You are on page 1of 16

KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL DI MALAYSIA

PISANG GORENG PAK HADI

SENARAI KANDUNGAN
BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. TAJUK TAJUK KAJIAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN MAKLUMAT ASAS LATAR BELAKANG SUMBANG / PENGARUH KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT PROSPEK RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN MUKA SURAT

7. 8. 9.

PENGHARAGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang membantu saya dalam menghasilkan kerja kursu sini . Yang pertama , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya Cik Nor Diyana Binti Mohd Nasir Tan kerana membantu saya , membimbang saya menyiapkan kerja kursus ini . Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Chan Kim Meng dan Tan Lian Heong kerana mereka memberi saya sokongan moral dan kewangan bagi memudahkan saya menyiapkan tugasan ini . Akhir sekali ,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Cheok Wen Hao dan Chen Ching Xuen yang banyak membantu dari segi pengumpulan maklumat , berkongsian dan memberi semangat .

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian kerja kursus ini saya dapat mengkaji dan meneliti kegiatan ekonomi tradisional di negara kita . Selain itu , juga saya dapat menerapkan nilai-nilai murni antara saya dan rakan-rakan dan dapat menentukan faedah kegiatan ekonomi tradisional di negara ini dari pada segi pening katantaraf hidup masyarakat tempatan . Melalui Tugasan ini ,saya dapat meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah . Melalui tugasan ini , saya juga dapat mengenal pasti sumbangan ekonomi tradisional terhadap pembangunan ekonomi Negara kita.

KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat-maklumat mengenai tajuk yang saya kaji , saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian . Kaedah pertama ialah dengan cara temu ramah orang sumber . Kami telah meluangkan masa bertemuramah dengan penjual pisang goreng di Taman Anggerik. Bagi mendapatkan maklumat-maklumat kaitan dengan tajuk kajian saya , saya menggunakan kaedah analisis dokumen dari majalah . Seterusnya , saya juga menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan . Saya telah pergi keperpustakaan sekolah bagi mendapatkan maklumat melalui buku ilmiah yang bertajuk Sarapan Minum & petang Akhir sekali , saya menggunakan kaedah lawatan dan pemerhatian dengan melawat tempat kajian . Saya dan kawan-kawan saya telah melawat ke alamat : Jalan Anggerik 3 , 81200 Johor . (Di hadapan Petrol Stesen Shell) pada 25 April 2013, pukul 4.00pm petang.

HASIL KAJIAN

6.1 MAKLUMAT ASAS


Jenis kegiatan ekonomi kajian saya ialah penjual pisang goreng.

Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantero dunia akibat dari perkembangan aktiviti perdagangan . Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar Arab di Afrika Timur. Pada tahun 1402, ianya telah dibawa ke Kepulauan Canary oleh orang-orang Portugis. Manakala bangsa Sepanyol memperkenalkan pisang ke Mexico sekitar tahun 1531 dan ke Benua Eropah Barat serta Amerika Utara pada tahun 1866. Terdapat pelbagai jenis pisang yang tumbuh subur di negara kita selain seperti pisang Berangan, pisang Masak Hijau, pisang Nipah, pisang Raja, pisang Tanduk, pisang abu dan pisang Awak. Pisang Goreng merupakan makanan ringan jenis Goreng celup tepung yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura . Ia dimakan pada waktu pagi , dan petang biasanya dihidang panas-panas . Ia sering dijual oleh penjaja jalanan . Pisang biasanya dicelup dalam adunan cair kunyit, dan tepung sebelum digoreng dalam minyak . Kini terdapat pisang goreng yang dihidangkan bersama keju , jam dan cokelat . Sesetengah orang mendakwa ini bagi meningkatkan imej makanan sebagai makanan tradisional bagi mereka yang berpendapatan rendah . Pisang Raja merupakan jenis pisang yang popular bagi dijadikan pisang goreng.

Pisang goreng juga merupakan kiasan yang berertise suatu yang mendapat permintaan ramai.

Tempat kajian penjual goreng pisang ialah Jalan Anggerik 3 , 81200 Johor . (Di hadapan Petrol Stesen Shell)

Menurut Kajian saya , pengurus kedai pisang goreng ini bernama Encik Abdul Hadi Bin Che Hassan. Beliau sekeluarga yang mengurus kedai pisang goreng ini selama 12 tahun.

6.2 LATAR BELAKANG


Tujuan Encik Abdul Hadi mengurus kedai ini adalah untuk menambah pendapatannya bagi menyarakan kehidupan sekeluarga . Walaupun beliau bekerja sebagai seorang pekerja kilang , namun beliau sanggup berpeluh darah untuk menambah pendapatan keluarganya , supaya taraf kehidupan sekeluarga mereka meningkat . Cara penyediaan Bagi menyediakan pisang goreng, pertama sekali, bancuhkan tepung, telur, garam, kunyit, air kapur dengan air sehingga cukup cair ke dalam basin . Seterusnya, panaskan minyak yang banyak dalam kuali sehingga 180 . Selepas itu , celupkan pisang dalam adunan bancuhan tepung dan masukkan ke dalam kuali . Seterusnya gorengkan pisang sehingga kuning keemasan . Apabila kelihatan agak garing atau kekuningan, angkat dan tuskan. Peralatan Peralatan yang diperlukan termasuk kuali , sudip, pisau, tapis, sudu, mangkuk, dan dulang untuk mempamerkan pisang goreng untuk dijual . Kawasan Perniagaan Encik Hadi menjual goreng pisang di sebuah gerai kecil dihadapan petrol stesen shell di Taman Anggerik. Kawasan perniagaan Encik Hadi adalah kecil , lebih kurang perluasan dua buah meja sahaja .

Kos Penghasilan Kos bagi memproses pisang goreng adalah rendah . Contohnya , Bagi mengoreng 200 pisang goreng , perlu membeli tepung 2 bungkus tepung dan 1 tandan pisang, minyak masak , telurdan sebagainya. Harganya lebih kurang Rm10 bagi memproses 200 pisang goreng.

6.3 SUMBANGAN & PENGARUH KEPADA MASYARAKAT


Sebagai seorang penjual pisang goreng, Pak Hadi telah menambah pendapatan keluarganya dan telah meningkatkan taraf kehidupan sekeluarganya. Keluarganya dapat hidup dengan lebih selesa dengan pendapatan yang ekstra ini. Keluarganya dapat membeli barang mewah atau pergi melancong ke negara lain dengan pendapatan dari menjual pisang goreng. Kedua, Encik Hadi yang menjual pisang goreng di kawasan tersebut dapat memenuhi permintaan di kawasan tersebut. Contohnya, pekerja-pekerja kilang di persekitaran tersebut membeli pisang goreng sebagai alas perut pada waktu petang. Pisang goreng memang sejenis makanan sampingan yang sesuai dimakan pada bilabila masa. Oleh itu, Encik Hadi yang menjual pisang goreng di kawasan tersebut memang memberi salah satu pilihan kepada pekerja-pekerja kilang di persekitaran kawasan kajian tersebut. Ketiga, Pisang goreng juga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk setempat. Sebagai contoh, penduduk-penduduk tempatan, atau pekerja-pekerja kilang kawasan tersebut berpeluang berkomunikasi semase membeli. Mereka akan berbualberbual dan berkomunikasi tentang isu semasa atau beromong-omong kosong tentang hal-hal yang berlaku di kehidupan seharian. Di samping itu, pelbagai kaum yang

minat dengan makanan ini berbukti negara kita sebuah negara yang aman dan harmoni. Semua kaum dapat menerima makanan tradisional kaum lain tanpa mengira bangsa dan agama. Justeru, matlamat Satu Malaysia jelas ditunjukkan. Akhirnya, gerai Encik Hadi juga membekalkan peluang pekerjaan kepada masyarakat kita. Menurut kajian kita, beberapa orang remaja akan menolong di gerai Encik Hadi. Menurut Encik Hadi, mereka dapat meringankan beban Encik hadi. Dalam hal ini, remeja yang membantu juga menerima upah yang berpatutan. Kesimpulannya, Gerai Encik Hadi sedikit sebanyak menyumbangkan kepada nusa tercinta kita, Malaysia.

6.4 Prospek
Menurut kajian saya, Encik Hadi yang menjalankan perniagaan ini tetap menghadapi beberapa kekangan dan cabaran. Dalam mengurus perniagaannya yang kecil ini, Encik Hadi kadang-kadang kekurangan tenaga pekerja. Hal ini demikian kerana pembantu yang datang menolongnya masih merupakan pelajar. Mereka perlu meluangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Selain itu, keluarganya kadangkadang sibuk dengan hal persendirian dan tidak dapat membantu nya. Oleh itu, Encik Hadi susah untuk berniaga berseorangan. Sebenarnya,pada pendapat saya, perniagaan tradisional ini boleh melibatkan pihak luar . Sebagai contoh, Encik Hadi boleh meminjam model daripada kerajaan dengan faedah yang rendah supaya beliau boleh menyewa sebuah kedai untuk menjalankan perniagaannya. Dengan pinjaman wang, Encik Hadi boleh mengupah pekerja untuk menolongnya di kedai. Selain itu, Kedai yang disewa boleh menampalkan iklan dan melalui iklan, lebih banyak orang mengetahui pisang goreng yang Encik Hadi jual. Secara tidak langsung, pendapatan beliau akan meningkat. Seterusnya, penduduk kampung di kawasan tersebut sebenarnya minat dengan pisang goreng Encik Hadi. Kadang-kadang juga ada pelancong dari tempat lain memandu kereta untuk membeli pisang goreng Encik hadi. Rasa pisang gorengnya amat enak dan lazak. Kebanyakan orang memang suka dengan rasa ini. Menurut kajian tempatan , juga ada sebilangan penduduk ingin merasai pisang goreng yang berlainan rasanya. Penduduk ada yang mencadang Encik Hadi mencipta pisang goreng yang berasa coklat atau pisang goreng manis. Mereka juga berharap pisang goreng ini akan lebih berkualiti demi menarik lebih ramai pembeli.

7 RUMUSAN
Sebagai rakyat malaysia, saya ingin menyebarkan kegiatan tradisional malaysia ini kepada seluruh dunia. Melalui kajian saya ini, lebih ramai orang tempatan atau luar negara dapat mengenali Makanan ini. Sayaa berpendapat bahawa, ekonomi tradisional di negara kita perlu berubah dan Kreatif demi menghasilkan pisang goreng yang lebih bermutu. Dengan ini, pisang goreng akan mengembang ke luar negara dan secara tidak langsung dapat mengharumkan imej negara kita. Selepas membuat kajian ini, saya dan rakan akan menyokong makanan ini, dan juga akan memujuk kawan-kawan saya memberi bantuan sekiranya perlu. Kami sanggup beruasaha tanpa mengira kaum dan bangsa demi memperkembagnkan kegiatan ekonomi tradisional ini.

8 LAMPIRAN

Gambar kumpulan kita melawat ke tempat kajian/ gerai Encik Hadi.

9 RUJUKAN
Buku Nama buku : Nama pengarang: Tarikh dicetat:

Orang Sumber Encik Abdul hadi bin Che Hassan, Umur 40 tahun, Tinggal di No 46, Jalan Bukit Kempas 1/15, Taman Bukit Kempas 81200, Johor

Melawat ke Tempat Kajian Jalan Anggerik 3 , 81200 Johor . (Di hadapan Petrol Stesen Shell) pada 25 April 2013, pukul 4.00pm petang.

Internet http://fazlisyam.com/pisanggoreng/

http://en.wikipedia.org/wiki/Pisang_goreng

You might also like