You are on page 1of 35

TEORI KOGNITIF

JEAN PIAGET

SIAPAKAH JEAN PIAGET


Seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak Dilahirkan pada 9th Ogos 1896 di Neuchtel, Switzerland. Banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak. Menghuraikan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina

ilmu.
Mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanakkanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang

meliputi kesemua budaya dan masyarakat.


Meninggal pada 17th September 1980 di Geneva.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF


Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan

mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di


persekitaran mereka.

PENGALAMAN SOSIAL Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru.

KEMATANGAN BIOLOGI Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor genetik

INTERAKSI NDIVIDU DENGAN PERSEKITARAN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMIKIRAN INDIVIDU

KESEIMBANGAN
Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasisituasi yang baru dialami

Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati

PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN


Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu kekusutan.

Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman,


mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda dan membentuk 1 sistem yang dipanggil SKEMA.

Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil ORGANISASI dan bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contoh : 1. Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, 2. Kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda/skema untuk mengenal huruf. 3. Anda membentuk skema untuk memandu/memasak Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru. Contoh : 1. Kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan. 2. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu sekiranya diminta memasak nasi tomato.

SKEMA

ADAPTASI
ADAPTASI adalah Proses perubahan/pertukaran skema lama kepada skema baru dimana melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu ASIMILASI dan AKOMODASI. ASIMILASI AKOMODASI
Berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema yang telah sedia ada. Contoh : Dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan d sebagai bapabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan skema lama yang telah ada. Berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dengan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Contoh : Dalam contoh asimilasi, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b

KESIMPULAN
Menurut Jean Piaget, proses mengorganisasi,mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan dimana individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan. KESIMPULAN : Jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi / pengalaman yang baru dan ianya berjaya, maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF


PERINGKAT SENSORIMOTOR (SEJAK LAHIR ~ 2 TAHUN)

PERINGKAT PRA OPERASI (2 ~ 7 TAHUN)

TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 ~ 11 TAHUN)

PERINGKAT OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS)

PERINGKAT
SENSORIMOTOR (0 2 TAHUN)

PERINGKAT SENSORIMOTOR
Peringkat permulaan (0 ~ 2 TAHUN) dalam perkembangan kognitif dimana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya.
PERKEMBANGAN KOGNITIF
Skema-skema yang terbentuk adalah hasil dari interaksi fizikal bayi dengan persekitaran. Kanak-kanak pada peringkat ini akan merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap dan juga berminat dengan objek yang berada di persekitarannya. Kepuasan akan terhasil apabila mereka berupaya mengenakan tindakan terhadap objek dan menyebabkan mereka melakukan tindakan tersebut berulang-ulang. Selain itu, mereka juga mula menunjukkan permulaan pemikiran logik dimana aktiviti-aktiviti fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamat yang mudah.

CONTOH
Menggunakan mulut untuk merasa objek, mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek. Menghisap ibu jari, memasukkan objek kedalam mulut, mencapai objek yang berbunyi,bunyi yang dihasilkan akan mendatangkan kepuasan yang menyebabkan kanak-kanak mengulang perbuatan tersebut. Kanak-kanak yang telah mencapai tahap ini dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logik untuk mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup atau boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh.

PERINGKAT SENSORIMOTOR
Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak boleh melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan seperti meniru perlakuan melambaikan tangan,memasukkan sudu ke dalam mulut untuk menyuap makanan. Semakin kanak-kanak ini membesar, tindakan perlakuan ini akan menjadi semakin tepat. Kanak-kanak akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori. Sebelum ini berlaku, kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada dipenglihatan mereka out of sight, out of mind

PERINGKAT SENSORIMOTOR
FIZIKAL Daripada aksi refleks kepada aktiviti bermatlamat. Saiz dan komposisi otak bertambah KOGNITIF Mengkoordinasi maklumat deria dengan pergerakan motor. Kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek

Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti (6-8 bulan) mudah

Mula perkembangan otot halus: menggenggam dan mengkoordinasi antara tangan dan mata.
Menunjukkan autonomi dan kekuatan pergerakan

Mula menggunakan imitasi,memori dan pemikiran


Konsep pengekalan objek

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT SENSORIMOTOR

PERINGKAT
PRA - OPERASI (2 7 TAHUN)

PERINGKAT PRA - OPERASI


Pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru.

Kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang pergerakan/aktiviti


dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema dan perkembangan berlaku apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan

simbol mental.
Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat,gambar dan digunakan untuk menyatakan objek,orang atau peristiwa yang dialami oleh kanakkanak.

PERINGKAT PRA - OPERASI


KEBOLEHAN YANG DIPEROLEH PADA PERINGKAT PRA - OPERASI
Mewakili imej sebenar buku dengan perkataan buku atau dengan

menggunakan gambar. Proses ini dinamakan fungsi semiotik dimana


perkembangan bahasa akan berlaku dengan pesat Permainan membayangkan (pretend play) seperti mengambil watak

kartun/karektor kegemaran (boboiboy,upin & ipin) atau menjadi


ibu,ayah atau doktor. Memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup

(animisme) seperti hari hujan sebab hari menangis, kereta minum


apabila menuang minyak.

PERINGKAT PRA - OPERASI


Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata dimana mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional.

Ciri-ciri ini dikatakan sebagai centered/permusatan. Oleh


itu, mereka masih tidak dapat menguasai proses transformasi,keterbalikan dan penaakulan.

PERINGKAT PRA - OPERASI


SIKAP EGOSENTRIK
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak peringkat ini juga menunjukkan sikap egosentrik dimana bermaksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri. Mereka selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka. Contoh : Seorang kanak-kanak yang suka melihat 1 siri kartun (boboiboy) beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.

PERINGKAT PRA - OPERASI


FIZIKAL KOGNITIF Mula menggambarkan dan merancang skema Mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu dengan bahasa, gambar / isyarat Berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding 2 peristiwa yang berlaku Permainan membayangkan (pretend play) Pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak yang jelas dan nyata

Memegang objek-objek besar dan memanipulasi objek-objek kecil


Menunggang basikal roda tiga Melompat dan berlari Menulis huruf-huruf dan perkataanperkataan mudah

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT PRA - OPERASI

PERINGKAT
OPERASI KONKRIT (7 11 TAHUN)

PERINGKAT OPERASI KONKRIT


Kanak-kanak peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik

walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan


situasi yang konkrit Mereka sepatutnya memahami proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan.

PERINGKAT OPERASI KONKRIT


Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation). PRINSIP ASAS

PRINSIP IDENTITI Mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah / dikurangkan, bilangan /amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah

PRINSIP GANTI RUGI (COMPENSATION) Mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain

PRINSIP KETERBALIKAN Pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada asal semula

PERINGKAT OPERASI KONKRIT


PROSES
PROSES PENGELASAN : Mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri.

CONTOH
Pengelasan mengikut ciri warna, saiz & bentuk.

PROSES MENYUSUN SECARA BERSIRI : Membuatsusunan logik seperti A<B<C , Mengatur atau menyusun mengikut susunan 1<2<3<4 menaik dan menurun.

Penguasaan kemahiran seperti pemuliharaan,pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkanpelajar pada peringkat ini telah mencapai satu peringkat pemikiran logik. Walau bagaimanapun sistem pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal di mana pelajar boleh menyusun, mengelas, memanipulsi dalam situasi yang berbentuk konkrit.

PERINGKAT OPERASI KONKRIT


Mengikut Jean Piaget , gaya pemikiran mereka juga berubah secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered / objektif . Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain / membuat aktiviti bersama. Pada peringkat ini, masih tidak boleh membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak / masalah yang melibatkan gabungan faktor yang kompleks.

PERINGKAT OPERASI KONKRIT


FIZIKAL Pertumbuhan dan perkembangan kemahiran-kemahiran psikomotor. KOGNITIF Berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit Sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation) Kanak-kanak pada peringkat ini juga menguasai proses pengelasan Proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun. Mula bersosial dan menerima pandangan rakanrakan semasa bermain / membuat aktiviti bersama

Psikomotor halus lebih baik.


Psikomotor kasar lebih cekap Pertumbuhan gigi kekal bermula Kanak-kanak menghampiri akil baligh

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI KONKRIT

PERINGKAT
OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS)

PERINGKAT OPERASI FORMAL


Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan / andaian berdasarkan fakta. Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit dan mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti. Contoh : Mereka boleh berhipotesis dan memberi idea tentang masalah pencemaran alam sekitar di dunia /apa yang akan berlaku di Malaysia pada tahun2020. Mereka boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut.

PERINGKAT OPERASI FORMAL


CIRI-CIRI PEMIKIRAN FORMAL
BOLEH MEMBUAT HIPOTESIS Mereka juga boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah.Mereka boleh menaakul secara induktif dan deduktif. Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran daripada yang am kepada khusus.

BERFIKIR SECARA ABSTRAK Kanak-kanak boleh berfikir secara abstrak seperti menyelesaikan masalah matematik di mana melibatkan perwakilan abstrak. Contoh : 4x+x=10. Apakah nilai x?

BERFIKIR SECARA SISTEMATIK Mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian. Contoh : Sekiranya anda pergi bercuti dengan hanya membawa 3 helai kemeja-T, 3 helai blaus dan 3 helai jaket, berapa kombinasi pakaian yang anda boleh dapat dari set ini?

PERINGKAT OPERASI FORMAL


Egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini.Ianya berlainan dengan egosentrik di peringkat pra-operasi Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri, susah untuk menerima pandangan dan pendapat

orang lain serta mempunyai perasaan seperti perbuatan


mereka sentiasa diperhatikan oleh orang lain.

PERINGKAT OPERASI FORMAL


FIZIKAL KOGNITIF Kadar perkembangan dan perkembangan Mereka juga boleh berfikir secara sistematik pesat. Perubahan fizikal mula ke arah untuk memberi beberapa kemungkinan dewasa. penyelesaian Mencapai Akil Baligh Perubahan dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhanl elaki semasa akil baligh lebih lama. Egosentrik remaja muncul pada peringkat ini.

Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah. Mereka boleh menaakul secara induktif dan deduktif.

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI FORMAL

IMPLIKASI TERHADAP P&P


PRA OPERASI (2-7 TAHUN) i)Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contoh : Kanak-kanak menggunakan bahan-bahan maujud seperti guli, batu, batang aiskrim untuk belajar kemahiran menambah dan menolak. ii)Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai dengan contoh. Contoh : Arahan untuk beratur diluar kelas/bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh demonstrasi cara melakukan sesuatu dan menyatakan mengikut langkah yang sistematik dan teratur.

IMPLIKASI TERHADAP P&P


iii) Mereka susah memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain. Contoh :Penjelasan tentang nilai/nasihat harus diberikan dalam ayat yang mudah difahami kanak-kanak dan harus mempertimbangkan daripada sudut pandangan kanak-kanak tersebut. iv) Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan hands-on terhadap sesuatu kemahiran.Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka. Contoh : Membentuk perkataan dengan potongan-potongan huruf.

IMPLIKASI TERHADAP P&P


OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN) i) Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar.Bimbing kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Biarkan mereka mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari. Contoh : Membuat eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan. ii) Gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks.Kaitkan pengalaman mereka seperti program televisyen yang mereka gemari/pengalaman seharian mereka dengan pengajaran. Pengalaman membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks.

IMPLIKASI TERHADAP P&P


iii) Perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Tunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah dan sistematik.

IMPLIKASI TERHADAP P&P


OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS) i) Gunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks. Contoh : penggunaan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. ii)Beri peluangkepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Suruh pelajar bentangkan idea dankritik idea yang dikemukakan. iii) Kemukakan konsep yangluas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta.Biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut. Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain.

You might also like