You are on page 1of 1

PENGUMPULAN DATA Fasa pertama dalam menjalankan kajian tindakan ialah pengumpulan data yang mana ia dapat membina

kajian yang sah dan beretika. Pemerolehan sumber maklumat secara sistematik dapat menyumbang kepada pemahaman yang meluas terhadap topik kajian. Penulis menekankan kepada dua aspek penting mengenai pengumpulan data iaitu kesahihan data dan boleh dipercayai. Antara teknik yang digunakan dalam proses pengumpulan data bagi kajian tindakan ialah: Temu bual Teknik yang paling asas dalam memperoleh pengalaman dan pandangan manusia ialah melalui temu bual. Temu bual dilakukan dengan memberi sama ada soalan jenis berpandu ataupun jenis terbuka. Sebelum memulakan sebarang temu bual, penyelidik hendaklah membina hubungan kepercayaan dengan sampel atau peserta agar mereka berasa selesa ketika ditemu ramah dan dapat memberikan maklumat yang diinginkan dengan jelas dan lancar. Pemerhatian Pemerhatian dalam kajian tindakan adalah jauh berbeza dengan pemerhatian dalam kajian eksperimental. Dalam kajian tindakan, penyelidik mencatat pengulangan tingkah laku, perbuatan atau peristiwa tertentu dengan menggunakan kaedah pemerhatian yang berstruktur dengan baik. Sampel yang digunakan adalah lebih terbuka dalam memperoleh data mengenai tabiat dan sikap manusia bagi memahaminya dengan lebih mendalam. Perkara yang menjadi pemerhatian adalah: manusia, tempat, tingkah laku, aktiviti, peristiwa, objek, tujuan, masa dan juga perasaan. selain daripada itu penulis juga menekankan satu strategy yang kerap digunakan oleh pengkaji kajian tindakan. startegy ini dipanggil Triangulation.

You might also like