You are on page 1of 1

Projek khasSukatan pelajaran matematik sekolah rendah yang rasmi ini yang tersebut di atas terusdigunakan di sekolah-sekolah rendah

hingga tahun 1969. Satu sukatan pelajaran matematikyang baru di bawah nama projek khas mula dilancarkan pada tahun 1970. Projek khas ini adalahditubuhkan oleh Kementerian Pendididkan Malaysia di bawah pengerusi Encik Abu Hassan binAli dalam tahun 1968. Tujuan menubuhkan projek khas ini ialah meningkatkan mutu matematikdan sains di peringkat sekolah rendah mengikut arus perkembangan kurikulum di negara-negaramaju.Projek khas ini dibiayai oleh Yayasan Asia dan beberapa sukarelawan Ameriksa menjadipenasihat projek itu. Bahan bahan pengajaran dan pembelajaran matemaik disediakan olehsekumpulan pensyarah dan guru matematik yang telah mengikuti kursus di seberang laut.Di bawah projek khas ini, isi kandungan dalam sukatan pelajaran matematik di sekolahrendah tidak berubah, tetapi pendekatan, strategi dan kaedah ditukar untuk mengajarmatematik dengan lebih berkesan, di samping menimbulkan minat murid terhadap pelajaranmatematik. Sehubungan ini, strategi pemusatan murid dan kaedah inkuiripenemuandiperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah. Tujuanmenggunakan pendekatan, strategi dan kaedahmengajar yang baru ini ialah melahirkan muridmurid yang boleh memahami dan mengukuhkan konsep matematik melalui aktiviti kumpulandan seterusnya menggunakan matematik untuk penyelesaian masalah harian dengan lebihseronak serta berkesan.Projek khas ini mula dilancarkan pada tahun 1970. Kira-kira 30 buah sekolah di sekitarKuala Lumpur dipilih sebagai pusat percubaan. Untuk menjayakan projek ini, guru-guru yangterlibat diberi peluang mengikuti kursus dalam perkhidmatan. Mereka didedahkan denganstrategi pengajaran dan pembelajaran matematik yang baru serta debekalkan dengan bukupanduan mengajar dan pelbagai alat bantu mengajar.Pada tahun 1971, rancangan Projek Khas ini dilaksanakan sepenuhnya bagi semua muriddarjah satu di seluruh negara. Program projek khas ini diubahsuai dari semasa ke semasaberlandaskan penilaian dan saranan daripada guru, nazir sekolah dan sukarelawan Amerika.Projek ini terus digunakan dalam sekolah rendah sehingga diambilalih oleh KBSR yang muladilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1983

You might also like