You are on page 1of 33

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR )

Sejarah pelaksanaan :

Ia adalah Kurikulum bertulis yang dihasratkan. Mula dilaksanakan pada tahun 1982 secara terhad di 305 buah sekolah rendah.

Pelaksanaan secara terhad dalam peringkat percubaan bertujuan untuk membolehkan Kementerian Pendidikan mengesan dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan supaya pengubahsuaian boleh dilakukan semasa peringkat pelaksanaan penuh.

Selepas tahun 1988, KBSR dikaji semula untuk mengesan kebaikan

dan kelemahannya. Hasilnya,


beberapa reformasi mula dilaksanakan secara berperingkatperingkat untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangannya.

KBSR (1982) disemak semula kerana perkara-perkara berikut : 1. Perubahan sosioekonomi negara yang berlaku dengan pesat. 2. Untuk mempertingkat mutu

pendidikan di sekolah rendah agar


mencapai matlamat dan hasrat FPN.

3. Untuk melahirkan sebuah negara maju dengan wawasan dan cabaran

baru.
4. Untuk memberikan penekanan kepada sains dan teknologi, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar.

Selepas kajian kelemahan KBSR dilakukan, J/Kuasa Kurikulum memutuskan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1982) ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1993). Hal ini selaras dengan cita dan hasrat Falsafah Pendidkan Negara dan

Wawasan Pendidikan 2020.

KBSR terbahagi kepada dua tahap :

Tahap 1 ( Tahun 1-3 ) : Penekanan kepada penguasaan 3M.


Tahap 2 ( Tahun 4-6 ) : Tertumpu kepada pengukuhan isi kandungan pembelajaran dan asas sains. UPSR sebagai penilaian prestasi.

PRINSIP-PRINSIP KBSR

1. Murid di peringkat sekolah rendah lazimnya lebih mudah memperoleh ilmu dan kemahiran melalui aktiviti pembelajaran di bilik darjah berbanding dengan pengalaman hidup harian mereka. Oleh itu semua aktiviti

pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan


pengalaman hidup mereka mengikut peringkat-peringkat perkembangan aspek

intelek, rohani, fizikal dan emosi.

2. Suasana kondusif di sekolah adalah

untuk menyediakan peluang dan


menggalakkan interaksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasaa dalam kalangan murid.

3. Aktiviti bilik darjah harus

membolehkan murid mengembangkan


pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas yang diperlukan.

4. Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel. 5. Penekanan kepada nilai (nilai murni merentas kurikulum). 6. Penguasaan 3M. 7. Penilaian perlu diintegrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

MATLAMAT KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan keseluruhan potensi individu secara seimbang dan bersepadu yang termasuk aspek intelek, rohani, emosi dan fizikal untuk menghasilkan individu yang seimbang dan berharmoni dengan piawai

moral yang tinggi.


(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997)

Menurut PPK, KBSR secara am adalah bertujuan untuk membolehkan murid : 1. Menguasai kemahiran asas. 2. Memperoleh ilmu pengetahuan. 3. Menghayati dan mengamalkan nilainilai murni.

4. Membentuk sahsiah yang positif. 5. Membina kemahiran sosial dan kewarganegaraan. 6. Memupuk semangat kewarganegaraan. 7. Menanam rasa cinta akan alam sekitar.

8.

Memupuk serta meningkatkan kreativiti dan bakat.

9.

Menyedari tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan diri.

10. Menyedari tentang kepentingan sains dan teknologi.

Secara khusus pula, KBSR bertujuan untuk membolehkan murid : 1. Menguasai Bahasa Melayu dengan

memuaskan sesuai dengan


kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

2. Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis. 3. Berupaya menguasai asas yang kukuh

dalam kemahiran mengira dan


menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian.

4. Menguasai kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas

OBJEKTIF KBSR

1. Menguasai Bahasa Melayu.

2. Menguasai kemahiran asas bahasa. 3. Mengembngkan dan meningkatkan


kemampuan intelek termasuk pemikiran rasional, kritis dan kreatif.

4. Menguasai kemahiran mengira dan mengunakanya dalam kehidupan seharian. 5. Menguasai kemahiran belajar dan berfikir.

6. Menguasai Bahasa Inggeris sebagai


bahasa kedua.

7. Mengembangkan sifat kepimpinan dan keyakinan diri. 8. Menjadi peka terhadap manusia dan persekitaran. 9. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.

10. Memahami dan menghargai budaya serta menyertai aktiviti riadah. 11. Menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal. 12. Menguasai asas keusahawanan dan produktiviti.

13. Memperoleh kemahiran membaca, melafaz dan memahami makna

ayat-ayat dalam al-Quran.


14. Mengukuhkan asas akidah (kepercayaan pada Tuhan) dan amalan nilai murni. 15. Menyemai semangat kenegaraan.

16. Mengembangkan bakat dan kreativiti. 17. Mengembangkan sikap positif.

STRUKTUR DAN KOMPONEN KBSR

Bidang

Komponen

Mata Pelajaran ( Tahap I )

Mata Pelajaran ( Tahap II )

Komunikasi

Kemahiran Asas

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Seni Pendidikan Muzik Pendidikan Jasmani Kesihatan

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sains Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Pendidikan Seni Pendidikan Muzik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Manusia dan Persekitaran

Spiritual, nilai dan sikap

Perkembangan Diri Individu

Kemahiran Hidup Seni dan Riadah Kokurikulum

CIRI-CIRI KBSR

Huraikan bagaimana ciri-ciri KBSR dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kemahiran Asas 3M Strategi Berpusatkan Murid

Kemahiran Berfikir Bahasa Melayu Merentas Kurikulum


Patriotisme Merentas Kurikulum

CIRI-CIRI KBSR

Penilaian Berterusan Pemulihan dan Pengayaan

Nilai Merentas Kurikulum

You might also like