You are on page 1of 5

TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA

MALAYSIA tanpa perlu disangsikan lagi telah berjaya muncul sebagai satu kisah kejayaan
berdasarkan apa yang kita capai sejak merdeka. Ketika itu, Malaysia hanya sebuah negara
miskin yang bergantung kepada hasil getah dan timah.

Kini, selepas nekad memilih kepelbagaian sumber dan perindustrian, ekonomi Malaysia
telah berubah, menghasilkan lonjakan peningkatan berbanding dengan apa yang mungkin
hanya kita kecapi sekiranya terus bergantung kepada komoditi-komoditi itu.

Sepanjang tempoh tersebut, Malaysia mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mapan,


pada kadar purata 6.2 peratus setahun.

Pengagihan polisi dan pertumbuhan ekonomi yang mapan ini telah memberi manfaat
kepada seluruh rakyat Malaysia. Kadar kemiskinan kini menurun ke bawah empat peratus
berbanding 49 peratus pada 1970.

Ini merupakan pendekatan pembangunan berdasarkan kesaksamaan, mengikut acuan kita


– Malaysia.

Tidak timbul isu penindasan dalam soal ini. Kesaksamaan dicapai menerusi pengagihan
yang adil dalam pengembangan kek ekonomi negara.

Tanpa pertumbuhan ekonomi yang kuat, kita tidak mampu mencapai objektif dalam
pengagihan yang seimbang. Pengenalan terhadap pertumbuhan dengan ekuiti pada 1971
turut mencerminkan kemampuan Malaysia untuk mengambil keputusan yang pragmatik dan
berani, terutama untuk meningkatkan kepentingan kebangsaan sewaktu berlakunya krisis.

Tidak seperti krisis sebelum ini, saya percaya kita sekali lagi berada pada waktu kritikal.
Saya bagaimanapun yakin kegagalan atau keraguan untuk bertindak sekarang akan
memberi kesan buruk kepada negara dalam jangka panjang. Punca kepada permasalahan
ialah pada satu sudut, kita mempunyai impian jelas untuk mengejar pertumbuhan dengan
adil ketika kita berusaha untuk mencapai status negara maju.

Untuk berjaya, kita perlu sekali lagi mengubah ekonomi kepada lonjakan pertumbuhan lebih
tinggi. Kini daripada satu sudut lain, kita berdepan dengan cabaran-cabaran besar untuk
merealisasikan impian itu dan mengubah cabaran faktor-faktor luaran dan kekangan
domestik menjadi pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Ketika berusaha merealisasikan impian itu menjadi kenyataan, kita berdepan dengan empat
cabaran utama iaitu:

*Pertama, apa yang dilaksanakan sebelum ini, dalam memacu ekonomi Malaysia, kini
menjadi tidak lagi efektif untuk membantu kita terus ke depan. Pengalaman selalunya
memberi kita pengajaran bernilai untuk menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak,
tetapi ia tidak semestinya menyediakan kita laluan yang jelas untuk bergerak ke depan.

*Kedua, landskap kompetitif telah berubah. Tidak seperti sebelum ini, kita sekarang
berdepan persaingan yang hebat, terutamanya daripada sudut modal, kemahiran,
pengetahuan dan sumber secara global.

*Ketiga, krisis ekonomi global telah memperluaskan keperluan untuk menjadi destinasi
pelaburan pilihan, memaksa perusahaan mengukuhkan kedudukan dan menggerakkan
operasi ke tahap paling kompetitif; dan

1
*Keempat, kekuatan persaingan bagi pelaburan dalam lapangan yang kecil, perlu
mengalihkan halangan pelaburan, sama ada nyata atau tidak kelihatan dan untuk
menguruskan pengagihan polisi dengan lebih efektif dalam persekitaran yang lebih mesra.

Dalam konteks cabaran yang dihadapi oleh negara, garis panduan Jawatankuasa Pelaburan
Asing (FIC) kelihatan tidak lagi boleh diguna pakai. Apabila FIC pertama kali diperkenalkan
pada 1974, ia mewakili komponen utama strategi pertumbuhan dengan kesaksamaan. Hari
ini, ia bukan lagi instrumen yang efektif untuk menyokong pertumbuhan dengan
kesaksamaan itu.

Kembali ke tahun 1970, ekuiti bumiputera hanya berjumlah 2.4 peratus. Berdasarkan tahap
yang paling rendah, ia barangkali relevan untuk menyediakan agihan bagi mempercepatkan
pelarasan ketidakseimbangan tersebut. Ketika itu polisi seperti itu merupakan sesuatu yang
masih praktikal untuk menyediakan persaingan bagi pelaburan.

Namun kini kita berdepan dengan senario yang sepenuhnya berbeza. Polisi pelaburan yang
mewujudkan ketidakpastian kawalan dan tidak seiring dengan amalan antarabangsa, hanya
akan menghalang potensi pertumbuhan kita.

Pertumbuhan, yang akan membenarkan objektif pengagihan kita tercapai. Selain itu, unsur
dinamik dan kerumitan ekonomi hari ini tidak membolehkan ia memenuhi semua keperluan
ke arah pertumbuhan tersebut.

Dengan pencapaian dan peningkatan kemampuan bumiputera hari ini, perlumbaan ke arah
keseimbangan ekuiti memerlukan tumpuan terhadap kecekapan dan penyertaan ekonomi
yang sebenar, tidak sekadar pemilikan sematamata.

Jumlah 30 peratus pegangan minoriti pada dasarnya tidak menyediakan ruang berkesan.
Malah ia menunjukkan kekurangan modal dalam pegangan 30 peratus bersifat tidak
mengekalkan kadar pertumbuhan.

Maka, objektif penilaian seharusnya menyimpulkan bahawa FIC pada bentuk asalnya tidak
menyediakan rangsangan pertumbuhan dan juga tidak mampu mempromosikan pengekalan
ekuiti secara berkesan kepada capital-disadvantaged bumiputera.

Dunia berubah dengan pantas dan kita perlu bersedia untuk turut berubah atau berdepan
risiko ketinggalan. Jika kita tidak bergerak dan hanya berpuas hati dengan kejayaan lalu
sepanjang tempoh dinamik ini, kita akan mudah dipintas oleh pesaing.

Ia akan berulang seperti apa yang kita lakukan dahulu iaitu ketika kita berjaya mengatasi
pesaing kita.

Ini bukan masanya untuk kita dibelenggu oleh sentimen tetapi saat untuk melangkah
dengan berani demi masa depan negara.

Dalam hal ini, kerajaan akan terus komited memastikan pertumbuhan ekonomi yang
seimbang, mapan dan adil.

Sebagai inisiatif utama dalam memudahkan operasi perniagaan di Malaysia dan menjadi
Malaysia lebih menarik sebagai destinasi pelaburan, saya dengan sukacita mengumumkan
pembatalan kawal selia garis panduan pelaburan yang ditadbir oleh FIC.

Fungsi dan skop FIC telah dirasionalkan secara besar-besaran. Skop FIC ketika ini
melibatkan kurang transaksi. Ia sejajar dengan fokus kerajaan ke arah memperkasakan
lebih banyak kawal selia yang kondusif untuk sektor swasta berkembang, dengan
menyediakan aktiviti pelaburan yang kuat dan pasaran modal yang lebih bertenaga.
2
Kajian garis panduan FIC meliputi: Pertama, pemilikan ekuiti, penggabungan dan
pengambilalihan. Kedua, penjanaan dana oleh syarikat yang disenaraikan dan ketiga,
pemilikan hartanah.

Dengan kesan segera, garis panduan FIC mencakupi pembelian pemilikan ekuiti,
penggabungan dan pengambil alihan dimansuhkan tanpa garis panduan baru bagi
menggantikannya. FIC tidak akan memproses sebarang transaksi saham atau mengenakan
sebarang syarat ekuiti bagi transaksi tersebut.

Ini mewakili rasionalisasi yang besar dalam peraturan FIC. Sehingga semalam, proses
transaksi sedemikian menjadi tulang belakang kepada FIC. Mulai hari ini, peranan FIC
dimansuhkan.

Dengan pemansuhan ini, kepentingan negara dalam sektor strategik akan terus dilindungi
menerusi kawal selia sektor.

Syarikat di dalam sektor itu akan kekal dengan syarat-syarat ekuiti seperti mana yang
dikenakan oleh pengawalselia yang mewakili sektor itu seperti Suruhanjaya Tenaga,
Lembaga Lesen Kenderaan Komersial, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Kebangsaan,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Bagi syarikat-syarikat di bawah kawal selia, pemansuhan garis panduan FIC merancakkan
persekitaran kawal selia hanya dilakukan oleh sektor kawal selia yang menjadi tempat
terbaik untuk mengubah suai peraturan berdasarkan keperluan sektor tertentu.

Langkah penjanaan dana oleh syarikat- syarikat tersenarai juga signifikan bagi
meningkatkan tarikan Malaysia sebagai destinasi penyenaraian.

Ketika ini, syarikat yang mahu disenaraikan perlu memenuhi keperluan asas berdasarkan
undang-undang penyenaraian Bursa Malaysia yang menetapkan 25 peratus pegangan
saham awam. Mengikut garis panduan FIC bagi ekuiti bumiputera.

Pada masa depan, keperluan pegangan saham awam itu dikekalkan dan sebagai
tambahan, SC akan memperkenalkan garis panduan baru yang memerlukan syarikat yang
hendak disenaraikan, menawarkan 50 peratus pegangan saham awam untuk ditebarkan
kepada pelabur bumiputera. Ekuiti bumiputera dengan itu akan dimasukkan dengan
keperluan tebaran awam tersebut. Ini akan meningkatkan kompetitif Bursa Malaysia sebagai
destinasi penyenaraian yang mana promoter syarikat yang mahu menyenaraikan syarikat
tidak perlu melucutkan ekuiti yang diperlukan untuk memenuhi keperluan tebaran awam.

Sebagai tambahan, untuk mengurangkan penjanaan dana daripada pasaran modal, aktiviti
pasca penyenaraian menjana dana tidak lagi tertakluk kepada sebarang ekuiti.

Pemansuhan garis panduan ini akan segera menyokong syarikat-syarikat tersenarai awam
untuk meraih dana bagi meningkatkan pelaburan dan mengurangkan perbezaan kos.

Peraturan baru ini menawarkan 50 peratus tebaran pegangan kepentingan awam kepada
Bumiputera untuk syarikat-syarikat Malaysia yang mahu disenaraikan di Bursa Malaysia.
Garis panduan semasa kepada syarikat asing yang mahu disenaraikan tanpa sebarang
pematuhan syarat dengan ekuiti dikekalkan dan kita ada beberapa syarikat asing yang
berjaya memohon bagi penyenaraian di Malaysia.

Skop FIC yang merangkumi transaksi hartanah juga akan dirasionalisasikan dengan segera.
Kelulusan FIC bagi transaksi hartanah akan hanya diperlukan apabila membabitkan
kecairan kepentingan bumiputera dan kerajaan bagi hartanah bernilai RM20 juta dan ke
3
atas. Semua transaksi hartanah lain, termasuk antara rakyat asing dan bukan Bumiputera,
tidak lagi memerlukan kelulusan FIC. Sebagai contoh, kecairan kepentingan bumiputera
secara spesifik dirujuk kepada di mana hartanah semasa dipegang oleh bumiputera ini
majoritinya dimiliki oleh bumiputera dan transaksi dihapuskan untuk dijadikan pemilikan entiti
bumiputera.

Transaksi-transaksi yang tidak lagi memerlukan kelulusan FIC kini membabitkan dua
kategori

Pertama, sebarang transaksi membabitkan jualan oleh bukan bumiputera atau kepentingan
majoriti asing (sebagai contoh bukan bumiputera menjual kepada rakyat asing) dan kedua,
sebarang transaksi membabitkan pembelian yang dikawal entiti bumiputera dan ini termasuk
syarikat milik bumiputera yang membeli hartanah daripada syarikat bumiputera yang lain.
Pemansuhan garis panduan ini dijangka memudahkan transaksi hartanah dan pelaburan,
termasuk membeli hartanah komersial oleh kepentingan asing.

Kerajaan percaya kelonggaran peraturan akan meningkatkan nilai Malaysia secara


signifikan sebagai destinasi perniagaan dan pelaburan.

Dengan pengurangan garis panduan FIC yang komprehensif Unit Perancang Ekonomi akan
memfokus semula usahanya untuk koordinasi dan memantau polisi pengagihan pada tahap
makro. Dengan ini kerajaan kekal komited mengekalkan penglibatan ekonomi oleh
bumiputera. Pendekatan baru yang akan diambil itu, fokus kepada mempromosi kestabilan,
lebih bermakna dan pembabitan efektif melalui kerjasama tulen dan meritokrasi.

Ingin saya tekankan disini bahawa kerajaan kekal memberi komitmen terhadap sasaran
untuk pertumbuhan saksama, pendekatan kami untuk melaksanakan sasaran dalam mesra
pasaran membolehkan pertumbuhan kekal dan memberangsangkan dalam situasi
pengagihan saksama.

Seiring dengan pendekatan baru ini, sebuah institusi pelaburan baru, yang dikenali sebagai
Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) akan ditubuhkan sebagai dana ekuiti persendirian dengan
modal sebanyak RM500 juta dan boleh ditingkatkan kepada RM10 bilion.

Ekuinas akan memberi tumpuan pelaburan dalam sektor yang berpotensi memberi
pertumbuhan tinggi, seiring dalam menyokong Model Ekonomi Baru.

Pada masa yang sama, Ekuinas akan melabur bersama dengan dana sektor swasta, dalam
mempromosi kerjasama tulen dan pendekatan komersial sepenuhnya. Dalam hal ini,
penglibatan bumiputera akan dibuat berdasarkan merit.

Sejak 1970, keupayaan profesional bumiputera telah banyak meningkat. Bumiputera hari ini
sangat berminat untuk terlibat dan bersaing secara aktif dalam sektor pekerjaan,
pengurusan dan sebagai vendor. Adalah menjadi harapan menerusi tabung pelaburan
seperti Ekuinas, keinginan untuk menjadi terbaik di kalangan bumiputera dapat disokong
dan dipupuk.

Pemansuhan garis panduan FIC yang komprehensif telah di formulasi untuk mengukuhkan
daya tarikan Malaysia sebagai lokasi terbaik untuk aktiviti perniagaan dan pelaburan, bagi
rakyat Malaysia dan juga pelabur asing. Kemudahan perniagaan dan persekitaran kawal
selia akan menarik potensi penuh sektor swasta bersama dengan Model Ekonomi Baru
untuk transformasi rakyat ke arah lonjakan pertumbuhan yang kukuh. Digabungkan dengan
polisi pengagihan yang efektif, kerajaan yakin pengumuman yang baik ini akan memberi
manfaat kepada semua pemegang saham.

4
Kita sangat komited untuk memacu pertumbuhan ekonomi kukuh yang saksama dinikmati
oleh semua rakyat Malaysia seiring dengan semangat untuk menjana pertumbuhan dengan
ekuiti.

Utusan Malaysia, Rabu 1 Julai2009

You might also like