You are on page 1of 1

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok.

Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistic pada tahun 2010. Walaubagaimanapun, sekiranya saya terjebak dalam masalah sosial seperti ini, saya percaya bahawa kesihatan fizikal saya akan terjejas. Kajian terlebih dahulu telah membuktikan tubuh badan adalah mangsa pertama akibat gejala merokok. Ini kerana rokok mengandungi bahan yang akan merosakkan kesihatan fizikal seperti tar, nikotin dan karbon monoksida. Bukan itu sahaja, sebenarnya setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 gas beracun yang juga membahayakan organorgan dalam badan. Seterusnya, keadaan yang berlaku sekiranya saya terjebak dalam gejala negatif ini ialah, ia akan memburukkan prestasi pembelajaran. Melalui kajian yang dibuat oleh World Health Organization(WHO) IQ pelajar yang merokok lebih rendah dan kekerapan otak kiri berfungsi berkurangan jika dibandingkan dengan pelajar yang tidak merokok. Gejala merokok ini menyebabkan penurunan prestasi pembelajaran khususnya dalam peperiksaan yang diambil. Disamping itu juga, gejala negatif ini secara amnya pasti akan menjejaskan dan meruntuhkan serta mencemarkan harga diri sebagai seorang anak dan pelajar sekiranya saya terjebak dengan masalah ini. Harga diri seseorang dapat dinilai melalui akhlak dan kelakuan sesuatu individu. Merokok merupakan satu kelakuan yang tidak baik,merbahaya dan tidak berfaedah di mata masyarakat sekeliling. Ini kerana perokok akan dipandang sebagai individu yang bodoh dan berfikiran pendek apatah lagi perokok yang masih di alam persekolahan. Oleh itu, sekiranya terjebak dalam gejala merokok ini secara tidak langsung harga diri sebagai anak akan tercalar lebih-lebih lagi harga diri sebagai pelajar. Selain itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku sekiranya saya terjebak dalam gejala merokok ini. Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh badan tetapi juga akan mencemarkan udara sekeliling. Bukan itu sahaja, asap rokok juga meninggalkan kesan negatif kepada individu sekeliling yang terhidu akan asap rokok. Malah, peratusan asap rokok ini lebih merbahaya kepada individu sekeliling yang terhidu kerana asap yang disedut oleh si perokok telah pun ditapis sebilangan kecil melalui penapis pada setiap rokok. Oleh itu, pada masa yang sama sekiranya saya terjebak dalam gejala ini ianya akan menyebabkan keaslian udara tercemar dan juga membahayakan orang di sekeliling. Akhir sekali, masyarakat harus menyedari bahayanya merokok dari segi kesihatan,pembelajaran,harga diri dan alam sekitar serta individu sekeliling. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab harus meningkatkan usaha untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalang masyarakat amnya kepada remaja.

You might also like