You are on page 1of 6

Sistem peredaran darah atau sistem kardiovaskular adalah suatu sistem organ yang berfungsi memindahkan zat ke dan

dari sel. Sistem ini juga membantu menstabilkan suhu dan pH tubuh (bahagian dari homeostasis). Terdapat dua jenis sistem peredaran darah: sistem peredaran darah terbuka, dan sistem peredaran darah tertutup. Sistem peredaran darah, yang juga merupakan bahagian dari jantung dan jaringan pembuluh darah (sistem kardiovaskular) dibentuk. 1. Pertama, darah mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel-sel dan karbon dioksida dalam arah yang berlawanan (lihat respirasi). 2. Kedua, yang diangkut dari nutrisi yang berasal pencernaan seperti lemak, gula dan protein dari saluran pencernaan dalam jaringan masing-masing, sesuai dengan keperluan mereka, diproses atau disimpan.

Komponen Utama Dalam Sistem Kardiovaskular Jantung Darah Salur darah JANTUNG Jantung adalah organ yang terpenting didalam badan . Jantung perlu bekerja sepanjang masa, supaya kita terus hidup. Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari satu paun Dalam masa 24 jam jantung anda berdenyut lebih daripada 100,000 kali, 7,000 liter darah dipam melalui jarak beribu batu di dalam sistem saluran darah.

1|Page

EMPAT RUANG JANTUNG Artium kanan Menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu - tisu tubuh Artium kiri Menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru paru. Ventrikel kanan Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru Ventrikel kiri. Mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh.

2|Page

LOKASI JANTUNG

Sumber : McGraw-Hill Higher Education

Injap-injap Terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja. Injap Atrioventrikular (AV) Membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Injap Semilunar Pulmonari Dan Aortik Menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta.

3|Page

DARAH Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk Eritrosit, Leukosit dan Platlet yang terkandung dalam plasma. Lebih kurang 55% daripada isipadu daripada darah ialah plasma dan 45% terdiri daripada eritrosit. Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang dewasa.

Platlet

Leukosit (sel darah merah) Eritrosit (set darah putih)

PEREDARAN DARAH Terbahagi kepada dua: Kitaran Sistemik 1. Darah beroksigen serta nutrien di bawa ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke jantung. Kitaran pulmonari 2. Darah nyahoksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung.
To Body

To Lungs

4|Page

SALUR DARAH Terdiri daripada Arteri, Vena dan Kapilari. Salur darah membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung.

Faktor-faktor Mempengaruhi Kembalian Darah Ke Jantung 1. Apabila otot-otot menguncup. Vena tertekan dan darah dalamnya ditolak ke arah jantung. 2. Semasa otot-otot mengendur. Vena tersebut akan dipenuhi semula dengan darah,proses penguncupan dan pengunduran otot membolehkan darah dialirkan ke jantung. 3. Semasa inspirasi. Tekanan intratorasik menurun menyebabkan vena darah dalam rongga toraks mengembung dan ini memaksa darah mengalir ke arah atikal kanan jantung. Tekanan darah Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg.

Tekanan sistolik. Tekanan diastolik. 140/90 mmHg keatas Darah Tinggi

Darah nyah oksigen Darah Beroksigen

5|Page

MENGUKUR TEKANAN DARAH Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan rendah. Contoh ventrikel menguncup, ia menghasilkan tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan di aorta. Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter merkuri). Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg. Tekanan darah boleh diukur dengan menggunakan SPHYGNOMANOMETER.

Darah Tinggi Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik. Hipertensi biasanya terjadi pada tekanan darah 140/90 mmHg atau ke atas, diukur di kedua lengan tiga kali dalam jangka beberapa minggu.

RUMUSAN

FUNGSI SISTEM KARDIOVASKULAR.

6|Page

You might also like