You are on page 1of 14

KAEDAH MAIN Kaedah main peranan dan permainan simulasi ini mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menerokai

isu nilai dan interpersonal. Kaedah instructional ini sangat sesuai bagi guru yang mengajar mata pelajaran sosial sains dan kemanusiaan. Kaedah ini dilaksanakan dengan melibatkan bilangan pelajar yang kecil dan dalam masa terhad iaitu di antara 5 hingga 15 minit. Walaupun belum ada kajian yang menunjukkan kaedah ini sangat berkesan jika dibandingkan dengan kaedah yang lain, tetapi boleh dijadikan alat pengajaran dan pembelajaran untuk guru dan pelajar. Sebahagian daripada kebaikan menggunakan kaedah ini ialah: Membolehkan pelajar terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran. Menggalakan self-development pada diri pelajar. Membolehkan pelajar berkomunikasi dengan lebih yakin. Memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep. Menyediakan pelajar dengan immediate reinforcement semasa aktiviti dilaksanakan. Mengurangkan masalah disiplin atau gangguan pelajar di bilik darjah semasa pengajaran dilaksanakan kerana mereka terlibat secara langsung. Membolehkan pelajar memahami nilai-nilai dirinya sendiri. Ada juga pendapat yang menyatakan permainan semulasi akan mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Tetapi dengan adanya kemudahan program komputer iaitu computer-based simulation games yang mempunyai warna, grafik, suara dan aksi yang menarik akan dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap pembelajaran mereka.

Permainan simulasi (versi board dan main peranan) ini perlu disediakan dengan rapi dan teliti oleh guru. Guru perlu mengambil kira perkara-perkara berikut apabila menggunakan kaedah ini dalam pengajarannya, iaitu: Menyediakan kertas panduan dan penerangan kepada setiap pelajar tentang tujuan diadakan permainan simulasi dan main peranan itu. Menyediakan kaedah yang digunakan dan peraturan yang mudah difahami oleh pemain dan peserta. Menyediakan alat catatan seperti kertas, marker pen, role card dan kertas rekod untuk digunakan dalam aktiviti ini. Bermula sahaja permainan simulasi guru tidak boleh mengganggunya kecuali atas sebab yang penting sahaja. Selepas tamat permainan simulasi itu maka berikan sedikit masa kepada pelajar untuk membuat rumusan. Beberapa soalan perlu diajukan kepada pelajar seperti: apa yang telah mereka lakukan? Apakah keputusan yang telah mereka ambil dan mengapa? Apakah bentuk kegagalan dan kejayaan yang telah dialami? PERBEZAAN KECERDASAN (INTELLIGENT) PELAJAR Tidak dapat dinafikan bahawa kecerdasan atau inteligen pelajar adalah berbeza tahapnya antara seorang dengan seseorang yang lain. Sebenarnya perkataan inteligen telah dibincangkan dengan meluas sejak zaman Plato iaitu kira-kira 2,000 tahun dahulu. Ketika itu perkataan inteligen melibatkan tiga bentuk tema iaitu: Keupayaan seseorang untuk belajar. Jumlah ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh seseorang. Kebolehan seseorang untuk menyesuaikan diri terhadap situasi dan persekitaran yang baru.

Walau bagaimanapun , sehingga kini ahli-ahli psikologi memberikan lebih 24 takrif inteligen (Hoy, 2006), sebahagiannya mempunyai kaitan dengan proses berfikir aras tinggi seperti penaakulan (reasoning), penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan inteligen? Secara umumnya inteligen dimaksudkan dengan keupayaan seseorang untuk berfikir, menyelesaikan masalah dan boleh menghasilkan produk atau outcomes yang dapat dinilai melalui kebiasaan dan budaya individu itu sendiri. Inteligen juga merupakan anugerah Tuhan yang tiada ternilai harganya yang menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengembang dan mengasahnya hingga ke peringkat tertinggi. Sebenarnya sangat rumit untuk guru melaksanakan pengajaran berdasarkan multiple intelligences pelajar di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, apa yang penting difahami oleh guru ialah cuba memahami bahawa setiap pelajar mempunyai tahap kebolehan dan bakat yang berbagai-bagai. Berusahalah untuk mengenalpasti keupayaan, bakat dan kebolehan mereka dan berusaha pula untuk mengembangkannya ke tahap yang tertinggi. Satu lagi inteligen yang tidak kurang pentingnya ialah emotional intelligence atau emotional quotion (EQ). Terdapat mereka yang mempunyai pencapaian tinggi dalam akademik tetapi tidak semestinya mempunyai EQ yang tinggi. Ketika ini ramai ahli psikologi yang mengaitkan kejayaan seseorang dalam kerjaya dan kehidupannya adalah mereka yang mempunyai EQ yang tinggi. Inteligen ini membolehkan seseorang menguasai dan mengawal emosi mengikut situasi yang berbagai-bagai. Dalam masa yang sama beliau boleh menetapkan pendirian atau prinsipnya walaupun menghadapi cabaran atau rintangan. Danial Goleman (1995) adalah orang yang mempopularkan idea EQ ini. Menurutnya, EQ mempunyai lima aspek sebagaimana inteligen yang telah digariskan oleh Gardner, tiga aspek tersebut berada dalam kebolehan intrapersonal dan dua lagi adalah kebolehan interpersonal.

Sebenarnya pusat emotional intelligence ialah kebolehan intrapersonal iaitu mengendalikan emosi sendiri atau to know your own emotions. Sekiranya seseorang tidak dapat mengenali perasaan dan keperibadiannya maka sukar baginya untuk membuat keputusan atau memilih kerjaya yang sesuai atau mengadakan perhubungan yang baik dengan orang lain. Aspek kedua EQ ialah managing your emotion atau keupayaan mengawal emosinya. Keupayaan ini membolehkan individu itu mengawal perasaan seperti marah, benci, gembira, suka, kecewa, duka dan membolehkannya menyesuaikan diri dengan cepat dalam kehidupan sehariannya. Mereka yang boleh mengawal emosi dengan cara yang baik sangat sesuai untuk menjadi ahli perniagaan, ahli korporat, ahli politik, ahli sukan dan lain-lain terutama mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan publik dan orang ramai. Aspek ketiga ialah self-motivation iaitu kebolehan untuk mengawal dan mengimbang tenaga, pendirian, desakan dan kepuasan diri bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Aspek self-motivation ini sangat penting kepada pelajar kerana dengan mempunyai kebolehan EQ ini mereka akan dapat mengawal diri dan menetapkan pendirian sendiri walaupun menghadapi cabaran yang besar dan hebat daripada luar. Dengan mempunyai motivasi sendiri yang tinggi maka usaha mereka untuk mengejar cita-cita dan menjadi orang yang berjaya pada satu hari nanti menjadi lebih mudah untuk mencapainya. Dengan memahami perbezaan tahan kebolehan dan tingkat inteligen di kalangan pelajar di samping konsep multiple intelligences dan emotional intelligence, sudah tentu akan memudahkan guru untuk berhadapan dengan pelajar-pelajarnya. Oleh itu, sebagai seorang guru mereka perlu berusaha mengenali diri pelajar secara individu terutama dari segi bakat dan tahap kebolehan yang sedia ada supaya potensi mereka dapat dikembangkan dengan baik demi masa depan pelajar-pelajar tersebut.

KESIMPULAN Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah instructional dalam pengajarna mereka. Walau bagaimanapun, kaedah tertentu yang digunakan hendaklah mengambil kira beberapa faktor seperti yang dinyatakan tadi. Guru juga boleh menggunakan kombinasi beberapa kaedah itu bagi memastikan pelajar didedahkan dengan pendekatan yang sesuai dengan minat, tahap kebolehan dan kesesuaian cara pengajaran mereka. Selain itu, guru juga perlu memahami konsep multiple intelligences dan emotional intelligences supaya dapat menyesuaikan teknik pengajarannya dengan pelbagai tahap inteligen tersebut. Oleh itu, adalah menjadi peranan dan tanggungjawab pengetua dan guru besar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dengan berbagai kaedah instructional dan intelligen itu. Perkembangan staf dan pemantauan yang berterusan merupakan aktiviti atau usaha yang baik ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengetua dan guru besar perlu sentiasa mengadakan perbincangan dan pertukaran pendapat dengan guru-guru tentang penggunaan kaedah pengajaran yang berkesan. Di samping itu, pengetua dan guru besar hendaklah sentiasa meningkatkan pengetahuan mereka sendiri tentang pendekatan dan teknik pengajaran terkini sesuai dengan perkembangan pesat dalam dunia pendidikan sekarang ini.

KAEDAH KOLABORATIF Dewasa ini ramai orang bercakap berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Selalunya perubahan ini kebanyakannya dilihat sebagai penghalang kepada proses pengajaran pembelajaran guru dan pelajar di dalam bilik darjah. Perkara ini bukan hanya dibangkit oleh ibubapa pelajar akan tetapi mereka yang terlibat secara terus dan menyeluruh dalam bidang pendidikan. Bagi sesetengah guru dan ibu bapa perubahan pengurusan bilik darjah boleh menyebabkan peranan guru menjadi kecil dan terjadinya satu aliran perubahan kuasa dari peranan guru mengawal situasi bilik darjah kepada pelajar yang membuat keputusan yang seolah olahnya mutlak. Dalam pengurusan bilik darjah yang kolaboratif pelajar sebaliknya dibawa masuk ke dalam persekitaran yang sebenar dan pelbagai aktiviti aktiviti yang betul betul sesuai dengan perkembangan kognatif pelajar dipilih dan diolah serta digabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru akan dilihat sebagai pemimpin yang bersedia bersama sama pelajar dalam membentuk dan membantu pelajar belajar. Dalam cara bilik darjah yang tradisi pelajar hanya dapat mencapai objektif tertentu mengenai perkara yang dirancang sebelumnya , iaitu pelajar mendapat pengetahuan bukan berkaitan dengan masalah dunia sebenar. PEMBELAJARAN KOLABORATIF Kolaboratif berlaku di dalam kumpulan yang besar mahupun kumpulan terdiri dari empat atau lima orang pelajar. Pembelajaran koperatif pula menunjukkan kepada satu kelompok kecil pelajar yang bekerja dan memahami secara bersama. Jadi pembelajaran koperatif adalah satu bentuk kolaboratif , iaitu kelompok besar belajar bersama sama bagi mencapai matlamat yang boleh dikongsi bersama (Johnson & Johnson, 1989).

Kajian jelas menunjukkan beberapa kebaikan pembelajaran koperatif mengatasi pembelajaran secara persendirian dan secara bertanding. Bilik darjah yang kolaboratif dapat meninggikan pencapaian kumpulan dan individu, lebih kepada metakognatif, tertumpukan kepada idea idea baru dan pendekatan penyelesaian masalah yang sebenar di ketengahkan. Tambahan pula pelajar dalam bilik darjah yang diolah secara kolaboratif lebih bermotivasi dalaman , mempunyai sifat ingin tahu , ada perasaan mengambil berat orang lain , bertandig secara psaikologi yang sihat dan bekerja secara individu yang terarah. Sebagai contoh pertandingan hanya sesuai sekiranya ada hanya satu sahaja tempat yang berjaya , sebagaimana dengan pertandingan satu satu acara sukan dan ikhtiar secara individu sesuai sekiranya matlamat perseorangan tidak mempengaruhi matlamat orang lain. Akan tetapi jika dilihat dalam konteks pengajaran pembelajaran , semua pelajar ingin memahami , ingin menyelesaikan sesuatu kerja yang diberikan , ingin meneroka , ingin memperbagaikan cara dan sebagainya selain daripada kemajuan perseorangan mengatasi individu lain dalam kelompok yang sama. Tetapi kalau hanya dikelompokkan pelajar dalam kumpulan dan membiarkan tanpa terarah ini bukannya bilik darjah yang kolaboratif. Malahan ramai guru guru dan pihak pentadbir sekolah gagal mewujudkan bilik darjah kolaboratif kerana mereka tidak faham bahawa perkara ini mesti dipelajari dan dipraktikkan selain dari hanya menjastifikasikan satu satu keadaan.

SIFAT BILIK DARJAH KOLABORATIF Ada empat sifat sifat umum iaitu dua perkara berkenaan dengan perubahan hubungan antara guru dan pelajar , yang ketiga berkaitan dengan pendekatan baru penyampaian guru dan yang keempat menyatakan kandungan bilik darjah kolaboratif. a) Perkongsian ilmu pengetahuan pelajar dan guru Dalam kelas tradisi, guru adalah sebagai pemberi maklumat yang mutlak di mana aliran maklumat bergerak satu arah sahaja iaitu dari guru ke pelajar dan sedikit daripada pelajar kepada pelajar yang lain. Guru dilihat mempunyai pengetahuan tentang kandungan matapelajaran , kemahiran dan pengajaran. Pelajar hanya menunggu sahaja arahan yang akan diberi oleh guru dari masa ke semasa. Pelajar yang memberi reaksi yang berbeza dianggap terus sebagai pengganggu di dalam bilik darjah ataupun pelajar yang tidak memahami arahan atau ingkar arahan. Akan tetapi berlainan dengan guru kolaboratif , mereka juga menilai dan sentiasa membina ilmu pengetahuan , pengalaman personal , pembinaan bahasa komunikasi , strategi dan konsep pengajaran pembelajaran berteraskan teori yang sesuai , menggabung keadaan sosiobudaya yang pelajar ada semasa aktiviti dengan situasi pembelajaran. Sebagai contohnya, bila guru mengajar tajuk matematik bentangan. Pelajar yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan konsep bentangan diberi diberi peluang menyatakan sesuatu pada sessi pengajaran dan berkongsi idea serta memberi takrifan kasar mengikut aras komunikasi pelajar. Tambahan lagi apabila pelajar tahu dan melihat pengalaman dan pengetahuannya dihargai dan dapat dikongsi bersama dalam jalinan pembelajaran mereka serta pembelajaran guru, mereka akan bermotivasi untuk melihat dan mendengar. Mereka juga dapat

membuat satu perkaitan antara belajar dengan dunia sebenar dengan belajar dalam bilik darjah. b) Perkongsian kuasa Dalam bilik darjah kolaboratif , guru berkongsi kuasa autoriti dengan pelajar dalam beberapa keadan tertentu. Kebanyakan dalam bilik darjah tradisi guru bertanggungjawab menetapkan arah , memberi dan mengatur kerja , melihat perjalanan tugasan serta menilai apa yang diajar. Manakala dalam kolaboratif pula memberi peluang pelajar memahami apa yang telah diajar dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh objektif guru di mana guru menyediakan tugasan yang memberatkan kepada arah dan kegemaran pelajar dan menggalakkan pelajar menilai apa yang diajar. Menggalakkan pelajar mengembeling pengalaman mereka sendiri , memastikan pelajar berkongsi strategi dan pengetahuan , menghormati pelajar lain menyokong menggalakkan idea idea yang bernas , terlibat dalam pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk dan menggalak pelajar ambil bahagian secara terbuka dan bermakna. Katakan dalam matapelajaran sejarah , tajuk yang diajar adalah pemerintahan british di Tanah Melayu. Bagi guru yang memiliki fahaman bilik darjah tradisi sudah tentu mengarahkan pelajarnya menyiapkan esei berkenaan dengan tajuk tersebut. Akan tetapi guru yang memegang prinsip bilik darjah kolaboratif akan memastikan dahulu produk apakah pelajar hendak hasilkan. Antara aktiviti yang akan dihasilkan ialah gambar gambar berkaitan dengan masa penjajahan british , melakukan sedikit penyelidikan dari sumber original yang lain yang menyokong buku teks rujukan dan mungkin menulis secara kronologi perkara perkara penting yang berlaku ketika itu. c) Guru Sebagai Pengantara (mediator) Peranan guru di bilik darjah sebagai pengantara di mana ia menolong menghubung pengetahuan baru dengan pengalaman sedia ada serta membantu pelajar bila pelajar buntu dan bersedia menunjukcara bagaimana hendak belajar.

d)

Kumpulan Pelajar Yang Heterogenus Perkembangan pengalaman pelajar adalah penting bagi mengkayakan lagi

pembelajaran di bilik darjah. Dalam bilik darjah yang kolaboratif pelajar bebas belajar secara kebolehan mereka , tidak disekat daripada membuat sumbangan dan mendengar atau membahas sumbangan pelajar lain bagi membuka pintu maklumat. Satu sifat bilik darjah kolaboratif ialah pelajar tidak diasingkan mengikut keupayaan , pencapaian , kegemaran dan apa apa penilaian yang lain. Pengasingan pelajar yang bercirikan perlombaan individu dilihat akan melemahkan dan menghakiskan semangat bekerjasama dan menyekat peluang pelajar belajar melalui berinteraksi secara bermakna dan berkesan. Pelajar yang lemah tidak ada peluang untuk belajar daripada pelajar yang berkebolehan dan sebaliknya. Guru yang mengajar mengajar di bilik darjah yang diolah secara kolaboratif dapat melihat perkembangan pembelajara pelajar mereka yang lemah dengan jelas dan terarah. Perbandingan Bilik Darjah Kolaboratif dengan Bilik Darjah Tradisional Secara perbandingannya ialah seperti di bawah : Bilik Darjah Tradisional Pelajar mendengar , memerhati dan mencatat Pelajar tidak perlu bersedia untuk ke bilik darjah Bilik Darjah Kolaboratif Pelajar secara aktif menyelesaikan masalah dan berlaku perbincangan Pelajar perlu membuat persediaan untuka menyumbang secara aktif dalam proses pengajaran pembelajaran Pelajar hanya duduk diam dan tanpa lain mereka Pelajar mesti mengambil bahagian

berhubung / bercakap dengan pelajar secara aktif

Pelajar mengambil risiko rendah Perlumbaan menjadi fokus motivasi Pelajar belajar dengan cara bebas Pelajar menetapkan secara individu kebertanggungjawaban Pelajar secara tersendiri mengenalpasti apa yang hendak dicapai Sumber pengetahuan yang utama dari guru dan buku

Pelajar mesti mengambil risiko Kesediaan dan kefahaman kumpulan menjadi titik tumpuan Pelajar belajar saling kebergantunggan Individu dalam kumpulan menetapkan kebertanggungjawaban Kenalpasti ditentukan oleh ahli dalam kumpulan pengetahuan dari buku teks , guru , rakan sebaya , rakan sebilik darjah dilihat sebagai sumber informasi dan ilmu

Peranan Guru Dalam Bilik Darjah Kolaboratif Seperti yang telah dibincangkan guru bertindak sebagai perantara ( mediator ) dalam aktiviti dan proses pembelajaran melalui perbincangan ( sumbangsaran ) dan perlakuan kolaboratif dalam bilik darjah. Renven Fenerstein dan Lev Vygotsky mentakrifkan pengantara (mediator) sebagai pemudahcara , model dan jurulatih. Semua guru terlibat dengan aktiviti begini dan apa yang lebih penting di sini ialah perlakuan pergerakan pengajaran dan bilik darjah diuruskan secara kolaboratif mempunyai tujuan dan ke arah konteks kolaboratif. a) Fasilitator ( pemudah cara )

Memudahcara dalam perkara perkara terlibat dalam mewujudkan persekitaran yang aktif dan kaya dengan idea baru , memberi ruang kepada bekerja secara kolaboratif dengan penyelesaian masalah , dan menyediakan pelbagai tugasan bermakna kepada masa depan pelajar.

b)

Susun Atur Bilik Darjah

Bilik darjah dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan. Dalam bilik darjah ditempatkan ruangan jurnal , majalah , buku buku rujukan , surat khabar dan berbagai media lain di mana pelajar boleh mengakses sebagai penghubung idea. Pelajar mampu menjalankan aktivit atau projek dengan berpusatkan objek semasa bagi menjalankan eksperimen dan kepelbagaian konjektur yang boleh diselesaikan dalam alam sebenar mereka. c) Tugas Pelajar

Guru juga menyusun atur pelajar dalam bilik darjah dan mereka ini diberi tugas dan tanggungjawab masing masing. Suasana kebergantungan ini dilihat bergerak seacara aktif dan bukan pasif demi keharmonian dan keberkesanan , kelancaran proses pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam suasana yang lain guru juga boleh melibatkan pelajar dengan pelajar yang lain ( kumpulan rakan sebaya , badan disiplin ) pelajar dengan guru guru yang lain (guru penasihat , mento mente , guru matapelajaran ) dan Ibubapa dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru guru Sekolah ( PIBG ) serta lain lain pertubuhan tempatan. d) Perlakuan dalam bilik darjah

Guru juga dapat melihat beberapa kepelbagaian susunan sosial yang boleh menyumbang kepada perlakuan pelajar dalam bilik darjah yang memudahkan lagi komunikasi dan kerjasama antara pelajar di dalam bilik darjah. Dalam keadaan ini guru seolah olah menetapkan satu iklim bilik darjah yang perlu dipatuhi bersama. Seperti bertanya untuk penjelasan , beri peluang kepada semua menyumbang idea , menghargai pendapat yang berbeza dan termasuk juga membuat bantahan dan menolak idea bukannya individu.

e)

Tugasan oleh guru

Tugasan yang guru berikan mestilah menggalakkan berbagai arah jawapan. Tugasan yang menjuruskan penilaian aras tinggi seperti membuat keputusan dan selesaian masalah. Tugasan sebegini menggalakkan pelajar mengaitkan kepada keadaan yang sebenar , peristiwa , situasi yang dapat dilihat dan dirasai oleh pelajar melalui berbagai pentafsiran dan pengalaman sendiri. Pelajar lebih yakin dalam masa yang sama dilatih suka akan cabaran. Konflik dan Cabaran Beberapa isu akan timbul apabila pihak sekolah dan guru memilih pembelajaran secara kolaboratif. Di antaranya ialah :a) Kawalan Bilik Darjah Keadaan bilik darjah akan bising berbanding dengan kaedah yang biasa. Dengan kata lain ia akan mengambarkan kelemahan kawalan guru serta disiplin yang longgar, pelajar pula tidak dilihat belajar dengan betul. Mereka yang membantah lupa bahawa pelajar perlu diberi peluang untuk bergerak ( kinestatik ) , bercakap ( verbal ) , Tanya soalan ( penerokaan ) , meninjau ( auditori ) dan sebagainya. Keadaan bising semasa pengajaran pembelajaran berjalan boleh diertikan dan menandakan pembelajaran secara aktif sedang berlaku namun begitu pelajar perlu diberitahu had had perlakuan dari pembelajaran bermula. b) Masa Guru dan juga penatadbir sekolah menganggapkan rancangan pengajaran yang baru perlu dibuat bagi memenuhi matlamat yang baru. Dalam keadaan yang tertentu telahan mereka adalah betul. Akan tetapi hendaklah diingat bahawa guru guru telahpun sedia ada rancangan aktiviti yang lepas dan boleh digunakan di dalam situasi yang baru. Guru juga perlu ke arah kolaboratif sesama mereka jika hendak lihat teori pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga perlu berkongsi idea sesama mereka dapat menghasilkan satu pengajaran yang berkesan. Sekiranya keadaan bilik darjah secara kolaboratif berlaku dengan sempurna guru dapat

melihat perubahan pada motivasi pelajar , menyemak buku , kurang masalah disiplin dan kehadiran. c) Perbezaan Antara individu Pelajar dikumpulkan dalam kumpulan kepintaran yang berbeza. Ini berlainan dengan perjalanan bilik darjah biasa di mana pelajar dikategorikan secara homogenus. Ramai orang bertanya tentang kelebihan cara ini. Ada dua isu utama di sini, pertama pencapaian boleh menyumbang kepada situasi perbelajaran yang berkesan dan yang keduanya bilik darjah hanya dihidupkan oleh pelajar yang pintar sahaja. Dari pemerhatian gurumendapati yang lemah boleh bersiang dengan yang lain di luar jangkaan guru sebelum ini. Manakala pelajar apintar mendapat kelebihan hasil dari kepelbagaian pengalaman ( interpersonal ) dan juga dari membimbing rakan sebaya ( intrapersonal ). KESIMPULAN Akhirnya ditegaskan di sini dalam bilik darjah kolaboratif pelajar tidak lagi sebagai pendengar dan pemerhati yang pasif tetapi penyelesai masalah yang aktif kerana pelajar perlu berbincang , pelajar perlu bersedia awal. Fokus pembelajaran akan berganjak dari bertanding ke arah saling keberkaitan , saling kebergantungan dan saling bekerjasama. Pelajar juga diberi kuasa mengatakan sesuatu pendapat dipandukan kepada hipotesis dan konjektur yang diperolehi daripada kerangka minda mereka sendiri.

You might also like