sekali pun. Di sini hanya bekalan kuasa yang sederhana dibincangkan seperti yang terdapat pada rajah 5.0 dibawah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 7 of 13

Untuk bekalan kuasa, sebuah transformer tap-tengah digunakan dengan kadaran 1A, 12-0-12 volt. Diod D1 dan D2 berfungsi sebagai liter penerus menukarkan voltan a.u. kepada voltan a.t. dan ditapis oleh kapasitor C26. Titik positif C26 dibekalkan ke penguat kuasa, iaitu pada titik V CC. Bekalan kuasa untuk rangkaian kawalan nada dan pra penguat di ambil dari titik A dan B setelah voltan melalui penapis gyrator R 17, C27, R18 dan transistor BC 107.

Rajah 5.0 Litar bekalan kuasa.

LITAR HI-FI LENGKAP Rajah 6.0 merupakan litar lengkap dari sistem stereo hi-fi ini. Setelah mengenal bahagian-bahagian dengan secara satu persatu, kita juga dapat menggabungkan bahagian-bahagian yang telah dibincangkan di atas secara lengkap.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 8 of 13

Rajah 6.0. Litar lengkap penguat stereo hi-fi RAJAH BLOK SISTEM HI-FI Gabungan bahagian-bahagian yang dibincangkan dalam bahagian 1.0 hingga 6.0 dapat digambarkan menggunakan gambarajah blok seperti di bawah :-

speaker

Pra penguat

Penguat pemacu

Penguat kuasa

Tranduser masukan seperti mic, tape head dsb.

Rajah 7.0. Rajah blok system hi-fi. FUNGSI SETIAP BLOK Fungsi setiap blok seperti yang digambarkan pada rajah 7.0 di atas boleh diterangkan seperti berikut ; 1. Tranduser masukan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 9 of 13

1.1 1.2. 1.3. -

Mikrofon Menukar isyarat bunyi kepada isyarat audio Tape head Bahan rakaman magnetic kepada isyarat audio Antena Menukar isyarat gelombang kepada isyarat frekuensi radio.

2. Pra-penguat 1dan 2 Menguatkan isyarat audio untuk dihantar ke penguat pemacu

3. Kawalan nada Volume / bahana mengawal isyarat audio mengawal amplitud isyarat audio kawalan maksima Bass mengawal amplitud isyarat frekuensi rendah diperlukan atau tidak Treble mengawal isyarat frekuensi tinggi perlu atau tidak

6. Penguat pemacu menguatkan isyarat yang diterima dari litar kawalan nada Pemisah fasa : jika penguat kuasa menggunakn jenis tolak-tarik Memandu / memacu penguat kuasa supaya bekerja

7. Penguat kuasa biasanya menggunakan penguat dari jenis tolak tarik. Menguatkan isyarat dari penguat pemacu ke nilai yang sesuai supaya dapat memacu speaker 8. Speaker menukarkan isyarat audio kepada isyarat bunyi

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 10 of 13

CARA PEMASANGAN SISTEM HI-FI Rajah 8.0 di bawah menunjukkan kaedah memasang sistem hi-fi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 11 of 13

Rajah 8.0 : Cara Pemasangan Sistem Hi-Fi

CONTOH-CONTOH KEROSAKAN PADA SISTEM HI-FI Contoh-contoh kerosakan dalam sistem hi-fi adalah sama seperti kerosakan yang biasa berlaku dalam sistem audio yang lain. Antaranya adalah seperti berikut :-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 12 of 13

i) ii) iii) iv) v) vi) vii)

Tiada keluaran Keluaran berayun Keluaran herotan Keluaran lemah Penerima mati Kendalian terputus-putus Gangguan hingar

CARA MENGESAN KEROSAKAN i) Deria pendengaran Penggunaan telinga untuk mendengar kerosakan pada hi-fi. Bunyi yang dileluarkan oleh pembesar suara mungkin berayun atau tiada keluaran.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Kod Kertas

EEN 202

Page 13 of 13

ii)

Deria pandang Penggunaan deria pandang untuk memerhatikan kesan kerosakan yang berlaku, contohnya kesan kepada isyarat bunyi bagi set penguat audio yang rosak seperti tiada isyarat keluaran audio.

iii)

Teknik suntikan isyarat Ia bermakna memasukkan isyarat yang sesuai daripada penjana isyarat (audio generator) ke dalam sesuatu litar penguat audio untuk mengesan kerosakan yang berlaku dalam set penguat tersebut

iv)

Teknik surihan isyarat Surihan isyarat ialah kita melihat atau menganalisa isyarat dengan menggunakan osiloskop pada setiap bahagian litardan dibandingkan dengan bentuk isyarat normal pada litar tersebut dimana ia dilakukan dengan menggunakan bantuan litar skematik hi-fi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

You might also like