You are on page 1of 3

No tel/fax : 04-7644377

Ruj :SKKP.40/001/1(18) Tarikh :10 April 2013 Ibubapa/Waris/Penjaga SK. Kebun Pinang KM 7, Tandop, 05400 Alor Setar, KEDAH DARUL AMAN. Tuan / Puan, KEM KEPIMPINAN PELAJAR Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program untuk pengawas sekolah , pengawas pusat sumber sekolah dan juga ketua kelas. Oleh yang demikian, anak/jagaan tuan/puan dikehendaki untuk mengikuti kem yang akan diadakan berdasarkan butiran yang tertera seperti di bawah:Tarikh Tempat Bayaran Penyertaaan Masa Bertolak Jangkaan Tiba Di Sekolah : 18(khamis)- 19 (Jumaat) April 2013 : Kem Kenari Park, Yan : RM 30.00. : 3.00 petang (18 April ) hingga 12.00 tengahari ( 19 April 2013 ) : 4.00 petang (19 April 2013 )

2. Tujuan program ini diadakan adalah memberikan bimbingan kepada kumpulan sasaran supaya sentiasa bekerjasama di dalam kumpulan atau apa jua situasi yang memerlukan kerjasama di antara mereka. 3. Justeru itu, pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar dan memastikan segala peraturan dipatuhi oleh anak / jagaan tuan / puan sepanjang aktiviti ini diadakan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku. 4. Sila kembalikan jawapan yang dilampirkan bersama surat ini.

Sekian,terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG, KEDAH TERBILANG Saya yang menurut perintah,

BORANG JAWAPAN (Nama dan alamat waris terkini) ------------------------------------------------------------------------------------------------------Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kebun Pinang, Tandop, 05400 Alor Setar. Kedah. KEM KEPIMPINAN PELAJAR_ Saya.* Ibu bapa / Penjaga kepada .Tahun No. Surat Beranak .*MEMBENARKAN /TIDAK MEMBENARKAN * anak / jagaan saya menyertai program Kem Kepimpinan Pelajar ini. 2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang Kem Kepimpinan tersebut diadakan. 3. Saya bersetuju untuk memaklumkan pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada kesihatan atau keadaan fizikal anak / jagaan saya menyertai Kem Kepimpinan berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak / jagaan saya faham, bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatannya. 4. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan apaapa pertolongan cemas ke atas anak saya jika didapati perlu. Sekian,terima kasih. Yang benar, ----------------------------------------Penjaga / Ibu bapa Nama:.. No.K.P : .. No.Tel:( R)../ HP:
* Potong yang tidak berkenaan

Tarikh:

You might also like